bergambar bersama sepupu dan mak sedara
Dikala takbir raya emecah jening pagi, ayam jantan menyahut
dengan kokokan bersemangat. Alhmdulillah, sinaran pagi seperti merestui, kia
semua menikmati kemenangan yang kita perjuangkan selama sebulan.
Seusai aku beraya degan keluarga, aku ambik peluang ke
rumah-rumah sekeliling dengan rumah aku serta rumah nenek (mok). Raya kali ini dia tak berapa
sihat, kata abah, dia seperti kekurangan air dalam badan dan juga sakit-sakit
perut. Bulan ramadhan lalau, sempat juga bermalam semalam di hospital. Pagi raya
tu, dia dah bulah duduk dan lancar berkata-kata sedikit berbanding dengan
sebelum ini. Mungkin anak-anak dan cucunya ade depan mata. Semangatnya datang. Sebelah
tengah hari aku ke kg belah bondaku. Lebih kurang dalam jam 3 petag adik aku
menelefon, katanya mok masuk hospital. Aduh, sayu dan hiba tiba-tiba datang.
Lebih kul pukul 4 aku sampai di hospital. Lebih kurag 15
orang sedang menunggu diluar blik operasi. Dr sedang check up mok. Lebih kurang
dalm kul 5, Dr panggil masuk dan mok di bawa ke wad.
“mok awak di kesan akan mengalami strok, tp masih
diperingkat awal”
“Subhanalllah”
Seorang demi seorang mengusap dan mengucup mok. Suasana hiba.
Ditambah pulak wad yg ditempatkan adalah wad tumpuan Dr. pesakit-pesakit disini
semuanya mengalami masalh berat. Toleh kiri dan kanan, kesemuanya menunjukkan
muka yang hiba dan sayu.
Mulut mok dah menunjukan tanda strok, tangan dan kaki belah
kanan, masih boleh bergerak tetapi amat perlahan. Tangannya sejuk. Seperti tiada
pengaliran darah.
Setelah dua hari, tangan dan kakinya menampakkan perubah
yang baik selepas Dr memasukkan air dan darah tambahan. Akan tetapi, darah
masih keluar. Bau yang sangat busuk.
Shif perjagaan diatur. Aku dan cucu lelaki mok yang lain
sebagai back up. Kerja sepenuh masa diambil alih oleh anak dan cucu perempuan
mok.
Abah mintak imam masjid kat kampung aku buat solat hajat,
mendoakan agar mok di berikan kesembuhan.
Hari ini, sudah masuk 9 hari mok masuk hospital, keadaannya
masih seperti 2 hari lepas, kali terakhir aku menatapnya sebelum aku pulang ke
Johor.
“Ya Allah, Engkau berikanlah kesembuhan kepada mok aku.”
Tidak lupa juga, sekrang pergolakan di Mesir semakin
meruncing. Bilangan kematian semakin meningkat. As Sisi yg durjana, semoga
Allah melaknatnya.
bersabarlah...semoga mok awak sembuh dan sihat semula..
ReplyDelete