26 July, 2009

lambaian smkpj2

salam pertemuan untuk kali kedua...
jumaat lepas kos aku ada wat program jion skali ngan kelab KIHAD....
program ni diadakan di smk permas jaya 2....
kami terdiri daripada 9 lelaki 11 perempuan...Asim pengarah program.
segala persiapn dilakukan....cuma ada 2/3 perkara agak kelam kabut...maklum la first time kami handle....
sasaran kami pelajar tingkatan lima muslim...
lebih kurang 50 orang menjadi tanggungjawab kami untuk menbentuk dalam masa 21 jam...
setibanya kami di halaman sekolah...sambutn riuh rendah suara students membuat aku teringat masa kat sekolah dulu....
sekolah ni agak berbeza ngan sekolah aku...percampuran kaum berlaku disini...layout sekolah pun jauh berbeza...tapi 2 xmenjadi masaalah...
bilik bahasa digunakan sebagai tempat untuk mendidik mereka...
lebih kurang kul 3.45 majlis penyerahan pelajar kepada kami bermula..
selepas itu kami mengambil alih tugas sebagai pendidik..

slot ice breaking menjadi agenda pertama kami...slot ni kami namkan knowing me knowing you..aku ngan hairi menjadi pengendala...dimulakan dengan umul furqan - alfatihah..semoga slot ni akan lebih diberkati...SUBHANALLAH...berbisik dalam hati aku...karenah mereka sungguh tak disangka...hanya sabar menjadi peneman...
kami namakan mereka dengan kasih bagi perempuan dan sayang sang lelaki..
pertamanya mereka tak boleh terima..
"apa ni bang takde nama ganas lagi ke?",seorang daripada mereka menyampuk.
hairi dan aku telah dipesan oleh Asim..."kita kena banyak bersabar".
petang 2 program berjalan tak seperti dirancang...namun objektifnya mungkin tercapai...insyaallah...time agak lari..
masing-masing muka tension...apa taknya..daripada pagi takde sesuap pun nasi membasahi lidah kami...habis je kelas terus bertolak...nak buat macam mana...
selepas solat asar...tapi agak lewat...rasanya alam kul 5.45 ptg...
mereka diminta untuk berkumpul ditempat yang telah ditetapkan...adik kasih di bilik bahasa..
adik sayang di bawah blok...
"mana ajk sukan?"..."apa nak kena buat ni?"...aku lontar kan persoalan...semua orang muka blur...Hafiz bersuara.."ma kalu kito buat game mace exploring iman dulu macan mana"..
"buleh jugak"...pada masa yang sama muzhaffar ambil mereka...warming up menjadi permulaan...
aku ngan hafiz melukis di sehelai kertas. dipanggil semua ketua kumpulan untuk diberitahu instruction....yang lain mengatur kedudukan setiap kumpulan...arahannya - orang yang last dalam kumpulan mereka kena melukis gambarrajah mengikut apa yang disampaikan oleh ahli kumpulan masing-masing...alhamdulillah berjalan la jgk slot riadah walupun rancang last minit...
pada malam 2...perut pun dah diisi...slot malam 2 semuanya dibawah jagaan asim...army yell dan oh ayah!!oh ibu!!...perangai mereka still macam tadi malah ada yang dah menunjukkan belang mereka...dalam slot oh ayah!!oh ibu!!,slot mengikut perancangan asim, tiba-tiba emosi asim melonjak..tanpa dapat dikawal...
bukannya malah cuma emo dan menyalahkan diri sendiri...pada masa 2 aku ingat dia buat2...tapi dah lama dia melontarkan bahasa-bahasa yang penyesalan dan kekecewaan, aku mula menggagak ni buka main-main...semua adik kasih dan sayang..terdiam seribu bahasa...hanya deruaan angin aircond meratapi....
bagi aku walaupun perkara ini belaku, ia tetap menyedarkan mereka, insyaallah perubahan akan berlaku walaupun hanya satu inci....
selang beberapa minit Hairi mangambil alih...agar majlis nampak berjalan lancar...

lebih kurang kul 11.45 mlm post even(postmotem) pertama untuk program ni dijalankan...
feedback diperlukan....giliran hartiny..."tini rasa mereka ni memang cetek tenteng ilmu agama..."
Ya Allah, sungguh tidak kusangka..




pagi yang hening kami mulakan dengan qiam...moga-moga dapat mengajar mereka tentang qiam..
macn biasa riadah pagi diambil oleh muzhaffar...dia juga dibantu oleh fasha ngan mimi dan juga yang lain...
semasa ceramah kecermelangan spm yang diambilalih oleh pihak sekolah, kami sempat berbincang untuk slot hijrahku...tugas ini diamanahkan kepada hairi...
semua setuju dengan cadangan hairi...
"hairi memang kurang tentang agama",fasha memulakannya...tini pun menberanikan diri
"kalau nak tahu ada jugak dah terlanjur"....
Ya Allah, besarnya ujianMu di sini....
Ya Allah, Engkau jauhkan lah ujian ni daripada kaum adik-adikku...peliharalah mereka....
aku bermonolog...

dalam slot hijrahku mereka dineri sehelai kertas setiap orang....
mereka semua diminta menjawab beberapa soalan...
antaranya...prinsip hidup, matlamat hidup,perubahan dari segi hamda Allah,anak, pelajar dan juga sahabat dan idola mereka...
setelah masa dah tamat...kertas dikumpulkan....dua orang dipanggil untuk ditanyakan soalan tadi semula...alangkah sedihnya dihati apabila ditanya tentang peristiwa israj mikraj, tak ada sesiapapun yang boleh menceritakannya...

dalam slot yang terakhir, iaitu ikrarku...mereka diminta duduk dalam kumpulan masing-masing...mereka semua hendaklah menulis ikrar masing-masing mengikut kumpulan..
ikrar dibaca dan dipilih untuk dilekatkan tanda sebagai pengikat mereka...

majlis penutup dan penyerahan balik mereka kepada pihak sekolah dimulakan...
ucapan demi ucapan menghisai majlis tersebut...
akhir sekali kami diminta untuk menagmbil gambar bersama sebagai tanda kenang-kenangan...

aku berharap semoga mereka akan memulakan hidup mereka yang baru, setelah menjalani kem ini...aku harap semua fasi akan sentiasa follow up mereka...

20 July, 2009

lelaki..

lelaki
dulu,
bila disebut lelaki
wanitanya mendongak megah
lelaki kami Asadullah,saifulah,
tokoh ramai tak terkira,
kini,
bila disebut lelaki wanitanya menunduk lemah
tokoh kami disebut sekali
ramainya boneka Yahudi,

dulu bila disebut lelaki
wanitanya tenang dihati
lelaki kami menjaga, melindungi
kini
bila disebut lelaki
wanitanya cabut lari
lelaki khianat, perogol bersiri

dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela
al-Mu'tasim kebanggaan wanita
kini
ribuan wanita suci dipenjara
fatimah diperkosa minta dibela
lelakitunduk tak bertenaga

dulu
bila wanita di bawah jagaannya
lelaki memagari sehabis daya
tiada siapa berani menggoda
kini
bila wanita di bawah jagaannya
lelaki tak kisah auratnya terbuka
wanitanya, dibiar bebas, binasa


dulu lelaki mengadai harta dan nyawa
untuk mengangkat kemuliaan agama
kini
lelaki menggadai ketinggian agama
demi nafsu, dunia dan seisinya

dulu lelaki bermatian mencipta sejarah
kental berjihad, tekun berdakwah
kini
lelaki hanya menyanjungi sejarah
diri bermalasan, tenaga tak dikerah,


dulu lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh
kini
lelaki memperjuangkan diri dan krononyahingga sanggup membunuh

dulu
lelaki bersatu menghadapi musuh
angkatanya kuat dan teguh
kini
lelakinya berpuak dan berpecah
sesama sendiri saling bertelingkah

kembalilah lelakiku
pada kelelakianmu
kami rindukan lelaki dulu
acuan madrasah Rasul


petikan dari novel syabab musafir kasih
karangan fatimah syarha mohd nordin

19 July, 2009

penaku baru bermula

salam pertemuan pertama kali...
alhamdulillah hari termetrailah cita2ku untuk buka blog...
kepada sahabat2ku agar dapt mencurah tunjuk ajar untuk aku.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana