bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, minggu lepas aku berpeluang untuk menghadiri satu jemputan iaitu reunion bersama rakyat malaysia. aku tidak ingin ceritakan perjalanan reunion tersebut namun aku ingin berkongsi sedikit sebanyak, what I get after I went there..(betul ke inggeris aku..haha)
terpegun aku melihatnya. almaklumlah, reunion pertama dan yang kedua aku tidak berpeluang. suasana di sana begitu riuh rendah. semua agama,bangsa,bahasa berhimpun dengan satu matlamat. sungguh meriah. bukan hanya dari sekita KL mahupun selangor, namun, ade yang sanggup datang dari hujung utara dan selatan Malaysia. teringat aku ikrar dalam tentera. sedia berkorban demi kepentingan negara.
jumlah yang hadir tidak cukup untuk aku membilangnya dengan jari-jemari aku. jika di tambah dengan jari kaki pun tidak cukup untuk mengira semua yang hadir. pada hemat aku, yang datang umurnya dari 18- 50 tahun, akan tetapi semua itu hanya dusta. anak kecil di dukung bersama emaknya sehinggalah emak yang uzur di tolak dengan kerusi roda yang hadir reunion ini. mungkin aku patut letak 1- 90 tahun, anggaran umur rakyat malaysia yang hadir.
sebelum menjejakkan kakikesini, kita harus membetulkan niat. disini kita datang bukan untuk berhibur. kita hanya ingin menyatakan kebenaran dan hak kita sebagai ahli dalam sesebuah negara.
namun, sungguh sedih. bilamana reunion kita diperlakukan seperti kita bersalah.adakah kita bersalah, jika kita berhimpun.jika tidak mahu bersama kami, usah kacau kami. kami berhimpun dengan keadaan aman. bukannya bertujuan merusuh ataun apa sahaja yang boleh memburukkan keadaan dan nama baik malaysia. keadaan aman, bertukar menjadi kelam kabut. kami disirami dengan air dan juga gas pemedih mata.entah kenapa.ade juga diantara kami dibelasah.
Andaikata avengers berada di malaysia, aku yakin semua melakukannya akn dihapuskan..haha...
insyaallah, Allah telah menilai kita semua.siapa yang salah atau pun betul, akanmendapat pembalasan. sma ada baik ataupun buruk.moga-moga kami ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.kami doakan kamu semua, diampunkan dosa.insyaallah.
ok, aku tidak mahu berceloteh panjang-panjang. ayuh kita saksikan beberapa gambar semasa reunion kami menggu lepas~
pasangan zauj dan zaujah
gadis-gadis dari Pahang~
lautan manusia~ini baru secebis dari lensa aku~
kawasan inilah antara semburan dilakukan~
adik manis didukungan emaknya
cikgu Mala sedang berucap
hanya sekadar berkongsi..
ismaryzalismail
03052012