31 January, 2012

musafir kasih

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, minggu lepas aku sempat untuk melihat keindahan Pangkor, bumi yang dipenuhi keindahan alam terutamanya hidupan laut.sudah diketahui umum akan keindahan ini, bukan sahaja yang mengenalinya dari penduduk setempat malah di seantero dunia.

apa yang ingin aku kongsikan adalah rentitan perjalanan menghala ke Pangkor. suka dan duka memang ada menghiasi perjalanan aku. dalam perjalanan ini bukan aku sendirian. Namun, aku bersama beberapa orang yang menuju satu destinasi namun berlainan matlamat.kau ingin mengimbau kenangan yang pernah aku tinggalkan di pulau pangkor. sebelum ini sudah dua kali aku menjejakkan kaki ke pulau yang penuh denga sejarah penjajahan sekian masa dulu.

bermula dari UTM, bumi barakah yang dipenuhi ilmuan-ilmuan, aku melangkah menuju ke KL central. Asal perancagan terus ke manjung, satu daerah di Perak, tetapi terpaksa mengubah perancagan  atas sebab tertentu. aku terpaksa transit di rumah pakcik kawan aku, dan menuju ke KL central. dari Kl central ke IPOH. mungkin sahabat semua tertanya-tanya, kenapa aku tidak terus ke manjung tetapi singgah di Ipoh. suatu masa dulu aku pernah menziarahi makcik aku kat lumut  melalui Ipoh. jadi seperti yang aku katakan, aku ingin mengimbau kenangan lama, aku ke Ipoh. Dari Ipoh, aku menaiki bas roadway ke Manjung.Aku di Ipoh keseorangan.Rakan yang lain terus ke Manjung. kerisauan  dari Kl central lagi sudah terjawab. handset aku mati. bateri sudah habis. mesej last aku mengatakan aku bertolak dari Ipoh 4.30 ptg ke rakan aku yang tunggu di Manjung. mengharapkan dia dapat mengira perjalan aku dari Ipoh menuju Manjung, dan dia akan tunggu aku di stesen bas Manjung.

Sepanjang perjalanan, kau melihat keindahan alam yang telah Allah kurniakan. sudah 5 tahun aku tidak kesini.sungguh cepat masa berlalu.Ipoh>Bota>seri Iskandar>Ayer Tawar> Sitiawan>Seri Manjung. sesudah sampai di stesen bas Manjung, masih tidak kelihat kelibat Ibrahim. terlintas difikiran untuk charge handset di surau, tapi harapan aku meleset. surau dikunci.kehulu ke hilir akumencari plug untuk charge handset.
hasrat dihati ingin ketandas.terpandang tepi pintu masuk tandas ade plug yang diguhakan untuk kipas angin. Dengan rendah hati aku meminta inzin untuk menggunakan plug dari abang yang dok jaga.Alhamdulillah dia bagi laluan.
tidak sampai lima minit nama aku dipanggil..aku menoleh, rupanya Ibrahim.Alhamdulillah.

pasakan bukit sepanjang perjalanan dari KL ke Ipoh

chalet yang di sewa bagi jumlah dalam sepuluh orang.Jika menumpang dirumah Ibrahim, sangat ramai, tidak tertampung oleh keluarganya.

4 hari di chalet, menikmati keindahan alam. berkayak satu aktiviti yang memang mencabar di muara sungai. ketumpatannya seperti ketumpatan laut.bezanya tidaklah bergelora.kecantikan matahari terbenam, dapat dilihat.
Hari terakhir, aku berjalan ke Pangkor.Memori lama bangkit kembali. Dulu pernah aku datang kesini..Teluk Nipah.Ya. Teluk Nipah. satu tempatyang mempunyai satu tampat yang menarik untuk dinikmati.

 percikan air dari dada lautan ke badan tubuh feri

ibrahim

hazim

 azmi

 fahmin

 
 azami


Hirupan udara yang nyaman, memasuki peparu, sungguh menenagkan.Dibawah rimbunan pokok, air kelapa membasahi anak tengkuk dikala mentari menjalankan tugasnya sebagai pencerah dibumi.
tidak dapat disangkal lagi.Allah Maha Besar.

itu lah serba sedikit perjalanan aku di Pangkor.cerita ini hanya satu perkongsian kepada semua..
moga dapat memberikan satu ibrah kepada semua...  

penulis


 ismaryzalismail
30 januari 2012

30 January, 2012

dipersimpangan kebuntuan

bismillahirrahmanirrahim

dipersimpangan ini aku semakin keliru,
keliru memikirkan jalan yang mana harus aku pilih,
adakah jalan dikanan, ataupun jalan di kiri
ataupun terus ke hadapan.

dipersimpangan ini, aku tiada pilihan,
tiada masa lagi untuk memilih mahupun berfikiran panjang,
perjalanan dihadapan tiada siapa yang mengetahui,
baik mahupun buruk,
itu semua sudah menjadi ketentuanNYA
semuanya mempunyai hikmah di sebalik itu,

aku dipersimpangan keputusan duniawi
memilih untuk mencapai keindahan di akhirat
memilih untuk menuju keredhaan Allah, ataupun kemurkaan Allah
namun wajarkah kita, berdusta kepada Allah
setelah kita di limpahkan lautan kenikmatan


betullah kata-kata tok guru nik aziz


"Tujuan manusia hidup perlu dirujuk kepada tukang buat manusia iaitu Allah SWT. Itulah tukang yang sebenar. Ibubapa bukan tukang. Ibubapa hanya perkakas untuk buat manusia. Umpama periuk belanga dan rempah ratus, peralatan untuk memasak, benda-benda ini tidak berguna tanpa adanya tukang masak. Tukang manusia ialah Allah SWT. Bila Allah SWT kata tujuan hidup manusia ialah mengabdikan diri padaNya, kita perlu patuh kerana Dialah tukang buat manusia."

maka dipersimpangan ini, tiada pilihan yang lain
sewajibnya kita memilih kerna Allah,
tiada sebab dan asbab lain,

ingatlah hadis pertama dari 40 hadis
yang berkenaan dengan NIAT..
niatlah kerna Allah, sesungguhnya setiap pekerjaan akan
diberkati..Insyaallah..


Ya Allah, permudahakanlah urusan aku di persimpangan ini,agar aku dapat memilih jalan yang Engkau redhai..
wahai yang menetapkan hati-hati ini, tetapkanlah hati ku diatas agamamu..




ismaryzalismail
29 januari 2012

29 January, 2012

kesungguhan infinity

bismillahirrahmanirrahim

sudah aku rasakan semua ini akan berlaku setelah apa yang aku lalui sepanjang semester. Insyaallah, aku terima segala keputusan yang telah dikeluarkan. betullah apa yang dikatakan, keputusan yang baik, datang dari kesungguhan yang infinity.


perjalanan ini  akan mengajar kau lebih matang dalam mengatur corak kehidupan sebagai seorang yang lebih dewasa. dalam contengan perjalanan ini, mesti ada satu teguran dan satu kritikan yang membina dan juga kritikan menyindir. Lapangkan dada ini.

mari kita selami, masalah yang mendatang.

22 January, 2012

senyuman pelangi

bismillahirrahmanirrahim

kegelisahan dan kerunsingan terus menerus membelenggu hati ini. entah kenapa, aku cuba untuk merungkaikanya...

mengharapkan pelagi selepas hujan.Memang akan terjadi.pelangi akan keluar selepas hujan.mengapa ini semua terjadi.Sungguh cantik aturan Allah.
begitu juga kita semabai hambanya.menangislah, selepas tangisan itu ada kenikmatannya.
pelangi diwarnakan dengan terciptanya tujuh warna. berwarna warni.kesemua warna ini, akan membuatkan kita tersenyum sendiri.

Kita juga haruslah begini.menangislah semasa meohon petunjuk dan keampuan dari Ilahi. mengadulah sebanyaknya kepadaNya.Utamakan pengaduan kita pada Allah yang Maha mengetahui.

peliknya pada pelangi, kita tidak tahu pangkal dan hujungnya. ada cerita mitosdari terciptanya pelangi. dan ada fakta dari sains.dari mana pun datangnya pelangi, jangan kita lupa, bahawa semua yang ada di bumi dan di langit ini ciptaan Allah swt.


biarlah ape pun yang terjadi, kita harus kuat mengharunginya. seperti pelangi merentasi lautan awan dikala gerimis. belajarlah mengenal pelangi.kerana dari pelangi yang cantik itu kita mengenal Pencipta kita.


dikala hujan turun membasahi bumi, dikala itulah, segala kekotoran yang berada di bumi dibersihkan.Maka jelmalah kesucian yang telah berkarat diselaputi kekotoran.bersinar.
samalah seperti doa dan zikirullah membasahi hati-hati kita. kekotoran akn luntur setelah "hujan" itu membasahi hati-hati kita.

"sungguh beruntung orang yang menyucikannya(jiwa itu).dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"  
asy-syam 9-10


insyaallah keampuan akan Allah terima, tetapi syaratnya kita mesti bersungguh-sungguh meninggalkan dan membersihkan kekotoran itu.

ismaryzalismail
22 january2012



20 January, 2012

ujian selalu mendatangi kita

bismillahirrahmanirrahim

sudah kian lama aku tidak sentuh ruangan putih ini untuk mencorakkan sesuatu agar dapat berkongsi dengan semua sahabatku. sejak akhir-akhir ini begitu banyak masa di habiskan bersama dengan buku-buku akademik. bukan untuk aku mengatepikan perkara lain, namun aku harus fokus untuk exam.

usaha tangga kejayaan.
jika kita semua mengharapkan satu kejayaan yang diraih, tidak dapat tidak berusaha itu harus ada dalam diri. tiada jalan yang singkat untuk mengecapi kejayaan, walaupun dia itu seorang yang genius. namun, jika usaha yang dilakukan tiada diselangi dengan kesungguhan, maka hasilnya mengikut kesungguhan itu. bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu yang bersifat ibadat, itu akan melengkapi syarat penerimaan ibadah. ini kerana bersugguh-sungguh perkara kelima dalam syarat penerimaan ibadah. sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat syarat penerimaan ibadah selain dari kesungguhan dalam  melakukan sesuatu perkara.
perkara pertama adalah amalan yang dilakukan menepati hukum syarak. kedua, ikhlas kerana Allah. sepanjang menjalankan program yang dilakukan tidak melanggari hukum syarak. dan yang keempat adalah perkara yang kita lakukan tidak sama sekali membelakangi ibadah yang wajib.

dalam bergerak melangkah menyusuri perjalanan untuk mengecapi kejayaan, pasti ada perasaan malas dan juga jemu. usah risau sahabat, semua itu hanya perasaan. tiada ubat untuk dijadikan penawar agar malas, jemu dan sebagainya hilang. itulah ujian dari Allah dalam keadaan kita tidak menyedari. semua ubat dan penawar tidak pernah wujud  didunia ini untuk merawat sifat malas dan jemua dalam diri kita.



berpasangan
setiap perkara yang Allah jadikan semuanya berpasangan. ada rajin dan ada malas, ada cantik dan hodoh, ada tinggi dan pendeknya. Ada berjaya dan ada gagal. serta ada lelaki dan perempuan. semua yang Allah ciptakan semuanya ini ada tujuan dan peranannya sendiri.

sahabatku semua, ramai yang mengatakan, hidup ini bagaikan roda. berputar dan berputar.adakalnya berada dibawah dan ada kalanya kita berada diatas. namun usah kita lalai, biarpun dimana kita berda, semua itu adalah ujian dari Allah swt. manfaatkan lah setiap saat yang kita lakukan untuk mengangkat ISLAM.
begitu juga yang berlaku keatas diri ini. satu berita telah sampai ke gendang telingan ini yang menyebabkan timbul sebak dalam hati.mungkin ini satu ujian dari Allah.


"apakah manusia mengira  bahawa mereka akan  dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman' dan mereka tidak di uji."
Allah menjawab
"dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengatahui orang-orang yang dusta."
surah alankabut 2-3
Ya Allah, tenangkanlah Hati ini untuk menerima semua ini dengan hati yang terbuka.jadikanlah ujian ini satu kayu ukur untuk aku mengembeling bagi mengecapi kejayaan kelak.

ingatlah sabahatku, ujian yang telah Allah berikan itu untuk menghapuskan dosa-dosa kita.semua ini dari Allah swt.

ismaryzalismail
20 january 2012



 

10 January, 2012

kenangan banjir

bismillahirrahmanirrahim

ape kaba dikampung halaman.Sudah lama tidak aku pulang..emmm sedih je ayat ni, macam la dah terlalu lama, baru 3 bulan tidak balik...

melihat deruan hujan yang membasahi bumi UTM, memori aku mengimbau kenangan dulu-dulu, pada musim tengkujuh.Dua hari lepas aku menelepon, kata ibu aku, keaaan sana biasa-biasa sahaja. tiada lagi tanda menunjukkan keadaan mahu banjir.

Dikawasan rumah aku, sememangnya akan dinaiki air, maklumlah, rumah tepi sawah. Masih aku ingat, tiap kali hujan turun tak henti-henti dalam masa seminggu, air sudah memenuhi ruang-ruang di kotak-kotak sawah.Nasib baik, sawah-sawah ni tidak diusahakan, atasa sebab-sebab tertentu.Tidaklah penduduk kampung kerugian.Abah aku, tidak melepaskan peluang untuk menahan pukat. Itulah kegemarannya. apa lagi masani lah untuk aku pelajari teknik-teknik memukat ikan.bukan senang.

ade sekali, ikan yang kena adalah ikan haruan.besarnya sam besar dengan peha budak darjah satu.bangga. kadang-kadang, terkena ikan yang dipelihara.

Kini sudah lama aku tidak turun bersama memukat. sudah hampir 4 tahun. sejak aku menjejakkan kaki di kampus, sejak itu lah, aku tidak dapat turun bersama dengan abah aku, memukat.

Bila mana air memenuhi kotak-kota sawah, kelihatan seolah-olah lebaran pantai. Air memutihkan sekeliling.sudah tidak kelihatan, lalang-lalang, pokok senduduk yang tumbuh di batas-batas sawah.
mari kita tengok gambar di kawasan sawah yang berhampiran denga rumah aku..





  
gambar-gambar ni diambil setelah seminggu banjir..

Emm...insyaallah, cuti ni, mungkin aku akn dapat merasai ikan-ikan yang di tangkap pada musin tengkujuh.

Pada masa ini, yang menjadi ketakutan kami adalah, ular, serangga-serangga dan sebagainya. Mereka dihanyutkan air, hingga sampai kerumah kami..
Sehingga hari ini, tidaklah rumah kami dinaiki air..Alhamdulillah...

Rindunya saat ini..

08 January, 2012

bersangka baik

bismillahirrahmmanirrahim


 


sabarlah sahabat, jika dirimu sudah tidak dihargai
sabarlah wahai sahabat, jika kamu tidak lagi dihirau

jika dulu, engkaulah tempat dia mengaku,
jika dulu , kamulah tempat dia bercerita,
tetapi, sekarang, usahlah bertegur, menjeling pun tidak sama sekali,
aku tahu itu semua sedih....
tp...
telanlah, dengan bersabar, bersangka baik.....


03 January, 2012

sekian lama menunggu

bismillahirrahmanirrahim


setelah sekian lama kami menunggu, akhirnya dapat jgk kami tgk gamba kami personal masa tauliah tempoh hari.
post kali ini aku ingin kongsikan gambar tauliah palapes tempoh hari




ismaryzalismail
3 january2012


02 January, 2012

tragedi berdarah menghiasi 2012

bismillahirrahmanirrahim

semalam telah berlaku satu peristiwa hitam dalam lipatan sejarah mahasiswa. Mahasiwa di zalimi.
ade segelintir dari kita menafsirkan dari satu sudut pandangan.Ayuh kita selidik dahulu, sebelum peristiwa ini berlaku.kenapa dan mengapa.
satu persoalan yg bermain dipemikiran aku, minggu lepas semasa demonstrasi geng Aspirasi, tiada pulak pijak memijak, pukul memukul berlaku. kenapa semalam ada.apa yg membezakn antara dua pihak ini.emmm...tepuk dada, tanyalah iman.

dibawah ini, aku kempilkan sekali dengan kenyataan dan pendirian PMIUTM atas apa yang berlaku semalam.

1. PMIUTM kesal dan marah denganTragedi Berdarah di UPSI, ini merupakan satu kebiadapan dan mencabul demokrasi yang ada didalam negara kita.
   2. PMIUTM bersama dengan semua aktivis BEBAS dan menyokong tindakan mereka berkumpul secara aman dan pilihan untuk berhadapan dengan pihak polis merupakan satu tindakan yang menunjukkan kesungguhan dan keyakinan mereka dalam menuntut kebebasan akademik dan mereka tahu akan hak mereka untuk berkumpul.
   3. PMIUTM akan tunjukkan solidariti dengan bantahan dan bersama dalam memperjuangkan kebebasan akademik.
   4. PMIUTM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak POLIS, kami sedar dan percaya dengan tanggungjawab pihak polis untuk menjaga keselamatan, tetapi dengan memukul rakyat sendiri yang hanya berkumpul secara aman, POLIS dilihat sebagai harapkan pagar, pagar makan padi.
   5. Pihak yang terlibat harus bertanggungjawab, pihak POLIS, dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mesti jawap tentang Tragedi Berdarah di UPSI.
   6. Mahasiswa harus menjadikan Tragedi Berdarah UPSI sebagai pemulaan kebangkitan mahasiswa, untuk menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman.

Saff Kepimpinan PMIUTM Johor Bharu




























semua saff kepimpinan IMDAN turut mengecam perbuatan yang tidak bermoral ini sekeras-kerasnya.

ismaryzalismail
2 januari 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana