Showing posts with label tok guru nik abd aziz. Show all posts
Showing posts with label tok guru nik abd aziz. Show all posts

17 June, 2011

Julanglah Islam, Jangan Di perkotak-katikkan

Assalamualaikum wbt

Aku terpanggil untuk melontarkan satu perasaan yang tidak puas hati dari apa yang sedang berlaku dalam negara kita hari ini.Sepanjang minggu ini, di dada akhbar bercetak ataupun mediatronik, kita di gemparkan dengasn berita-berita yang menghina keindahan Islam, lebih tepat lagi hukum Allah.

Minggu ni satu keratan akhbar telah menimbulkan ketidak puasan hati orang Islam dengan memaparkan karikator yang menghina hukum Allah.



Aku memetik kata-kata Dr Asri
" Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.

Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar
."


Sehingga sekarang tiada lagi apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menjernihkan keadaan ini. Kalau dulu akhbar Denmark yang menimbulkan kontroversi dengan menghina Islam, berduyung-duyung mengeluarkan ketidak puas hati, menghantar memorendum. Hari ini Utusan Malaysia. Akhbar utama dalam negara kita telah melakukan perkara yang lebih kurang sama.Apa tindakan kita.Apa yang kita hendak lakukan.

"Pada 2008, akhbar Denmark pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom."

Hari ini di Kota Bharu, telah melakukan acara pemboikotan pada UtusanMalaysia, sebagai tanda protes kerajaan kelantan diatas penghinaan ini.Acara ini disempurnakan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Namun adakah pemboikotan ini hanya bermusim,sama seperti musim buah-buahan.Bila mana bersemangat, kitalah yang dihadapan, bila diuji sedikit, rasa malas menyelubungi diri, maka lunturlah semangat.Sipenganjur sememangnya bersemangat, yang aku perkatakan ini adalah barisan kedua ini.Imannya turun dan naik.Marilah kita berdoa agar ditetapkan iman, moga-moga semangat pemboikotan ini terusmekar dan membara dalam diri kita.Insyaallah.

Kita meminta agar Pihak yang bertanggungjawab memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat islam.acara ini mestilah diadakan secara live disemua kaca tv mahupun di setiap corong-corong radio.Ini bukan hanya melibatkan umat Islam di Malaysia, tapi diseluruh dunia.

Ingatlah,rogol dan zina tidak boleh disamakan.~wallahu'alam

08 June, 2011

menerajui perubahan

Assalamualaikum wbt

Hari ini aku ingin berceloteh tentang kelantan darul naim.
Alhmadulillah setelah 20 tahun lebih dibawah pemerintahan Ulamak, mentadbir negeri cik siti wan kembang dengan penuh pentarbiyahan dan penuh penelitian.Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah banyak merancang dan juga melekukan perubahan demi perubahan mendepani seluruh negeri lain, walaupun dalam keadaan dananya tersempit.Pelbagai pembangunan bukan sahaja dari segi kemudahan mahupun rohiyah dibangunkan oleh Tok Guru nik Aziz dan juga barisan kepimpinan dari dulu hinggalah sekarang.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Perubahan demi perubahan diterokai oleh kelantan.Antaranya

Dinar Emas kelantan



projek Bazar Tok Guru dan Hotel Madinatul Raudah



Masjid Jubli Perak Al-Sultan Ismail Petra (juga dikenali sebagai Masjid Pagoda atau Masjid Beijing oleh penduduk setempat dan rakyat Kelantan), Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia.



jika kita lihat peubahan dari segi periklanan pun ade










Setiap pengiklanan yang melibatkan perempuan, hendaklah menutupi aurat.Tidak kiralah modelnya adlah artis, mahupun sesiapapun.

Pembangunan bukan sahaja dari segi zahirnya.Namun Kelantan melopori juga dari segi pembangunan dari segenap segi.Antaranya


kad pintar untuk pasangan yang sudah berkawen

selain itu,

Menubuhkan Tabung Serambi Mekah
Melaksanakan Sistem Gadaian Islam (Ar-Rahn)
Memanjangkan cuti bersalin dari 40 kepada 60 hari.
Menghapuskan peruntukan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar untuk Juadah Berbuka puasa sebanyak RM 15,000
Mewujudkan program dakwah menerusi Jawatankuasa Penerangan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah / MPKB)
Memajukan bidang Pertanian sebagai “economic base”.

dan banyak lagi.

Aku bangga menjadi rakyat kelantan.Semoga, KELANTAN terus dibawah kepimpinan ULAMAK.Moga-moga pembangunan ini dapat diteruskan dengan lebih berkesan dan lebih menyeluruh kesemua pelosok dunia serta menjadi panduan kepada tiap-tiap pembesar di semua negeri dan juga di peringkat pusat.INSYAALLAH .

kredit buat
hari-hari dalam hidupku
kelantaninsider
dan jugak FB kelantan..

27 February, 2011

penghinaan keatas ulama'

Subhanallah.Itulah ungkanpan yang pertama yang mampu aku bicarakan.terkilan atas apa yang berlaku.Nmapaknya rakyat seduh semakin berani menonjolkan perilaku yang sememangnya diluar pemikiran kita.Cuba kita renungkan.Sanggupkah kita menghina sebegini rupa ulama', dengan menjulang sepanduk sepanjang perjalanan penamaan calon kelmarin.perbuatan sperti ini tidak patut berlaku, namun jika PM sanggup menghina Ulamak dunia, inikan pula rakyatnya. Dunia semakin menghampiri kiamat.Memang benar lah, dunia semakin menghampiri kiamat.tidak bolh dinafikan lagi. Mari kita renungkan gamabr dibawah ini.

sepanduk yang dibawa semasa penamaan calon


sepanduk yang telah diedit.~tok guru nik aziz dan anwar ibrahim

beginikah negara islam yang diwar-warkan oleh PM kita.ulama' dihina sedemikian rupa. Kita kita ingat, ulama' merupakan pewaris kepada nabi. Merekalah menjadi tempat kita merujuk setiap permasalah berkaitan dengan agama. Jika dibuat perbandingan antara abib dan ulama', jika kehilangan abib tidak dirasai, namun jika kehilangna ulama', maka mata-mata dibumi ini akan menangis atas pemergiaannya.Ulamak itu permata yang sukar ditukar ganti dan dicari.




Gambar diatas merupakan gambar PM
Upacara penghormatan dengan meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk

Jika kita merujuk fatwa kebangsaan yang telah dibahaskan semasa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

sekarang, apakah tindakan kita terhadap berita yang menyedihkan ini.Adakah kita hanya sekadar mendiamkan diri. Atau hanya menunggu kelibat pimpinan bersuara.Ayuh kita bangkit menentang kezaliman. Marilah kita berdoa agar mereka-mereka ini akan dibukakan hati mereka, sebelum ajal menjelma.


05 February, 2011

Islam segalanya




KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."

Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.

"Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," kata Nik Aziz dalam tulisannya itu.

Berikut adalah tulisan Nik Aziz sepenuhnya.

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana