Bismillahirrahmanirrahim
Dalam kehidupan yang fana dan serba serbi ini, pelbagai
ujian yang akan bertamu tanpa di undang. Secebis notis jemputan pun tidak
dihantar. Dalam sedar mahupun tidak. Suka atau benci. Kaya atau miskin. Tua
atau muda. Ia tidak kisah itu semua. Ujian akan di hantarkan oelh Allah dalam
apa jua keadaan. Kadang-kadang bukan dalam jangkaan kita ia datang. Apa yang
berat lag, bila Allah turunkan ujian, apa yang dia buat adalah hanya dok
salahkan takdir dan orng sekelilingnya. Tiada usaha untuk meleraikan ujian yang
singgah padanya.
Doa dan sabar merupakan elemen yang penting dalam menghadapi
semua ini. Ubat ini sangat mujarab bila digunakan dalam merawat ujian. Doa
senjata dan sabar perisainya.
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan
lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, “Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan
tangannya berdoa meminta kebaikan kepada-Nya, kemudian menolaknya dalam keadaan
hampa.”
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 45, “Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya
yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, yaitu
orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan
kembali
padaNya.”
Jodoh juga
merupakan ujian. Ada yang cepat. Ada yang lambat. Bersabar dan berdoa. Kenapa
lambat?? Jangan ditnya pada orang lain.
Muhasabah pada diri. Allah tidak akan menzalimi hambanya. Kadang-kadang, ada
yang dapat tp putus dipertengahan. Allah Maha pencatur.
“Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk
bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu.
Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui.” (QS. 2:216)
resah gelisah bisa di ubati dengan
selalu mendekatkan diri pada Allah SWT dgn cara berdzikir., sholat mlm.,
sedekah dan berbuat kebaikan yang lain nya. Betul. Itu merupakan ubat
yang boleh kita rawat diri yang dalam kelam dan kusut. Al quran jantung kita
semua. Kalimah-kalimah yang ade di dalamnya akan menenagkan para pembaca. Sungguh
luar biasa.
Aku menulis bukan bermakna diri
ini sebaik dalam tulisan. Kata-kata indah yang di taip. Tetapi aku berusaha
untuk menjadi peghuni syurga bersama para nabi dan ulama serta mereka yang
layak menghuni disana. Menulis membuatkan aku menyedarkan diri ini lemah. Seperti
kerak nasi. Ujian yang datang ini datang melembutkan hati-hati yang keras. Kerak
nasi bila di sirami air, maka lembut la dia.
Ismaryzalismail
21 ogos 2013
selalu jugak sahabat tanya bila nak makan nasi minyak. hanya mampu menjawab Haza min amri Rabbi. ini adalah urusan Tuhanku, andai esok Allah kata jodoh sampai, maka akan kawin la saya............. :)
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan, isha Allah Allah mengetahui apa yg terbaik buat hambanya (^_^)
ReplyDeletesedikit sharing,doa menghapuskan segala duga, kenangan pahit, putus cinta dan sewaktu dengannya.. caranya baca al-fatihah 1 kali.. dan ayat ni 3 kali dgn meletakkan tgn di kepala.. insyaAllah moga Allah hapuskan segala yg mengganggu fikiran dan jiwa..^^
ReplyDeleteيَمْحُوا اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala
suratan".
surah ar-Rad ayat 39
^^ cinta putus di tgh jalan tu mgkin sakit, tp mgkin Allah menyediakan 'dia' y terbaik buat kita di dpn nnti sbb tu mgkin terjadi putus di tgh jalan tu.. smoga Allah pmudahkan segala urusan kita...