Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

02 March, 2013

wanita

bismillahirahmanirahim

hari ini aku ingin berbermbang mengenai perit dan jerit wanita yang menjadi pendamping kita setiap masa dikala senang mahupun susah. ayunan dari tangan yang lembut inilah membawa kita kearah matlamat kehidupan.



Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita

Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup



Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu



Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita



Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus



Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita






ismaryzalismail
2mac2013


13 November, 2012

mahar

bismillahirrahmanirrahim

cuti sekolah mula kunjung tiba. time inilah, masa yang sesuai untuk mengadakan sesuatu majlis. ini kerana sudah menjadi kebiasaan di Malaysia seperti ini. sebulan sebelum cuti sekolah, sudah berderet kad jemputan sampai ke rumah.Baik dari bakal pengantin sendiri dan baik dari ayah si mempelai. sungguh mulia langkah yang diambil kerana tidak melakukan perhubungan tanpa ikatan.

sesuatu kerunsingan yang membelenggu bakal pengantin lelaki adalah mahar ataupun mas kahwin. nilai yang diletak adakalanya tidak kena pada tempatnya. memang betul firman Allah ada menyebut dalam surah al nisa' ayat 4:


“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan (isteri) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian (yang wajib). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat" 

adakalanya mas kawin ini diletakkan oleh keluarga si pengantin perempuan dan buannya dari perempuan itu sendiri. kuasa vito untuk tetapkan harga mas kahwin adalah dirinya sendiri. keluarga hanya sekadar pencadang kepada harga itu.



Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya."

usahlah mas kahwin menjadi satu perlumbaan dengan meletakkan harga yang melambung tinggi. seharusnya kedua-dua mempelai bawa membincang. hal ini akan menjernihkan keadaan bukan sahaja pada hari akad nikah malah masa akan datang jua. Apalah gunanya andai mas kahwin dan hantaran yang berpuluh-puluh ribu sehingga berhutang keliling pinggang? Apalah gunanya majlis perkahwinan yang besar-besaran tetapi membazir mengikut langkah syaitan?

sekali lagi aku cuba tekankan, keluarga hanya pencadang kepada peletakan mas kahwin.semuanay bergantung pada si perempuan sepenuhnya.usah berusaha untukmenjadi syaitan nampak.

jika perkara sebegini semakin berleluasa dan membudayakan sikap ini, ia akan menyulitkan perkahwinan.Jika ditakdirkan wanita tersebut mempunyai kelayakan ijazah tinggi, maka lagi tinggilah belanjanya. merana dan terus meranalah si lelaki.

pendek kata, kedua-dua bakal mempelai harus belajar sedikit sebayak mengenai mahar agar tidak berlaku kekecohan di saat meletakkan harga mahar nanti. kawan aku ade berpesan. buatlah badget sebaiknya untuk gaji kerja kita. ini kerana dengan budget itu, maka bolehlah keluarkan anggaran mahar yang akan ditetapkan.

sekadar berkongsi, walaupun diri ini belum sampai masanya untuk bercakap lebih dalam mengenai hal ini. semoga perkongsian ini menjadi satu pembuka kepada teman-teman.insyallah.

ismaryzalismail
13 november 2012





07 May, 2012

hebat orang puang

bismillahirrahmanirrahim

hari ni aku ingin kongsikan satu puisi yang telah aku ambil dari kawan aku. entah dari mana dia ambik aku pun tidak tahu.biarlah, unjuran terima kasih sahaja yang aku mampu lafazkan. puisi yang menggambarkan seorang perempuan merangkap seorang isteri dan seorang ibu.

ooo orang puang ...

mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ...

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...

mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...

mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...

mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...

dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...
 kepada yang tak pahang, blh oyak kat ku...


ismaryzalismail
 7 mei 2012


14 March, 2012

surat buat calon isteriku

bismillahirrahmanirrahim

aku ingin kongsikan dengan satu puisi yang di tulis oleh beberapa orang muslimin. puisi ini menjadi surat kepada muslimat yang bakal menjadi permaisuri..


surat buat calon isteriku

wahai hawa yg bakal menjadi permaisuriku
ayuh mari kita persiapkalah diri kita sebelum kita melangkah
ke alam mahligai
akan daku memenuhi piala hati dengan cinta Allah dan Rasul
ku menantimu dalam redha Ilahi
namun
sebelum ikatan terikat kemas
jangan biarkan minda dirimu gusar dengan cinta
basahkan hatimu dengan cinta padaNya
buat bakal permaisuriku,
seperti mana Nabi Muhammad memerlukan kasih sayang
dan perngorbanan siti Khadijah
sama juga dengan aku
aku hanyalah lelaki biasa
terlalu banyak kelemahan
semoga hadirmu disisi
bisa menjadi pelengkap diriku
permaisuriku,
andai engkau tertanya-tanya
siapakah calon suamimu
percayalah,
kita memang ditakdirkan bersama
cuma tempat dan waktu
belum diketahui
bukanlah kecantikan yang kuinginkan(tapi cantik tu penting gak..keh3)
tapihanya satu yang ku pinta, KESOLEHAN
dirimu ingin menjadim makmum kepada iman
keperluan dirimu memilih iman yang sebaiknya
tapi percayalah bakal suamimu cuba sedaya upaya
untuk menjadi iman yang sebaiknya
dengan bekalan yang secukupnya untuk mengimankan dirimu
hidup,hidup, hidup islam, Karnival lelaki (kaki)
sekalipun bingkisan ini seperti meloyakan
uwek...uwek....

calon permaisuriku
akan ku sematkan sentiasa dalam doaku
moga kita bertemu satu masa
menuju ke negeriyang abadi



surat ini ditulis oleh beberapa orang muslimin.walaupun banyak kepala, namun idea asal surat ini masih tetap dilandasan walaupun ade yang tulisan yang tidak patut ditulisnya. aku tidak langsung mengedit surat ini seperti mana yang asal.

selamat menikmati~

ismaryzalismail
14~03~2012

21 November, 2011

muslimah wawasan


bismillahirrahmanirrahim


 

lagu ini aku tujukan khas buat semua muslimah
yang mana telah dirakankan oleh wadi L jadid
moga-moga akan menambahkan lagi semangat dalam berjuang
insyaallah.

ismaryzalismail
21 november 2011




11 October, 2011

muslimah_lirik

bismillahirrahmanirrahim

semalam aku postkan lagu muslimah, mungkin ade yang bergerak-gerak bibirnya unutk mengikuti bait-bait kemerduan lagu tersebut.HAri ini aku ini menolong.Menolong melengkapkan persembahan melantunkan lagu ini.

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

moga bait-bait lagu ini dapat membuka hatimua untuk terus istiqamah dan kental berada diperjalanan perjuangan ini.Insyaallah.

ismaryzalismail
11-10-2011





muslimah

bismillahirrahmanirrahim

lagu ini aku persembahan untuk kaum hawa yang bernama muslimah
gayamu lembut diluar tetapi tegas bila diusik



jadilah mutiara yang sentiasa dilindungi oleh pelindungnya
jadilah seperti semalu, sentiasa dilindungi oleh durinya
jadilah seperti ikan dilaut, biarpun berada dalam keadaan masin, tetapi dirinya tidak mengikut masin


~ismaryzalismail~
~11 october 2011~


07 October, 2011

Niqab, sesuai ataupun tidak

bismillahirrahmanirrahim

Sejak dua menjak ini, jari jemari ini agak gatal untuk selalu memetik keyboard.Entah, aku tiada penjelasan yang khusus unutk ini.Biarkanlah ia, menari diatas huruf-huruf, moga-moga lenggokkan tarian ini dapt memberi sedikit sebanyak manfaat kepada yang melihatnya.Insyaallah.

Kali ini aku ingin berkongsi tentang niqab ataupun purdah.Sememangnya pemakaian purdah di IPTA tidak sama sekali membenarkannya.Namun, ade segelintir yang menitik beratkan hal ini, berasa tidak selesa bila mana tidak berniqab dikhalayak ramai.Timbul dalam diri rasa ganjal dan tidak selesa, lebih lagi keadaan ramai lelaki.Ada yang bertanya aku tetang hal ini.Aku diam seribu bahasa.Tidaklah aku arif dalam hal sebegini, namun tidak salahunutk aku mengetahuinya.disini aku ingin kongsikan satu entri yang ditulis oleh seorang ukhti berkaitan dengan niqab ataupun purdah.mungkin mana-mana sahabat yang mempunyai kemusykilan tentang hal ini, dapat cedok sedik manfaatdarinya.Insyaallah.Terima kasih buat ukhti Insyirah dan zaujnya, atas perkongsian ini.

selamat menghayatinya.





ismaryzalismail
7/10/2011


18 September, 2011

pengharapan

Assalamualaikum wbt

sudah seminggu berlalu
jawapan belum kunjung tiba
entah ya atau pun tidak
semuanya Allah Maha Mengetahui
biar apa pun yang terjadi pasrah semua atas ketentuannya
biar apa pun yang terjadi, itu semua sudah tertulis
biar apa pun yang terjadi,kuatkan hati cekalkan diri

Bukan kamu ditolak
tapi mungkin Allah inginkan yang terbaik untuk mu
berdoalah,dan terus berdoa
Biar lenangan mutiara mengalir membasahi kulit pipimu
menangis lah sekarang, mohon petunjuk dariNYA
jangan kau menangis untuk penyesalan
semua itu sudah terlambat
semua itu tidak dpat diundurkan lagi

Jika Allah ingin kita bersatu
Insyaallah, aku doakan kebahagiaan untuk kita
Dibawah kalungan mawardah serta sakinah
atas talian ikatan sah ini.
Insyaallah


(google image)

ismaryzalismail





07 June, 2011

Muslimah, simpanlah kecantikanmu untuk zaujmu

Assalamualaikum wbt

Entri kali ini aku ambik dari simpanan artikal aku.Agak tertarik juga tulisan dia.Artikel ni dari iluvislam.Kredit untuk penulis yang post di iluvislam.



Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari. Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:


"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53..... RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH....

23 May, 2011

Ikhtilat ditempat kerja

Assalamualikum wbt

Diam tidak diam minggu ni sudah masuk minggu ke dua aku di bumi takluk Sime darby.Pelbagai rencah kehidupan kami temui dan selongkari, dari hari kehari.Betullah jauh barjaln luas pemandangan/pengetahuan. Lagak gaya dan kehidupan orang yang berkerjaya sememangnya jauh berbeza dari kehidupan seorang student.Walaupun hanya sebelah kaki sebagai orang yang bekerjaya, aku merasakan keperitan mencari sesuap nasi memang terasa.Entah bagaimana agaknya, orang yang full time bekerja.Keluar pagi, petang bari balik.Subhanaallah, hanya Dia yang mengetahui.

Dalam kesibukan dan keghairahan berkerja, aku teringat pesanan naqib aku tentang ikhtilat ditempat kerja.Berbeza semasa di alam pengajiaan.Setelah seminggu berlalu, aku dapat melihat ikhtilat sesama rakan kerja dan juga senior-senior disini.Walaupan tidak begitu ketara, tapi masalah ikhtilat tetap ada.

Ikhtilat(pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram) acap kali dijadikan tajuk kepada tulisan dan juga menjadi fitnah diakhir-akhir ini.Tidak kira disudut mana kita berada, percampuran ataupun pergaulan antara dua genre berbeza ini diabaikan serta dipandang remeh.(what don't know).

Dalam surah an-Nuur ayat 30 dan 31 Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada lelaki dan wanita beriman supaya saling menundukkan pandangan di antara satu dengan yang lain.

“... Janganlah kamu melemah-gemalaikan suara dalam berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Surah al-Ahdzaab, 33: 32)

Apa yang dimaksudkan dalam ayat ini berkenaan melembutkan suara adalah merujuk suara yang dilemah-gemalaikan atau dimanjakan seperti sedang menggoda atau seperti suara seorang isteri ketika bersama-sama suaminya. (Rujuk Tafsir al-Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir, 6/409)

Percampuran antara du jenis jantina di tempat kerja tidak dapat dielak selagi mana setiap individu menganbil inisiatif untuk tidak terjerumus dalam kancah arena ini.Mungkin kita sebagai orang bawah hanya akan mengikut kata dari pihak atasan dan tidak dapat mengelak , namun kita masih lagi boleh dan seharusnya mencari jalan untuk mengurangkan percampuran yang tidak maanfaat ini.

Pergaulan ini akan menyebabkan masalah hati diantara mereka.Silelaki terniang-niang teringat kan si perempuan.Begitu juga si perempuan menunggu si kumbang memetik kuntumannya.

"Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim – Muttafaq ‘alaih)

Aku bersyukur kepada Allah, kerna sehingga hari ini diperlihara dari fitnah ini.Dan masih lagi ditetapkan iman.Adku berdoa agar dijauhkan fitnah duniawi ini dari keluarga aku, diriku dan sahabat2 pembaca serta umat islam.

Kepada semua sahabat-sahabat pembaca, gunakanlah akal yang diberikan Allah, fikirkan ape yang baik dan ape yang buruk untuk diri kita.Fikirlah secara matang.
Entri ini aku tujukan untuk semua rakan-rakan yang asyik dalam kancah berkerja serta yang baru berjinak-jinak mengenal erti kerjaya, sertadiri ini yang daif.

wasaalam.

16 April, 2011

Awak dan saya



semoga video ini akan mengamit rasa kasih sayang antara dua insan semakin membara.

27 January, 2011

hebatnya si dia

Itulah dia.. Wanita

Hebatnya wanita tiada tandingan. Jika dibandingkan dengan lelaki, wanitalah lemah. Namun, hebatnya wanita dapt di serlahkan semasa mengandungkan anaknya. Mari kita bayangkan 9 bulan 10 hari. Membawa ke hulu ke hilir, tanggungannya. Bukannya boleh main pass pass..pagi si ibu bawa malam pulasiayah yang membawanya. Tanggungan ini hanya untuk wanita.

Allah SWT berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"

kelembutan, kemanisan dan kemesraan kasih sayang tidak dapat ditandingan oleh sang ayah. Allah menganugerahkanya mutiara ini dan menjadi fitrah setiap mereka yang terpahat dalam dirinya. kepriabadiaan mereka seperti kebuah kebun dihisai dengan kuntuman-kuntuman bunga yang mekar dan keharumannya menyusuk kalbu.


"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikandiantara kamu rasa kasih dan sayang. sunguh, pada yang dmikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang terfikir." Ar-Ruum~21


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Engkaulah wanita istimewa

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

[DeHearty]
[Wanita]


bilamana wanita menjadi derhaka.. pasti dunia lelaki akan menjadi hu hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, Tapi binalah kekuatan atas ketaqwaan dan keimanan serta kepimpinan. Pimpinlah mereka menuju mardhatillah.
Namun, jinakkanlah dirimu dahulu, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu. jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az-Zahra, seandainya diri kita tidak sehebat saidina Ali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana