27 December, 2013

Pengembaraan novelis bermula

Bismillahirrahmahirrahim

Aku sudah dilamar.

Lamaran untuk menghasilkan sebuah novel.

sudah aku gali benak pemikiran aku, tajuk yang sesuai serta jalan cerita yang boleh aku olah sehinggakan menjadi satu jalan cerita menarik serta di tunggu-tunggu.

Keyakinan dalam dada tidak memuaskan. Bukan apa, hanya berbekalkan secumit idea dari pembacaan beberapa buah novel. Aku takut, baru bab satu, aku sudah berhenti mengarang. Ketandusan idea.

Betul, untuk menjadi seorang yang digelar novelis, tatabahasa, ejaan, perbendaharaan kata dan sebagainya perlu mantap di dada.

Kepercayaan yang dihulurkan kepada aku, aku menggeletar untuk menerimanya. Kepercayaan mereka aku genggam erat. biarpun lambat coretan novel yang akn aku hasilkan, insyaallah, ia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Kontroversi Cinta.

Tajuk sementara aku pilih.

Pengembaraan bermula. Sedikit demi sedikit akan aku coretkan di dinding ini.


terima kasih semua. Sokongan, dorongan serta kepercayaan kamu semua akan membantu aku menghasilkan sesuatu yang berlainan nanti. Insyaallah.

Ismarizal Ismail
27 Dis 2013

19 December, 2013

hampir sepurnama.

Bismillahirrahmanirrahim

Hampir sepurnama aku menggelarkan diri sebagai penaman anggur.



akan tetapi, aku berasa bangga kerana masa diisi dengan kerja kebajiakn kemasyarakatan. Kebetulan, banjir yang melanda Kuantan dan kemaman dapat aku bantu, walaupun bukan secara langsung, moga itu juga dpat dikira.

bergelar freelans grafik designer, sungguh agak terumbang ambing. Alahmdulillah, sedikit sebanyak aku dapat menampung kehidupan hari-hari dengan upah design banner banting dan sebagainya.

Insyaallah, plan untk mengusaha ternakan kambing akan bermula bulan satu.

Rezeki Allah ada diman-mana. Tawaran kerja datang tanpa diduga. Pening juga bila memikirkannya. Aku harus plan sebaiknya. Ialah, aku haruskumpul wang untuk mengjayakan perancangan yang dirancang dan bakal dirancang.

Teman-teman, doakan temanmu ini.

Doakan diri ini senantiasa berada di pentas perjuangan degan seikhlas mungkin serta dimurahkan rezeki dan juga dipermudahkan segala urusan.

kadang-kadang dalam begerak kerja, hati akan diuji.

manis dipandangan orang-orang tua, maka akan ditanya, sudah berpunya ataupun belum. Bagaimana aku harus katakan.

Insyallah, Allah sudah kurniakan untuk saya memilih calon saya.



"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."


ismaryzalismail
19 Dis 2013

18 November, 2013

pergimu tidak kembali lagi

Bismillahirrahmanirrahim

di awal-awal pagi, perut terasa lapar bila mata tak mahu pejam . Jam baru menunjukkan pukul 1 pagi. Selesai mengoreng cucur, bersila makan bersama housemate.

tiba-tiba, satu mesej diterima. siapa la dok mesej pagi-pagi hari ni, rungut aku.
mesej yang diterima mengejutkan. 

"salam long. mok dah xdok ni. baru jah."

Inalillah hiwainiillaihiraujiun

Terus aku menelefon bonda ku.

aku harus pulang segera. harap sempat untuk melihat jenazah sebelum kebumikan.

House mate, paklang mengajak aku pulang ke kampung dengan keretanya. 

meluncur laju di jalanan, kebetulan jalan kosong tanpa kelibat kereta. jika ada pun, hanya satu dua sahaja.

Johor, Pahang, Terengganu akhirnya Kelantan. 

Alhamdulillah, sempat meraup muka jenazah sebelum kebumikan serta solatkannya.

Mengiringinya bersaa van jenazah, menkebumikannya. 

Dia dalam ingatan.

Semoga rohmu dicucuri rahmat.serta ditempatkan bersama-orang-orang beriman.


ismaryzalismail 18 november 2013.

10 November, 2013

bangkitkan semangat

Bismillahirrahmanirrahim

termenung jauh dijendela bas. menduga apa yang akan dilalui setelah aku berhenti kerja. aku ingin usahakan perniagaan sendiri. sokongan dan dokongan yang melimpah ruah aku perlukan. Akan tetapi, daifnya aku tentang ilmu berniaga, walhal bapaku seorang peniaga.

Sudah dua tiga kali aku diajak mengusahakan perniagaan kambing. hati berbelah bahagi. Ikut hati memang saut sahaja perlawaan tu, tetapi..sungguh kelemahan aku adalah takut untuk menghadapi akibat selepas itu. Bagaimana harus aku lakukan.

Minggu lepas, aku merantau mencari ketenangan mengembalikan semangat untuk penjadi pengusaha kambing yang berjaya. Merantau ke utara. Melihat suasana kampung sama seperti suasana rumah aku di Ketereh. Bendang sawah, rumah kayu, sungai cuma kawasan rumah aku di hiasi pohonan getah, di sana kelapa sawit. Udara yang tidak lagi dicabuli oleh cemaran yang melampau. Aku teringat pesanan nenda aku yang kina sedang terlantar di katil, kerana strok sebelah tubuh.



" kita jangan lupakan tanah, tanahlah tempat asal kita, andai sesibuk manapun kita, pijaklah tanah dan genggamlah ia, insyaallah, ia akan menyembuhkan."

Semasa berbual dengan ibu kawan aku, dia ada menceritakan kisahnya dulu-dulu. Satu pesanan yang dia amanahkan kepada aku, berbuat baiklah pada ibu dan bapa kita, jangan sisihkan mereka bila mana kita kecapi apa yang kita impikan.Insyaallah, Allah akan murahkan rezeki kita. Cerita demi cerita dia kongsikan.  Aku mengangguk tanda faham.

Dua hari tiga malam bermudafir kesana, sempat juga kau berkunjung ke rumah naqib aku semasa aku menumpang di rumah sahabat utm.sekali lagi mutiara kata yang terpacu dibibirnya.

"kita jangan mengambil sikap terlalu terbuka, nanti kita akan hanyut dibelai ombak dan jangan pula kita bersikap tertutup, nanti kita lemas dalam kegelapan. bertimbang rasalah"

Mutiara kata yang aku perolehi akan aku ingti.insyaallah. terima kasih semua.




Dua minggu lepas, aku telah utarakan hajat aku untuk berhenti kerja kepada bos aku.Dia tidak pula berkata, boleh atau pun tidak. cuma katanya, aku punyai bakat dalam adobe, tetapi dia sokong aku dalam apa yang akan aku kerjakan. Ujian berbiaga sendiri memang mencabar, kadang-kadang naik, kadang-kadang rugi. Ya, keadaan ayah paparkan, keadaan yang bekerja sendiri. Harus punyai kreativi untuk bersaing dengan peniaga lain.

Doakan aku sahabat smua. Insyaallah doa kalian membuatkan aku akan lebih semangat.

alang-alang menyelut pekasam biar sampai kepangkal lengan. undur selangkah bererti aku telah gagal namun kadang-kadang, undur itu bukan kerana gagal tetapi itu adalah strategi kemenangan.insyaallah.




ismarizalismail
raudhahtul syabab
10 november2013

10 October, 2013

cari protege untuk dibimbing..boleh ke aku??


Bismillahirrahmanirrahim..
Semalam aku di sapa oleh penulis novel Saya Tunggu Awak.Bonda Nor

Salam Ismarizal, awak ni belajar lagi ke dah kerja.

Wasalam kak, kenapa eh?, saya dah kerja”

“Owhh.. ok.
Sebab pihak Galeri Ilmu sedang dalam proses nak buat forum tentang penulisan untuk mahasiswa..tentang rebranding novel dakwah..
Kalau masih study, saya ingat nak cadangkan mereka buat di tempat rakan2 FB saya je..hehe..”

“oo
Emm
Gitu
nnt saya try tnya adik2 kampus utm
kot2 dia orng bermint nak wat program ni”

Ok.. boleh juga.. sebab nak beri pendedahan pada mahasiswa supaya hasilkan novel seperti Saya Tunggu Awak. InsyaAllah, saya akan jadi salah seorang panel..
 Selang beberapa percakapan kami,
Saya sedang cari protege untuk dibimbing.. any question u can ask me..Free of charge..”
Nampaknya aku perlu luaskan lagi skop penulisan dan pembacaan. Belajar mengenai teknik penulisan yang berkesan.
 Insyaalllah suatu hari nanti, tulisan aku akan dibukukan. Mohon doa dari kalian.

#mencuri masa semasa kerja..
Ismaryzalismail
10 oktober 2013



17 September, 2013

muslimat merajuk??

bismillhirrahmanirrahim

sudah lama tidak bertemu mata dengan sahabat-sahabat satu batch aku. jalan mudah pada masa sekarang, dengan FB, whatsapp, twitter, dan macam-macam lagi.

pagi tadi aku ade mengajukan satu persoalan. alhmdulillah, respon yang baik, walaupun bukan dari semua, akan tetapi, majoriti, ada membaca status dan jgk komen. setakat ini sudah ade 80 komen.

"orng kata muslimat kuat merajuk..

betul ke??"


komen dari kalian aku hargai...










stakat aku print screen ni masih ade komen yang masuk. Misi untuk meemriahkan group ini sudah tercapai. moga dengan kalin view, komen, like, membuktikan kalian masih sihat dan bersama mengikuti perkembangan masing-masing walaupun berjauhan. 

Betul, ukhwah itu indah, sangat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata mahupun dengan tulisan. 

"orng kata muslimat kuat merajuk..

betul ke??"

ismaryzalismail
17 sept 2013

10 September, 2013

.

bismillahirrahmanirrahim



kepingan tasbih cinta....

ismaryzalismail
10 september 2012

21 August, 2013

Doa dan sabar


Bismillahirrahmanirrahim

Dalam kehidupan yang fana dan serba serbi ini, pelbagai ujian yang akan bertamu tanpa di undang. Secebis notis jemputan pun tidak dihantar. Dalam sedar mahupun tidak. Suka atau benci. Kaya atau miskin. Tua atau muda. Ia tidak kisah itu semua. Ujian akan di hantarkan oelh Allah dalam apa jua keadaan. Kadang-kadang bukan dalam jangkaan kita ia datang. Apa yang berat lag, bila Allah turunkan ujian, apa yang dia buat adalah hanya dok salahkan takdir dan orng sekelilingnya. Tiada usaha untuk meleraikan ujian yang singgah padanya.

Doa dan sabar merupakan elemen yang penting dalam menghadapi semua ini. Ubat ini sangat mujarab bila digunakan dalam merawat ujian. Doa senjata dan sabar perisainya.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, “Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepada-Nya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa.”

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 45, “Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, yaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali 
padaNya.”


Jodoh juga merupakan ujian. Ada yang cepat. Ada yang lambat. Bersabar dan berdoa. Kenapa lambat??  Jangan ditnya pada orang lain. Muhasabah pada diri. Allah tidak akan menzalimi hambanya. Kadang-kadang, ada yang dapat tp putus dipertengahan. Allah Maha pencatur.
“Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui.” (QS. 2:216)

resah gelisah bisa di ubati dengan selalu mendekatkan diri pada Allah SWT dgn cara berdzikir., sholat mlm., sedekah dan berbuat kebaikan yang lain nya. Betul. Itu merupakan ubat yang boleh kita rawat diri yang dalam kelam dan kusut. Al quran jantung kita semua. Kalimah-kalimah yang ade di dalamnya akan menenagkan para pembaca. Sungguh luar biasa.


Aku menulis bukan bermakna diri ini sebaik dalam tulisan. Kata-kata indah yang di taip. Tetapi aku berusaha untuk menjadi peghuni syurga bersama para nabi dan ulama serta mereka yang layak menghuni disana. Menulis membuatkan aku menyedarkan diri ini lemah. Seperti kerak nasi. Ujian yang datang ini datang melembutkan hati-hati yang keras. Kerak nasi bila di sirami air, maka lembut la dia.  

Ismaryzalismail
21 ogos 2013

17 August, 2013

My Best to My Sad

Bismillahirrahmanirrahim

bergambar bersama sepupu dan mak sedara


Dikala takbir raya emecah jening pagi, ayam jantan menyahut dengan kokokan bersemangat. Alhmdulillah, sinaran pagi seperti merestui, kia semua menikmati kemenangan yang kita perjuangkan selama sebulan.

Walaupun kegembiraan tersemat di raup wajah, namun, kebanyakan masih bersedih dengan pemergian Ramadhan. Adakah tahun depan akan bersua lagi ataupun tidak. Ramadhan tahun depan amat berlainan dengan rmdhan kali ini.

Seusai aku beraya degan keluarga, aku ambik peluang ke rumah-rumah sekeliling dengan rumah aku serta rumah  nenek (mok). Raya kali ini dia tak berapa sihat, kata abah, dia seperti kekurangan air dalam badan dan juga sakit-sakit perut. Bulan ramadhan lalau, sempat juga bermalam semalam di hospital. Pagi raya tu, dia dah bulah duduk dan lancar berkata-kata sedikit berbanding dengan sebelum ini. Mungkin anak-anak dan cucunya ade depan mata. Semangatnya datang. Sebelah tengah hari aku ke kg belah bondaku. Lebih kurang dalam jam 3 petag adik aku menelefon, katanya mok masuk hospital. Aduh, sayu dan hiba tiba-tiba datang.

Lebih kul pukul 4 aku sampai di hospital. Lebih kurag 15 orang sedang menunggu diluar blik operasi. Dr sedang check up mok. Lebih kurang dalm kul 5, Dr panggil masuk dan mok di bawa ke wad.

“mok awak di kesan akan mengalami strok, tp masih diperingkat awal”

“Subhanalllah”

Seorang demi seorang mengusap dan mengucup mok. Suasana hiba. Ditambah pulak wad yg ditempatkan adalah wad tumpuan Dr. pesakit-pesakit disini semuanya mengalami masalh berat. Toleh kiri dan kanan, kesemuanya menunjukkan muka yang hiba dan sayu.

Mulut mok dah menunjukan tanda strok, tangan dan kaki belah kanan, masih boleh bergerak tetapi amat perlahan. Tangannya sejuk. Seperti tiada pengaliran darah.

Setelah dua hari, tangan dan kakinya menampakkan perubah yang baik selepas Dr memasukkan air dan darah tambahan. Akan tetapi, darah masih keluar. Bau yang sangat busuk.

Shif perjagaan diatur. Aku dan cucu lelaki mok yang lain sebagai back up. Kerja sepenuh masa diambil alih oleh anak dan cucu perempuan mok.

Abah mintak imam masjid kat kampung aku buat solat hajat, mendoakan agar mok di berikan kesembuhan.
Hari ini, sudah masuk 9 hari mok masuk hospital, keadaannya masih seperti 2 hari lepas, kali terakhir aku menatapnya sebelum aku pulang ke Johor.

“Ya Allah, Engkau berikanlah kesembuhan kepada mok aku.”

Tidak lupa juga, sekrang pergolakan di Mesir semakin meruncing. Bilangan kematian semakin meningkat. As Sisi yg durjana, semoga Allah melaknatnya.

04 August, 2013

01 August, 2013

My Best Ramadhan 07

Bismillahirrahmanirrahim


ismaryzalismail
1 augustus 2013

tinggal beberapa hari lagi, bagaimana dengan Ramadhan kali ini??

PUAS HATI??

LETIH kerna BERIBADAT

atau 

LETIH  kerana MAKAN


APAPUN TEPUK DADA

TANYA IMAN..



29 July, 2013

My Best Ramadhan 06

Bismillahiraahmanirrahim

"Berkatalah Aisyah r.ha , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (do'a) ? Bersabda Nabi saw: " Sebutlah do'a " Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan".

segunung terima kasih aku ucapkan kepada semua yang dpat menghadirkan diri. Sememangnya agak sukar untuk berkumpul semua sekali dalam satu-satu masa. Seramai yang datang ini pun, alhmdulillah. Apa boleh buat, yang lain sudah bertaburan mengejar kerjaya dan cita-cita masing-masing.


sekali lagi aku hadir untuk bereunion. Kali ini bersama skuad palapes aku. Susah senang dalam latihan bersama. 3 tahun. agak lama masa bersama. seperti adik beradik. mana tidaknya, layanan jurulatih tiada belah bahagi, sama rata. perempuan ke lelaki ke, sama je.

aku bersyukur, setelah semua bergelar Officer, agak ramai yang telah kembali pada fitrah. Kadang-kadang aku pula yang malu dengan mereka. Entah mengapa.




Betullah, ustaz sering berpesan, jangan kamu berbangga dengan apa yang kamu ada hari ini sehinggakan merendah-rendah orang sekeliling kamu, kerana mungkin suatu hari nanti, mereka lebih tinggi dari kamu.

Beribu-ribu tahniah buat kamu semua. Istiqamahlah. dulu singkat, sekarang labuh, dulu ketat, sekarang longgar. itu perempuan. geng lelaki agak lain sedikit perubahanya. apa yang ketara sangat saiz badan. dulu kurus, sekarang agak berisi. ada yang bukan sedikit berisi, tetapi mendadak naik.
bila jmpe, tiada lain, ini dulu yang dibandingkan. bukan seorang, tetapi hampir kesemua, termasuklah aku.



Tahun ini, dah ramai yang bertukar status. Alhmdulillah, semoga kalian akan mendpat kerahmatan dan dicucuri keberkatan dalam berkeluarga. Andai kata tidak dapat memenuhi undangan kali, aku mohon maaf terlebih dahulu.




aku bila??
insyaallah mohon doa dari kalian pembaca.

ismaryzalismail
20 Ramadhan 1434
29 Julai 2013




22 July, 2013

My Best Ramadhan 05

Bismillahirrahmanirrahim

Baginda juga bersabda: "Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga". (Hadis riwayat Muslim).

Seperti ingin mengalir air mata bila program yang dirancang berjalan lancar. "Iftar together". program ini menemukan sahabat-sahabat satu batch yg ada di sekitar UTM. Walau berada di sekitar UTM, tapi jarang berjumpe. Kebetulan berada di bulan puasa. Moga keberkatan bulan puasa ini mengeratkanlagi hubungan ukhwah kami.Ukhwah kerana Allah.



Pmebahagiaan tugas di persetujui. muslimat masak nasi, kuih serta air. Muslimin masak lauk dan sayur.

"Ayam masak merah dan kurma" resepi yang terjumpe di internet. Tidak aku pasti, rasanya sama atau pun tidak apa yang di ajar di internet. Campur dengan resepi sendiri. Harap-harap jadi.


Sayur. apa kenama tah namanya. Adhwa yang buat.



Iftar bervanuekan di rumah pengantin baru. Khairul dan Wani. Dua mempelai antara yang disegani dalam kalangan kami.

terima kasih dan tahniah buat kalian atas sudian uantuk menjadi medan pertemuan kita semua. Rumah sewanya agak menarik.

seusai sampai dirumah menraka, kelihatan muslimat sedang menyiapkan juadah berbuka. berbua dulu dengan makanan ringan, solat maghrib dan lepas tu makan berat.




Gelakketawa mencerita kan apa yang sedang lakukan sekarang. ade jg yang bertanya tentang sahabat lain yang tiada disini. yang tahu akan menjawab. Mengambalikan nostagia semasa di kampus dulu. Program-program tarbiyah yang direncanakan dulu, hari ini baru rasa kesan yang ditekankan. Sola ukhwah, soal tekanan dan macam-macam lagi di bangkitkan kembali dalam sembangan kami.

Suhaimi yg cute...hehe


Alhmdulillah, Solat Maghrib , Isyak dan Tarawih selesai dilaksanakan. semuanya di rumah mereka. Memulakan slot terakhir, aku diberi tugas sebagai pemula majlis. Sememangnya, memang aku yang akan mulakan majlis. Sebab aku mahu bercakap last sekali.

Sekali lagi perbincangan dibuat. kali ini semua yang datang. Muslimin dan muslimat. seorang demi seorang.

ada yang sedang sambung master tetapi mejoriti sedang bekerja, terutama muslimin.

"Kumpul wang untuk kawen, kata salah seorang dari kami "

Apa-apa pun, pertemuan ssemalam antra yang terindah dalam berukhwah. bagaimana la keadaan selepas 5-10 tahun akan datang.

Si suami berbual kat depan, si isteri menyiapkan juadah. perbincangannya jgk akan lain sedikit. ditambah pula dengan keriangan anak-anak yang sedang bermain.

bertemu dan berpisah kerana Allah, insyaallah ukhwah akan terus mantap.

Pertemuan kami ditutup dengan doa Rabitah yang dibaca oleh tuan rumah. Akhi Khairul, my naqib.


salam perantauan dari kami...

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya"


ismarizalismail
22072013











19 July, 2013

My Best Ramadhan 04

Bismillahirrahmanirrahim

mereka penceria keadaan.

saat berbuka puasa.

ismaryzalismail
19july2013

18 July, 2013

My Best Ramadhan 03

Bismillahirrahmanirrahim

snap curi...


Sehingga hari ni, puasa hai kelapan, alhmdulillah, aku masih consistent berbuka di masjid. salah satu sebab kerana tidak sempat nak masak dan save belanja serta menu yang masjid sediakan memang terbaik.

berbuka dengan kurma dan kuih muih berhenti untuk solat maghrib kemudian sambung makan berat. suasana begini agak jarang di kawasan kampung aku. maklum la, ramai yang lebih suka berbuka di rumah masing-masing. kesempatan yang ade aku gunakan.

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)

sudahlah aku tidak mampu untuk bagi makan kat orang berpuasa, mengapa tidak aku bersama untuk menyediakan makanan yang disponsor bagi memudahkan kerja masa berbuka nanti.bersama beberapa orang, tiap petang, lebih kurang 6.30 ptg kami bersiap-siap menyediakan tempat, kuih muih air, serta kurma. kadang-kaang kuihnya bayank, melimpah limpah penggan, kadang-kadang hnya dua jenis kuih je. bilangan kuih tidaklah diambik kira, asalkan ade, alhamdulillah. apa yang bestnya, hingga hari kepalan ni, sudah tiga kali di hidangkan berlauk kambing. Allah, kali pertama masih boleh lagi, tp sudah masuk ketiga ini, badan pun sudah rasa lain. takut darah tinggi je dtg tanpa jemputan.

Hampir kesemua masjid dan surau di Johor akan buat 20 rakaat tarawih. Panjang atau pendek bacaan surah setiap rakaat bergantung pada pengurusan masjid. cuma satu je, aku agak janggal, selalunya masa aku di kampus, selawat antara rakaat aku ikut je apa yang dibuat di kelantan. tetapi bila berapa di luar, dan yang handle ini dibawah pantauan majlis agama, selawatnya agak lain sedikit. sudah dikhususkan. tidak mengapa, belajar perlahan-pelahan.

entri kali ini setakat ini dulu. berkongsi saat ketika berbuka. sungguh, sangat meriah. biarpun ada kalanya serabut yang bila arahan bercanggah. orng ni kata macam ni, orang tu kata macam tu. kita yang muda ini, ikut la apa yang dikata mereka. tidak mengapa, itu asam garam dalam bekerja dalam kumpulan.

ismaryzalismail
18 july 2013

17 July, 2013

My Best Ramadhan 02


Bismillahirahmahirahim

Bergelar sebagai graphic designer membuatkan aku mula mempelajari banyak perkara baru mengenai dunia graphic. Aku memang suka berkaitan dengan bidang ini. Mula berkenalan semasa matrikulasi. Sedikit demi sedikit memang teruja bila selalu bersamanya.

Seperti coretan aku pada entri terdahulu, mungkin Allah bg jalan untuk aku meluaskan lagi minat aku ini. Alhmdulillah sikap tidak lokek berkongsi ilmu dari para staf dan menekankan bekerja dalam kumpulan memberikan aku lebih selesa. Tambahan pula, bos lebih menekankan solat.

Ade seorang teman mntak aku try buatkan gambar kartun. Terfikir, macam mana nak buatkan. Godek-godek, alhmdulillah, sudah tahu caranya. Hasilnya….





Mungkin ade cara lain yang lebih cepat dan mudah. Iaku yakin. Sebab setiap perkara yang dilakukan bukan hanya ade satu jalan sahaja. Seperti juga dalam kehidupan ini. Pilihan jalan yang diputuskan berdasarkan apa yang kita belajar dari diri sendiri ataupun dari pengalaman orang lain. Usah menyesal, teruskan. Namun jika laluan itu tidak mengikut syarak, cari semula ranting-ranting syarak agar kita sentiasa berpaut padanya. Islam sekali kali tidak menghalalkan cara



Pilihan apa yang kita patut lakukan ade di tangan kita. Hari ni akau sebagai graphic designar, tetapi esok belum tentu. Apa yang pasti dan aku akan pastikan kerja itu mengikut landasan Islam. # perkara yang perlu kita pegang adalah, tarbiyah, dakwah dan siasah. rangkuman tiga perkara ini dalam aa jua kita lakukan, insyaallah, langkah kita akan sama dari awal hingga akhir, iaitu di landasan Islam. usah berbicara tentang halangan. halangan akan mematangkan kita. 

Acap kali juga aku terilap dalam menghasilkan design, teguran dari bos dan senior staf perlu di dengari dan ambik tindakan. aku punya style, aku akan bercakap jika aku rasa ia betul-betul mengikut apa yang telah di minta. tetapi diam itu lebih baik.

"klu tak tahu, tanya." 

tiap kali di tegur...

ismaryzalismail
17 july 2013



16 July, 2013

My Best Ramadhan 01


Bismillahirrahmanirrahim..



Alhmdulliah aku masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan  kekasih hati yang di rindui. Ramadhan kali ini memberi kelainan sedikit buat aku. Almklumlah sekarang official bergelar orng yang sudah berkerjaya.

Alhmdulillah sungguh aku sangat-sangat bersyukur atas apa yang diberikan. Raya kali ini aku sudah boleh bagi duit raya kat adik-adik. Tidaklah besar nilai nya, akan tetapi sudah cukup untuk mengembirakan hati mereka.

Apa yang lain kali ini, aku tidak sekali pun berpeluang dapat bersahur bersama keluarga. Sangat menyedihkan.Nak buat macam mana, tuntutan kerja. Bos bagi cuti start 7 hari bulan 8, iaitu sehari sebelum raya. Tetapi cuti selama seminggu. Dapat la juga mengubat luka emosi.
Alhmdulillah, Allah tempatkan aku bersama dengan orang-orang soleh. Rumah sewa dekat ngan masjid. Senang dan mudah untuk bertrawih serta solat jamaah pada waktu-waktu lain. Berbuka puasa di masjid. Menunya pelbagai. Nasi arab, lauk kambing, nasi beriani, nasi ayam penyet dan macam-macam lagi. Mengalahkan makan di dikedai. Kesempatan yang ada, aku menolong menyediakan juadah. Moga-moga adalah saham untuk aku mencari keredhaan Ilahi di bulan ini.

Masih aku ingt suasana dirumah ketika Ramadhan bertamu datang.  Kul 5, Ma kejutkan sahur. Makan dengan menu biasa-biasa tetapi itu yang paling sedap. Kebetulan pula ade kerabu timun. Memang aku akan tambah la. Pada sebelah petang, bersamanya menyediakan kuih sebagai basahan mulut sebelum makan berat. Buah mulong atau buah kekoh chaa, puteri mandi atau lepek idung, sire pisang, cendol, tapai ubi kayu, tidak lupa akok serta butir nangka, yang acap kali akan dijadikan juadah basahan. Klu aku ade kat rumah, kukur kepala atau parut kelap memang tugas aku.
Semua ini susah untuk aku temui di selatan Malaysia. Padahal kat sini ramai je orang-orang Kelantan. Mungkin bahan-bahan penyediaannya tidak sama, sebb itu rasanya lain sedikit. Walaupun ade, tetapi susah sedikit untuk jumpe.

Agak sedih juga sekarang, tiap-tiap hari akan dilaporkan kecederaan akibat bermain mercun. Seingat aku dulu, kami bermainjuga mercun, tetapi tidak la seteruk mcm ni. Hancur tangan, putus tangan macam-macam. Bagaimanapihak bertanggungjawab mengawal dan meyekat perkara ini berleluasa akn menjadi semakin teruk. Setakat mencegah si penjual dan pemain, aku rasa patut ade iklan cara-cara berbain mercun dengan cara yang selamat. Budak sekrang semakin padai, internet pun hanya dihujung jari. Hanya tekan, dah boleh tengak mcm mana penyediaan bom-bom kecik disediakan. Apa lagi, merasa excited untuk mencuba. Sedar lah semua, jika perkara ini akan berleluasa, mungkin kita juga akan menjadi mangsanya.

Sebelum aku tamatkan celoteh kali ni,,aku kempilkan sebuah lagu.

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah 
Setahun sudah pun berlalu 
Masa yang pantas berlalu 
Hingga tak terasa ku berada 
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna
Puasa satu amalan 
Sebagaimana yang diperintahNya 
Moga dapat ku lenturkan 
Nafsu yang selalu membelenggu diri 
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna 
Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja 
Tuhan pimpinlah daku yang lemah 
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan 
diberikan kekuatan 
Ku merayu pada Tuhan 
diterima amalan
Selangkah demi selangkah 
Dengan rahmatMu oh Tuhanku 
Ku tempuh jua....

 ismaryzalismail
16 july 2013

27 June, 2013

Nasihat dari Bos

Bismillahirrahmanirrahim.

Setalah hampir sebulan aku digelar graphic designer. Alhmdullilah aku hampir berjaya kuasai adobe ilustrator.

Minggu ni ade dua interview. satu yg sudah diketahui 3 minggu lalu, satu lagi secra tiba-tiba. Interview pertama, sememangnya aku tidak layak untuk mengisi jawatan itu, atas sebab aku rabun. Tidak mengapa, hati aku tetap di graphic designer. satu lagiinterview, atas ajakan kawan yang bekerja di situ. Pasific oleochemical.

Aku dalam dilema. Apa yang harus aku lakukan. Naluri hati ini mengajak untuk bawa perkara ini dibawa berbincangn dengan bos, tetapi, akal menyanggahnya. aku memilih untuk diamkan diri. pergi tanpa berita yang formal, sekadar mesej. disini satu kesilapan telah aku lakukan. bila bertembung dua perkara, maka harus ade perbincangan, supaya dapat mencari kejernihan dan tidak mencalar rekod baik sebagai orang baru bekerja.

Bos memanggil untuk berjumpa dalam pejabatnya.

persoalan demi persoalan perlu diungkai. matlamat hidup aku perlu jelas. siapa kamu di masa akn datang. satu nasihat yang perlu untuk aku genggam dan simpan sebaiknya. jangan gopoh dalam berfikir.Jika sudah dapat satu pekerjaan, cuba selaminya dahulu. bukan baru sekejap sudah mula cemuh dan bosan. kita menentukan suka ataupun tidak sesuatu pekerjaan itu. dan bukannya, buat sesuatu itu tanpa ade roh.hanya melepaskan batuk ditangga sahaja.

Betul, aku harus berhati-hati dalam membuat keputusan.


07 June, 2013

hikmah kepulangan tertangguh

bismillahirrahmanirrahim

dalamkeadaaan mengantuk di awal pagi, aku membuka inbok emel. kot-kot la ade rezeki dapat interview kat mana-mana.

PANGGILAN TEMUDUGA PEGAWAI IMEGRESEN.

Alhamdulillah. dapat interview. Tapi, nak pergi ke tak.Tanya Allah dulu, kot-kot ade kerja yang lebih molek dari ini.

Cuti sekolah pun sudah nak habis, hati terdetik untuk pulang menggadap keluarga. nasib baik, keluarga baru satu, klu dah dua, mungkin kelam kabut lagi.insyaallah, akan hadapi jugak nanti. bagaimanalah keadaanya. Dok godek-godek tengok tarikh yang sesuai untuk pulang. Ok, khamis malam jumaat aku balik. dok tanya kakak tiket bas, semuanya penuh, khamis, jumaat, sabtu semua penuh. macam mana ni. aduh, macam mana mahu pulang. hiba dan sebak didada. Geng pejabat dah seminggu cuti dan melancong.




"tak apa la, mungkin tak de rezeki, runggut aku".

aku capai telepon, no ibunda aku cara untuk memberitahunya. Ligat dalam kepala aku menyusun kata-kata untuk memberitahunya, aku tak dapat balik.

"ma, tiket habeh, tok jadi balik la, ucapku lembut."
"tak po la, nok wat lagu mana, balik maso rayo ni la, syamilla doh balik, pagi tadi sapa".

lega, walaupun suaranya tenang berbicara, aku tahu hatinya mesti tengah bersedih. begitu juga adik-adikku.Berat jugak untuk tidak pulang. Insyaallah, akan ku usahakan balik. 

"Itu la, orang suruh cari kerja dekat Kelantan tidak mahu."sinis kawan aku.
" tak pe la, buat masa sekarang ni, biar kita merantau mencari pengalaman hidup dulu, lepas ni balik untuk berbakti di Kelantan pulak,jawab ku."

"ma doakan kat orang...pohon aku sebelum aku tamatkan talian....."

selang beberapa minit, satu panggilan dari Syarikat Printing dan pengiklanan, Azuarina.

"Assalamulaikum, boleh bercakap dengan ismarizal, suara perempuan muda, Kak Erin diperkenalkan nama."

"Ya, saya, jawab saya".

"saya dah tengok design awak, ok, cuma baiki lagi".
"Sekarang awak ade kerja kat mana-mana tak? soal kakak tu.

"tidak,pendek jawpan saya"
"tapi aku kerja dengan GPM, hati aku menjentik minda"

"Ok, esok awak datang ke pejabt kita bincang pasal gaji dan bila boleh mulakan kerja, sambungnya"

"Ok kak. jawapan gembira".

Subhanallah, Allah tangguhkan perjalanan pulang bertemu keluarga untuk Allah berikan aku satu tanggungjawab lain.

hari ini, aku bertemu dengannya. bincang. dan mencapai kata setuju. Alhamdullilah, walaupun tangga gaji tidak lah setinggi rakan lain, tp mungkin ini permulaan untuk aku membina kehidupan seterusnya.Insyaallah.Isnin akan aku lapor diri, dan bergelar sebagai staff azuarina.Junior graphic designer.

indahnya percaturan Allah, sebelum jumaat satu lagi panggilan dari rakan di Melaka unutk tawaran kerja. Kepala semakin serabut. Kejar apa yang di minati dan di sukai atau mengejar sesuatu yang belum tahu skop kerjanya.

maka, istikharah lah jawabnya. Mintak bantuan dari Allah. dan mintak juga pandangan dari rakan sekeliling serta bonda dan ayahanda.mungkin kerja di melaka aku ketepikan.

antara graphic designer atau pegawai imegresen (24/6/2013 interview, belum pasti dapat ataupun tidak)



semoga Allah permudahkan urusan aku untuk memilih kerja.

Dengan kepulangan tertangguh ini aku pohon doa semua. semoga aku dipermudahkan urusan aku, serta dimurahkan rezeki....inysaallah

jumaaat yg hangat dipancar mentari Rejab.
7 Jun 2013
ismaryzalismail

04 June, 2013

buatmu teman

bismillahiirahmanirrahim

bagaimana harus aku bicarakan, semua ini melibatkan perasaan dan hati. Katakata yang akan diluahkan ini bakal mengguriskan hatinya. 

adakah nilai persahabatan akan hilang setelah mendengar lafaz kalimah ini.
adakah musnah jambatan ukhwah selama ini di bina kukuh dengan tunduk hormat sesama kami.
adakah tali ikatan ini akan putus di tores dengan ketajaman lafaz ini.

bercampur baur perasaan bila memikirkan perkara ini. 
diluah mati emak, di telan mati bapa.

lagi lama aku pendamkan mungkin lagi parah buatnya. aku harus beranikan diri
kadang-kadang kita perlu mengecewakan hati teman baik untuk megembirakan teman seorang lagi..

caranya belum aku ketemui, dari hari ke hari.
terketar-ketar di bibir ini bila kata-kata bicara melepasi bibir ku.
aku hentikan.diam seribu bahasa.hanya senyuman. walaupun dada ini memberontak untuk memberitahu.

akhirnya, aku paksa untuk pagi tahu. berdoa padaNYA supaya i lembutkan hati nya. 
satu persatu aku bicarakan. agar dia faham tuturan aku. 

profesional katanya. berfikiran terbuka. 
lega, mendengar cetusan dari bibirnya. 




tetapi aku faham perasaannya sekarang. kerana aku pernah merasainya.mungkin tidak seperti keadaanya sekarang. 
berat bahu mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

teman, maafkan sahabatmu ini.
tiada niat untuk merobek perasaanmu itu.
Aku pecaya, ini aturan Allah. Allah memilih aku untuknya.
teman bersabarlah, 

kata-katamu tidak sama dengan tingkahmu.
seperti berat untuk mu hadapinya. betul, aku akui.

cuma aku harap, kita seperti dulu,
gelak ketawa, bergurau senda seperti adik dan abang.

aku utuskan sekeping doa buatmu, agar Allah ketemukan mu dengan bidadari Islam untukmu. sebagai pengganti. sebagai penawar luka hati mu.
sebagai pendampingmu di dunia
sebagai penyeri hidupmu

Ya Allah,
Ampunkan dosaku,
kekalkan kami dengan ikatan yang telah dibina ini
jauhkan perasaan untuk merobohkan jalinan ini.

aku petik kata-kata dari seorang penulis,
“Barangkali dia belum muncul, tenanglah. Teruskan saja istikharah dan doa. Kerana yang terbaik akan datang menjemput setelah kesabaran dan usaha yang sungguh-sungguh.” (HeartOfSrikandi)

aku kirimkan coretan ini buatmu, bersertakan doa.
moga kamu membacanya, teman.
ingatlah Allah ada bersama kita.

buatmu teman.

ismarizalismail
4jun2013
7.18 pagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana