13 November, 2012

mahar

bismillahirrahmanirrahim

cuti sekolah mula kunjung tiba. time inilah, masa yang sesuai untuk mengadakan sesuatu majlis. ini kerana sudah menjadi kebiasaan di Malaysia seperti ini. sebulan sebelum cuti sekolah, sudah berderet kad jemputan sampai ke rumah.Baik dari bakal pengantin sendiri dan baik dari ayah si mempelai. sungguh mulia langkah yang diambil kerana tidak melakukan perhubungan tanpa ikatan.

sesuatu kerunsingan yang membelenggu bakal pengantin lelaki adalah mahar ataupun mas kahwin. nilai yang diletak adakalanya tidak kena pada tempatnya. memang betul firman Allah ada menyebut dalam surah al nisa' ayat 4:


“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan (isteri) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian (yang wajib). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat" 

adakalanya mas kawin ini diletakkan oleh keluarga si pengantin perempuan dan buannya dari perempuan itu sendiri. kuasa vito untuk tetapkan harga mas kahwin adalah dirinya sendiri. keluarga hanya sekadar pencadang kepada harga itu.



Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya."

usahlah mas kahwin menjadi satu perlumbaan dengan meletakkan harga yang melambung tinggi. seharusnya kedua-dua mempelai bawa membincang. hal ini akan menjernihkan keadaan bukan sahaja pada hari akad nikah malah masa akan datang jua. Apalah gunanya andai mas kahwin dan hantaran yang berpuluh-puluh ribu sehingga berhutang keliling pinggang? Apalah gunanya majlis perkahwinan yang besar-besaran tetapi membazir mengikut langkah syaitan?

sekali lagi aku cuba tekankan, keluarga hanya pencadang kepada peletakan mas kahwin.semuanay bergantung pada si perempuan sepenuhnya.usah berusaha untukmenjadi syaitan nampak.

jika perkara sebegini semakin berleluasa dan membudayakan sikap ini, ia akan menyulitkan perkahwinan.Jika ditakdirkan wanita tersebut mempunyai kelayakan ijazah tinggi, maka lagi tinggilah belanjanya. merana dan terus meranalah si lelaki.

pendek kata, kedua-dua bakal mempelai harus belajar sedikit sebayak mengenai mahar agar tidak berlaku kekecohan di saat meletakkan harga mahar nanti. kawan aku ade berpesan. buatlah badget sebaiknya untuk gaji kerja kita. ini kerana dengan budget itu, maka bolehlah keluarkan anggaran mahar yang akan ditetapkan.

sekadar berkongsi, walaupun diri ini belum sampai masanya untuk bercakap lebih dalam mengenai hal ini. semoga perkongsian ini menjadi satu pembuka kepada teman-teman.insyallah.

ismaryzalismail
13 november 2012





2 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan ustaz & bakal suri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah, untuk enti pun, saya doakan dipermudahkan

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana