24 March, 2010

ketika itu..








ketika itu ..
masih aku ingat sewaktu kita berlari-lari,
sambil memanggil namamu,
berkaki ayam tidak bersepatu,
sekuat hati aku memanggil mu,
namun kau tetap jua meninggalkan ku,
mungkin kau tidak sedar,
aku memanggil mu dari belakang,
sedih ku keseorangan....

aku lelah pada mata tidak sama dengan kaki ku,
semakin perlahan hayunan kaki membiarkan kau pergi,
biar diri ini menjadi penentu,
aku harus bangkit melawan nafsu,
agar beroleh sesuatu,

ketika itu ,
nafsu menghantuiku,
tautan kasih aku harapkan,
menjadi semangat pembakar diri,
agar betul dilandasan diri,

mari kita selami,
detik terindah waktu bersama,
makin jauh makin sayang....
ketika itu...

16 March, 2010

dari hati..

dalam diam hati dah hampir ngan final bagi semester ke 4...rasa mcn semalam aku baru mendaftar kat UTM ni..ada 3 minggu lagi untuk semua mahasiswa menguji kefahaman mereka ttg apa yang sudah belajr selama semester ini. pelbagai ronak dan kencah pengalaman dah 2 tahun ini. timbul dalam dada aku tertanya-tanya bilakah akan aku membalas budi ibu dan ayahku...sampai bila ayahku berkerja untuk menanggung aku serta adik2 aku...walhal sekarang umur ku sudah mencecah 22 tahun...
rindunya hati ingin berjumpa mereka di kampung...rasa baru semalm aku balik menjenguk mereka...klu ikutkan hati ingin aku menelefon tiap2 waktu..

apakah yang harus aku lakukan untuk menbals jasa dan pengorbanan mereka membesarkan aku dan adik2ku. adakah hnaya dengan belajar dapt menyejukan perut ibuku yang mengandunkan kami.

tiap kali aku menelefon ibu ku, dia acap kali berpesan jangan tinggal sembahyang, belajar bersungguh-sungguh dan banyak lagi. sampaikan aku boleh menghafalnya. aku terfikir kenapa ada rakan-rakan aku yang leka berseronok dengan dunianya, tidakkah mereka lupa pesanan dan harapan ayah dan mak mereka...
aku teringat pesana seorang fasilitator...kita bukan dilahirkan dengan satu gelaran

"cek Leha baru lahirkan anak..bayi laki, comel"
namun setelah kita mati pelbagai gelaran kita dapat,

"tengok si pencuri 2 dah mati, padan muka dia"
"sedihnya, tok iman 2 dah mati, tak de sapa blh ganti tempatnya"

ayat 2 mcn ni sering kali diungkapkan..tidak kira dimediamasa ataupun mulut -mulut si pencerita atau di kedai kopi.

kitalah yang menentukan baik buruk kehidupan kita. lebih baik kita merujuk pada yang asal. insyaalah semuanya akn tenang lagi senang..

sekadar ini lah entri yg tidak seberapa dikesempatan waktu yang berceloteh dari hati...

12 March, 2010

Mahasiswa boleh kritik kerajaan

Mahasiswa boleh kritik kerajaan- Saifuddin

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi, Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang," katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

"Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

"Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

"Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri," katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum 'Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi' itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku 'Mahasiswa Menggugat'

Hazayani Zakaria

harakah daily..

10 March, 2010

18 February, 2010

kenangan bersama family





10/2/2010 maka sampai lah masanya aku pulang ke kampung kelahiranku, Ketereh, Kota Bharu Kelantan. aku bersama 3 orang lagi melangkah kaki meninggalkan Utm.
hampir 11 jam kami berhempas pulas melawan kesejukan aircorn bas untuk sampai ke destinsi. lebih kurang 6.15 pg maka sampai lah kami di stesen bas Langgar. (hajat di hati nk turun kat Melor tapi terlepas nk buat macam mana). mengikut plan asal aku nk round2 di KB, tapi fikir - fikir xpe la, sorang2 etek.sorang demi sorang meninggalkan aku keseorangan di stesen bas, aku ambil keputusan untuk berjalan ke Padang bas, di mana bas ke Ketereh boleh di perolehi, maka berjalan lah aku. kekiri dan kekanan aku berpandangan melihat perubahan Bandaraya Islam di bawah pemerintahan Tok Guru Nik Aziz.
lebih kurang kul 9.oo pagi maka berjaya lah aku menjejakkan kaki ke halaman rumah. salam diberi menandakan aku baru sampai. Ayahku mempersiapkan diri untuk keluar bekerja, ibuku pula menyediakan juadah pagi. adik2ku semuanya bersekolah..kecuali 2 orang yg sedang bercuti.
hari ni biasa je xde apa yang special. namun ibu ku telah merancang untuk memasak nasi kerabu keesokan hari...iaitu hari yang paling bertuah buatku dan adik kedua ku...tanggal 12/02/2010. keceriaan terserlah.
kebetulan hari sabtu, pasar ketereh mengadakan pasar tani, jadi keinginan aku untuk makan laksa tercapai. satu hari suntuk aku makan makanan kelantan tu. almaklum dah lama tak makan.
hari ahad ibuku tak masak apa2 special, biasa2 saje. sebelah petang kami bersama-sama menolong ibuku untuk membuat persiapan bagi memasak nasi dagang. kelapa di kopek, kemudian di kukur. ayam di sembelih sebanyak tiga ekor.(ayam kampung). malamnya punya ayam dan ikan di gulai mengikut resepi kebiasaan.
keesokannya ibu ku merebus nasi, aku pula menggaulkan nasi dengan santan yang telah dimasak. setelah 30 minit, aku lah antara orang pertama merasai nasi dagang. hari ni jugak ada menerima jemputan untuk hadiri kenduri. waaaa, memang kenyang la. aku ngan sahabat2 ku telah berjanji untuk pergi bersama.
pada pagi tu jugak ayahku telah g menjala...alhandulillah rezeki yang Allah bagi, ikan keli besar ayahku perolehi.
sehari demi sehari, aku di ulit keseronokan bersama keluarga, maka sampai lah masa aku berangkat ke Utm semula.
kerna tanggungjawab yang dipikul,17/2/2010 berangkatlah aku pulang ke utm seorang diri...
alhamdulillah lebih kurang kul 11.30 malam sampai la aku di bumi ilmu ini.
semoga aku konsisten dengan apa yang aku niatkan...insyaallah

nota kaki
:
harap maaf gambar bersama keluargaku x de

10 February, 2010

thank q sahabat




hari ni 9/2...rutin kehidupanku seperti biasa, cuma kerinduanku terhadap keluargaku semakin memuncak...tanggujawabku sebagai mahasiswa tidak ku abaikan...
dari pagi hingga ke petang, asyik teringat akan rancangan ku ngan rakan sekelasku untuk bbq malam ni...maklumlah malam ni malam last sebelum aku balik cuti raya cina...
dalam hitungan aku hampir 3 bulan aku tak bersua muka dengan aku punya family...

malam jua menjelma....tazkirah conner di KTC menjadi santapan rohaniku hari ni selepas maghrib. hajatnya ingin ku teruskan ke KTDI namun tugasan sebagai JKM terpaksa aku akur..
dalam tidak sedar ,ada satu perancangan yang di salah anggap oleh benak fikiranku telah diatur oleh Shahir and the geng...bulan februari 3 orang dari ahli JKM akan menyambut ulangtahun kelahirannya, termasuklah aku....fatiah, hafizuddin dan aku sendiri...bukanlah tarikhnya hari ni.

ini lah sambutan yang pertama sepanjang aku berada di UTM....sahabatku mengambil kisah tentangku dan juga sahabat lain...subhanallah manis nya nilai ukhwahmu jika bersahabat keranamu....
kepada sahabat-sahabat JKM aku bangga bersamamu semua...sebak dihati tidakku zahirkan sebagai lenangan mutiara...hanya di hatiku akan ku simpan dan bukukan memori ini, sebagai kenangan bernilai.seribu kemaafan kupohon agar salah sangkaku itu berkubur...insyaallah kelemahanku ini akanku atasi...inilah perubahan setelah aku bergelar dewasa yang perlu aku cegahi...

terima kasih sahabat JKM...semoga ukhwah kita kekal selamanya...
kemanisan ukhwah akan dapat dirasai sekiranya bersahabat kerana ALLAH...

07 February, 2010

Ikrar Keramat Mahasiswa






Bahawasanya kami
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
Berikrar dan berjanji
Menjunjung dan membela tinggi
Varsiti universiti kami.

Bahawasanya kami
Berikrar dan berjanji
Turut setia bersama-sama mahasiswa
Mempertahankan nilai integriti
Pembudayaan akhlak
Keintelektualan dan profesionalisma kami
Dalam memelihara
Pemikiran kelas pertama milik kami

Maka dengan ini
Kami mengakui
Ikrar setia kami
Dalam mempertahankan varsiti universiti
Dan hak kami
Sejajar dengan dokongan
Falsafah universiti.


04 February, 2010

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa 10'



AHLI JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA 2009/2010

semoga perlantikan ini akan dipikul seiring AL QURAN dan ASSUNNAH...




































































03 February, 2010

sesaat memori menyingkap kembali....

alhamdulillah sekian lama jari jemari ini tidak memetik huruf2 di keyboard, baru hari ini kesempatan yang ada...aku gagahkan juga semangat dlam diri ini agr coretan dapat dihasilkan dan dapat dimanfaatkan sesama kita...insyaALLAH

dari timur ke barat, selatan ke utara, dalam tempoh tiga minggu ni kita bibangkitan dengan pelbagai isu...
mungkin isu-isu yang dimainkan oleh pelbagai piahk akan mematangkna kita, diharapkan begitu...mungkin juga perkara ini akan menentukan kita kemana kita akan teruskan langkah kehidupan dan apakah paksi kita...minggu lepas kebanyakan kampus mengadakan pilihanraya...
termenung seketika mengingatkan semasa pilihanraya kat matrik dulu....poster digantung...berkempen, berpidato, namun kemeriahan dikampus lebih mencabar dan lebih bayak isu dimainkan , tidak kira dari segi kebajikan mahasiswa mahupun akademik mahasiswa.
bangganya ku melihat ramai sahabat aku yang menjadi calon, ingin juga aku sertai mereka. tapi ada perkara yang lebih aku perlu utamakan.

dulu kat sekolah rendah, aku pernah ditawarkan utuk menjadi pengawas, fikir punya fikir aku menolak tawaran itu. aku di tawrkan lagi semasa sekolah menengah, tapi ibu bapa aku suruh tumpukan pada pelajara saja. dari tahun 2002-2005 aku lah yg menjadi ketua kelas. mana taknya, time nk wat pemilihan ketua kelas nama aku mesti naik.ake reda je...

di matrikulasi, lebih banyak pendedahan tentang kepimpinan aku perolehi. aku pelajar program dua tahun. tahun pertama aku di jinakkan dengan ajk -ajk setiap program. tahun kedua, aku ditawarkan untuk menjadi calon JPP. seingat aku, pada thun tu lah yang paling berat aku pegang jawatan. mana tak nya, ketua lajnah hal ehwal surau, ketua blok, ketua prktikum, timb. setiausaha, semua kau sapu. alhamdulillah pelbagai ilmu aku pelajari. di kampus aku libatan diri dengan jawatankuasa kolej. dah dua tahun aku sertai.

moga apa yang aku laksanakan akan mendapat keredhoaan Allah. pada ku dengan join benda2 seperti ini akn menjadikan aku ledih matang dan mendapt ramai kenalan.Insyaallah

14 January, 2010

sibuk membawa kepada fitnah





telah lama tidakku mencatit tentang diriku di kala ini...dari masa ke samasa banyak hal dan benda yang kena diselesaikan..mungkin juga ketandusan idea untuk menaipkan sesuatu sabagai catitan dan kenagan masa depan.
kehidupan dalam berorganisasi memang banyak dugaan dan juga cabaran yang perlu kita tempuhi walau suka ataupun tidak...
hari berganti hari......kelasa dari pagi sampai ke petang, assigment berlambak lambak, meeting bersusun-susun..blur yang mana nak didahulukan yang mana dikemudiankan...tambahn pula sekarang ni hangat dengan PRK...pelbagai strategi diatur oleh pihak atasan untk mencari kemenangan calon-calon.
aku berharap apa yang aku lakukan ini akan diredhai oleh MAHA Pencipta...moga-moga diberkatiNya...

04 January, 2010

Nama ALLAH dalam THE HERALD:Di mana kita?



Nama ALLAH dalam THE HERALD:Di mana kita?




http://peguamkita.blogspot.com/

Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja.

Beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini.

Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:

Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya.

Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALlah SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.

Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.

Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut. Pada hemat saya, umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka.

Bagi aktivis yang bermatian-matian "memperjuangkan" isu ini di dalam peti televisyen, saya menjemput anda semua melihat beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini.

Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.

Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.
Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.
Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes Murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh Mahkamah. Soalnya dimana UMNO dan NGO "cabuk" perkakas UMNO ini? Adakah keputusan-keputusan Mahkamah ini baik dan harus diterima?

Isu yang "substance" ini lebih utama dari hanya membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar agama Kristian ini. Adakah mereka mendesak Majlis Raja-Raja campurtangan, disaat aktivis agama, peguam-peguam dan pendokong serta pencinta Islam bertempiaran dikejar dan dihamburkan air berasid hadiah FRU?

Saya melihat isu kalimah Allah ini adalah rahmat kepada umat Islam keseluruhannya, kerana masyarakat ingin melihat lebih jauh dari itu.

Maka di hadapan kita sebenarnya terbentang pelbagai "juadah" jijik yang telah disajikan kepada Islam di Mahkamah negara kita..Justeru, di mana kita?

selamat tahun baru...

selamat tahun baru...

28 December, 2009

facebook.





sudah lamaku tidak memetik keyboard ini...rasanya ia mula bersarang. hanya tinggal 3 hari lagi kita akal menyambut tahun baru namun begitu sudah 10 hari tahun baru hijrah telah beransur pergi.
kenapa aku letakan gambar facebook menjadi gambar utama.
dewasa ini kegilaan seluruh umat manusia tidak kira bangsa, agama, keturunan atau apa - apa pun, telah memuncak terhadap facebook. jika dahulunya kita semua sering menghabiskan masa menatap computer, untuk friendster tetapi sekarang kita semua relah berubah angin.
bukan hendak mengata orang lain, diri ini pun tidak terlepas dari 'benda alah ini'. asal je buka laptop, setting wifi, maka jari jemari ini akan terus membuka facebook. Melihat post orang yang telah di add sebagai rakan, komen orang lain terhadap apa yang telah dipostkan dan juga melihat gambar-gambar, menjadi rutin setiap kali mengexcess facebook.
angka 333 rakan yang berjaya aku add.
aku tidak laha suka sangat benda-benda macam ni, aku hanya ingin mencari sahabat-sahabat lama, masa sekolah dahulu.
insyallah apa pun tujuan kita, janganlah kita menyalah gunakannya. sahanbat aku sering berpesan, jadikanlah mediamasa ini salah satu tempat perkembangan ilmu dan penyebaran dakwah.





22 November, 2009

sedih rasanya..

.....

dah lama rasanya aku tidak menjamah huruf-huruf di keyboard ni....bersarang bersarang bebenor kot..sudah hampir dua minggu aku berkampung di UTM bukan sebagai mahasiswa akademik tetapi mahasiswa yang mernyertai PALAPES. suka ada duka, letih dan tension dapat aku rasai.
hari ini genap lah 10 zulhijjah 1430H, aku masih dalam tugasan. markas palapes telah berbesar hati unutk bagi cuti raya kpd kami selama dua hari. sedih rasanya di hati. hati ini teringat keluarga kat kampung, hati ini meronta-ronta mencari kasih sayang ibu dan ayah serta adik - adikku.Mujurlah skuadku dapat mengisi kegembiraan walaupun tidak sama. apa pun aku mesti teruskan perjuangan ini walaupun memeritkan jiwa dan sanubari.

terima kasih buat sahabat-sahabat aku yang bersama aku dalam perjuangan ini.InsyaALLAH ALLAH akan memberkati kita.
selamat Hari RaYA aIDILdHA aku ucapkan kepada semua keluarga,sahabat-sahabat aku, rakan-rakan, jurulatih dan semua umat islam seluruh pelosok dunia.

14 November, 2009

palapes

kenangan bersama



sebelum masuk pengkalan semasa junior..







menembak lorong hutan kat PULADA



sebelum persembahan khas untuk konvokesyen semasa intermediate

06 November, 2009

ujian dari NYA


Alhamdulillah..hari ni first day aku dah habis final exam….rasa macn dah bayar hutang satu juta….namun ujian dari MAHA Pencipta bila-bila saja akan datang…jauh dalam genap hati aku rasa sedih, gelisah, bimbang bercampur –campur…entah mengapa aku rasakan final exam kali ini……menyesal mula timbul dalam lubuk hati aku, mengapa la aku tak mengambil peluang keemasan yang dah di berikan, aku sia-siakannya. Biasalah manusia sedah kena baru tergadah, Aku tahu ini merupakan ujian dari ALLAH yang MAHA Mengetahui segalanya. tiada tempat untuk ku melahirkan rasa hiba ini. Aku takut. Takut menjadi fitnah kepada JKM,PMI, PALAPES dll organisasi. Takut kecewakan harapan ibunda dan ayahanda. Mungkin semua ini ada hikmah disebaliknya. Dulu pernah cikgu aku pesan, “ organisasi no 1, akademik bukan no 2”, adakah aku mampu merealisakannya ataupun sekadar salah satu dari retorik untuk mendapatkan popularity murahan.

Kehidupan dikampus banyak mengenangkan aku kembali di zaman matrik dulu. Kami selalu di tekankan dengan ukhwah, akademik, masa dll. Dahaganya aku dengan kemanisan ukhwah dulu. sebulan nak final je, lajnah akademik sibuk menyusun jadual study group, lecture tambahan, kata – kata motivasi. Kat sana kecil senang la nak counter, sini…..

Aku harus muhabahkan diri, mencari dimana silapnya dalam mencari cahaya. Mungkin bacaan al quran aku kurang, ataupun aku ni menbelakangi ibadat – ibadat ALLAH ataupun…entah la

Doa dan tawakal aku panjatkan kepada Ilahi yang MAHA Pengatur segalanya. aku mengharap yang terbaik dariNYA..insyaallah.


03 November, 2009

.: Cari Pasangan :.



cari pasangan..


Mari-mari marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna
Moga hidup aman bahagia

Di malam yang pertama
Jumpa mertua
Tersentak si jejaka diberitakan
Istrinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tiada upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinlah sudah jodoh itulah istrinya
Hibanya rasa hati
Namun tetap redha pada takdir
Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-saat berjumpa
Terpesona memandang
Benarkah istrinya Menawan sungguh cantik


Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni
Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni


Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita solehah terpelihara
Terharu jejaka tunduk bersyukur


Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinkah sudah jodoh itulah istrinya
Namun tetap redha pada takdir
Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-saat berjumpa
Terpesona memandang
Benarkah istrinya Menawan sungguh cantik


Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni
Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni


Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda insan punya agama
Akhlaknya mulia fahamilah

Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni
Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni

Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda insan punya agama
Akhlaknya mulia fahamilah


Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni
Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni

tajuk lagu : cari pasangan
kumpulan : rabbani

26 October, 2009

....YANG BERNAMA WANITA....






....YANG BERNAMA WANITA....

Diri;seorang wanita...
Gahnya bukan pada kecantikan...
Menawan bukan pada senyuman...
Hakikat seorang wanita;punya hati yang terlalu rapuh
Mudah luntur pada dugaan...
Sekalipun wanita;menongkah arus
mencari kekuatan pada denai-denai harapan...
Mengertilah;diri seorang wanita....
Terbatas pada rasa malunya,
Tercabar pada naluri kecintaannya...
Kadangkala;wanita menjadi kuat,
Bila kesetiaannya diuji
Bila kejujurannya dinilai
...Malah bila dirinya dikeji....
Tapi jangan lupa...
Wanita juga;kadangkala mudah mengalah,
Bila seringkali kesetiaannya tidak dihargai
Bila kejujurannya jadi tak bernilai lagi
....Malah bila dirinya sudah lali...
"Mengerti akan kekecewaan sendiri"
Wanita;yang selalu menangis
...ada airmata yang mengajar erti bahagia..
...ada airmata yang membawa duka...
ada jua airmata pengganti kata-kata...
Bila hati sudah enggan berbicara,
Mengertilah.....
Yang bernama WANITA;punya rasa cinta yang mendalam...
Sekali menitis airmata;jangan terlalu bangga;
...mungkin bukan menagih simpati...
atau mentafsir cinta di hati....
....tapi kerana CINTANYA YANG SUCI...
PADA SEBUAH KECINTAAN YANG ABADI....
"DEMI CINTA SUCI

25 October, 2009

.: DARI HATI :.

Bismillaharrahmanarrahim
Assalamualaikum…

“Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara" (al-Hujurat [49]: 10



Salam ukhwah. Segala kesyukuran dan kata-kata pujian serta ketaatan hanya kehadrat Allah S.W.T, pemilik dan pencipta alam semester ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat baginda serta mereka yang mengikuti perjuangan bagi menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.

Sebelum tangan lebih jauh menaip keyboard laptop, sebelum mata layu menatap skrin, sepuluh jari disusun ku pohon keampunan, segala kekhlilafan dan kesilapan ku dimaafkan. Tulisan ini bukannya untuk memohon maaf semata-mata tetapi untuk koreksi bersama, moga-moga titikpersefahaman dapat dicari. Perselisihan antara dua makhluk Allah sudah menjadi fitrah kehidupan. Kalau kita selok balik kiah nabi musa dengan nabi harun di mana, perselisihan faham oleh nabi musa terhadap nabi harun. Tetapi perselisihan ini tidak berlanjutan dengan adanya penjelasan dari kedua pihak.

“Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu(yg berselisihan) dan bertaqwalah kpd Allah agar kamu mendapat rahmat" (al-Hujurat [49]: 10

Kebencian itu datangnya dari syaitan. Sebelum kemarahan kita memuncak tinggi, cuba kita bertanya kpd diri kita, (muhasabah diri), dalam seharian kita akan berjumpa dgan pelbagai ragam ,pelbagai karenah,pelbagai style orang, yg mana selam ini kita tidak berjumpa lagi dengan mereka. Persoalannya disini, adakah semasa kita bertemu dan bergaul dengan mereka dapat memuaskan hati mereka, adakah perkongsian dalam bersahabat telah luput kita tinggalkan? Dalam mencari kemanisan dalam bersahabat kita seharusnya berlapang dada dan bersangka baik dimana peringkat paling lemah dalam berukhwah.

Dalam bersahabat aku selalu ingin memuaskan hati semua tetapi hakikatnya pasti ada yang tersinggungdi sebelah pihak lain. Itu merupakan fitrah. Manusia tidak diciptakan adalah sama. mungkin betul aku ini tidak pandai dalam penyampaian maklumat, selalu menyindir dan menghentam seseorang itu tanpa memikirkan perasaaan nya. Namun, hakikatnya aku ingin melihat satu perubahan agar orang melihat serong terhadap kita. Tetapi, dalam aku ingin memuaskan hati orang maka hati sahabat aku terkorban. Aku bertanya pada dri aku , adakan aku ini memang silap, atau adakah dalam aku menyampaikan sesuatu itu tidak diterima apa yg dimaksudkan oleh aku?? Separti selalu aku cakap, apabila kita banyak bercakap maka lebih banyak kita menyakitkan hati orang. Sedangkan Nabi Muhammad ingin menyampaikan dakwah, org musyrikin mekah menghendik, mencerca, baling dengan batu dan sebagainya. Semakintinggi kita berada semakin ramai kita perlu menjaga hati orang sekeliling kita. Ketahuilah sahabat ku….kau memang banyak berjasa kpdku…

Aku menulis ini bukan takut untuk bersemuka denganmu tetapi pada firasat aku jika aku kau memang tak nak bercakap dengan aku. Senantiasa menjauhkan diri bukan sahaja dari kalangan aku malah sahabat lain yang dulu gelak tawa bersama, makan minun bersama. Orang yang senantisa mendekatkan diri kpd Allah, dalam diri aku akan timbul rasa hormat kpdanya. Ketahuilah sahabatku, mungkin aku ni boleh diibaratkan seperti buah peria, luarnya Nampak cantik tapi bila dimakan orang akan tidak sukakannya. Aku selalu berdoa agar aku ini boleh menjadi seperti buah limau, luarnya nampak cantik dan bila dimakan manisnya meliputi segenap ruang dalam mulut. Janganlah jadi seperti pohon semalu, asalkan disentuh pasti menyecup, sangat sensitive. Jadilah sperti pohon buluh, walaupun rebut taufan melanda ia tetap berdiri teguh, hanya melentur mengikut arus.

Akhir sekali, aku memohon keampunan diatas kekhilafan aku dan semua sahabat yg lain. Aku berharap saat dan ketika yg dulu akan kembali lagi. Apabila seseorang itu berubah dengan mengejut maka banyak benda dia tidak dapat menerima. Salah dan silap dalam wadah ini dipohon sekali lagi. Fikir la dahulu tentang apa yg kita buat kat orang lain baru kita boleh menbuat keputusan adakah dia salah ataupun sebaliknya…dengan tulisan ini juga aku berharap, aku dan yang lain dapat dilapangkan dada untuk menjwab final nanti..INSYAALLAH.semaga Allah akan memberkati persahabatan kita.

Ukhwah selamanya, persahabatan diutamakan, Allah didahulukan…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana