10 May, 2010

warna-warna perjalanan

warna-warna perjalanan





setelah lama aku merenung jauh nasib seorang mahasiswa yang penuh liku dan panca roba ini, aku rasa ingin berkongsi dengan sahabat sekalian apa yang tercatat dalam buku planner aku. semua ini dicatat ap yg telah berlaku dan bakal berlaku dari bulan empat hingga bulan tujuh. sekadae berkongsi. bukan untu menunjuk tapi untuk memberitahu.

hampir 14 minggu aku mempelajari subjek-subjek untuk sem ni, maka sampailah masa untuk pengetuhan aku dan juga semua mahasiswa diuji.
5 april maka bermulalah perjuang ataupun perperangan dimedan kertas peperiksaan. peperiksaan mengambil masa 3 minggu untuk selesai semua paper. 19/5 last paper aku. maka merdekalah buat sementara. seronoknya tak tergamabr dek fikiran. kerinduan ke kempung halaman semakin membuak di dada kau.aku rasa sudah hampir 4 bulan lebih aku tidak pulng menjenguk ibu bapa ku dikampung, mahupun mak cik aku di kluang. mengapa ini boleh berlaku. adakah kesibukan aku ini mengatasi tanggungjawab aku sebagai seornag anak ataupun sebagai seorang anak saudara. namun setelah aku memikirkannya, memang betul ini salah aku. aku yang gatal untuk menyertai banyak program, tidak kira program kolej mahupun persatuan. sem ni latihan palapes tidak dapat dilaksanakan. masalah bajet menjadi punca dan asalan.

setelah tamat peperangan dengan soalan final, 20/4 bermulalah peperangan baru. ini bukan lagi dengan soaln exam, namun kami perlu berkampung di dalam lab bagi menyiapkan projek(khemah ukur). bagi myiapkan tugasan ini kami diperuntukan selama tiga minggu.10/5 berakhirlah perkampungan kami di lab asa remote sensing. dalm masa itu kami pelajari pelbagai pengetahuan. tidak kira dari sudut pelajaran mahupun dari sudut harian. untuk meningkat ukhwah maka bermusafirlah dengannya. maka kita lebuh mengenalinya dengan lebih mendalam. kami bermusafir dipelayarn ni kadang-kadang bayu lembut mengusap tubuh kami tapi kadang-kadang ribut taufan melanda kami. alhamdulillah kami arungi dengan sabar dan kerjasama. hati aku gundah dan gulana serta meronta-ronta ingin sekali aku menolong sahabat aku di bumi kmpp. pendaftaran pelajar baru akan bermula 10/5 dan juga minggu orientasi. Arghhhhhhhhh betul la kata orang, tidak selalu apa yang kita inginkan kita akan dapat,mungkin ada hikmah disebaliknya. molek juga aku tidak dapat pergi kmpp, boleh la aku bermesra dengan keluarga aku setelah berbulan lamanya tidak ketemui.
ini cerita yang sudah berlaku.
aku akn bercuti selam 10 hari dirumahku bersama keluargaku.10/5. 19.45 mlm aku akan menaiki keretapiuntuk sampai kedestinisi aku.moga-moga 10 hari ini akan dihargai sepenuhnya, walaupun tidak lama bersama orng yang tersayang. aku percaya dan yakin bahawa sedikit bersam akan membawa lebih bermakna dari pada banyak bersama. ini kerana setiap saat akan dihargai dan digunakan.aku akan datang kembali ke utm. entah berapa hari bulan. namun tidak dapat tidak aku mesti berapa di bumi utm ini sebelum 21/5.latihan aku bermula 21/5 dan berakhir 29/5. aku dikhabarkan aku salah seorang terpilih untuk ke usm, bagi mengiring senior yang bakal bergelar pegawai muda (Y.O). bersama ku kesama sembilan orng lg dalam batch aku dan juga 10 orng dari peringkat junior. moga pengalam ini akan di gunakan untuk masa depan. kami belum lagi pasti dimana kaimi akan tauliah pada tahun depan. banyak khabar angin menyatakan. adakan UTHM ataupun UUM ataupun dizon tengah. apapun bagi aku tidak kisah dimana. asalkan baik untuk semua baiklah untuk aku. di usm aku akan berkampung selama 2 minggu.

selepas itu aku akan berehat sebentar selama 5 hari, sebelum aku ke pulau tioman untuk kursus pemantapan JKM. akuingatkan sudah tiada peluang untuk aku memijakkan kaki kesitu, setelah setahun berlalu disitu juga kursus JKM sesi lepas diakan. selama tiga hari aku disitu. 24/6-26/6 gerak kerja bagi open day college akan menerjah tiba, sebelum induksi ejen bermula. hahaha banyaknya program aku join. naum itu lah hasrat aku untuk sem depan.


aku cuma berharap semua ni akan dapat aku pelajari tentang asam garam dalam kehidupan dan juga matlamat menjunjung islam tidak aku lalai walaupun seketika. ya, Allah berikanlah aku kekuatan dan juga perlindungan dari fitnah dunia.

p/s hanya sekadar berkongsi..moga2 dapt pengajaran dari entri kali ini. walau ini perjalan hidup kau yang tidaklah sehebat ahli MPM. aku hanya musafir yang mencari petunjuk dari KHALIDNYA....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana