19 October, 2014

Pulang merantau

Bismillahirrahmanirrahim.


semasa pertemuan pertama dengan Geng Bas Sekolah


Aaahh..penuh sawang. Pedih mata melihat sawang yang semakin membiak. Tiga bulan. Masa yang agak lama. Ruangan putih ini terbiar dari terisi dengan kata-kata dan coretan kehidupan penulis.

Lesu dan layu. Punah ranah. Jeng Kreng.

Semua ada.

Hari ini, satu suara berbisik telingaku,

"Blog kamu sedang memanggil, dimana kamu?"

Bergetar fikiranku, oh, sudah lama aku meninggalkan kamu. Dahulu pernah aku jeritkan, aku akan menulis disini, walau apa pun terjadi. tetapi, kita akan diuji apa yang kita perkatakan. Ujian ini didatangkan dengan kesibukan, hilang idea, malas dan sebagainya.

Oh, aku manusia biasa. Namun, aku perlu cekal menghadapinya.

Insyaallah, doakan aku untuk terus ISTIQAMAH dalam dunia penulisan.

Impian aku, tulisan aku akan diterbitkan dan menjadi BEST SELLER.


09 July, 2014

masa dan alquran

bismillahirrahmanirrahim

sudah lama aku tidak coretkan sesuatu disini.

masa yang ada amat terbatas, mencemburui, tidak dapat untuk aku kejar.

hari ni sudah 11 ramadhan. fasa pertama sudah dilepaskan.

mari kita bersama muhasabah diri kita, setakat mana amalan kita.

diri ini sangat lemah, ujian kesibukan tidak dapat di atur dengan baik. Kalam Allah, aku hanya mengikuti program yang telah diatur, One Day One Juzuk. seorang perlu membaca lebih kurang 2 muka sahaja.

Allah, aku masih tidak mampu untuk mengkhatamkan Alquran secara sendirian.

Ya Allah, moga tekad aku untuk mengaji berguru tercapai.

Untuk betulkan lagi bacaan aku, aku perlu berguru. selagi mana aku begini, begini la aku.


01 July, 2014

12 May, 2014

bina semula..UKHWAH

Bismillahirrahmanirrahim.

sejak malam tu, semakin menjarakkan hubungan antara dua orang sahabat.

sukar untuk aku nukilkan, namun, mungkin sedikit coretan ini dapat di hayati bersama.

teman. maafkan diri ini andai coretan ini melukakan talian antara kita semua.

Pagi ini, aku terbaca satu tulisan yang benar menyuntik jiwa ini. aduh, seperti menikan-nikam sanubari.

"Pada banyak masa dan ketika, sebenarnya adalah lebih baik kita berdiam diri sahaja bila berdepan dengan situasi yang membuatkan kita rimas. Ambil sedikit masa untuk berfikir sebelum mulut kita laju membalas. Fikir.

"Kalau aku luahkan apa yang aku rasa, apa yang aku akan dapat? Hanya menyakitkan hatinya! Apa yang akan berlaku? Dia akan menjauhkan diri dariku. Apa kemudiannya? Hubungan persahabatan terlerai? Silaturrahim berkecai?"

Aduhai sahabat-sahabatku yang baik, sedaya upaya belajarlah untuk terus bersabar. Bukan semua perkara perlu diluahkan meski pun kita tahu ia adalah benar. Bukan semua soalan perlu diberikan jawapan. Bukan semua sindiran dan ejekan perlu dilayan. Ada masanya, kita perlu serahkan sahaja kepada masa. Biar Allah sahaja yang menjawabnya.
*Petikan buku PUJUKLAH HATI"

tersempit dan terhimpit.

janji ikatan yang di meterai, semakin putus.

ukhwah yang dibina, perlahan hilang.

bermaafan lah kalian, kembali pada asal. bermesra, bergurau senda, berkongsi suka dan duka seperti adik beradik.

diri ini tawarkan diri menjadi orang tengah, yang mungkin dapat mengikat semua talian yang retak tiada pangkalnya.

Sungguh, bukan senang untuk kembali semula seperti sedia kala.




07 May, 2014

maafkan aku...SAHABAT

Bismillahirrahmanirrahim

diri ini telah merobek kejujuran dan keikhlasan dalam bersahabat.

maafkan diri ini.

teman.

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah


Namun, aku tidak dapat menjadi begitu.

aku ingin belajar menjadi sahabat sejati buat kalian semua.


aku akur akan kesalahan ini,

malah bersedia dihukum,

namun, aku tidak rela andai, talian di putuskan.

tidak berhubung, tidak bercakap.

senyap sunyi.


sahabat. maafkan diri ini.


ismarizalismail.

28 April, 2014

Karnival mahabbah 2014..kak aina, jangan nangis!!

Bismillahirrahmanirrahim

isma jangan menangis, usik kak aina sambil ketawa.

mana ada saya menangis, saya senyum  sehabis mungkin dah ni, ujar aku.

mungkin keadaan muka aku yang berkerut   menahan kepanasan dan keletih berprogram. Aku sedaya upaya tidak mahu menunjukkan aku sedang letih mahu pun sedang marah. 

aku dan dia sama-sama gelak.

kerja yang dilakukan terhenti tadi disambung kembali.

3 jam sebelum.

seawal jam 7 pagi, ahli jawatan kuasa karnival mahabbah di mintak untuk turun ke tapak program. ini supaya dapat menyiapkan sedikit lagi kerja-kerja sebelum majlis bermula jam 8.30 pagi.

sedikit demi sedikit para peserta, iaiatu adik-adik dari 7 buah Pasti tiba sambil berpimpingan tangan ibu ataupun bapa mereka. keceriaan mereka terselah. setiap PASTI, ada warna rumah mereka. merah, biru, hijau, kuning, biru dan kelabu. berwarna warni.



ucapan aluan dari pengerusi majlis. jemputan khas dari peserta perintis ummah, farhan azahari. bertenaga dan bersahaja.

pembarisan masuk padang.

seperti tentera memulakan langkah dalam pembarisan kemerdekaan. langkah pertama dimulakan dengan ketua kontijen diiringi dengan bendera kejohanan. Ahh, sungguh gah. ibu bapa tidak lepaskan peluang untuk mengambil gambar anak-anak mereka. penuh dikerumumnya. Pening kepala melihat mereka. Akan tetapi, biarlah, kenangan buat mereka dan anak-anak mereka. andai aku berada ditempat mereka, aku pun juga akan turut serta seperti mereka.

satu demi satu tentatif dipenuhi.

9.45 pagi, wisel pertama dibunyikan. sukaneka PASTI bermula. jika aku tidak silap ada 7 acara. pelajar lelaki dan perempuan, kesemuanya adalah 14 acara. pada masa yang sama, acara melukis dan mewarna juga turut serta.



Tidak sempat untuk aku bersama mereka, hanya sekadar menjenguk sekejap sahaja.Bukan tidak mahu, tetapi sebagai "runner" kehulu ke hilir. alhmdulillah, ada pak lang fathu) yang boleh cover aku. jika tidak aku, dia yang akan ke sana ke sini.

ada juga aku bertanya kepada dia,

"lang, ok ke tidak. kata sakit kaki?"

"ok je, ambik stamina. untuk 1 mei nanti." balasnya selamba.

ye la, badannya agak besar dari aku, risau juga.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi. acara sukaneka pasti sudah ditamatkan. kelihatan mereka sudah keletihan. Acara lain, asih diteruskan. sambil sambil kerja dilakukan, aku pasang telinga, manalah tahu, nama aku dipanggil untuk cabutan bertuah.

Kali ini, semua kategori di pertandingkan. Bukan ahaja anak-anak PASTI akan tetapi acara untuk ibu dan bapa serta kakak-kaka atau pun abang-abang mereka juga turut dirancang dan diselit dalam tentatif. Ini membolehkan kita semua mendekatkan jurnag antara kami. Antara acara untuk bapa, timbang sepak takraw dan boling kelapa. Manakala acara untuk ibu pula menganyam ketupat dan mengubah buah-buahan.

Kali ini juga kami ditaja dari Bank Muamalat. Bagi aku, ia merupakan satu pencapaian yang baik berbanding tahun-tahun sebelum ini. dengan penajaan yang sebegini, walaupun tidak banyak, namun ia boleh mengangkat nama PASTI dipersada mata masyarakat.

Tepat jam 1.20 ptg, johan keseluruhan di umumkan. Untuk tahun kedua berturut-turut, PASTI siswa 2 dinobatkan johan keseluruhan. Tahniah Cikgu besek dan the geng. Mungkin mereka boleh kongsikan tips dan cara melatih pelajar.

saat yang tidak ramai menyukai adalah masa untuk mengemas. Aku mengmbil satu pendekatan, yang mana, apabil satu acara itu sudah tamat, person incharges perlu pastikan alatan yang digunakan terus dikemas dan dibawa ke tempat yang disediakan. Bukan apa, senang unit teknikal untuk mengenal pasti barangan yang digunakan.


Tenaga hanya ada dalam  orang lelaki. sedikit demi sedikit di simpan.

tiba-tiba hujan lebat membasahi kami. peluang digunakan untuk solat zohor. badan juga mula penat. rebahkan diri sekejap. Hujan mencurah-curah. seperti tidak mahu berhenti sampai ke petang. Mujurlah petang tiada apa-apa program.

bersama aku ditemani dengan beberapa adik-adik kampus. mereka berpenat dari pagi, kesian juga. Namun, mereka tidak kisah, inilah medan tarbiyah yang betul bukan lagi yang dirancang.Tarbiyah jasadiyah.

Azan asar sudah berkumandang, mata aku masih pejam. diulit nyanyian hujan. sayup-sayup sahaja azannya. padahal bilik yang kami rehat itu bersambung dengan surau. mungkin terlalu penat. tersedar juga dengan panggilan nama, disuruh bangun, solat asar, tetapi,kelopak mata berat untuk dibuka, badan seperti di ikat. Allahu. Besar molek ujian.

"bangun-bangun, solat asar" panggil riduan.

kami berempat yang telah rebahdi karpet surau dikejutkan.

Kerja kemas mengemas diteruskan.

Alhmdulillah, semua sudah selesai. Biarpun hujan renyai-renyai masih lagi tidak mahu berhenti.

terima kasih semua yang membantu menjayakan program ini dan berjaya untuk clearkan barang yang telah di set up. Aku mohon kemaafan andai terkasar bahasa dalam cepat bertukar wajah.

kita jumpa lagi tahun depan insyaallah.


isma jangan menangis, usik kak aina sambil ketawa.

mana ada saya menangis, saya senyum  sehabis mungkin dah ni, ujar aku.

mungkin keadaan muka aku yang berkerut   menahan kepanasan dan keletih berprogram. Aku sedaya upaya tidak mahu menunjukkan aku sedang letih mahu pun sedang marah. 

aku dan dia sama-sama gelak.

kerja yang dilakukan terhenti tadi disambung kembali.

dia berpesan lagi. menangislah pada 1 per 2 malam. Menangis di depan Ilahi.

"Semoga amal yang kita buat di dunia ni, Allah kira juga walaupun untuk masuk ke syurga Allah tu, bergantung pada rahmatNya sebenarnya:" mesej dari kak aina.

"nanti kak belanja coklat" sambungan mesej dia.

terima kasih kak.


jumpa di himpunan GST 1 MEI 2014

ismarizalismail



12 April, 2014

usah dikau bertanya lagi

bismillahirrahmanirrahim


akhi...

ukhti....

saat yang ditunggu belum tiba.

bersabarlah.

yang Maha Pencipta, sedang mengujimu.

aku mengerti, hati mu sedang bergelora.

bagai ombak dilanda badai.

kemanisan dalam bersabar sungguh tidak dapat diduga

"kun fayakun"

maka jadilah.

Bila?


saat itu akan tiba.

dimana?

usah dikau bertanya lagi,

Berdoa dan bermunajatlah

usah mengeluh atau berduka.

merintihlah pada Allah.

bukan hanya dikau, aku jua pun perlu merintih.

kasih sayang Allah untuk semua.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana