09 December, 2010

Apakah itu CINTA

apakah itu cinta

cinta itu perasaan jiwa semula jadi. ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu dengan penuh emosi dan gembira kerana itu.
dalam memenuhi keperluan untuk memuaskan perasaan cinta, manusia menghadapai krisis nilai.ttapi bpgi yang mengenali erti cinta yang sebenar, ia akan meletakakn cintanya ditempat yang betul.walaupun kewujudan cinta itu tidak dapat dilihat, namun ia dapat dirasai, dan sesungguhnya ia sememangnya cantik secantik bidadari. jika cintanya tulin dan tidak bertolengkan hawa nafsu, maka cintanya akan dihiasi dengan manik-manik kecintaan yang bernilai dan bercahaya gemerlapan.
cinta memerlukan bukti.
ramai yang mengatakan cinta itu suci.sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pla berdosa.cinta itu bagaikan anak yang baru lahir.ternodanya cinta suci maka hilanglah serinya..

cinta itu diibaratkan sebagai manusia.boleh berputik , lalu mekar serta boleh layu lalu gugur ke muka bumi. cinta punya deria dan perasaan. cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. cinta ada segala-galanya. sayang,benci, cemburu, gembira, sedih,tenang,tertekan, ketawa,dan menangis. cinta itu hidup dan akan mati bila sampai masanya.namun ramai orang berharap cinta akan terus kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
mari lah kita tepuk dada kita, dan tanya iman kita. apakah pengertian cinta pada diri kita.

"Janganlah hendaknya kecintaan kamu terhadap sesuatu itu membuatkan kamu menjadi lupa dan kebencian kamu terhadap sesuatu itu membuatkan kamu hancur"
saidina umar al khattab.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana