19 December, 2012

Remote sensing..medan pertama

bismillahirrahmanirrahim

setelah dua tiga kali perbualan melaui chat facebook, kawan aku meminta aku ceritakan tentang keunikan pengkhususan  yang aku pelajari selama empat tahun di bumi bertuah universiti teknologi malaysia. sekadar meemnuhi permintaan beliau, aku nukilkan satu plot perkongsian, agar kalian akan memahami apa yang akan dimaksudkan dengan pengkhususan ini.insyallah.pengkhususan yang aku maksudkan adalah, remote sensing. namanya pun sudah unik. jarang sekali mendengarkan. bukan seperti kos-kos lain. elektik ke, mekanikal ke, sivil ke. sungguh, aku sebagai pelajarnya jgk kehairanan.apa itu remote sensing. serupa ke dengan remote kontrol.

kebetulan, kos ini adalah salah satu subjek yang dipelajari oleh kawan aku itu. jadi dia ingin mengetahui serba sedikit apa yang kami pelajari. adakah ia sama dengan depa semua pelajari.
sama denga satu kos di sini, geomatik, remote sensing hanyalah satu subjek bagi depa semua, tetapi untuk kami adalah satu kos. sungguh mendalam pembelajarannya.

remote sensing.
seunik namamu
serumit pembelajrannya
aku akur,
tiada jalan mudah untuk menakluknya
tiada jalan singkat untuk mengapainya

satu pesanan dari pensyarah aku, tiada jalan mudah untuk mencapai kegemilangan kecuali usaha dan menemphinya dengan sebaiknya. tiada jalan singkat. berbalik soal isi pembelajaran remote sensing. ingatan aku samar-samar mengenai isi pembelajaran.entah mengapa, mungkin itu kelemahan aku. beberapa subjek yg masih terpahatdipemikiran aku. antaranya oceonography. ini berkaitan dengan lautan.pasang surut air, monsoon, taufan, dan sebagainya menjadi rencah melengkapkan learning outcome subjek ini.subjek ini menghampiri dengan subjek

selain itu, beberapa lagi subjek yang menjadi teras perbezaan kos ini dari pada kos lain. Digital image processing, carthography,  ukur tanah, microwave for remote sensing, satelite teknologi, atmospheric application dan beberapa lagi menjadikan sesuatu yang istimewa untuk diterokai dan berbeda dari kos-kos lain di UTM~

mungkin buat masa ini sudah cukup akau terangkan sedikit mengenai apa yang aku belajar. insyaAllah, lain masa akan ku huraikan lebih lebar mengenai skop yang aku pelajari. moga dengan sedikit lembaran ini membuka mindamu mengenai remote sensing. satu kos yang peluang peerjaan sedikit susah buat masa sekarang. Tapi aku yakin, Allah maha mencatur.~

salah satu perisian yg digunakan untuk proses imej~ ENVI

ku yakin, penerangan diatas mungkin tidak memuaskan hati kalian yang membaca.insyaAllah, lain masa aku nukilkan semula.~

ismarizalismail 19/12/2012

6 comments:

  1. Best?

    Best la jugak..best memeningkan kepala,hee

    Erdas is not easy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...best klu dah mahir..
      klu susah time jem...buat semua tak jadi...
      tu yg tak best..

      Delete
    2. meme tabikla nge ore remote sensing nih

      Delete
    3. tp jgn tabik ko sy, sy tak termasuk la dlm golongan hebat tu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana