06 December, 2012

pelayaran berlalu pergi

bismillahirrahmanirrahim



masa pantas berlalu, tidak terkejar dari aku.
sekarang kembali seperti dahulu, 
biarpun masa berlalu tanpa menghiraukan,
suka mahupun duka
itu adalah hak kita untuk tentukan dan isikannya
masa tetap berlalu pergi
kisah-kisah sebelum ini menjadi lipatan sejarah
mungki tidak akn dibuka semula
atau pun sebaliknya

sekarang masa untuk terus berlayar
berlayar, biarpun tiada berteman
berlayar mengisi tempoh masa yang ada
biarkan pinggiran disana
aku dan layar aku
membawa pergi bersama dengan semangat dan kisah baru

biarkanmasa lalu pergi bersama kisahnya
biarkan kisah dan sejarah cinta 
pergi bersama angin bertiup
ayuh carilah 
semangat yang penuh inspirasi
supaya, dapat
mengejar yang abadi dan hakiki


julanglah cinta  Ilahi setingginya
maka akan datanglah cinta dari manusia
tidak diminta
tidak di cari
ia akan datang, bila Allah dan rasul serta perintahnya diutamakan
berdoa satu senjata perlu ada
berdoa untuk mendapatkan cinta yang suci
sesuci cinta Khadijah dan juga Fatimah 


ismaryzalismail || enam disember 2012


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana