bismillahirrahmanirrahim
"anak sudah kahwin ke belum", sorang pak cik menyapa aku semasa menunggu giliran unutk mengambil kad pengenalan.
"oh tidak", jawab aku, dengan senyuman lebar.
berkahwin ini banyak cabaran. namun, sebelum kita menempuh cabaran dalam medan perkahwinan, kita akan diundang satu dugaan dalam lapangan pertunangan. kita perlu menyiapkan persiapan dari banyak aspek dari sekarang untuk menempuh cabaran-cabaran itu.
cabaran di medan pertunangan sangat berlainan jika dibandingkan dengan saat lain, saat perkahwinan dan saat percintaan
(tanpa ikatan tunang). ini kerana, alam pertunangan yang berada di antara dua alam sangat ketara perbezaannya.
Satu alam yang banyak perkara haram dan dosa, satu alam yang banyak perkara halal dan pahala, satu alam yang tak boleh buat apa-apa, satu alam yang boleh buat segalanya. Jadi, segala tekanan dan cabaran alam pertunangan itu biasanya terhimpit dengan dua alam ni.
Waktu ini memang gangguan syaitan terhadap pasangan akan semakin galak dan aktif. Perasaan ragu-ragu akan sentiasa ditiupkan, dan perlakuan buruk pasangan akan sentiasa dipertontonkan agar keinginan untuk bernikah itu dibatalkan. Waktu inilah pasangan yang tak pernah meninggikan suara seumur hidupnya, akan menjadi pakar meninggikan suara dalam tempoh yang singkat.
Ada seorang teman pernah berpesan kepada aku,katanya.. pada masa kamu bertunangan nanti, ingatlah, satu dugaan akan datang. ia adalah dugaan yang berkaitan dengan hati. pada saat itu lah, orang yang kita minat dahulu datang, ada yang datang untuk menjadikan kita teman hidupnya... berjaga-jagalah... insyaallah yakin dengan pilihan pertama kita dan itulah yang terbaik...
Cabaran dan dugaan ini, pasti akan kita tempuhi. oleh itu, marilah kita sama-sama melakukan persiapan untuk menuju kearah itu. jika dibandingkan dengan orang zaman dahulu, masa alam pertunangan mereka sangat singkat. siang mereka bertunang, malamnya mereka akad nikah. jadi masalah dialam pertunangan dapat diatasi.
Hidup ini punyai dua jalan yang sangat berbeza. Jika kita tresalah pilih, maka itulah hasilnya.baik ataupun buruk. teringat aku dengan poem masa sekolah dulu, the road not taken, karangan Robert Frost...
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
Robert Frost
Untuk peringatan diri, sedaralah bahawa, biar pun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau -apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.Pesan naqib aku, perkuatkan doa Rabitah.Doa ini mestilah dibaca oleh pihak lelaki dan pihak perempuan. moga-moga ikatan mereka akan terus berkekalan hingga ke syurga...insyallah~
ismaryzalismail || 23 november 2012