26 March, 2014

Ujian penghujung bujang

Bismillahirrahmanirrahim.



Sungguh, sudah lama jari jemari ini tidak menaip petakan keyboard ini. Andai sekalipun ada, ianya sekadar untuk lebaran di muka buku.

Kali ini ingin sekali aku berkongsi. Berkongsi tentang cerita teladan dan pengalaman sahabat aku. Kisah ini baru sahaja berlaku. Aku kira, tidak lama, mungkin dalam setahun atau dua tahun, tidak dapat aku ingatinya.
Suatu petang, ketika itu kami sedang merehatkan minda dari kerja-kerja sebagai mahasiswa. Sambil menghirup cendol Johor. Tidak seperti cendol dari Kelantan, namun ini sahaja yang ada, jadi terimalah, ada juga uniknya. Terhidang juga dua pinggan di atas meja, keropok dan juga pisang goreng. Ketika mula-mula aku datang Johor, suatu kepelikan aku temui adalah, pisang goreng dicicah dengan kicap. Kebiasan aku pisang goreng dimakan bersama pencicah ataupun sos cili. Sedikit demi sedikit aku pelajari budaya mereka disini, makanan mereka dan sebagainya. Jauh perjalanan luas pengetahuan.

Tiba-tiba, kawan aku si fulan, menyoal aku tentang calon isteri.

“sudah ada calon? Pendek soalannya”.




“belum, tidak terpikir lagi” jawab aku. “kenapa?” soal aku semula. Si fulan ini sudah mengikat janji dengan seorang perempuan, muslimah. Tapi aku tidak mengenalinya, hanya sekadar tahu dia sudah berpunya. Itu pun dia yang bagitahu aku secara tidak sengaja.

“oh tidak, sekadar bertanya. Aku ada soalan. Bagaimana kita mahu yakinkan calon isteri kita, bahawa kita akan kahwini dia?” lanjut soalnya.

Sememangnya kami sering bertukar pandangan, dan dia selalu meminta nasihat aku. Usia dia muda setahun dari aku.

“aku tidaklah biasa, namun beberapa pembacaan dan juga pendengaran aku mengenai mungkin aku boleh bantui mu, sahabat. Pertama sekali, kita tidak dapat tidak seharusnya kita berjumpa dengan ibu bapanya. Ini sebagai mengatakan kepada keluerga dia, bahawa anak mak cik dan pakcik, saya sudah sunting. Namun, ada beberapa kes, lelaki tidak bersedia lagi untuk berjumpa, kerana dirinya masih ‘kosong’. Kosong disini bermaksud, kerjanya.  Kedua, kita berkomunikasi dengannya seminggu sekali atau dua minggu sekali, jangan terlalu kerap, ini boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku. Sekadar bertanya khabar dan bersoal tentang beberapa perkara, yakni mengenali pasangan masing-masing.” Terang aku.
“Lelaki perlukan sesuatu untuk membuktikan bahawa dia dapat menjaga isterinya setelah berkahwin. Bagaimana? Antaranya adalah kerjayanya. Meskipun demikian, pada wanita, perkara ini tidak perlu. Apa yang perlu adalah keikhlasan  dari seorang lelaki.” Sambung aku.

” Sekali lagi aku bukanlah orang yang layak untuk menerangkan perihal ini. Sekadar berkongksi”. Jelas aku padanya

Ketika aku menyelak buku tuilisan ustaz pahrol juoi,cinta kerana Allah, ada satu tajuk yang bertajuk kekal positif. Kekal positif dalam membina hubungan. Beliau menyatakan andai kita memikirkan yang negative adalah satu penderitaan. Sangka baik itu adalah benteng yang akan menyelamatkan kita daripada penzaliman dan tipu daya orang lain. Kedua adalah konsisten dalam berdoa. Doa akan meneutralkan perasaan negative yang menyelubungi dan memancar dari pada diri kita. Pesannya lagi, jangan kita dicemari racun prasangka dan paling penting jangan lupa berdoa. Dalam menabur bibit kebaikan, jangan mengharapkan hasil yang segera.

Persiapkan diri kita sebelum kita menikah. Persiapan sebelum perkara yang penting. Perkara ini disebut oleh nasih ulwan dalam kitabnya, pendidikan awal anak-anak- dalam Islam.
Ayuh teman, teruskan berdoa dan berdoa.


ismarizalismail


03 March, 2014

Insyaallah, saya boleh.

Bismillahirrahmanirrahim

Ujian datang tanpa di duga. tidak kira dalam keadaan senang mahupun susah. Sihat atau pun sakit.Kaya ataupun miskin.tua ataupun muda.

Bukan semua ujian yang datang dapat kita sambut. adakalanya terpaksa kita tempis. namun, tempisan itu tidak mengena. maka hati kita yang gundah gelana.

serabut, runsing menyelubungi diri.



Serangkai kata pujangga Arab:

Serahkan hatimu kepada manusia, nescaya dia akan melukainya, serahkan hatimu yang luka kepada Allah, nescaya Dia akan mengubatinya.

Ujian akan dapat diselesaikan dengan bersedekah.

Abuhurairah r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda :
Tidak akan berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu aniaya kezaliman melainkan Allah menambah kemuliaanya, dan tiada seorang yang tawaddhu’ (merendah) kerana Allah melainkan Allah menaikkan darjatnya.

                                                   **********************

"Isma, mintak nasihat, rasa down sangat ni", pinta seorang teman bekas sekelas aku dulu.

"aku tidak la arif dalam hal sebegini, namun, ketika ini dia perlukan kata-kata semangat, aku tidak akan kecewaknnya" bisik hatiku.

"kenapa?" pendek balas aku. Meminta ke pastian masalah.

"Biasa la ma,(panggilan pendek dari Isma) kadang-kadang alatan yang nak buat penyelidikan ni bermasalah. dengan penasihat master dan macam-macam lagi. Andai difikirkan pendek,hendak sahaja aku berhenti dari sambung master." ulas beliau.

berfikir sejenak, mencari akal untuk menjawab masalah yang dihadapinya.

"Bersabar, insyaallah, ujian seorang penuntut ilmu begini la." Aku mula menceritakan tentang madrasah tahfiz yang aku jaga. satu demi satu, aku mengharapkan apa yang kongsikan difahami dan tidak terhijab. Risau juga, andai perkongsian yang diberikan akan terhijab dengan dosa-dosa aku.

Dia mula mengerti. 

"aku cuba ma, terima kasih banyak-banyak, doakan aku" sambungnya.

"doakan aku juga", pinta aku.

 

                                                          **********************

Antara ubat yang dapat menenangkan hati sedang lara ini adalah ayat alquran dan juga solat. Tiada siapa diantara kita tidak pernah merasai ujian. keresahan.kegembiraan.kesedihan.

Mari kita bermunajatkan pada Allah. Mungkin ujian hari ini merupakan kafarah diatas dosa kita sebelum ini samaada kita perasan atau pun tidak. Maka, bertaubatlah.Berisgtifarlah. Sesungguhnya Allah Maha pengampun.

Kalam Allah, sangatlah indah. tiada tulisan yang dapat menandingi kalam Allah ini. bunga-bunga bahasanya tidak dapat kita tiru sepertinya.Sungguh mendalam. Itulah Ubat untuk hati yang meraih siraman. Hati yang sedang menanti siraman-siraman merdu dari Kalam Allah.

Ini semua adalah lumrah hidup.

Namun, andai kita bersendirian, maka ujian yang datang pasti tidak akan dapat diselesaikan. Oleh itu, kita perlukan orang sekeliling kita. Berbaik dan binalah jaringan seluasnya. Andai jaringan sudah terbina, maka, masalah akan dapat di selesaikan dengan cepat, mudah serta hati akan menjadi tenang.

Jangan sekali-kali putus asa dengan apa yang terjadi, seringkalilah kita bersangka baik.hikmah yang tersembunyi pasti menyebelahi kita. siapa sangka.

Abul-Laits r.a. berkata :
Bersedekahlah dengan yang sedikit atau banyak, sebab sedekah itu mengandungi sepuluh kebaikan, lima di dunia dan lima di akhirat. Adapun yang didunia maka:

 1.  Membersihkan harta kekayaan, sebagaimana sabda nabi s.a.w. yang bermaksud ;  ‘Ingatlah bahawa jual beli selalu diliputi oleh lagho, sumpah dan dusta, kerana itu maka selingilah (campurilah dengan sedekah).

 2.   Membersihkan badan dari dosa-dosa sebagaimana firman Allah yang bermaksud;        ‘Ambillah dari harta mereka sebagai sedekah untuk membersihkan dan mensucikan mereka.’

 3.  Menolak bala’ dan penyakit, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud ; ‘Ubatilah orang-orang sakit dengan sedekah’.

 4.  Menyenangkan hati orang miskin, sedang sebaik-baik amal menyenangkan kepada orang mu’min.


 5.  Menjadikan berkat dalam harta, dan luas rezeki, sebagaimana firman Allah yang bermaksud ; ‘Dan semua yang kamu sedekahkan maka Allah akan menggantinya.’

************************************

Diri ini bukanlah orang yang sepatutnya. ada orang lain yang lebih layak bercakap mengenainya. Tetapi, aku juga ingin turut serta sebagai penyampai, agar kita semua dapat merasai keindahan dalam hidup ini.

Usah salahkan takdir. Takdir itu datang setelah kita membuat pilihan.Beristikarahlah. Gopoh gapah itu adalah sifat syaitan.

insan yang sedang meraih keampunan dari Ilahi.
Ismarizal ismail. Skudai.

28 February, 2014

kalam itu pahala berpanjangan

Bismillahirrahmanirrahim

berkarya bukan senang. keperluan yang cukup dan ulangkaji serta semakan pelbagai sumber. tulisan dari benak hati, dan niat untuk membantu orang perlu disekalikan dalam tulisan. bukan untuk meraih populariti. jadi seperti Hvolate. Nama sebenar tidak diketahui. Nmaun, tulisan dan nukilannya sangat bermakna. Bait-bait tulisannya menjadi inspirasi kepada pembaca.
aku petik kata-kata dari lagenda penulisan, pak samad.

“ setiap karya sastera yang baik pada hakikatnya adalah kisah berkecamuknya fikiran dan pandangan orang yang tidak malu- malu mengakui siapa mereka sebenarnya”.

 cinta fansuri


insyallah. 

suatu hari nanti.

suatu karya perlu sarat dengan mesej bermanfaat, agar dakwah secara tidak langsung dapat diserap dalam diri pembaca. tulisan yang baik adakalanya membuatkan mata-mata tidak dapat lari sehinggalah selesai keseluruhan buku.

Tulisana merupakan satu harta yang amat berharga.Sudah tiba masa kita di kembali kerahmatullah, maka tulisan itulah merupakan harta warisan yang akan mendapat pahala sepanjang masa.

Ya, tulisan ini merupakan amalan  yang pahalanya berterusan mencurah ke atas kita walaupun kita sudah tiada dia sini. Itu bukan tulisan itu yang membawa pembaca ke arah kebaikan.

Dulu, beberapa novel yang pernah aku selak, novel yang membuatkan perkara yang tidak baik.Oh, tidak perlu untuk aku detailkan, cukup sekadar aku katakan, ia tidak molek dan tidak seharusnya untuk membacanya.



tidak dinafikan, komik juga menjadi kegemaran kita. Karyanya hidup, mata tidak dapat mengalih ke arah lain. dari satu bab ke bab lain.

Mari kita semua berkarya. selari dengan zaman sekarang, setiap saat kita boleh luahkan idea. FB, twetter dan sebagainya.


mari kita berkarya.



25 February, 2014

monolog hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Tiap kali menelepon bonda di kampung, soalan yang tidak putus ditnya adalah, kerja macam mana.

Sungguh, hati ini pilu juga. Masakan tidak, teman-teman lain sudah "membayar ganti rugi" kepada ibu bapa mereka, tetapi aku.

Allah, aku merintih pada Mu, permudahkanlah urusan aku, untuk membahagiakan ibu dan bapa aku.

Kerja melawan musuh, bukan kerja yang senang. tapi, bukan semua faham.

kadang-kadang tercetus juga di hati, biarkan sahaja orang-orang lain buat kerja disini, aku pergi sahaja ke tempat lain mencari kerja. kerja yang boleh menhasilkan kewangan.

Kadang-kadang terkesan dengan kata-kata bonda, " along, kan akan sulong, jadi kena la tanggung adik-adik." bagaimana hendak aku penuhi semua itu, hidup diperantauan pun bukan bisa aku hadapi.

Kekuatan kawan-kawan sekeliling membantu.


19 February, 2014

Sinopsis~syabab huffaz

Bismillahirrahmanirrahim

sinopsis cerita aku yang bakal diterbitkan. tp bila?? Entah la.

Syabab Huffaz mengisahkan tentang perjalanan pengajian pelajar-pelajar tahfiz dengan pelbagai rintangan ditempuhi mereka untuk dilahirkan sebagai seorang tahfiz yang “multi task” di bombing oleh seorang pemuda berjiwa kental.

Iskandar Zulkarnain, indah namanya. Nama tokoh Islam yang termasyhur. Tokoh dikenali sebagai raja dan penakluk yang tiada bandingan. Iskandar merupakan graduan di Universiti South Malaysia, menagambil jurusan ukur tanah atau dikenali suveryor. Setelah bergraduasi dia aktif dalam kerja-kerja sukarelawan dan juga bergerak aktif bersama NGO-NGO kebajikan bagi membantu masyarakat sekeliling.
Cita-citanya ingin membantu masyarakat dengan mendekatkan diri mereka dengan ajaran Islam.Cintakan Allah, cintakan Rasulullah, cintakan Alkitab. Pelbagai program diaturnya bersama demi mengembalikan mereka yang tercicir dari ajaran Islam. Walaupun Iskandar bukan dari jurusan agama, akan tetapi berkat didikan ibu bapanya mengenai cintakan Islam, taat ajaran Allah, membuatkannya ingin membantu masyarakat membuak-buak. Nun jauh di utara, tidak putus-putus doa seorang ibu untuk anaknya yang berada jauh di selatan.


Dalam masa yang sama, seorang ustaz, ustaz zaifiddin mengajaknya untuk bersama membantu membuka sebuah madrasah tahfiz. Hari demi hari, mereka mengatur dan mencari ilham bagaiman untuk membentuk sistem pembelajaran di madrasah tersebut. 


Pelbagai karenah dan dugaan dihadapi mereka. Surat layang, tohmahan serta ugutan diterima agar tidak meneruskan pembukaan madrasah ini. Tambahan pula, pelbagai perangai dan songeh adik-adik tahfiz yang dating dari pelbagai latar belakang keluarga dan persekitaran. Alhamdulillah, generasi pertama madrasah ini, hanya 20 orang sahaja diambil, 5 perempuan, 15 lelaki. Iskandar didik oleh ibu bapanya menyayangi sesiapa sahaja termasuklah budak kecil. Iskandar sebagai anak sulong dalam keluarganya, tidak kekok untukmelayan karenah adik-adik tahfiz yang mana semuanya berumur antara 8-12 tahun.


Beberapa hari pengajian berlangsung, keserasian mereka diuji. Adakalanya bertengkar mulut, mengejek dan sebagainya. Ada pula diantara mereka suka bergurau namun, kadang-kadang berguraunya tidak kena pada masa dan tempatnya. Pening kepala Iskandar melayan karenah mereka. Iskandar mengambil tugas sebagai warden pelajar tahfiz lelaki, manakala ustazah Anis dan Ustazah Zakiah warden pelajar perempuan. Mereka berdua juga merupakan lepasan tahfiz, 30 juz dalam kepala dan dadanya. Disinilah, erti kesabaran diungkai oleh Iskandar.


Iskandar dikejutan dengan perletakan jawatan seorang ustaz. Ustaz Solihin merupakan tenaga pengajar dalam bidang hafalan dan bacaaan alquran. Perjelasan dari ustaz Solihin kepada pihak pentadbir, iaitu Ustaz Zaifiddin membuatkan tiada perkara yang boleh menghalang dia dari kekal disini. Masalah kewangan dan peningkatan kos sara hidup menggugap hati dan perasaan Ustaz Solihin. Tugas Ustaz Solihin diambil alih oleh Ustazah Anis dan Ustazah Zakiah serta Iskandar. Semakin banyak ranjau mendatang, semakin bersemangat Iskandar untuk mengharunginya.


Kerancakan pengajian diuji sekali lagi. Masalah baru yang datang lebih mencabar. Mencabar semua oang yang terlibat dengan madrasah tahfiz ini. Pihak jabatan agama tidak mengiktiraf penubuhan madrasah. Perbincangan demi perbincangan dilakukan oleh Ustaz Zaifiddin dengan pihak jabatan agama untuk mencapai kata sepakat. Takala itu, solat hajat dilakukan oleh semua yang terlibat, Iskandar, pelajar tahfiz serta ibu bapa pelajar.
Setengah tahun telah berlalu, masalah demi masalah, dihadapi dengan tenang dan tidak putus memohon pertolongan dari Allah. Kini sudah separuh al quran penghafalan mereka. Mereka berlumba-lumba menghabiskan alquran. Tokoh pelajar tahfiz dalam cerita ini adalah Aiman, Fahrizan, Amirul, Atiqullah, Asyraf, Nazmi, Naim, Fakrul, Ikram,Haikal, Maizatul, Liyana, Damia serta Iffah . Mereka adalah pelajar tahfiz yang mempersonakan dengan kepelbagaian karenah dan perangai. Mereka adalah anak-anak desa dengan tekad luar biasa serta bercita-cita menjadi penghafal Al Quran suatu hari nanti. Perjalanan pengajian mereka dipenuhi kejadian yang tak terduga. Secara perlahan mereka menemukan keunggulan dalam diri dan persahabatan. Iskandar dijadikan idola mereka.



ismaryzal ismail


12 February, 2014

ulangtahun

Bismillhirrahmanirrahim

Subhanallah, wa syukurillah.

Umur ini masih dilanjutkan oleh Allah maha pengasih dan maha penyayang.

Tiada yang mustahil bila mana lafaz kun fa yakun di ungkapkan.

26. satu angka yang menunjukkan hampirnya aku dengan rumah kedua.

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran aku.

terima kasih bonda dan ayahanda, mereka berdua berpenat lelah menjaga, mendidik aku tanpa erti putus asa.

walau adakalanya hati mereka terguris dengan peail aku, mereka tetap dan berhati teguh.

tanggal 12 februari 1988 aku dilahirkan, selang setahun tarikh yang sama, bulan yang sama, adik aku dilahirkan.

terima kasih ucapan dan doa kalian. cuma takde lagi ucapan seperti ini "Hb isma, moga mendapat isteri cerdik dan solehah ke, isteri cantik ke"..hehe



23 January, 2014

kafarah dosa.

Bismillahirrahmanirrahim

Kafarah Dosa.

Alhamdulillah tiada apa-apa. cuma terkejut. Bergetar tangan.

Apa pun syukur pada Allah, tiada apa-apa kecederaan.

Motor langgar kereta. aku dengan kereta. yang melanggar aku dengan motor. Dia pun tiada apa-apa yang serius. cuma cedera sedikit.

syukur pada Mu , ya Allah.

22 January, 2014

maaf

bismillahirrahmanirrahim

maafkan diri ini.

andai menganggu perasaanmu tanpa di sedari.


teruskan senyum dan senyum. lakarkan keseluruh alam.


21 January, 2014

Bicara nurani

bismillahirahmanirrahim

Berbicara mengenai keingin dan hasrat diri, memang besar menggunung. Bermain difikiran inginkan sesuatu bagi memuaskan kehendak diri. 

Disaat ini, hati mula bertanya, untuk apa semua ini, andai diri ditidak menyembah perintah Allah. Lalai akan suruhannya. Menentang syariatnya.

Oh. aku dipersimpangan.


Persimpangan antara dua. Kemana aku harus akau berjalan. Berjalan bertemu keceriaan dan kebahagiaan hidup.
hati berkata,

"usah diikut mainan perasaan. selami aku, aku adalah kegumpal darah yang dapat membawa kebahgian buatmu"

Sambungnya lagi,

"andai tika ini terasa gundah dan gelana, bersujudlah pada Allah. Hanya dia dapat menolongmu"

Dikala ini, perasaan meronta-ronta. mahukan apa yang ada pada orang lain. 

Betul kata hati, bersabar. 

Allah Maha Pencatur.

Berusahalah. 

Allah amat suka akan umatnya yang berusaha.

Insan yang tohor ilmu ini perlukan sokongan. Tiada yang seindah bilamana hasrat hati tercapai.

Sudah lama tidak menyelak kata-kata Allah ini.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Allah tidak akan membiarkan umatnya yang menolong agama Nya hidup dalam keadaan menderita. Andai itu berlaku juga, itu ujian buatnya. Bersabar.


Firman Allah s.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,”
– Surah Al Mulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
– Surah AsSyuura : Ayat 30

Mungkin tangan-tangan yang berlumuran dengan cerbisan dosa ini menyebabkan ujian seperti ini datang bertamu.

Syukur dan bersabar.

Amat payah. tetapi, perlu ditempuhi. 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: 
“Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). ” 
- Hadis riwayat Imam Bukhari

Teman dan sahabat penguat bicara. pembakar semngat. 

Usah berduka lagi. 

Sabarlah wahai saudaraku

Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!



Doa yang tidak putus dari bonda dan ayahanda, menjadi penyinar dan penyeri sehari-hari.
Maafkan anak mu andai tidak bisa membuatmu senyum di kala ini.

Pengembaraan hidup anak mu di perantauan masih panjang. Mutiara nasihat dan doa dari kalian anakmu harapkan.


Ismarizal ismail.

Permata MATAZ

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini aku digelar abang warden. hiduo menjaga adik-adik di madrasah tahfiz zahrah. akuntidak mengangap ia sebagai warden, cuma sebagai pengasuh mereka. Membantu mereka bila mana mereka dalam blur untuk melakukan sesuatu. almaklum, adik-adik baru mengenal dunia.



Kedudukan aku sebagai pengasuh hanya sementara waktu. Menunggu warden betul datang lapor diri. Baru mendapat berita, warden baru sudah disunting, hanya menunggu kata putus dari bonda dan ayahanda beliau. Peribadi yang molek dan sesuai. Ustaz bilang, dia seorang hafiz kelahiran dari university di Jordan.

Mereka adalah permata disebalik rimbunan fitnah dunia. andai mereka dibiarkan seperti kebanyakan orang, maka mereka adalah tergolong dari perosak perjuangan Islam. Akan tetapi, mereka akan menjadi cahaya yang bakal menyinari segelap pelosok tanah di bumi, membawa rantaian risalah Nabi. Insyaallah.



Alhamdulillah semakin hari mereka semakin serasi dan mula membina ikatan manis iaitu ukhwah. kalau dulu, pantang sentuh antara mereka, mesti berkejaran. bila tegur, 


"bang, dia pukul saya dulu"

"tak bang, dia yang mula dulu"


adoi, pening. Betul, pening bila menguruskan mereka. bagaimana lah emosi dan perasaan ibu bapa aku dulu menguruskan aku dan adik-adik aku zaman kecil. 


Salah seorang dari adik-adik Madrasah Tahfiz Az Zahra ada yang Allah anugerahkan hyper active..

Ada sahaja yang dibuatnya, pendek kata, tak dok diam..


Kesana ke sini, pantang leka, kalau dia tak nangis tak sah. Bukan apa, dia dok usik orang, org balas dia nangis.

Kadang-kadang tergelak juga dengan tingkah lakunya.

Apa pun,dia anugerah Allah untuk Islam..



Sedikit sebanyak aku boleh imbas semula bacaan alquran. Aku yakin pelabuaran yang Allah tentukan ini akan membuah kan hasil lumayan suatu hari nanti.

Ismarizalismail
21 January 2014

03 January, 2014

Kuatkan semangat Teman

Bismillahirahmanirahim.

Ade seorang sahabat, perempuan. Dia bagitahu ingin deactivekan FB. katanya tidak dapat kawal dari gangguan dari teman-teman FBnya yang selalu kacau nya. Tentunya teman-teman lelaki. Bagus juga dia diactive. tapi aku tidak berapa setuju, kerana sekarang para Ustaz pun sudah menjadikan Fb medan dakwah baru mereka. Andai kita diactive, aku risau kita terlepas peluang utuk bersama mereka dalammedan dakwah ini. Betul, ade cara lain untuk berdakwah.Namun, sempatkah kita untuk pergi kepada setiap orang bagi menghantar mesej dakwah.

Di FB, hanya di hujung jari. Hampir seluruh dunia akan baca, lihat apa yang kita postkan. Andai itu jalannya, aku nasihatkan nyahkan pengacau-pengacau itu ataupun cara lain banyakkan post tentang kata-kata nasihat, hadis yang mengatakan kita tidak suka cara mereka lakukan itu.

Insyaallah, aku doakan kamu di lindungi Allah. Allah penjaga yang paling selamat.

Apapu. Keputusan yang kamu lakukan aku sokong. Ini sekadar pandangan dari insan kerdil. 

02 January, 2014

Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim

Sudah cukup sebulan aku memegang title penganggur sampingan. Kebetulan, bulan kedua merupakan tahun baru. aku harus berusaha mendapatkan kerja. Sekarang bukannya tidak bekerja. cumanya kerjanya sekadar menampung makan minum sahaja.

Moga aku bukan seorang yang tahu mencoret sahaja, tindakannya tiada. Biarlah aku seiring dangan kata-kata atau pun lebih. Tindakan itu yang penting.

Doakan aku teman.


ismaryzalismail
2 jan 2014

27 December, 2013

Pengembaraan novelis bermula

Bismillahirrahmahirrahim

Aku sudah dilamar.

Lamaran untuk menghasilkan sebuah novel.

sudah aku gali benak pemikiran aku, tajuk yang sesuai serta jalan cerita yang boleh aku olah sehinggakan menjadi satu jalan cerita menarik serta di tunggu-tunggu.

Keyakinan dalam dada tidak memuaskan. Bukan apa, hanya berbekalkan secumit idea dari pembacaan beberapa buah novel. Aku takut, baru bab satu, aku sudah berhenti mengarang. Ketandusan idea.

Betul, untuk menjadi seorang yang digelar novelis, tatabahasa, ejaan, perbendaharaan kata dan sebagainya perlu mantap di dada.

Kepercayaan yang dihulurkan kepada aku, aku menggeletar untuk menerimanya. Kepercayaan mereka aku genggam erat. biarpun lambat coretan novel yang akn aku hasilkan, insyaallah, ia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Kontroversi Cinta.

Tajuk sementara aku pilih.

Pengembaraan bermula. Sedikit demi sedikit akan aku coretkan di dinding ini.


terima kasih semua. Sokongan, dorongan serta kepercayaan kamu semua akan membantu aku menghasilkan sesuatu yang berlainan nanti. Insyaallah.

Ismarizal Ismail
27 Dis 2013

19 December, 2013

hampir sepurnama.

Bismillahirrahmanirrahim

Hampir sepurnama aku menggelarkan diri sebagai penaman anggur.



akan tetapi, aku berasa bangga kerana masa diisi dengan kerja kebajiakn kemasyarakatan. Kebetulan, banjir yang melanda Kuantan dan kemaman dapat aku bantu, walaupun bukan secara langsung, moga itu juga dpat dikira.

bergelar freelans grafik designer, sungguh agak terumbang ambing. Alahmdulillah, sedikit sebanyak aku dapat menampung kehidupan hari-hari dengan upah design banner banting dan sebagainya.

Insyaallah, plan untk mengusaha ternakan kambing akan bermula bulan satu.

Rezeki Allah ada diman-mana. Tawaran kerja datang tanpa diduga. Pening juga bila memikirkannya. Aku harus plan sebaiknya. Ialah, aku haruskumpul wang untuk mengjayakan perancangan yang dirancang dan bakal dirancang.

Teman-teman, doakan temanmu ini.

Doakan diri ini senantiasa berada di pentas perjuangan degan seikhlas mungkin serta dimurahkan rezeki dan juga dipermudahkan segala urusan.

kadang-kadang dalam begerak kerja, hati akan diuji.

manis dipandangan orang-orang tua, maka akan ditanya, sudah berpunya ataupun belum. Bagaimana aku harus katakan.

Insyallah, Allah sudah kurniakan untuk saya memilih calon saya.



"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."


ismaryzalismail
19 Dis 2013

18 November, 2013

pergimu tidak kembali lagi

Bismillahirrahmanirrahim

di awal-awal pagi, perut terasa lapar bila mata tak mahu pejam . Jam baru menunjukkan pukul 1 pagi. Selesai mengoreng cucur, bersila makan bersama housemate.

tiba-tiba, satu mesej diterima. siapa la dok mesej pagi-pagi hari ni, rungut aku.
mesej yang diterima mengejutkan. 

"salam long. mok dah xdok ni. baru jah."

Inalillah hiwainiillaihiraujiun

Terus aku menelefon bonda ku.

aku harus pulang segera. harap sempat untuk melihat jenazah sebelum kebumikan.

House mate, paklang mengajak aku pulang ke kampung dengan keretanya. 

meluncur laju di jalanan, kebetulan jalan kosong tanpa kelibat kereta. jika ada pun, hanya satu dua sahaja.

Johor, Pahang, Terengganu akhirnya Kelantan. 

Alhamdulillah, sempat meraup muka jenazah sebelum kebumikan serta solatkannya.

Mengiringinya bersaa van jenazah, menkebumikannya. 

Dia dalam ingatan.

Semoga rohmu dicucuri rahmat.serta ditempatkan bersama-orang-orang beriman.


ismaryzalismail 18 november 2013.

10 November, 2013

bangkitkan semangat

Bismillahirrahmanirrahim

termenung jauh dijendela bas. menduga apa yang akan dilalui setelah aku berhenti kerja. aku ingin usahakan perniagaan sendiri. sokongan dan dokongan yang melimpah ruah aku perlukan. Akan tetapi, daifnya aku tentang ilmu berniaga, walhal bapaku seorang peniaga.

Sudah dua tiga kali aku diajak mengusahakan perniagaan kambing. hati berbelah bahagi. Ikut hati memang saut sahaja perlawaan tu, tetapi..sungguh kelemahan aku adalah takut untuk menghadapi akibat selepas itu. Bagaimana harus aku lakukan.

Minggu lepas, aku merantau mencari ketenangan mengembalikan semangat untuk penjadi pengusaha kambing yang berjaya. Merantau ke utara. Melihat suasana kampung sama seperti suasana rumah aku di Ketereh. Bendang sawah, rumah kayu, sungai cuma kawasan rumah aku di hiasi pohonan getah, di sana kelapa sawit. Udara yang tidak lagi dicabuli oleh cemaran yang melampau. Aku teringat pesanan nenda aku yang kina sedang terlantar di katil, kerana strok sebelah tubuh.



" kita jangan lupakan tanah, tanahlah tempat asal kita, andai sesibuk manapun kita, pijaklah tanah dan genggamlah ia, insyaallah, ia akan menyembuhkan."

Semasa berbual dengan ibu kawan aku, dia ada menceritakan kisahnya dulu-dulu. Satu pesanan yang dia amanahkan kepada aku, berbuat baiklah pada ibu dan bapa kita, jangan sisihkan mereka bila mana kita kecapi apa yang kita impikan.Insyaallah, Allah akan murahkan rezeki kita. Cerita demi cerita dia kongsikan.  Aku mengangguk tanda faham.

Dua hari tiga malam bermudafir kesana, sempat juga kau berkunjung ke rumah naqib aku semasa aku menumpang di rumah sahabat utm.sekali lagi mutiara kata yang terpacu dibibirnya.

"kita jangan mengambil sikap terlalu terbuka, nanti kita akan hanyut dibelai ombak dan jangan pula kita bersikap tertutup, nanti kita lemas dalam kegelapan. bertimbang rasalah"

Mutiara kata yang aku perolehi akan aku ingti.insyaallah. terima kasih semua.




Dua minggu lepas, aku telah utarakan hajat aku untuk berhenti kerja kepada bos aku.Dia tidak pula berkata, boleh atau pun tidak. cuma katanya, aku punyai bakat dalam adobe, tetapi dia sokong aku dalam apa yang akan aku kerjakan. Ujian berbiaga sendiri memang mencabar, kadang-kadang naik, kadang-kadang rugi. Ya, keadaan ayah paparkan, keadaan yang bekerja sendiri. Harus punyai kreativi untuk bersaing dengan peniaga lain.

Doakan aku sahabat smua. Insyaallah doa kalian membuatkan aku akan lebih semangat.

alang-alang menyelut pekasam biar sampai kepangkal lengan. undur selangkah bererti aku telah gagal namun kadang-kadang, undur itu bukan kerana gagal tetapi itu adalah strategi kemenangan.insyaallah.




ismarizalismail
raudhahtul syabab
10 november2013

10 October, 2013

cari protege untuk dibimbing..boleh ke aku??


Bismillahirrahmanirrahim..
Semalam aku di sapa oleh penulis novel Saya Tunggu Awak.Bonda Nor

“Salam Ismarizal, awak ni belajar lagi ke dah kerja.

Wasalam kak, kenapa eh?, saya dah kerja”

“Owhh.. ok.
Sebab pihak Galeri Ilmu sedang dalam proses nak buat forum tentang penulisan untuk mahasiswa..tentang rebranding novel dakwah..
Kalau masih study, saya ingat nak cadangkan mereka buat di tempat rakan2 FB saya je..hehe..”

“oo
Emm
Gitu
nnt saya try tnya adik2 kampus utm
kot2 dia orng bermint nak wat program ni”

“Ok.. boleh juga.. sebab nak beri pendedahan pada mahasiswa supaya hasilkan novel seperti Saya Tunggu Awak. InsyaAllah, saya akan jadi salah seorang panel..”
 Selang beberapa percakapan kami,
“Saya sedang cari protege untuk dibimbing.. any question u can ask me..Free of charge..”
Nampaknya aku perlu luaskan lagi skop penulisan dan pembacaan. Belajar mengenai teknik penulisan yang berkesan.
 Insyaalllah suatu hari nanti, tulisan aku akan dibukukan. Mohon doa dari kalian.

#mencuri masa semasa kerja..
Ismaryzalismail
10 oktober 2013



17 September, 2013

muslimat merajuk??

bismillhirrahmanirrahim

sudah lama tidak bertemu mata dengan sahabat-sahabat satu batch aku. jalan mudah pada masa sekarang, dengan FB, whatsapp, twitter, dan macam-macam lagi.

pagi tadi aku ade mengajukan satu persoalan. alhmdulillah, respon yang baik, walaupun bukan dari semua, akan tetapi, majoriti, ada membaca status dan jgk komen. setakat ini sudah ade 80 komen.

"orng kata muslimat kuat merajuk..

betul ke??"


komen dari kalian aku hargai...










stakat aku print screen ni masih ade komen yang masuk. Misi untuk meemriahkan group ini sudah tercapai. moga dengan kalin view, komen, like, membuktikan kalian masih sihat dan bersama mengikuti perkembangan masing-masing walaupun berjauhan. 

Betul, ukhwah itu indah, sangat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata mahupun dengan tulisan. 

"orng kata muslimat kuat merajuk..

betul ke??"

ismaryzalismail
17 sept 2013

10 September, 2013

.

bismillahirrahmanirrahim



kepingan tasbih cinta....

ismaryzalismail
10 september 2012

21 August, 2013

Doa dan sabar


Bismillahirrahmanirrahim

Dalam kehidupan yang fana dan serba serbi ini, pelbagai ujian yang akan bertamu tanpa di undang. Secebis notis jemputan pun tidak dihantar. Dalam sedar mahupun tidak. Suka atau benci. Kaya atau miskin. Tua atau muda. Ia tidak kisah itu semua. Ujian akan di hantarkan oelh Allah dalam apa jua keadaan. Kadang-kadang bukan dalam jangkaan kita ia datang. Apa yang berat lag, bila Allah turunkan ujian, apa yang dia buat adalah hanya dok salahkan takdir dan orng sekelilingnya. Tiada usaha untuk meleraikan ujian yang singgah padanya.

Doa dan sabar merupakan elemen yang penting dalam menghadapi semua ini. Ubat ini sangat mujarab bila digunakan dalam merawat ujian. Doa senjata dan sabar perisainya.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, “Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepada-Nya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa.”

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 45, “Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, yaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali 
padaNya.”


Jodoh juga merupakan ujian. Ada yang cepat. Ada yang lambat. Bersabar dan berdoa. Kenapa lambat??  Jangan ditnya pada orang lain. Muhasabah pada diri. Allah tidak akan menzalimi hambanya. Kadang-kadang, ada yang dapat tp putus dipertengahan. Allah Maha pencatur.
“Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui.” (QS. 2:216)

resah gelisah bisa di ubati dengan selalu mendekatkan diri pada Allah SWT dgn cara berdzikir., sholat mlm., sedekah dan berbuat kebaikan yang lain nya. Betul. Itu merupakan ubat yang boleh kita rawat diri yang dalam kelam dan kusut. Al quran jantung kita semua. Kalimah-kalimah yang ade di dalamnya akan menenagkan para pembaca. Sungguh luar biasa.


Aku menulis bukan bermakna diri ini sebaik dalam tulisan. Kata-kata indah yang di taip. Tetapi aku berusaha untuk menjadi peghuni syurga bersama para nabi dan ulama serta mereka yang layak menghuni disana. Menulis membuatkan aku menyedarkan diri ini lemah. Seperti kerak nasi. Ujian yang datang ini datang melembutkan hati-hati yang keras. Kerak nasi bila di sirami air, maka lembut la dia.  

Ismaryzalismail
21 ogos 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana