27 October, 2010

23 October, 2010

alkisah di Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show

minggu ni aku ingin membawakan satu alkisah di Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show, yang mana cerita ini telah hangat diperkatakan di bibir pencinta agama ALLAH. perbagai reaksi dari mereka mengenai cerita ini. Aku pun hairan tidakkah watak dalam cerita ini tahu hukum hakam dalam islam. Mungkin sebab itu lah Hukum HUDUD tidak diterima dalam pemerintahan di MALAYSIA.
Apakah reaksi kita sebagai MAHASISWA yang sememangnya golongan intelek menilai cerita ini. TERIMA @ TIDAK cerita ini, sama-sama lah kita muhasabah diri kita.
nama Muhammad diterbalikkan



Siapakah di sebalik tabir/tulang belakang (penasihat @ penaung) program 'fesyen Islam' (sukular) ini..jawapannya ialah pada gambar di bawah....


xpayah mulut berbicara, mata dah boleh nilai sendiri..


























diambil dari : http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t111411.html


14 October, 2010

kaca dan permata


nilai kaca penuh misteri
tidak berguna dikala hari
dibuang, dihendik tidak tidak terperi
apakah salah empunya diri.

kaca oh kaca
orang biasa tidak dapat membaca
segala hikmah di selaput mata
perlukan ilmu untuk berbicara
agar diri tidak dicela

kaca menjadi permata
dikala ilmu penuh didada
tidak takut ancaman dan bahaya
apapun jua datang bersua
insyaallah ALLAH sentiasa bersama
apapun rintangan ditempis selamba

semangat juang digamit rasa
berpantang undur tetap mara
walau onak dan duri di depan mata
akanku cincang tidak terkata
akanku gengam setiap detik dan setiap ketika
untuk mncapai hasrat dan cita-cita
tidak boleh aplha dan leka
terus dan terus ke puncak sana
tatkala ruang dan peluang luas terbuka

kaca dan permata
yang mana satu akan bertahta
si kaca ataupun sang permata
jangan dilihat secara membuta
perlu dinilai perlu diperiksa
yang mana betul yang mana dusta
oh kaca oh permata

12 October, 2010

usrah : ibadah tunjang akhlak

alhamdulillah malam ni aku sempat lagi untuk berusrah bersama-sama sahabat-sahabat lain. mungkin ini bibit-bibit terakhir untuk semester ni. mengapa tidak, dua minggu lagi dah study week.

malam ni aku ingin berkongsi dengan semua tentang ibadah dan juga akhlak.
satu persoalan naqib aku bertanya, mengapa dalam buku apa ertinya saya menganut islam, disusun oleh penulis tajuknya akidah disusuli ibadah dan seterusnya akhlak.
Dalam penerangan tadi mengapa ibadah diletakan di silibus yang kedua adalah melalui ibadahlah pembentukan akhlak sempurna dapat dicapai.

"sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara jahat dan mungkar"(alankabut:45)

Melalui konsep ibadah yang terapkan dalam diri masing-masing, maka kita dapat melahirkan masyarakat yang konsisten dan senantiasa membaikpulih ibadah yang dilakukan. Selain itu, ibadah juga sebagai tali penghubung antara kita dengan Allah secara terus.
Sejak kebelakangan ni musuh-musuh Islam telah berusaha sedaya upaya menyempitkan minda kita terhadap konsep sebenar ibadah didalam Islam.
Antara syarat-syarat sah ibadah adalah..
1) Niat kerana Allah taala
2) Ikhlas dalam apa yang dilakukan
3) Tidak melanggar syariat dalam Islam
4) Tidak membelakangi ibadah khusus
5) Bersungguh-sungguh

Kita sebagai mata rantai - mata rantai perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam, maka hendaklah kita menjaga ibadah kita. selari dengan itu akhlak kita akan terpelihara dari perkara mungkar.

06 October, 2010

usrah : pembinaan tarbiyah

alhamdulillah minggu ni aku sempat agi utk berusrah..
tajuk minggu ni pembinaan tarbiyah.
seperti kebiasaan, usrah dimulakan dengan umul kitab, alfatihah.
kemudian disusuli dengan bacaan aat alquran pilihan setiap minggu.
surah piilihan kali ini, surah asshaffat, ayat 1-80.bacaan bergilir-gilir, 10 ayat seorang.
kami diberi tahu kali ini tidak akn disentuh dengan silibus, cuma perkongsiaan sahabat-sahabat lain tentang pembinaan tarbiyah.
seorang demi seorang memberi tahu cara mereka utk meningkatkan tarbiyah.
sebelum memulakan bicara, naqib kami menerangkan konsep tarbiyah.
dia mengumpamakan tarbiyah seperti petrol.(bahan bakar) untuk menggerakakn sebuah kenderaan. jikan mahukan kenderaan itu bergerak sejauh mungkin, jadi bahan bakar tersebut mestilah ditambah dan yang berkualiti. namum jika tidak tersunggurlah di pertengahan jalan.

antara cara peningkatan tarbiyah yang dikongsi adalah
1.muhasabah diri
2.menghadiri kuliah ilmu(masjid @ surau)
3. mendengar kuliah-kuliah di corong radio
4.mendisiplinkan diri dengan jadual
5.tanamkan semangat jihad(perjuangan)didalam hati
6.pembacaan buku haraki
7.pengajaran dari tokoh-tokoh ilmuan dan ulamak
8.berorganisasi

akhir sekali naqib kami memberikan ulasan
1.pembinaan tarbiyah yang berkesan hanya boleh dilakukan oleh diri sendiri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana