Showing posts with label usrah. Show all posts
Showing posts with label usrah. Show all posts

23 November, 2012

bertunang....takutnya

bismillahirrahmanirrahim

"anak sudah kahwin ke belum", sorang pak cik menyapa aku semasa menunggu giliran unutk mengambil kad pengenalan.

"oh tidak", jawab aku, dengan senyuman lebar. 

berkahwin ini banyak cabaran. namun, sebelum kita menempuh cabaran dalam medan perkahwinan, kita akan diundang satu dugaan dalam lapangan pertunangan. kita perlu menyiapkan persiapan dari banyak aspek dari sekarang untuk menempuh cabaran-cabaran itu.

cabaran di medan pertunangan sangat berlainan jika dibandingkan dengan saat lain, saat perkahwinan dan saat percintaan (tanpa ikatan tunang). ini kerana, alam pertunangan yang berada di antara dua alam sangat ketara perbezaannya. Satu alam yang banyak perkara haram dan dosa, satu alam yang banyak perkara halal dan pahala, satu alam yang tak boleh buat apa-apa, satu alam yang boleh buat segalanya. Jadi, segala tekanan dan cabaran alam pertunangan itu biasanya terhimpit dengan dua alam ni. 



Waktu ini memang gangguan syaitan terhadap pasangan akan semakin galak dan aktif. Perasaan ragu-ragu akan sentiasa ditiupkan, dan perlakuan buruk pasangan akan sentiasa dipertontonkan agar keinginan untuk bernikah itu dibatalkan. Waktu inilah pasangan yang tak pernah meninggikan suara seumur hidupnya, akan menjadi pakar meninggikan suara dalam tempoh yang singkat.

Ada seorang teman pernah berpesan kepada aku,katanya.. pada masa kamu bertunangan nanti, ingatlah, satu dugaan akan datang. ia adalah dugaan yang berkaitan dengan hati. pada saat itu lah, orang yang kita minat dahulu datang, ada yang datang untuk menjadikan kita teman hidupnya... berjaga-jagalah... insyaallah yakin dengan pilihan pertama kita dan itulah yang terbaik...

Cabaran dan dugaan ini, pasti akan kita tempuhi. oleh itu, marilah kita sama-sama melakukan persiapan untuk menuju kearah itu. jika dibandingkan dengan orang zaman dahulu, masa alam pertunangan mereka sangat singkat. siang mereka bertunang, malamnya mereka akad nikah. jadi masalah dialam pertunangan dapat diatasi.

Hidup ini punyai dua jalan yang sangat berbeza. Jika kita tresalah pilih, maka itulah hasilnya.baik ataupun buruk. teringat aku dengan poem masa sekolah dulu, the road not taken, karangan Robert Frost...


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 


16 April, 2012

bulatan istimewa

bismillahirrahmanirrahim


sudah lama kenangan itu tersemat di sanubari aku. kenangan pertama aku hadir di dalam bulatan kecil. Kerdilnya aku. belum pernah aku rasa dan menghadirikemanisan bila mana berada di dalam bulatan kecil. time di sekolah tidak pernah didedahkan dengan semua ini. aku rasa ini semua salah sistem pendidikan, sekolah harian tidak diperkenalkan apa itu usrah.term usrah itu pun aku jarang-jarang mendengarnya. biarpun aku dilahirkan di bumi serambi mekah, tetapi jika sistem di sekolah tidak menbenarkan, apa yang boleh kita lakukan.


Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku, Allah mencampakkan aku jauh ke utara, bagi menyambung pengajian. walaupun dua tahun disitu, namun syukur aku didedahkan dengan suasana islamik, dan mula mengenal bulatan manis.


terima kasih buat sahabat-sahabat yang sentiasa mendorong dan tidak putus-putus menasihatkan aku untuk terus commit dengan bulatan ini. hembusan nasihat yang tidak putus-putus menjadi pemangkin untuk aku teruskan bersama mereka.

tika aku mencari jalan yang diredhai, bulatan kecil menjadi mediumnya
medium untuk aku mencorak semula kehidupan aku
subhanaallah, mujurlah aku diberi peluang untuk mengenalinya
begitu terasa bila bulatan kecil ini aku tinggalkan
kemanisan bertukar menjadi masam
jiwa menjadi kosong dan kering
kata-kata hikmah tidak lagi membasahi hati ini,
syukur kepadaMu, mengurniakan teman yang susah dicari ganti






insyaallah, aku percaya, Allah akn pertemukan kita lagi, kalau bukan esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan. Aku berdoa kita akan bertemu lagi di syurga yang kekal abadi. ku harapkan apa yang kita ikrarkan dulu, masih di pegang dan terus istiqamah walaupun kita berjauhan..insyaallah~


moga coretan ini dapat memberi sedikit panduan untuk semua.adik-adikku, jangn berputus asa, mari kita sama-sama tempuhi jalan dan ranjau berduri, aku tidak mahu keseorangan.aku tidak mahu ramai yang hanyut dibual duniawi.sama-sama kita ingat mengingati.jangan lepaskan peluang yang telah dihamparkan, tahukan kita, berapa ramai yang tidak merasakan semua ini. Bulatan kecil ini patut kita manfaatkan.berkongsi bersama.itulah basic bulatan kecil.berkongsi tentang kemanisan ukhwah.berkongsi kesakitan duniawi.dan juga berkongsi kemewahan syurgawi. inilah bulatan yang juga dipanggil tanam syurga.
carilah alasan untuk kita terus istiqamah bersama.

aku tidak lupa untuk doakan moga-moga Allah anugerahkan "teman"  untuk aku terus istiqamah dijalan juang ini dan tidak tergelincir.menjadi pendorong tika kesusahan.insyaallah...



ismaryzalismail
16 april 2012



04 April, 2012

Usrah mantapkan kekuatan Jamaah~

bismillahirrahmanirrahim

hari ini aku ingin kongsikan sesuatu yang agak bernilai untuk kita semua, setelah mana kita menyedari bahawa sesungguhnya bukan kita sahaja hidup di dunia ini. setelah mana kita menyedari ini semua, kita perlu tahu dan mengenalpasti arah mana patut kita tujui. Ya, apa matlamat kita hidup. Adakah semata-mata hanya untuk beribadah kepada Allah, atau pun sekadar mekan, minum kahwin dan sebagainya. adakah itu semua.

untuk menjawab semua itu, kita semua perlukan usrah. dalam usrah akan dapat menjawab persoalan-persoalan yang mulai timbul menghantui pemikiran. Tugas dan tanggungjawab harus kita pikul setelah mencapai usia baligh. tetapi, kemana untuk kita tujui, kita usrah kita tinggalkan. medan usrah merupakan salah satu platform unutk memandu kita kearah yang lebih baik, insyaallah. di sinilah lahirnya kasih sayang dan ambil berat sesama ahli usrah. perkongsian demi perkongsian dapat kita bangkitkan melalui usrah.

Namun, persoalan mula timbul, usrah yang bagaimana untuk kita sertai. Di Malaysia sendiri, begitu banyak pertubuhan Islam timbul dan mencari kekuatan untuk menjadi pelapis akan datang. mereka mula mengkaderkan orang supaya, siapa yang dikaderkan ini akan meneruskan wasilah mereka mengikut matlamat jamaah masing-masing.

kita sebagai umat akhir zaman, sewajipnya untuk kita mengintima' dengan gerakan Islam, walaupun dimana kita berada. dalam ayat ke 104 surah ali imran ada menyatakan mewajiban kita berjamaah,


"dan hendaklah ada dikalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah ) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan meyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan krji) dan mereka yang bersifat demikian itu adalah golongan yang berjaya"

sekarng jamaah ditubuhkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. NGO -NGO / jamaah ini turun padang untuk mengkaderkan ahli-ahli mereka. mereka mula lah melobi untuk menampakkan merekalah jamaah yang diikhtiraf oleh dunia.Kita kena melihat semua ini secara ilmiah. bukannya ikut sedap rasa sahaja. memilih jamah sama lah memilih pasangan hidup.

dalam buku panduan asausrah dan harakah tulisan  ustaz Ya'qub muhammad hussin ada menggariskan bebrapa perkara yang patut di ambil berat semasa memilih usrah dan juga jamaah.

pertamanya, penubuhan jamaah adalah atas dasar kesedaran untuk melaksanaakan Tajdid (rujuk surah almaidah ayat 54-56). keduanya, jamaah mendokong dan memelihara kesyumulan ajaran Islam dan sejagat.(surah albaqarah ayat 208). ketiga, jamaah yang memelihara tradisi ilmiyah dan 'aqliyyah. keempat, jamaah yang berada di bawah pimpinan para 'ulama'. kelima jamaah yang dipilih mestilah bersifat realistik dan praktikal. keenam, jamaah yang bergerak di kalangan rakyat jelata (jamaah ummah). ketujuh,jamaah yang memiliki kekuatan dan kemampuan untuk membina ummah. kelapan, jamaah yang para pendokongnya memiliki sifat-sifat hizbullah ( almaidah ayat 54-56). kesembilan, jamaah yang bersifat tersendiri dan tidak tikuasai oleh pemerintah. keseluluh, jamaah yang bersifat kesejagatan ('alamiyyah).

dalam buku ini juga, turut memaparkan tentang kategori-katogori jamaah masa kini. Ustaz Ya'qub menyenaraikan 4 jenis jamaah masa kini. antaranya,
1. jamaaah yang ditubuhkan di atas dasar unutk melaksanakan tajdid, iaitu lahirnya jamaah ini di atas kesedaran para pemimpin dan juga ulama' di negara berkenanan untuk mengembalikan penghayatan Islam dikala negara bergelombanga dengan kemaksiatan, rasuah dan sebagainya.
2. jamaah yang ditubuhkan di atas dasar pembahagiaan tugas.jamaah ini ditubuhkan di atas dasar membantu jamaah yang pertama, dari segi pelaksanaan dan juga penyempurnakan kerja-kerja yang tidak dapat dilakukan oleh jamaah pertama. ini kerana, sekatan undang-undang yang ada menyebabkan rancangan mereka gagal untuk dilaksanakan.
3. jamaah yang di tubuhkan atas dasar tidakpuas hati. jamaah ini ditubuhkan kerana ketidak puasan hati terhadap kedua-dua jamaah diatas. antara aspek yang menjadi dorongan mereka untuk keluar jamaah dan menubuhkan yang baru adalah, dasar-dasar jamaah, cthnya pelaksanaan kerja, pentadbiran, lambat dalam melaksanakan kerja atau mengeluarkan keputusan, lambat untuk mencapai matlamat serta tidak puas hati terhadap pimpinan mahupun ahli.
4.jamaah atau badan-badan yang ditubuhkan didalangi oleh musuh-musuh Islam. pada asalnya,jamaah ini di tubuhkan atas dasar yang baik dan mengikut keperluan Islam, namun, bila mana kekuatan anggota mencukupi, maka anasir-anasir musuh mula meresapi kedalam jamaah ini.


Oleh itu, kategori jamaah yang dua terakhir ini patutla kita jauhi. Betul, memang susah untuk kita mengetahui jamaah/badan ini ditubuhkan atasa dasar yang betul. tetapi, semua ini akan dapat kita nilai setelah mana, jamaah/badan mula merespon apa-apa isu yang hangat diperkatakan oleh media massa.

Kepada semua, aku nasihatkan pilihlah jamaah/badan yang betul-betul menghampiri jamaah Rasulullah.Kaji dan buat penyelidikan sama ada pembacaan atau perkongsian ustaz-ustaz yang arif dari kepelbagaian jamaah terlebih dahulu sebelum menggabungkan diri bersama jamaah ini.
sama-sama kita berdoa agar kita ditetapkan bersama jamaah yang menghampiri jamaah Rasulullah..


p/s:- jika mempunyai keraguan blh rujuk buku panduan asas  usrah dan harakah, tulisan ustaz ya'qub muhammad hussin

ismaryzalismail
4 april 2012



08 December, 2011

Tawakal selain daripada Allah

bismillahirrahmanirrahim



Satu drp perkara yg meruntuhkan atau membatalkan syahadh ialah bertawakkal dan bergantung kpd selain drp Allah [swt], berdasarkan firman Allah [swt]: AlMaaidah:23

maksudnya: "Dan hanya kpd Allah hendaklah kamu bertawakkal, jika
kamu benar2 orang2 yg beriman.z"

Tawakkal bukanlah bererti meninggalkan kerja, malah Allah [swt] menyuruh kita dua perkara dlm hal ini, pertama memerintah kita bekerja; dan kedua jgn kita meletakkan pergantungan hidup kpd pekerjaan itu. Ia menyuruh kita beriman bahwa Dialah yg memberi rezekinya. Ia menyuruh kita berubat dgn syarat kita pastikan bahawa yang menyembuhkan ialah Dia. Ia menyuruh kita mencari segala sebab dgn syarat meletakkan tawakkal kpd-Nya.

Sesiapa yang berusaha dengan tidak bertawakkal kpd-Nya, ia telah mencacatkan salah satu syarat tadi,sebalikanya org yg bertawakkal kpd Allah [swt] tanpa daya usaha juga telah mencacatkan satu syarat.

Bergantung dgn sebab2 tapi lupa bahwa Allah [swt] lah yg mengizinkan, adalah Maksiat. Bergantung kpd sebab2 disamping mendakwa tidak ada hubungan dgn Allah [swt] adalah Syirik, yg meruntuhkan syahadah.
"dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi
Allah-lah yang melempar." AlAnfaal:17

"Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana." AlImran:126

"Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang Mempunyai
Kekuatan lagi Sangat Kukuh." AdzDzaariyaat:58

" dan apabila aku sakit.Dialah Yang menyembuhkan aku,"
AsySyu'ara:80

Mestilah kita percaya bahwa Allah [swt] telah menjadikan sebab musabab di dunia ini adlh mempunyai fungsi dan mestilah dipercayai bahwa Allah [swt] lah yg menjadikan sesuatu itu.

[batas2 Iman & Kufur ; utz Sa'id Hawa]

Tiap-tiap manusia hendaklah hidup dengan berikhtiar dan bekerja dengan sedaya-upayanya sambil bertawakkal dan berdoa. Tawakkal bererti mewakilkan nasib diri dan nasib usaha kita kepada Allah,sedang kita sendiri tidak mengabaikan usaha dan tenaga kita dalam usaha itu.

Kemudian hendaklah diyakinkan bahawa penentuan terakhir berada pada kekuasaan Allah SWT. Dialah yg Maha Kuasa, maka semangat tawakkal yg sebenar dan doa yg ikhlas mempunyai peranan yg penting, sedangkan doa yg ikhlas adalah makbul menurut janji-janjiAllah. Dalam alQur'an banyak ayat-ayat yg menganjurkan supaya manusia berdoa dan bertawakkal. Begitulah jalan dan hukum Tuhan.

[Manusia & Islam by Prof Dr Harun Din]

06 December, 2011

tarbiyah para Du'at

bismillahirrahmanirrahim

aku ingin berkongsikan satu perkara :


Tarbiyyah Para Du’at dan
Cabaran Yang Menanti Di Hadapan

Oleh :
Ustaz Nasharudin bin Mat Isa

Dengan mengambil kisah Nabi Allah Sulaiman AS sebagai contoh, dapatlah kita simpulkan bahawa sesebuah jamaah harakah yang berjaya itu mesti memiliki sifat-sifat berikut:

(i) memiliki ‘ilmu dan tarbiyyah yang sahih;
(ii) matlamat perjuangan yang jelas;
(iii) tanzim yang tersusun kemas;
(iv) manhaj perjuangan yang jelas;
(v) barisan kepemimpinan yang berkeupayaan;
(vi) pengikut yang faham, taat dan istiqamah;
(vii) Disiplin yang tegas untuk ahli di pelbagai peringkat.

Dalam pertembungannya dengan musuh-musuh Islam, jama’ah Islam harus meneliti batas keupayaannya. Harus diingat: kekalahan dalam sesuatu pertembungan boleh ditafsirkan sama ada perencanaan musuh terlalu baik ataupun penyusunan organsiasi kita yang lemah. Dan kelemahan kita dapat berlaku melalui tiga cara :

kelemahan dalaman yang sangat rumit atau ancaman luar yang terlalu hebat atau barangkali juga kedua-duanya sekali. Dalam hal ini pimpinan wajib meneliti bersungguh-sungguh segala permasalahan tanzim Jama’ah.

Pimpinan mestilah mempunyai keupayaan mengesannya dari peringkat awal lagi dan sekurang-kurangnya dapat mengawal keadaan. Berdasarkan pengalaman beberapa Jama’ah Islam, adalah didapati masalah dalaman amat rumit untuk diselesaikan begitu sahaja.

Kepemimpinan yang bercelaru menyebabkan organisasi lemah dan pengikut tidak dapat dikawal. Dalam hal ini al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna telah mengingatkan kepada seluruh anggota Al-Ikhwan apabila beliau berkata:

Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh- musuh Islam, tetapi apa yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang orang Inggeris terhadap kamu, atau orang Amerika atau Rusia atau lainnya. Yang saya takutkan ialah kamu melakukan dua perkara:

(a) Kamu mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan kamu;
(b) Kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak akan berguna lagi.
[1]

Sesungguhnya jalan da’wah itu memang berliku dan tidak pernah dihampar dengan bunga-bunga yang harum, tetapi jalan yang susah dan panjang.[2] Bukankah Allah SWT telah menegaskan sifat segala ujian dan cabaran da’wah itu sendiri :

“Alif…Lam…Mim…. Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: “Kami telah beriman” padahal mereka tidak duji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. Maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta.”

(Al-Ankabut: 1–3)

Amatlah penting bagi kita yang berada di atas jalan da’wah ini, memelihara keaslian da’wah, memelihara martabat Islam yang dibawa dan memelihara kesucian nama Jama’ah Islam yang kita anggotai ini supaya kita, Jama’ah dan Islam yang kita bawa ini tidak menjadi bahan ketawa dan fitnah orang lain.

Dalam pertemuan khas di dalam suatu mu’tamar yang menghimpunkan belia-belia Islam seluruh dunia suatu ketika dulu, al-Ustadh Mustafa Masyhur telah menggariskan beberapa bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh para du’at dan mujahid da’wah itu sendiri, di antara lainnya termasuklah:

(i) Menyeleweng dari landasan asal dan kefahaman tentang Islam dan Jama’ah;
(ii) Tidak mengutamakan aspek Tarbiyyah;
(iii) Mendedahkan Jama’ah kepada orang luar;
(iv) Mengenepikan Syura dan nasihat;
(v) Mengutamakan kulit bukan isinya - banyak bertengkar tetapi sedikit kerja;
(vi) Berjalan mengikut kaki tanpa panduan yang sahih;
(g) Cenderung kepada masalah furu’ dan mengenepikan dasar.
[3]

Tarbiyyah – Asas Kejayaan Jamaah

Oleh sebab memahami bahawa jalan da’wah itu amat berliku dan dipenuhi ranjau berduri, maka al-Imam Hasan al-Banna telah menggariskan rukun-rukun da’wahnya , peringkat-peringkatnya di mana Rukun Faham sahaja mempunyai dua puluh (20) buah huraian daripada sepuluh (10) Rukun Bay’ah
[4] sebagai asas-asas dan dasar fiqh ad-Da’wah yang wajib (dari segi hukum ‘amal jama’iyy) diikuti oleh setiap mujahid da’wah.

Sesunugguhnya, antara yang Haq dan batil, ada pertentangannya yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerus dan hasilnya terserah kepada Allah pada waktu yang akan ditentukan-Nya.[5]

Sesungguhnya tiada panduan dakwah yang lain, selain panduan yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an. Dan tiada jalan dakwah yang lebih sahih daripada jalan yang telah direntasi sendiri oleh baginda Rasulullah SAW yang diperlihatkan daripada sirahnya yang bersih lagi jernih. Di sinilah ilmu dan tarbiyyah memainkan peranan terpenting untuk membentuk insan haraki yang bakal menjadi Jundullah yang bekerja keras untuk jamaah Islam, Parti Islam.

Di dalam sebuah jamaah harakiyyah seperti PAS ini, maka Usrah dan Tamrin merupakan dua bentuk latihan tarbiyyah yang terpenting buat ahli dan kepimpinan PAS di samping majlis- majlis ilmu dan siri ceramah yang diadakan. Semua ahli PAS wajib menghadiri usrah. Di dalam unit usrahlah ahli dididik, permasalahan dirongkai dan terbinalah ukhuwwah yang terikat kuat.

Ahli usrah yang telah ditarbiyyah oleh para naqib akan bersedia menghadapi perjuangan membina benteng pertahanan Islam laksana bunyanun marsus yang disebut di dalam al-Quran. Melalui tamrinlah, latihan dan persediaan digarap sebelum bertempur di medan pilihanraya.

Usrah sebagai unit tarbiyyah terpenting berperanan mendidik ahli dan menyediakan barisan kepimpinan akan datang. Melaluinya, jamaah dapat:

(i) Mentarbiyyah ahli supaya memiliki rasa tanggungjawab di hadapan Allah SWT;
(ii) Mentarbiyyah ahli supaya sentiasa bermuqabah terhadap Allah SWT;
(iii) Mewujudkan hubungan langsung ahli kepada al-Qur’an dan sunnah Nabi SAW.

Kesemuanya ini akan membentuk perwatakan ahli ke arah beriltizam dengan akhlak al-Qur’an dan menjauhi maksiat. Maka akan berkembanglah unit-unit usrah ini dalam gabungan usrah yang lebih besar di peringkat negeri melaui program bulanan di mana keluarga usrah bertambah besar. Ukhuwwah Islamiyyah yang dipupuk menjadi semakin kukuh dan mantap.

Demikianlah, unit-unit usrah tadi akan berhimpun pula dalam program tamrin yang diadakan dari masa ke semasa untuk membentuk dan menyelaraskan fikrah ahli ke arah menuju matlamat jamaah.

Penutup

Demikianlah pemerkasaan aspek tarbiyyah yang jamaah ingin lahirkan. Jamaah Islam sebagai sebuah organisasi wajib meletakkan al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai sumber sahih rujukan dan dasar perjuangan. Amalan syura yang berkesan pula akan membantu pimpinan mengemudi organisasi dengan cekap dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Gabungan tenaga di antara barisan pimpinan yang bijak dan pengikut yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan dan bakal melahirkan Hizbu’Lah yang dinantikan. Sebarang usaha yang dilakukan di luar kaedah-kaedah tersebut harus ditolak dan tidak dapat diterima sebagai ‘amal-‘amal Islam kerana bagi Islam, “tujuan tidak menghalalkan cara”.

Hanya dengan sedemikian Rahmat Allah SWT akan bersama-sama kita dan nun jauh di sana……Janji Allah SWT menanti kita.

[1]
Diungkapkan semula oleh Dr. Yusuf al-Qardawi dalam Harakah Islamiyyah ; Suatu Tuntutan, Shah Alam: KPIITM, 1981, hal. 30-31.

[2]Lihat huraian tentang fiqh ad-Da’wah dalam siri Tariq ad-Da’wah oleh al-Ustadh Mustafa Masyhur, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 1985. Diterbitkan kembali semua siri tulisan tersebut dalam dua jilid yang berasingan dengan judul Min Fiqh ad-Da’wah Mustafa Masyhur Jld. I dan 2.

[3]Kupasan yang mendalam dan amat indah ini telah dihuraikan oleh mujahid da’wah ini dalam tulisannya yang amat penting, Jalan Da’wah: Di antara Keaslian dan Penyelewengan, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, 1986.

[4]Lihat tulisan-tulisan beliau dalam Majmu’ah al-Rasa’il al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna, Dar ad-Da’wah, 1990.

[5]Mustafa Masyhur, Jalan Da’wah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 1985, hal.

14 October, 2011

baitul muslim..tahukah kita

bismillahirrahmanirrahim

hari ini aku ingin kongsikan tentang masa depan, iaitu baitumuslim.
kredit buat Umi mona, atas perkongsian ini.

Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim’?

Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya lah. Pernah dengar?

Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni.

Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yang diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yang mengajar kita cara-cara memilih pasangan dengan baik. Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dengan betul. Saya yakin, ramai yang beranggapan seperti saya.

Tapi, bila saya membesar, rupanya anggapan saya itu silap.

Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yang satu lelaki dan yang satu lagi perempuan. Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan. Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga-tangga ke arah pembinaan ummah yang diredhai ALLAH sebenarnya.

Masyarakat itu, terbentuk dari keluarga, keluarga itu terbentuk dari individu.

Sebab itu, Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yang betul. Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai ALLAH, keperluan mencari isteri@suami yang diredhai ALLAH, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan ALLAH, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat.

Dan semua itu, bukan bermula dari kita hendak mencari pasangan. Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan. Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.

Hal ini, saya sedari ketika Cikgu Azmi Bahari, seorang guru di MATRI berkongsi pandangan berkenaan hal Baitul Muslim ini.

“ Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar”

Ya. Sebab, Baitul Muslim bukannya fasal nak kahwin dengan siapa, nak kahwin macam mana. Baitul Muslim hakikatnya adalah projek hendak membina ummah. Maka, hendak membina ummah ini, perlu kita mulakan dengan diri sendiri.

Sebab itu, hal ini bukan untuk kita fikir ketika hampir kahwin. Kita perlu fikir semenjak kita remaja lagi.

Tapi ramai salah anggap. Mereka kata, mereka tidak mahu berfikir akan hal pembinaan keluarga ini kerana mereka tidak mahu masuk campur hal cintan cintun semasa belajar. Sebenarnya, anggapan bahawa Baitul Muslim adalah konsep cintan cintun adalah anggapan yang tertolak. Baitul Muslim, adalah konsep pembinaan ummah. Berfikir berkenaannya, bukanlah kita berfikir kita hendak kahwin dengan siapa, tetapi kita berfikir bagaimana kita hendak membinanya bermula dengan diri kita.

Kita perlu mulakan dengan diri kita sebenarnya. Keluarga yang diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dengan usaha suami sahaja atau isteri sahaja. Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dengan membina diri kita.

Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kepada pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kepada pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita untuk membina dan memperbaiki diri sedari hari ini.

Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak dan sebagainya, sudah perlu kita fikirkan. Adakah kita mampu membina keluarga yang diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran? Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dengan baik tanpa wang yang mencukupi? Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yang diredhai ALLAH jika cara pandangan dan cara pandangan kita tidak matang? Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?

Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina’ Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dengan mencari pasangan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dengan kita membina diri kita sendiri ke arah apa yang ALLAH redha.

Itulah maksud membina Baitul Muslim yang sebenarnya. Bermula dengan diri kita.

Barulah kita ada kekuatan untuk membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak-anak di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yang ALLAH SWT suka.

Sebab itulah, kata orang, tarbiyah(pendidikan) anak-anak itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak-anak kita.

Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep untuk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.

Maka, apa lagi yang kalian tunggu?

Bergeraklah membina diri, persiapkan diri dari hari ini, untuk melakar masa hadapan yang indahnya abadi.



23 June, 2011

Halaun hidup bersama

Assalamualaikum wbt

Dalam mengharungi sisa-sisa hayat yang masih ade, mari kita berfikir sejenak.Adakah apa yang kita lakukan selama ini di redhai oleh Allah sw.Ataupun selama ini kita dikelilingi dengan dosa-dosa maksiat yang kita lakukan.Minta-minta dijauhkan.
DIsini ingin aku berkongsi sedikit pengetahuan tentangg kehidupan.Sepanjang kita hidup ini, kite seharusnya hidup dalam berkumpulan (berjamaah).Hal ini kerana apa bila keseorangan, kita mudah akan terpesong kearah lembah kemaksiatan.Na'uzubillahi min zalik.

Seperti mana dalam hadis menyatakan
Sabda baginda:
"Jemaah itu berkat".
"Jemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab".

kita seharusnya dan semestinya memilih untuk hidup secara berjamaah.Sudah terang lagi bersuluh hadis diatas menggesa kita hidup secara berjamaah.

Ali imran 104:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya."

Kita juga seharusnya bergabung barisan yang telah tersusun kukuh, agar kita tidak mudah goyah dibawa arus badai kian hari ini.
assaf ayat 4

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.

Walaupun begitu masih ramai lagi diluar sana tersalah(mungkin) ataupun tidak megerti yang mana kaca dan yang mana belian.Asal permukaan nampak berkilau, terus ambik, tanpa soal selidik,tanpa mendalaminya.
Memilih yang sempurna atau menghampiri kesempurnaan sagat dituntut dalam bergabung dengan jamaaahBukan sebarang jamaah.Hanya Jamaah islam.Perkara ini sangat luas untuk berbicara.

Apabila bercakap mengenai jamaah maka tidak boleh tidak, soal kepimpinan dan ketaatan tidak boleh di letak ditepi.Betullah kata-kata sayyidina Umar

Tiada islam tanpa jamaah
dan tidak akan ada jamaah tanpa kepimpinan
dan tidak akan ada kepimpinan tanpa ketaatan

Sekarang begitu banyak jamaah yang tumbuh,bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Jamaah A, jamaah B dan sebagainya.Jamaah -jamaah ini wujudnya apabila ada satu puak yang tidak puas hati dengan satu puak yang lain dari jamaah yang asal.Mereka tidak puas hati dari banyak aspek dan sudut.Antaranya kepimipinan tidak mendengar cadangan dari orang bawah, jamaah tidak dapt terima perubahan yang hendakdilakukan oleh kepimpinan mahun dari ahlinya dan sebgainya.
Dalam menentukan jamaah mana yang baik dan betul untuk kita turuti dan menggabungkan diri adalah seperti man adicatatkan dalam alquran pada surah almaidah,ayat 54-56.

Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang Yang beriman, Yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah Yang tetap menang.

Kepada sahabat-sahabt yang membaca entri kali ini, cuba kita tanya diri kita, selama inikita mengagabungkan diri @ berijtimak dengan jamaah yang mana.jamaah yang berlandaskan islam atau pun tidak, jamaah yang mengamalkan cara islam secara menyeluruh ataupun hanya bergerak sebahagian atau beberapa bahagian dari kesyumulan islam.Adakah jamaah yang kita banggakan ini hanya megambil ahlinya dari satu puak sahaja ataupun semua orang, dan sebagainya ciri-ciri jamaah tersebut.
Sememangnya kedaulatan islam menjadi matlamatnya, tetapi adakah jalan untuk menuju ke matlamat itu bergerak secara menyeluruh atau pun tidak menjadi objektif pergerakan jamaah ini.Jika tidak maka kita sepatutnya meninggalkannya dan mencari jamaah yang betul-betul bergerak secara syumul.Namun apapun jamaah yang kita ijtimakkan, kita tidak seharusnya berpecah dalam menegakkan kedaulatqn islam di bmi malaysia secara khususnya.Mari kita mencari persamaan untuk bergelar juara dan menentang kezaliman yang nyata pada masa skarang.Segala perbezaan antara jamaah-jamaah islam diletakkan ditepi serta saling menampung apa yang kurang antara jamaah.Insyaallah.Semoga pernyatuan jamaah islam ini akan menampakkan lagi secara jelas unutk meraih kejayaan nanti.Kita perlulah menjaga adab antara jamaah, tidak mengecil dan memeburukkan antara jamaah dan sebagainya.

Setakat ini sahajalah celoteh aku unutk kali ini, segala kesalahfahaman dalam celoteh kali ini di pohon ampun.semua ini aku merujuk dalam beberapa buku yang mashyur, penulisnya.Ingatlah jamaah apa yang kita pilih hari ini itu akan membentuk diri kita, dengan mendekatkan kita kepada Maha Pencipta ataupun hanyut dibuai kemewahan dunia.Wasalam~

17 June, 2011

sirami hati dengan...

Align Center
Assalamualaikum wbt


"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati.



Hati merupakan satu element yang terpenting bagi setiap individu.Seperti yang disabdakan
oleh Rasullullah, jika baik hati ini, maka baik lah seluruh jasadnya dan sebaliknya. Hati, aku umpamakan seperti kepala kereta api.jika baik perjalanannya, maka selamat la penumpangnya, namun jika drivernya acuh tidak acuh, sambil lewa, maka keselamatan penumpang pun tidak terjamin.



Hati menjadi pemandu dalam kehidupan kita. aku pernah membaca satu artikal yang mnyatakan akal kita bukanya tertelak ada otak, tapi pada hati.hati mengawalnya.Betul pepatah lama mengatakan, jika mempunyai masalah tanya sama hati.
Namun, jika hati kita disirami dengan perkara-perkara yang kurang baik, maka untuk apa kita tanya sama hati.Tiada gunanya.

Tanaman memerlukan air sebagai siraman untuk membantu tumbesarannya.Kita memerlukan makan (nasi dan sebagainya) untuk membesar.Begitu juga dengan hati.Hati mempunya makanannya sendiri.Jika kita tidak sirami atau menyuapnya,lama-kelamaan akan gelap, tiada cahaya.Hati tidak makan piza, KFC, atau apa-apa pun seumpama dengannya.Tidak memerlukan wang untuk memelihara hati.
Hati hanya perlu disirami dengan zikrullah, nasihat, muhasabah dan sebagainya.Perkara-perkara sebegini perlu menjadi baja kepada hati, setiap masa.Ini kerana baja-baja inilah akan menambahkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah.Maka hati akan bercahaya dengan sinaran keimanan dan ketaqwaan seperti pokok mengeluarkan bunga, harum mekar.



"sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."

Mari kita behenti sejenak, apa yang kita telah lakukan hati ini untuk menyirami hati kita yang sentiasa ketagih memerlukan sesuatu untuk disirami.Dari pada selepas slat subuh hingga la sekarang,apa yang telah kita lakukan.Jom kita sama-sama berlumba untuk mencuri setiap detik untuk menyirami hati kita.Ayuh sahabat-sahabat semua.Usah dipendam dalam hati jika membuatkan hati kita tersiksa.Mengadulah pada Allah.Menangislah.Insyaallah allah akan membantu mu.

Antara menjadi pengubat kepada hati

1.membaca al-Quran dan maknanya
2.mendirikan solat malam(qiamullail)
3.berkumpul bersama-sama orang yang soleh
4.perbanyakkan berpuasa
5.perbanyakkan berzikir

Semoga sahabat dapat mwngambil sedikit sebanyak pengajaran yang aku kongsikan, moga-moga berguna kepada semua.

Doa untuk melembutkan hati~surah ali imran-200

Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana