10 February, 2011

pandangan dalam PRK


pilihan raya kampus.PRK sudah hangt di perkatakan dan bahangnya semakin terasa apabila kenyataan dalam akhbar yang menyatakan bahawa penamaan calaon adalah 17 Feb dan tarikh buang undi adalah 21 Feb. Namun , ada segelintir pihak pentadbiran kampus yang menghalang mahasiswa dari menceburi dalam bidang kepimpinan ini. Mereka mengongkong dan mengecam mahasiswa dari masuk bertanding. Aku ada terbaca dari harakahdaily, satu berita yang agak mengecewakan, aku sebagai mahasiswa. Ada juga golongan seperti ini.


Pro-M kecam halang anggota Palapes terlibat pilihan raya
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (Pro-M UPM) mengecam tindakan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) kampus berkenaan menghalang anggotanya daripada terlibat dalam pilihan raya kampus.

Pengerusinya, Syed Syafiq Syed Hashim berkata, larangan itu sangat tidak wajar kerana setiap mahasiswa termasuk anggota Palapes berhak menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya kampus.

"Pihak kami pagi tadi dikejutkan dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM yang menghalang mahasiswa daripada menjadi calon, pencadang serta penyokong pencadang dalam pilihan raya kampus yang dijadualkan berlangsung pada 21 Februari nanti," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Syed Syafiq, larangan berkenaan merupakan satu lagi usaha pihak universiti menyekat kebebasan mahasiswa untuk terlibat dalam demokrasi kampus.

"Pihak kami mendapati, larangan ini merupakan satu usaha bagi menyekat kebebasan mahasiswa untuk terlibat dengan proses demokrasi di kampus," katanya.

Notis pengumuman pilihan raya kampus dikeluarkan pada cuti pertengahan semester yang lalu.

Ekoran itu, semua pihak daripada Pro-Mahasiswa serta Pro-Aspirasi yang ditaja Bahagian Hal Ehwal Pelajar semakin sibuk memperkemaskan jentera masing-masing.

Sementara itu, tarikh pilihan raya kampus bagi kampus lain iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) ialah pada 21 Februari, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Malaysia Pahang pada 22 Feb.


aku sebagai mahasiswa berpendapat bahawa, perkara begini tidak perlulah pihak pentabdiran kampus gatal-gatal untuk bergaul bersama dengan mahasiswa dan menghalang mahasiswa mebina kepimpinan dalam diri mereka. Pihak tersebut seharusnya membimbing mahasiswa dan menghamparkan jalan untuk mahasiswa mengasah bakat mereka.Tiru lah seperti UTMJB. Pihak PALAPESnya berbesar hati dan turut mengalu-alukan kadetnya untuk bertanding dan mencari lubuk -lubuk penting untuk meningkatkan jati diri mahasiswa.
Ayuh teman-teman, ayuh kita bangkit. mari kita tiru sang semut dan si lebah. Rajinnya semut tidak kepalang dan tidak dapat dinafikan lagi. Manakala si lebah ini , hanya mahukan yang terbaik buat dirinya.Mencari madu-madu yang high quality.

secangkir kata-kata ini aku tujukan buat diri ini yang lemah dan masih memerlukan tunjuk ajar dan juga buat teman-teman yang sudi membaca entri ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana