01 April, 2011

KOUTA OH KOUTA 2

Hari ini aku ditag(gambar dibawah), yang mengenai kedudukan bilik aku untuk sem hadapan.Moga-moga apa yang paparkan ini adalah benar dan akan berkekalan hingga keakhirnya.


Inilah langkahku





semoga lagu ini akan meresap kedalam diri kita semua, semangat jihad yang dilontarkan melalui lirik-lirik lagu ini menaikkan lagi semangat kita.

31 March, 2011

Tugas sebagai Mahasiswa



list homework yg nk kene settle b4 study week:

1. pembetulan Lab 1 atmosphere (group) - 1/4
2. Assignment Atmosphere (pair) - 10/4 > kne present
3. Project karto (individu) - 11/4 > kne present
4. Proposal Technical Writing (individu) - 12/4>kne present
5. Lab MicroWave 1, 2, 3, 4 (group)> submit sebelum study week
6. project Satellite (group) - 13/4 >kne present
7. Project Database (WEbsite)>kne present
8.Assignment (9 soalan)

Test/Quiz:

1. Quiz Atmosphere - 30/3
2. Test Atmosphere - 7/4
3. Test Satellite (online) - 8/4
4. take home test Karto
5. take home test Dtabase

30 March, 2011

Test in life-ujian Allah

Apakah manusia mengira akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?

Banyak perkara yang kita lakukan setiap hari, bermula dari celik mata hinggalah mata dipejam semua.namun adakah kita menilai satu-satu perkara itu sebaiknya.Jauh dari sudut hati ini mengatakan bukan semua baik dari segi lisan mahupun gerak gaya tubuh badan sempurna. Betullah Firman Allah di atas.

Setiap peringkat dan lapisan masyarakat Allah menurunkan ujian, tiada perbezaan, berat atau ringan hanya menjadi sempadan.Semakin besar tanggungjawab kita, semakin berat ujian Yang Allah berikan.

Disaat ini, Allah menyuruh kita berdoa kepadanya.
"dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"tuhan kita turun pada setiap malam kelangit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman,' sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya.Sesiapa yang memohon kepada-Ku Aku memenuhinya.Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya."Hadis kursi- (riwayat buhkari no 1094, muslim n0 1808, et al )

Mengaktifkan diri dengan berdoa amatlah dituntut oleh Allah.

sebenarnya bukan hanya kemiskinan dan kesakitan menjadi ujian, namun diwaktu kekayaan, kesenangan dan kekayaan juga merupakan salah satu ujian yang Allah lontarkan kepada kita sebagai hambanya.

hidup ini merupakan ujian yang paling besar, iaitu membuat pilihan.Pilihan kita hari ini akan menjadi kesan dikemudian hari.Jika kita tersalah memilih jalannya, gelap la masa depan.Namun, jika benar lorong pilihan, insyaallh segala onak dan duri akan ditempis dengan senang.

Kita sebagai mahasiswa ataupun prang yang sedang menuntut ilmu juga tidak terlepas dari ujian Allah.Malah lebih lagi dari rakan sebaya kita yang lain.Ape tidaknya, disaat inilah, penghasut-penghasut berlegar difikiran utk menyesatkan kita.Sebagai contoh.diwaktu peperiksaan, kita meniru.Nampak sememangnya simple, tapi kesannya hingga akhir hayat.cuba kita bayangkan,dengan meniru tadi, kita mendapat result yang gampak. dan dengan result itu, kita mendapt kerja.Tiap-tiap bulan akan dapat gaji.persoalannya adakah gaji itu berkat.GAji td dihasilkan dengan meniru semasa menjawab peperiksaan dulu.Ayuh rakan-rakan, ubah sekarang.Mari kita langkahkan kaki ke tikar sejadah.Memohon ampun.

Marilah kita muhasabahkan diri kita.dalam kehidupan seharian adakah kitamemasuki lubang-lubang kemaksiatan ataupun ke lorong-lorong keimanan.

KOUTA OH KOUTA

Setelah penat berdiscusion, kami mula mengemas barang-barang unutk balik ke bilik masing-masing. Maklumlah kumpulan ngan perempuan, kena la wat kat arked.
Aku menuruni tangga pejabat dengan hati yang senang tapi fikiran ligat berfikir tentang assignment yang belum tentu dapat siapkan malam ni.Aku terperasan beberapa keping kertas yang ditampal mengenai kouta pengetua.Aku fikir semua nama ini utk yang pergi interview, nama palapes tidak akan ada.Namun, aku terkejut ada satu nama yang di liquid.Keraguan semakin menebal.Dalam firasat aku mngatakan itu nama aku.Nama skuad aku yang lain ade, kecuali yang memang tidak akan meneruskan tinggal di kolej ini.
Memang sah itu nama aku.aku mulakan gelak.Sememangnya 'Dia' nak aku keluar dari kolej ini dan ini. Aku tidak kisah pun.Allah maha kuasa.Kita tengok sejauh mana dia blh sekat aku dan juga rakan -rakan aku yang lain.

Untuk sahabat, janganlah kamu kecut perut denagn tindakkan yang sebegini rupa, Biasalah perjalanan seorang daie, memang dihidangkan dengan onak dan duri, bukannya dihamparkan dengan permaidani merah.







28 March, 2011

konvo 46 - episod 2

Hari ini aku sekali lagi terpanggil untuk memetik keyboard laptop ni Pak Lang( petugas yang paling) setia....semestinya kehangatan pesta konvo masih membingitkan halwa telinga.Hari ini hari terakhir kami berpesta di padang kawad utm...

Suasana ditengah hari ni agak lengang, hutan rintik-rintik mula membasahi lautan gerai-gerai di tapak konvo.
Antara gelagat dan barangan yang terdapat di gerai konvo PMI..

buku-buku ilmiah...

tafsir syed qutb







,
bersama semut

Konvo 46 episod 1

Alhamdulillah, hari ni genap 6 hari aku berdating di pesta konvo. Panas sepanjang hari membuatkan aku terasa kehausan , dahagakan kata-kata nasihat dan peransang dari semua sahabat.Aku melihatkan keletihan di raup wajah setiap petugas yang berkorban masa dan tenaga untuk bertugas di gerai PMI begitu mahal harganya, tidak ternilai.

Buat kalian yang bersungguh bersama lajnah ekonomi, untuk mencari kewangan dan belajar tentang pengurusan kewangan dan juga pengurusan perniagaan, aku lontarkan selautan terima kasih.Mungkin ini sahaja yang aku mampu hulurkan.Walau sekadar terima kasih, aku doakan masa kalian yang dikorban unutk ISLAM ini digantikan dengan kejayaan,hanya dari Allah.Tiada kata yang sesuai untuk aku berikan.Ucapan terima kasih inilahmungkin akan menjadi penguat dan penyatuan antara kita semua dalam berjuang dijalan Allah.

Cerita tentang konvo kali ini aku akan kongsikan dalam entri yang lain.Untuk hari yang terakhir ini, moh kita sama-sama selesaikan apa yang telah mulakan.Begitu bayak peristiwa yang trjadi dalam pesta konvo kali ni.ada yang baik dan ada yang....hanya jauhari mengenal manikan.

22 March, 2011

Pra Tauliah-fitting Baju

Sabtu lalu, fitting baju utk one dress, alhamdulillah, semuanya selamat. Insyaallah kami akan ditauliahkan pada 23 julai 2011.Tapi aku dan beberapa skuad aku yang lain akan menjalani latihan industri. sempat atau tidak untuk berjuang bersama dipadang kawad belum tentu lagi diketahui. Aku berharap sangat untuk turut serta dalam kawad nanti.


antara skuad aku


Align Center


penulis- PRM ISMARIZAL ISMAIL


PK Sazrin dan PRM Ismarizal


SARJAN AZIIZ


PK KPL Muzaffar, Pk Abu Zarim, PRM Ismarizal, PK L/KPL Amzatul

17 March, 2011

doa untuk Pencipta



Ya Allah, kurniakan aku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu,serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.Ya Allah,sekiranya Engkau ingin pisahkan aku dengan sesuatu, sedangkan ia amat aku cintai, jadikanlah ia ruang untuk cintaMu di dalam diriku. Jangan jadikan cintaku pada yang selain dariMu, mengatasi cintaku padaMu .Ameen~ (Do'a Nabi Daud yang diamalkan oleh Rasulullah saw)
berdoalah selagi mampu, ni kerana, doa itu senjata bagi orang Mukmin.
angkatlah tanganmu, mohon keampunan dariNYA
sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
pohonlah doa yang datang dari benak hati
pasakkan dalam hati

"Ya Allahu Ya Rabbi, Kau pertemukanlah aku dgn pemilik tulang rusuk yg kupinjam ini...Yg mampu mendidikku dan membawaku supaya lebih dekat kepadaMu..Semata2 utk mencari keredhaanMu Ya Allah..Mampu menghadapi saat suka dan duka bersama2..Pemilik hatiku ini nnt dpt menutupi segala kelemahan yg ada pd diriku dan hambaMu yg lemah ini juga dapat berkhidmat dgn menutup segala kekurangan yg ada pd drnya..Panjangkanlah umurku dan umur dirinya agar kami dpt bertemu..Janganlah Engkau biarkan aku sendirian hidup di muka bumi ni mahupun di akhirat..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan aku yakin dgnMu Ya Allah..Aku yakin apa yg Engkau takdirkan adalah yg terbaik buat hamba2Mu..Ya Rabb, permudahkanlah segala urusanku..Amiin Ya Rabbal Alamin"


10 March, 2011

barakallah-zulkifli dan atirah

Allahamdulillah, kali ini aku berkesempatan untuk menyaksikan sahabat aku kahwin.Setelah dua sahabat aku yang yang tidak berkesempatan kerana kengkangan masa.Mujurlah kali ini Allah mengizinkan aku bersama sahabat yang lain berkunjung dan memeriahkan walimah tersebut. Zulkifli dan atirah aku mengenali mereka sewaktu di zaman matrik. Namun aku tidak berkesempatan untuk tidur sebantal, makan setalam bersama dengan Zul, nama manja untuk Zulkifli. Setelah aku mendaftar dua minggu di matrikulasi, dia mendapat tawaran ke Mesir, untuk ,emyambung pengajiannya dalam bidang perubatan. Alhamdulillah Atirah sempat menamatkan lengajiannya bersama sahabat lain. Sewaktu kami mendapat berita mereka berdua akan bersatu, kami agak terkejut, begitu jugak en. Mahfuz, atau lebih mesra kami memanggilnya Uncle.Ini dinamakan jodoh.Setelah hampir lima tahun aku tidak bertemu kedua- dua mempelai ini, semalam aku berjumpa dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.Allah menemukan jodoh mereka berdua. Memang betullah ape yang uncle cakap ini lah pasangan pertama untuk batch kami.BARAKAALLAH aKHI ZULKIFLI DAN UKHTI ATIRAH
semoga kamu berdua akan terus bersama dibawah naungan Allah dan didampingi Alquran.


merpati dua sejoli~


geng generasi ke-6


aqef, anak sedara kami


zulkifli~ sebelum akad nikah


ciuman pertama~mohon keberkatan






semoga berada dinaungan sakinah dan rahmah...

04 March, 2011

the school of tarbiyah

aku ingin berkongsi dengan pembaca semua, mungkin sudah ada yang mendengar dan menontonnya.Namun aku ingin juga berkongsi, agar sesiapa yang belum melihatnya akan melihat dan dapat mengambil pengajaran darinya.

video ini aju download dari youtube yang diletakkan link di Facebook. Semoga ade pantulan yang jitu dapat dirasakan.Insyaallah.




28 February, 2011

manisnya Ukhwah

minggu ini terasa berat sekali, dengan kelambakan asignment dan test memanjang, ditambah pula dengan taklifan yang menjadi penguat ukhwah. Alhamdulillah dorongan dan sokongan sahabat secara langsung dan tidak, membantu sedikit sebanyak menguruskan hal ini.
Begitulah manisnya ukhwah.

Ya Allah, Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu,hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat untuk mendkong syariatMu, maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada.Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak pernah kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dengan linpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu.Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifatMu,Jika Engkau mentadbirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhadah dalam perjuangan agamaMU.

semanis kurma sepahit hempedu~

27 February, 2011

penghinaan keatas ulama'

Subhanallah.Itulah ungkanpan yang pertama yang mampu aku bicarakan.terkilan atas apa yang berlaku.Nmapaknya rakyat seduh semakin berani menonjolkan perilaku yang sememangnya diluar pemikiran kita.Cuba kita renungkan.Sanggupkah kita menghina sebegini rupa ulama', dengan menjulang sepanduk sepanjang perjalanan penamaan calon kelmarin.perbuatan sperti ini tidak patut berlaku, namun jika PM sanggup menghina Ulamak dunia, inikan pula rakyatnya. Dunia semakin menghampiri kiamat.Memang benar lah, dunia semakin menghampiri kiamat.tidak bolh dinafikan lagi. Mari kita renungkan gamabr dibawah ini.

sepanduk yang dibawa semasa penamaan calon


sepanduk yang telah diedit.~tok guru nik aziz dan anwar ibrahim

beginikah negara islam yang diwar-warkan oleh PM kita.ulama' dihina sedemikian rupa. Kita kita ingat, ulama' merupakan pewaris kepada nabi. Merekalah menjadi tempat kita merujuk setiap permasalah berkaitan dengan agama. Jika dibuat perbandingan antara abib dan ulama', jika kehilangan abib tidak dirasai, namun jika kehilangna ulama', maka mata-mata dibumi ini akan menangis atas pemergiaannya.Ulamak itu permata yang sukar ditukar ganti dan dicari.




Gambar diatas merupakan gambar PM
Upacara penghormatan dengan meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk

Jika kita merujuk fatwa kebangsaan yang telah dibahaskan semasa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

sekarang, apakah tindakan kita terhadap berita yang menyedihkan ini.Adakah kita hanya sekadar mendiamkan diri. Atau hanya menunggu kelibat pimpinan bersuara.Ayuh kita bangkit menentang kezaliman. Marilah kita berdoa agar mereka-mereka ini akan dibukakan hati mereka, sebelum ajal menjelma.


16 February, 2011

PRK 2011-pahit dan manis

Kehangatan PRK atau pilihan raya kampussemakin memuncak.persiapan semua calon dan jentera di saat-saat terakhir ini semakin serius. Pelbagai strategi diautr untuk memenangkan calon masing-masing. Tidak kira lah strategi yang berbaur saraf atau pun tidak.
Aku tidak sangka, tempis tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terkena atas diri aku.Mungkin ini salah satu ujian Allah terhadap hambanya.

firman Allah dalam surah al-ankabut ayat kedua,
maksudnya : "apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ",Kami beriman dan sedangkan mereka tidak diuji".

Tempias ini aku rasakan hanya sedikit sahaja, jika hendak dibandingkan ujian yang dialami Rasulullah.Naqib aku berpesan supaya banyakkan ingat Allah dengan bacaan Alquran, solat dhuha, qiam dan sebagainya. Hal ini sebagai pendinding kita dari terjerumus di lembah kehinaan.Aku begitu beruntung kerna adanya sokongan dan dorongan dari sahabat-sahabat yang tidak pernah letih dan lelah melayan kerenah aku sewaktu diri ini berjauhan dengan keluarga tercinta.Begitulah bilamana iktan ukhwan dioletakkan kerana Allah.

Dalam para jentera merencara pergerakan , aku sudah dukali mengadap "dia". Aku pun tidak paham mengapa dan kenapa aku disekat mengikut idelogi dan kefahaman aku.Apakah yang "dia " ingin kan dari aku dan juga rakan-rakan aku yang lain.Adakah "dia" ingin kami semua mengikut telunjuk dan arahan "dia".Jalan yang terbaik kami lakukan adalah membiarkan "dia" berkokok sendirian. Bilamasa "dia" kehabisan suara, maka senyaplah "dia". Hari ini aku sekali lagi dipanggil, bukan "dia" yang memanggil, tapi orang yang aku hormati lah juga. Orang ini memerlukan penjelasan dan penerangan aku tentang PRK kampus. Aku menjelaskan dengan nada yang sepatutnya. Cara orang ini memang profesional. Kredit utk orang ini.Banyak aku belajar dari oran ini. perwatakan yang cool dan tenang menjadikan hati aku senang untuk berbicara dengan dia.

Insyaallah, minggu depan aku akan menjadi pemerhati dalm proses pembuangan undi.ini merupakan pengalaman aku yang pertama setelah tiga tahun meneguk ilmu di pasantren ini.
Aku mengharapkan kencaman dan ugutan dari sesetengah pihak tidak lagi timbul.
Marilah kita sama-sama menekankan perjalanan hidup kita dengan menggunakan GPS yang sememangnya Allah tetapkan dan di tinggalkan oleh Rasulullah kita, iaitu Al-quran dan assunnah.Dengan menggunakan GPS ini, dapatlah kita membawa MPM yang bakal tertubuhnya nanti seiring dan mengikut apa yang telah digezekkan.
Aku perpesan kepada semua yang membaca entri kali ini dan juga buat diri ini agar menyedari bahawa kita semua adalah pemimpin.Tidak kira pimpin diri sendiri keluarga ataupun masyarakat, hendaklah kita menjaga amanah dan tunaikannya sebaik mungkin. Ingatlah pesanan Allah dalan Al-quran, suruah al-anfal ayat ke 27.

"wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan juga mengkhianati amanat yang dipercayai padamu, sedangkan kamu mengetahui."

Tahniuah dan takziah buat kalian yang telah memegang tampuk MPM setelah setahun berkhidmat dalam memperjuangkan hak dan suara mahasiswa. Semoga apa yang telah dipelajari dalam kencah MPM, disalurkan ditempat yang betul.
Laungan student power bakal menggegarkan DSI.

12 February, 2011

penantian sudah berakhir

sanah helwah buat penulis..penantian sudah berakhir. hari ini meningkat lagi bilangan angka umur.
umur aku dah semakin meningkat, dulu ustazah aku ade cakap setiap hari diri kita semakin mendekat alam kubur dan menjauhi alam dunia.masa berlalu tanpa disedari.mata berkelip, jantung berdenyut seiring denan masa yang meninggalkan aku dan kita semua. umur aku sekarang sudah menghampiri senja dewasa, tapi aku tidak merasakan diri ini seperti umur aku.
seperti diri ini merasakan baru dibangku sekolah.

seperti firman ALLAH
" Aku ciptakan jin dan manusia hanya untuk beribadat kepada Ku"

memang betullah begitu,namun sejauh manakah amalan yang telah kita lakukan selama ini.Apakah masa yang telah meninggalkan kita itu bermanfaat kepada Islam.
Jauh dari sudut hati ini, mengenal sepenuhnya apa itu islam.Malangnya nasib diri kita yang digelar Islam warisan.


Sekarang umur aku semakin lanjut. Mungkin sudah sampai masanya aku memikirkan soal rumahtangga.Member kau cakap, sewaktu dialam universiti ini lah masa sesuai untuk mencari mana-mana calon yang difikirkan sesuai untuk dirisik.Tapi yang menjadi masalahnya.................????

Usah la kita berbincang permasalahan ini. mungkin lebih baik aku memikirkan diri ini yang selama ini menyibukkan diri dengan urusan duniawi.Banyak urusan rohani aku sisihkan, tidak mengambil berat dan tidak ambil kisah.Kubur sedang menyeru nama aku, rumah pula menghalau aku pergi. Insyaallah, dengan tunjuk ajar ibu bapa, cikgu-cikgu dan sahabat-sahabat, aku mengenal islam. Terima kasij buat semua.

aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan taulan dan semua keluarga kau kerna tidak jemu-jemu menyampaikan ucapan sanah helwah.
hari ini, hari aku.esok lusa siapa yang tahu.

11 February, 2011

makan percuma..jom kita rebut



makanan percuma...

jom kita makan...
jadual makan utuk kita semua....
(makanan rohani)
marilah kita berlumba - lumba kearah kebaikan.

Jadual Kuliah Tafaquh MSI

setiap hari, 5 petang, Dewan Al-Ghazali

Isnin: Kuliah Kitab Riyadhus Solihin (Ust Mahyudin)

Selasa: Kuliah Tafsir (Ust Aminudin Ruskam)

Rabu: Kuliah Fardhu A'in (Ust Sulaiman Shakib)

Khamis: Kuliah Tajwid (Ust Hafiz)

Kuliah Al-Hikam (Ust Othman) :
setiap hari 7.30 - 8.00 pagi, Dewan Al-Biruni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana