19 April, 2011

Mode Exam-3

Assalamualikum wbt
Salam imtihan kepada semua sahabat-sahabat.Semoga dikesempatan ruang dan peluang yang ade ini digunakan semaksimum yang mungkin. Disaat inilah, pelbagai dugaan dan cabaran yang datang bertandang tanpa disangka-sangka.
Kita sebagai umat Nabi Muhammad, seharusnya cekal dan tabah terhadap dugaan ini.
Dalam kita mengejar kejayaan, kita perlu mengambil berat dua benda, iaitu meninggalkan maksiat dan memantapkan ketaatan kita pada Allah.



18 April, 2011

Dari meja pimpinan PMIUTM




Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia. Pertamanya syukur kita kepada Allah Azza wa Jalla kerana masih memberi kita nikmat masa untuk kita bertemu dalam lapangan laman sesawang yang merupakan medium untuk kita bersua secara maya. Moga Ukhuwah kita semua sentiasa meningkat dari masa ke semasa seiring dengan peningkatan waktu dan usia kita.

Sedar tidak sedar sudah sampai kita kepada penghujung semesta 2 bagi sesi 2010/2011 dan juga mahu tidak mahu peperiksaan akhir juga akan menjelang tiba. Jika sebelum ini persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semesta ini dilakukan secara sederhana, maka tibalah masanya untuk kita semua mempersiapkan diri secara bersungguh-sungguh untuk menghadapi “perang exam” yang akan berlangsung dalam seminggu saja lagi. Begitulah lumrah seorang pencari ilmu, apabila kita sudah mendapatnya maka harus diuji akan kesahihan kefahaman ilmu yang diperolehi agar ianya boleh kita manfaatkan dalam kerjaya dimasa hadapan.

Jangan kita lupa dalam kesibukkan kita mengejar matlamat akademik, kita juga sama-sama harus meningkatkan lagi keterikatan ibadat kita kepada Allah s.w.t agar segala usaha yang dilakukan di Redhai dan di Rahmati oleh Allah s.w.t. Seharus dan semestinya, dalam minggu “Stdy Week” inilah kita mengoptimumkan usaha untuk mengatasi masaalah ketidak fahaman kita dalam subjek-subjek tertentu. Ada juga dikalangan remaja kita Mahasiswa menganggap bahawa minggu inilah merupakan minggu untuk berehat setelah penat menghadiri kuliah. Sebagai Mahasiswa yang cemerlang masa diibaratkan perkara yang amat berharga yang datangnya tidak kita meminta dan perginya tidak dapat kita halangi. Ianya tetap akan hadir dah seharusnya kita mengoptimumkan masa yang ada dengan pengisian ilmu dan ibadah pada Tuhan pencipta masa dan kita.

Betulkan kembali niat menuntut ilmu yang tidak lain tidak bukan adalah untuk mencari Redha dan Rahmat Allah s.w.t dalam mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki yang entah bila datangnya penghujung usia. Sesungguhnya dengan ilmulah islam akan dimuliakan kembali. Setelah berusaha sehabis mungkin, tangga tawakkal dan doa juga mesti dipanjatkan pada Sang Pemberi Nikmat iaitu Allah s.w.t agar jiwa dan hati kita lebih tenang dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan menjelma. Semoga kita semua dapat menjawab Peperiksaan Akhir dengan baik dan memperolehi keputusan yang cukup cemerlang. InsyaAllah.

Firman ALLAH yang bermaksud,

"dan apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH"

(Surah Ali-Imran: 159)

Kami di peringakat Pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) mengucapkan selamat menjawab Peperiksaan Akhir Tahun semesta 2 sesi 2011/2011 kepada sahabat-sahabat Mahsiswa yang akan bermua 25 April nanti. Buktikan bahawa kita Mahasiswa khususnya Mahasiswa Islam dapat menjadi titik rujuk dan dapat mencorak momentum kepada perubahan akademik di Universiti kita yang Tercinta ini. be the best beat the rest.

“ BERSAMA MEMBANGUN UMMAH ”

Daripada saf Kepimpinan PMIUTM sesi 2010/2011

16 April, 2011

syurga dibawah tapak kaki ibu

Sudah lama rasanya tidak bersua dengan ayah, ibu dan adik-adik aku.Rindu rasanya.
Disaat sibuk menyiapkan tugasan-tugasan yang terlalu banyak, aku teringat usapan lembut dari tangan yang melahirkan aku.Kata-katanya menyusuk jiwa.

Oh ibu dikaulah ratu hatiku.Kata-katamu penawar kepada racun kemalasan.





Awak dan saya



semoga video ini akan mengamit rasa kasih sayang antara dua insan semakin membara.

14 April, 2011

Mode Exam-2

semakin hampir dengan minggu final, semakin banyak dan bertimbun keje yang kena siapkan.Hantar kena tepat pada masanya, jika tak, markah akan dipotong.Maka kami satu kelas sama-sama pulun semua kerja yang kena siapkan sebelum study week.Bersenkang mata tiap -tiap hari, semakin tension semua lengkap satu pakej.
Dalam keadaan seperti ini, sokongan sahabat diperlukan.

~wonderpets~
apa yang penting?
kerjasama..


Entri kali ini aku utuskan lagu sebagai semangat untuk menyiapkan semua itu...

Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!

izzatul islam.

13 April, 2011

moDE EXam

Mode exam sudah mula menyusuli segenap ruang lingkuo pemikiran semua masyarakat mahasiswa di seluruh negara. Kebanyakan mereka sekarang ni sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan semua tugasan yang diberikan dan menunggu sesi pembentangan.



~jadual exam aku utk sem ni~

..kemudian telah kamu membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah..sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNya..3:150




kita kawankah?



kalau sebut tentang persahabatan, orang cakap...
"sahabat selamanya"
"best friend forever"
"ukhwah fillah"

apa ertinya kawan pada kamu?
seorang yang sentiasa menemani kamu makan?
atau seorang yang sentiasa mendengar masalahmu?
atau seorang yang sentiasa menemani kamu keluar beli barang?
atau seorang yang membuat tugasan bersama kamu?
atau seorang yang kamu rujuk ketika kamu menghadapi masalah, atau tertekan atau sedih, atau gembira bahkan?

apa makna kawan kepadamu sebenarnya?
apakah dia yang selalu kamu dahulukan daripada ibubapamu, ahli keluargamu, suamimu atau isterimu?
apakah dia yang boleh kamu ejek dan gelarkan sesuka hati?
apakah dia yang sentiasa ada untukmu selamanya?

barangkali perspektif tentang rakan, sahabat, kawan, teman, 'saing' itu punyai makna dan taraf yang berbeza buatmu. kerana setiap orang boleh berfikir sendiri dan biasanya fikiran ini dipengaruhi oleh pengalaman.

walau apa pun yang kamu anggap tentang rakanmu itu, tidak kira teman baik atau teman sekelas atau teman sekuliah atau teman sekolej atau teman seprogram dll...

dalam persahabatan, tidak selalunya orang kena memberi kepada kita. perlunya juga kita memberi kepada orang.
tidak mungkin hanya dia yang akan ada untuk kita selamanya, sedangkan kita tidak.
tidak adil kiranya dia saja yang mendengar, sedangkan kita tidak.
tidak elok kiranya kita hanya mencari dia ketika perlukan sesuatu sahaja. bukan itu fungsinya sahabat.



bahkan...
tidak mungkin hanya kita yang ada untuk dia, sedangkan dia tidak.
tidak adil kiranya kita sahaja yang mendengar, sedangkan dia tidak.
tidak elok kiranya dia mencari kita ketika dia perlukan sesuatu sahaja. bukan itu fungsinya kawan.

dalam persahabatan,
perlunya ada give and take.
perlunya ada persefahaman untuk kita cari nilai kesamaan antara kita dan dia yang akhirnya akan membuahkan hubungan yang harmoni.
perlunya ada teguran, nasihat dan sokongan kerana inilah juga fungsinya sahabat yang terbesar.
perlunya ada kesabaran sebabnya tidak semua tingkah laku orang boleh kita hadapi, juga tidak semua tingkah laku kita orang boleh senangi.
perlunya ada terus terang dan bukannya berpura-pura. inilah yang banyak memburukkan persahabatan. apabila berpura-pura, timbullah perasaan curiga dan tidak percaya yang kelak akan membawa keretakan. katakan sejujurnya apa yang kamu tidak berkenan dia lakukan, pujilah dia sejujurnya dan nyatakan perasaanmu yang jujur terhadapnya.

orang kata, berkawan biar seribu tapi berkasih biar satu.
ada benarnya walaupun aku agak mengingkari.
bagiku, biarlah teman-temanku sedikit, kerana yang sedikit itu lebih bermakna, lebih memahami dan lebih aku percayai. biarlah rakan-rakanku sedikit asalkan semuanya aku fahami dan aku sentiasa rindui.

renungkan seketika,
"kiranya aku punyai hanya seorang teman didunia ini, pastinya aku jaga ia seeloknya. dan inilah yang akan aku lakukan terhadap teman-temanku kerana setiap orang adalah unik dan tersendiri"

terima kasih buat tuan punya blog http://zigaki.blogspot.com/...susah payah dia menulis, aku copy je...aku hanya tambah gambar, apa yang patut..

12 April, 2011

Buat sahabat


salam imtihan

dedikasi kali ini kau tujukan kepada semua sahabat-sahabat aku yang sedang berperang dengan masa untuk meraih seraup ilmu.
aku mendoakan kalian dimudahkan untuk memahami apa yang dibaca.Sesungguhnya sesuatu kejayaan itu akan menjadi kebanggaan kepada Islam.

Good luck semua.Ingatlah disaat kita risau memikirkan apa yang akan terjadi esokdan bertungkus lumus untuk esok,berhentilah walaupun sekejap untuk bermujahadah kepadaNYA.Mengadulah pada yang Maha Esa.sesungguhnya Dia Lebih Mengetahui.






basahkan lidahmu dengan zikir dan bacaan Kalam Allah ini.Moga-moga dilembutkan olehNya hati mu dan dimudahkan dalam menjawab exam nanti.

mencari alasan ataupun membina kekuatan

mencari alasan ataupun membina kekuatan

“Syafiq enta nak cakap apa dengan ustazah nanti, Ana risaulah....” ujar sahabat saya.
Baru-baru ini, kami terlewat hantar assignment dan diminta untuk berjumpa dengan lecturer tersebut. Risau juga rasanya dalam hati ni. Tapi melihatkan sahabat saya ni, yang terlalu risau memikirkan alasan yang hendak dijawab nanti dengan ustazah yang terkenal dengan ketegasannya, membuatkan perasaan risau dalam diri saya hilang.

“Akhi, relakslah. Ustazah just nak jumpa kita je.” Kataku.

“Apa agaknya yang ustazah kata nanti ye? Mesti dia marah kan? Apa yang ana nak jawab kalau dia tanya nanti?”, kata sahabatku lagi.

Aku terdiam memikirkan kata-kata sahabatku itu.

“Mecari alasan atau berdoa diberikan kekuatan?”, spontan terlafaz dimulutku.

“Eh? Apa yang enta cakap?”, tanya sahabatku.

Mencari alasan atau berdoa diberikan kekuatan? Satu persoalan bermain di fikiranku. Ya, sepanjang hidupku, berapa banyak alasan telah aku berikan apabila aku melakukan kesalahan. Tapi berapa banyak aku berdoa, agar diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan kesalahanku itu?

“Kita terlalu sibuk memikirkan apa yang ustazah akan katakan kepada kita. Apakah alasan yang kita nak berikan nanti. Tapi ada tak dalam sesaat, kita diamkan diri berdoa diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan apa yang ustazah akan ucapkan?”, tanyaku pada sahabatku itu.

Diam seribu bahasa.......

“Dengan memikirkan satu jawapan, kita dapat hidup dalam kesenangan. Tapi dengan membina satu alasan, hidup sentiasa terbayang dengan masalah yang dihadapi..”

“Dengan satu jawapan, kita mampu menyelesaikan seribu masalah, tetapi dengan hanya satu alasan, kita boleh menimbulkan pelbagai lagi masalah.”

Dua kata-kata yang terbit di fikiranku. Ya, membina alasan, tandanya seperti kita sedang melarikan diri daripada berhadapan dengan masalah yang kita hadapi. Sedangkan mencari jawapan, bermakna kita adalah seorang yang cekal dan tabah berhadapan dengan setiap kesulitan dan kesalahan yang kita lakukan.

“Akhi, enta jangan fikirkan sangat apa yang ustazah nak kata. Sebab itu akan menyebabkan semangat kita lemah nak jumpa dengan dia. Elakkan daripada memikirkan alasan, sebab ana takut nanti berlaku penipuan....”

Think Positive! Buruk sangka hanya membantutkan usaha dan semangat kita. Berdoalah agar diberikan kekuatan, kerana dengan kekuatan kita bertemu dengan jawapan.....

Sumber: http://diariabuhariz.blogspot.com/




11 April, 2011

saat lafaz sakinah-Fareast

Dalam kesibukan menyiapkan segala kerja-kerja terakhir sebelum pembentangan,ingin aku kongsikan dengan semua satu video.Video ini menceritakan sesuatu yang tersirat.Video ini juga menjadi pemecah keadaan sunyi sepi.Moga terhibur.


palapes batch 19_checking one dress

Entri kali ini aku persembahkan gambar yang diambil sesama checking baju one dress hari sabtu lalu.Hati aku terbuat dari tidak dapt mengikuti program HAMKA, tapi apabila baju putih yang dihiasi perhiasan yang berwarna emas menghiburkan hati. Post ini bukannya untuk berlagak, namun untuk pembakar semangat sahabat semua dan juga diri ini.Aku insan yang dhaif.

Moga-moga ada diantara kami akan melanjutkan ke dalam bidang ini yang sebenar, menjadi pembela danpelindung negara dari ancaman musuh.Insyaallah.





















antara parajurit wanita




















































Terima kasih buat rasidah @ escyieda kerana sudi berkongsi gambar yang diambil tempoh hari

09 April, 2011

ProgRam HujUng MiNggU

Hujung minggu ni begitu padat diisi, tidak kira dalam perancangan aku mahupun yang tidak dirancang, bukan sahaja dalam UTM, malah ade juga yang berlaku di KL.
Hati ini meronta-ronta untuk pergi Shah Alam, untuk menghadiri Perhimpunan Mahasiswa Kelantan, tapi hari ini juga ade check baju one dress.Kecewanya hati.




Malam ni ade bicara tokoh di MSI(masjid sultan ismail UTM).Insyaallah klu ada kesempatan, akan ku sama-sama menadah teliga mendengar selok belok mengenai program ini
.

Keesokannya pula, SMM menganjurkan Jelajah mahasiswa selamatkan malaysia.Alangkah untungnya jika aku dapat sebaris bersama mereka.



Buat yang tengah hangat menelaah buku, Jom sama-sama kita meneguk Ilmu di program ini.Ayuh rakan-rakan.Kita warnai kehidupan kita dengan multi skil, yang tidak diajar dalam kuliah akademik.

Final dah dekat


Semakin hari semakin terasa bahangnya.Semoga kali ini akan lakukannya yang terbaik dari sebelumnya.



Ayuh semua rakan-rakan, kita study.

08 April, 2011

Topup tenaga

Dalam seharian ni kita memerlukan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Tidak memerlukan majung ataupun tongkast ali.Bagaimana??Senang saje.

Jom selongkar videokat bawah.

palapes batch 19

Inilah wajah yang akan menggegarkan bumi UTM nanti.Insyaallah, pada 23 julai nanti mereka ini akan di tauliahkan sebagai pegawai muda dalam Angkatan Tentera Malaysia oleh Yang Dipertua Agung. Selepas ini ada yang bakal grad, dan akan ade yang masih meneruskan perjuangan sebagai mahasiswa.Mereka akan bertebaran dibumi UTM sebagai Pegawai Muda (YO).Setelah 3 tahun berpenat lelah tidak mengira panas, hujan, mereka tempuhi dengan semanagt juang yang tinggi.Tahniah buat semua.


l

uJian bUat mAta

untuk melihat lebih jelas, sila clik, utk besarkan.


















06 April, 2011

kasih si ayah




"Soalnya pasal hati.Semakin hari -semakin dia menjauhi aku.Apa salah aku.Mengapa dia buat aku sebegini rupa.Bagaimana harus aku jelaskan.Bagaimana harus aku lakukan, agar tangan yang aku hulurkan ini disambut olehnya.Disaat ini aku memerlukan pendamping sepertinya."

Bertalu-talu aku ditanya.Bagaikan aku ini pakar motivasi. Aku mula menyusun perkataan, sedikit demi sedikit aku luahkan.Sebagai seorang rakan, aku tidak ingin menyakitkan hatinya dengan perkatan direct menyusuk hatinya.Aku alaskan dengan menanya dia, bait-bait yang halus. Gementar juga hati ini, apa tidaknya soalan itu bagaikan si bunga bertanya kepada sibunga.Aku positifkan diri.Sebenarnya, hati dia runsing.Runsingkan siayahnya, yang jauh di sana.Walaupun baru sahaja pulang dari menjenguk ayahnya.

Aku tidaklah pandai dalam memberi namum mungkin tulisan ini merupakan perkongsian. Bukan dari pengalaman sendiri, tapi dari pembacaan dan pengalaman orang lain.Aku teringat dalam buku "nota hati seorang lelaki" tulisan ust Pahrol Mohd Juoi.Kisahnya dimana semasa dia dialam sebagai ayah.Bagaimana dia mendidik anaknya.Dia ada menulis tentang kasih ibu tak boleh diganti.Aku tersentuh tentang ceritanya.Seorang bapa tidak mungkin dapat menggantikan kasih seorang ibu.Seorang bapa hanya mampu menghadiahkan seorang ibu kepada anaknya.Itu merupakan hadiah yang terbaik.

Memang betullah kata-kata orang tua,bela sekandang lembulebih senag dari membela seorang anak perempuan.Jika tidak kena gaya,alamak rosaklah sianak itu.Perempuan bagaikan satu helai kain putih yang bersih.Jika kita salah mencoraknya, maka tidak akan laku untuk dijual.Begitu jugalah, perempuan.Jika salah kita mendidiknya, maka....
Kita sebagai anak hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteran kedua ibu bapa kita.Hidup sebagai pemberi lebih baik dari penerima.Percayalah.



Memberi kepada ibu pada seperti memberi kepada diri sendiri.Doa sibu dan siayah sememangnya mustajab.Harapan mereka kenyataan.Kasih mereka bekalan.Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.
Kadang-kadang kata-kata mereka itu hanya untuk menguji kita sebagai anaknya.Mereka memang percaya, kita bolah lakukan.Tapi sejauh man dan berapa lama kita blh istiqomah dalam sesuatu perkara itu.

Dulu kita asyik memberontak, bila ayah kita tidak sependapat dengan kita.Seorang ayah merupakan pimpinan keluarga.Dia sudah tahu yang mana jantan dan yang mana betina.Asam garam sudah banyak dirasanya dari kita.Pengalaman mereka banyak mengajar mereka tentang liku-liku rumah tangga.
Aku sendiri, banyak tidak setuju dengan keputusan ayah aku. Aku maih teringat sewaktu tingkatan tiga.Aku ingin menjadi wakil sekolah dalam bola sepak.Nama aku sudah tersenarai, namun, harapan berkecai, bila aku disuruh tidak meneruskan niat aku itu.Aku marah.Tapi ape yang aku boleh buat.Aku akur.Segala keputusannya, mungkin ade hikmah.Ibuku menenangkan aku.
Dia sering bepesan.Jangan jadi sepertinya.Belajar, belajar dan belajar.Seorang ayah tidak akan sanggup melihat anaknya dalam kesusahan.Tapi dia mahu kita belajar dari kesusahan.Itulah kasih ayah.Dia tidak akan lepaskan tangan kita, dia akan selalu membimbing bila mana kita dalam kesulitan.Dialah pakar motivasi.Dialah pensyarah kepada universiti kehidupan kita.

"seorang anak dilahirkan putih bersih, terpulang kepada ibu ayahnya yang menjadikan dia Yahudi,Nasrani dan Majusi"
riwayat al-bukhari

Ini sahajalah celoteh aku kali ini.untuk pengakhir kalinya aku ini berpesan, sebelum kita menyayangi orang lain, sayangilah diri sendiri dulu.
aku harap apabilasidia membaca entri ini, akan terjawab persoalannya.Ingatlah dia bukan melupakan kita, tapi dia mungkin sedang belajar menjadi ayah.

05 April, 2011

aku rela

AKU RELA- algebra

Telah kurela nama diri
telah kurela menjadi sasaran
kerana cinta
telah kurela segala tohmahan bermaharajarela
kerana cinta

kerana cinta cinta jua aku berbicara
dengan nada insan terluka
meluah rasa
meluah fakta mencedera jiwa
semuanya kerana cinta

biarku tanggung rasa cinta
asalkan agama selamat akhirnya
yang membantah hanya berfalsafah
kerana bimbang sarapan sarapan harian
dengan menjual nama tuhan
lalu kebenaran disingkirkan

demi hidangan belian pendustaan
namun aku yang sengsara zahirnya
redha telah pun penuhi jiwa
dalam keletihan ini, aku bahagia
kerana pada kebenaran itulah itulah trasa
nikmat syurga

Telah kurela nama diri
telah kurela menjadi sasaran
kerana cinta
telah kurela segala tohmahan bermaharajarela
kerana cinta

kerana cinta cinta jua aku berbicara
dengan nada insan terluka
meluah rasa
meluah fakta mencedera jiwa
semuanya kerana cinta

Hari ini aku persembahkan lagu ini,bukan sekadar menghiburkan hati tapi untuk mengutkan rasa kecintaan ke landasan perjuangan Islam.Baru-baru ni, aku ade keluarkan entri pasal kouta.Memang betullah ape yang aku mendapat maklumat semua ini hanya sandiwara sidia.Semua ni, aku sudah mengagaknya.Atas dorongan dan tiupan semangat dari sahabat-sahabat, aku melangkah dengan pasti, untukmenonjolkan diri sebagai pejuang suara mahasiswa.
Jika kita lihat sirah Rasulullah, penentangan peningkatan Islam lagi mencabar.Nabi dibaling dengan batu, dirancang untuk bunuh dipulau dan lain-lain lagi.
Aku berharap moga-moga, apa yang dia lakukan bukan sahaja terhadap aku malah terhadap lain lain pelajar di universiti ini, Allah akn membalasnya.Dan juga, moga-moga Allah membuka hatinya untuk bertaubat dan kembali kejalan yang benar.
Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada dia.Walaupun banyak benda yang dia lakukan, aku tidak suka, namun ade benda yang dia mengajar aku.

kelantan terus gemilang





04 April, 2011

Memoir tragedi memali





Yang wajib kita perjuangkan ialah ISLAM, bukan bangsa.Perjuangan bangsa ialah perjuangan taghut yang Nabi tidak mengaku ummat.Apa lagi kerajaan yang zalim tidak menghukum dengan hukum Allah, memakai undang-undang otak manusia.Sebab itu jika mereka mati dalam perjuangan bangsa, Nabi tidak mengaku ummat.
(ucapan ustaz ibrahim Libya-1985)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana