31 December, 2012

pergi tak kembali, zunnur

bismillahirrahmanirrahim

di saat ini ramai masyarakat terutama anak muda mencari arah tujuan ke temapt untuk menyambut tahun baru 2013. aku baru sahaja mendapat berta bahawa, kawan se matrik aku telah kembali ke rahmatullah.

mohammad Zunnur  hassan namanya,
dirimu di jemput Ilahi 
dikala ambang 2013
semoga rohmu dirahmati 
di sana.

Setiap insan pastikan merasa 
Saat perpisahan terakhir 
Dunia yang fana akan ditinggalkan 
Hanya amalan yang akan dibawa 

Terdengar sayup surah dibaca 
Sayu alunan suara 
Cemas di dada lemah tak bermaya 
Terbuka hijap di depan mata 

Selamat tinggal pada semua 
Berpisah kita selamanya 
Kita tak sama nasib di sana 
Baiklah atau sebaliknya 

Amalan dan taqwa jadi bekalan 
Sejahtera, bahagia pulang...kesana 

Sekujur badan berselimut putih 
Rebah bersemadi sendiri 
Mengharap kasih anak dan isteri 
Apa mungkin pahala dikirim 

Terbaring sempit seluas pusara 
Soal bicara terus bermula 
Sesal dan insaf tak berguna lagi 
Hancurlah jasad dimamah bumi 

Berpisah sudah segalanya 
Yang tinggal hanyalah kanangan 
Diiringi doa dan air mata 
Yang pergi takkan kembali lagi

zunnur yg memakai jaket hijau

ismaryzalismail
31122012



29 December, 2012

tahun baru 2013

bismillahirrahmanirrahim

dua tiga hari agi, kita akn melangkah ke tahun baru masihi. padahal kita sudah hampir sebulan lebih, baru sahaja kita menikmati tahun baru hijrah yang ramai lagi tidak mengendahkannya.


ismaryzalismail 29/12/12

25 December, 2012

ashabul ukhdud~


bismillahirrahmanirrahim
hari ini aku ingin kongsikan cerita yg telah tersemat dalam kitab suci al Quran, ia itu surah al buruj. surah ini berkisahkan berkaitan dengan seorang pemuda yg mencari kebenaran dan berdakwah mengajak ke jalan Allah sehinggakan raja yang zalim pada masa itu ingin membunuhnya.
apa-apa pun saksikan ashabul ukhdud~




ismaryzalismail~
25122012

19 December, 2012

Remote sensing..medan pertama

bismillahirrahmanirrahim

setelah dua tiga kali perbualan melaui chat facebook, kawan aku meminta aku ceritakan tentang keunikan pengkhususan  yang aku pelajari selama empat tahun di bumi bertuah universiti teknologi malaysia. sekadar meemnuhi permintaan beliau, aku nukilkan satu plot perkongsian, agar kalian akan memahami apa yang akan dimaksudkan dengan pengkhususan ini.insyallah.pengkhususan yang aku maksudkan adalah, remote sensing. namanya pun sudah unik. jarang sekali mendengarkan. bukan seperti kos-kos lain. elektik ke, mekanikal ke, sivil ke. sungguh, aku sebagai pelajarnya jgk kehairanan.apa itu remote sensing. serupa ke dengan remote kontrol.

kebetulan, kos ini adalah salah satu subjek yang dipelajari oleh kawan aku itu. jadi dia ingin mengetahui serba sedikit apa yang kami pelajari. adakah ia sama dengan depa semua pelajari.
sama denga satu kos di sini, geomatik, remote sensing hanyalah satu subjek bagi depa semua, tetapi untuk kami adalah satu kos. sungguh mendalam pembelajarannya.

remote sensing.
seunik namamu
serumit pembelajrannya
aku akur,
tiada jalan mudah untuk menakluknya
tiada jalan singkat untuk mengapainya

satu pesanan dari pensyarah aku, tiada jalan mudah untuk mencapai kegemilangan kecuali usaha dan menemphinya dengan sebaiknya. tiada jalan singkat. berbalik soal isi pembelajaran remote sensing. ingatan aku samar-samar mengenai isi pembelajaran.entah mengapa, mungkin itu kelemahan aku. beberapa subjek yg masih terpahatdipemikiran aku. antaranya oceonography. ini berkaitan dengan lautan.pasang surut air, monsoon, taufan, dan sebagainya menjadi rencah melengkapkan learning outcome subjek ini.subjek ini menghampiri dengan subjek

selain itu, beberapa lagi subjek yang menjadi teras perbezaan kos ini dari pada kos lain. Digital image processing, carthography,  ukur tanah, microwave for remote sensing, satelite teknologi, atmospheric application dan beberapa lagi menjadikan sesuatu yang istimewa untuk diterokai dan berbeda dari kos-kos lain di UTM~

mungkin buat masa ini sudah cukup akau terangkan sedikit mengenai apa yang aku belajar. insyaAllah, lain masa akan ku huraikan lebih lebar mengenai skop yang aku pelajari. moga dengan sedikit lembaran ini membuka mindamu mengenai remote sensing. satu kos yang peluang peerjaan sedikit susah buat masa sekarang. Tapi aku yakin, Allah maha mencatur.~

salah satu perisian yg digunakan untuk proses imej~ ENVI

ku yakin, penerangan diatas mungkin tidak memuaskan hati kalian yang membaca.insyaAllah, lain masa aku nukilkan semula.~

ismarizalismail 19/12/2012

Kemuncak Cinta Rasulullah | TG Hj Musa

bismillahirrahmanirrahim

subhanallah~
ayuh teman-teman berselawat keatas junjungan besar nabi Muhammad~
dengarlah sedikit perkongsiaan dari tok ayoh hj Musa tentang cerita berselawat...

binnabil huda UNIC

bismillahirrahmanirrahim

lagu ni membawa ketenangan bia mendengarnya, berselawat keatas kekasih hati yang meronta-ronta untuk aku berjumpe...tetapi layakkah aku untuk ketemu dengannya. jasadku ini dipenuhi dengan dosa yang sering kali aku lakukan.
Ya Allah, permudahkanlah hamba mu ini untuk bertemu dengan kekasih Mu ini, Nabi Muhammad penghulu semua manusia~



19disember 2012
ismarizalismail

14 December, 2012

bismillahiirahmanirrahim



ku doakan diriku akan digantikan dengan yang lebih  baik dari diri yang daif ilmu ini..

08 December, 2012

jodoh itu misteri

bismillahirrahmanirrrahim



jodoh satu anugerah dari Allah namun jodoh itu misteri.
tidak diketahui, dengan siapa dan bila. oh sungguh unik ciptaan Allah.
bila saat cinta sudah diketemui, belum tentu, itu adalah jodoh. dambakanlah cinta yang telah ditemui, didahulukan  cinta kepada Allah dan Rasul. moga itu lah jodoh yang di cari.

 mekarnya cinta tanpa dipayungi syariat Allah,
hindarilah cinta itu...itu hanyalah khayalan dari syaitan.
tanam dan sematkan dihati, hakikat cinta sebenar, membawa kita ke jalan yang di redhai Allah.
cinta dan hati yang tulus mestilah seiring.

pemilik cinta setelah Allah dan Rasul, sukar untuk diketemui..
berdoalah wahai sahabat~Allah didahulukan~




“Ya Allah, andai benar dia adalah jodohku, maka permudahkanlah urusan ini.

Andai ini ujian dan dugaan yang ingin Engkau berikan kepada kami, maka perkuatkan iman kami agar tidak runtuh dan rapuh dalam meniti setiap detik mencari redhaMu…

Andai daku bukan tercipta untuknya, maka sisihlah rasa yang ada dalam hati-hati ini agar kami tidak akan jauh tersasar dari arah jalanMu…

Gantilah bidadari dunia yang jauh lebih baik dariku untuk dirinya..

Andai benar dia untukku, maka satukanlah kami dalam rahmat kasihMu Tuhan…

Ya rabbi, ku berserah diri padaMu.

Hidup dan matiku hanya untukMu.

Maka tentukanlah pasangan yang terbaik untukku bawa cintaku sampai kepadaMu…
Allahumma amin”


ismaryzalismail || 08 disember 2012

07 December, 2012

cinta Allah dan Rasul

bismillahirrahmanirrahim



dambakanlah cinta kepada Allah
cinta suci yang tiada penghujungnya
cinta yang tulus dan murni
dan kasih yang abadi
cinta  Allah dan Rasul 
akan memayungi kehidupan
doakan titisan air mata mengalir
mendambakan cinta yang suci
jangan dirintih kepada yang tidak sudi
biarkan berlalu dan tersimpan 
didasar lautan


ismaryzalismail  ||  07122012

06 December, 2012

doa buat kekasih

bismillahirrahmanirrahim


gambar walimah seorang  sahabt (sekadar hiasan)


"Ya Allahu Ya Rabbi, Kau pertemukanlah aku dgn pemilik tulang rusuk yg kupinjam ini...Yg mampu mendidikku dan membawaku supaya lebih dekat kepadaMu..Semata2 utk mencari keredhaanMu Ya Allah..Mampu menghadapi saat suka dan duka bersama2..Pemilik hatiku ini nnt dpt menutupi segala kelemahan yg ada pd diriku dan hambaMu yg lemah ini juga dapat berkhidmat dgn menutup segala kekurangan yg ada pd drnya..Panjangkanlah umurku dan umur dirinya agar kami dpt bertemu..Janganlah Engkau biarkan aku sendirian hidup di muka bumi ni mahupun di akhirat..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan aku yakin dgnMu Ya Allah..Aku yakin apa yg Engkau takdirkan adalah yg terbaik buat hamba2Mu..Ya Rabb, permudahkanlah segala urusanku..Amiin Ya Rabbal Alamin"


ismaryzalismail || 6 disembar2012

pelayaran berlalu pergi

bismillahirrahmanirrahim



masa pantas berlalu, tidak terkejar dari aku.
sekarang kembali seperti dahulu, 
biarpun masa berlalu tanpa menghiraukan,
suka mahupun duka
itu adalah hak kita untuk tentukan dan isikannya
masa tetap berlalu pergi
kisah-kisah sebelum ini menjadi lipatan sejarah
mungki tidak akn dibuka semula
atau pun sebaliknya

sekarang masa untuk terus berlayar
berlayar, biarpun tiada berteman
berlayar mengisi tempoh masa yang ada
biarkan pinggiran disana
aku dan layar aku
membawa pergi bersama dengan semangat dan kisah baru

biarkanmasa lalu pergi bersama kisahnya
biarkan kisah dan sejarah cinta 
pergi bersama angin bertiup
ayuh carilah 
semangat yang penuh inspirasi
supaya, dapat
mengejar yang abadi dan hakiki


julanglah cinta  Ilahi setingginya
maka akan datanglah cinta dari manusia
tidak diminta
tidak di cari
ia akan datang, bila Allah dan rasul serta perintahnya diutamakan
berdoa satu senjata perlu ada
berdoa untuk mendapatkan cinta yang suci
sesuci cinta Khadijah dan juga Fatimah 


ismaryzalismail || enam disember 2012


30 November, 2012

road to HIM

bismillahirrahmanirrahim

moga dirimu akan lebih tenang dari semasa ke semasa.
aku harapkan apa yang kamu lakukan adalah yang terbaik, buat semua, insyaallah~


SAYA ADA ALLAH UNTUK MENJAGA SAYA SETIAP MASA




ismaryzalismail  || 30 november 2012

28 November, 2012

kisah cinta Ali dan Fatimah~

bismillahirrahmanirrahim..

kali ini aku ingin kongsikan satu cerita yang telah ditulis oleh sorang blogger. aku tidak mengenali siapa tuannya. namun, tulisannya agak menyentuh hati bila membacanya.

kisah yang ditulis adalah kisah cinta dua orang yang sungguh romantik. Saidina Ali dan Fatimah azzahrah. kita cinta yang diolah sungguh bermakna. inilah kisah cinta yang dikatakan pemilik cinta setelah Allah dan Rasul.

Engkau dijadikan sudah di pasangkan siapa penemanmu
dalam keadaan sedar ataupun tidak, engkau tidak mengetahuinya
sebelum tiba masanya.
ketahuilah wahai hati yang mendengar, rintihan ini.
ujian yang dilontarkan itu, anggaplah olahan sebagai rempah kebahagiaan,
insyaallah~
usah engkau kecilkan dirimu,
usah engkau risaukan
cukuplah engkau sorang dihati ini
tiada dua, tiada yang lain~
engkaulah pemilik cinta ku setelah Allah dan Rasul.



Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:

“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”

‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”

Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”


kredit to http://theotherkhairul.blogspot.com..





ismaryzalismail  ||  28 november 2012


27 November, 2012

tenangnya hati

bismilllahirrahmanirrahim..


syukur kepadaMu, hati yang Engkau kurniakan menjadi smakin tenang. sungguh, bilamana diri ini aku dekatkan dengan Mu, ia akan menjadi tenang.

ku tahu hati yang di miliki kadang-kadang tidak dpat dkawal. ia akan mula merintih tangisan bila emosi tidak dapat dikawal. moga hati mu akan terus tenang dari anasir-anasir yang mengganggumu~




ismaryzalismail || 27 november 2012

25 November, 2012

jodoh dan takdir_MISK

bismillahirrahmanirrahim

agak sudah lama aku tidak kongsikan lagu-lagu yang biasa menjadi halwa telinga..lagu ini baru je aku mendengarnya, liriknya agak kena...


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa

Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna



Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan



Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan



Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

nyanyian  dari MISK~


ismaryzal || 25-11-2012

23 November, 2012

bertunang....takutnya

bismillahirrahmanirrahim

"anak sudah kahwin ke belum", sorang pak cik menyapa aku semasa menunggu giliran unutk mengambil kad pengenalan.

"oh tidak", jawab aku, dengan senyuman lebar. 

berkahwin ini banyak cabaran. namun, sebelum kita menempuh cabaran dalam medan perkahwinan, kita akan diundang satu dugaan dalam lapangan pertunangan. kita perlu menyiapkan persiapan dari banyak aspek dari sekarang untuk menempuh cabaran-cabaran itu.

cabaran di medan pertunangan sangat berlainan jika dibandingkan dengan saat lain, saat perkahwinan dan saat percintaan (tanpa ikatan tunang). ini kerana, alam pertunangan yang berada di antara dua alam sangat ketara perbezaannya. Satu alam yang banyak perkara haram dan dosa, satu alam yang banyak perkara halal dan pahala, satu alam yang tak boleh buat apa-apa, satu alam yang boleh buat segalanya. Jadi, segala tekanan dan cabaran alam pertunangan itu biasanya terhimpit dengan dua alam ni. 



Waktu ini memang gangguan syaitan terhadap pasangan akan semakin galak dan aktif. Perasaan ragu-ragu akan sentiasa ditiupkan, dan perlakuan buruk pasangan akan sentiasa dipertontonkan agar keinginan untuk bernikah itu dibatalkan. Waktu inilah pasangan yang tak pernah meninggikan suara seumur hidupnya, akan menjadi pakar meninggikan suara dalam tempoh yang singkat.

Ada seorang teman pernah berpesan kepada aku,katanya.. pada masa kamu bertunangan nanti, ingatlah, satu dugaan akan datang. ia adalah dugaan yang berkaitan dengan hati. pada saat itu lah, orang yang kita minat dahulu datang, ada yang datang untuk menjadikan kita teman hidupnya... berjaga-jagalah... insyaallah yakin dengan pilihan pertama kita dan itulah yang terbaik...

Cabaran dan dugaan ini, pasti akan kita tempuhi. oleh itu, marilah kita sama-sama melakukan persiapan untuk menuju kearah itu. jika dibandingkan dengan orang zaman dahulu, masa alam pertunangan mereka sangat singkat. siang mereka bertunang, malamnya mereka akad nikah. jadi masalah dialam pertunangan dapat diatasi.

Hidup ini punyai dua jalan yang sangat berbeza. Jika kita tresalah pilih, maka itulah hasilnya.baik ataupun buruk. teringat aku dengan poem masa sekolah dulu, the road not taken, karangan Robert Frost...


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 


22 November, 2012

menunggu kata dari Allah

bismillahirrahmanirrahim

satu sfat yang menjadi fitrah kepada semua hamba Allah....satu perkhabaran yang mendukaan hati, akan memedihkan telinga bila mendengarnya..jika dibandingkan dengan perkhabaran baik, itulah kesukaan semua...

Ya Allah, aku mohon kebaikan dari Mu, moga aku terus istiqamah dijalan juang yang telah Engkau hamparkan untuk aku, jauhkan segala mehnah serta onak duri yang tidak dapat aku harungi diperjalanan ini.

Engkaulah tempat aku mengadu dan mengadu keserabutan masalah yang melanda pemikiran aku. Engkau maha mengolah dalam pencaturan hidup..



17 November, 2012

gaza menangis dan berdarah lagi

bismillahirrahmanirrahim


sekian waktu,
engkau menangis lagi,
merintih, memohon keajaiban berlaku

Ya Allah, bantulah rakyat palestina daripada cengkaman Yahudi sipenjajah laknatullah.

ismaryzalismail || 17 november 2012

13 November, 2012

mahar

bismillahirrahmanirrahim

cuti sekolah mula kunjung tiba. time inilah, masa yang sesuai untuk mengadakan sesuatu majlis. ini kerana sudah menjadi kebiasaan di Malaysia seperti ini. sebulan sebelum cuti sekolah, sudah berderet kad jemputan sampai ke rumah.Baik dari bakal pengantin sendiri dan baik dari ayah si mempelai. sungguh mulia langkah yang diambil kerana tidak melakukan perhubungan tanpa ikatan.

sesuatu kerunsingan yang membelenggu bakal pengantin lelaki adalah mahar ataupun mas kahwin. nilai yang diletak adakalanya tidak kena pada tempatnya. memang betul firman Allah ada menyebut dalam surah al nisa' ayat 4:


“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan (isteri) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian (yang wajib). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat" 

adakalanya mas kawin ini diletakkan oleh keluarga si pengantin perempuan dan buannya dari perempuan itu sendiri. kuasa vito untuk tetapkan harga mas kahwin adalah dirinya sendiri. keluarga hanya sekadar pencadang kepada harga itu.



Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya."

usahlah mas kahwin menjadi satu perlumbaan dengan meletakkan harga yang melambung tinggi. seharusnya kedua-dua mempelai bawa membincang. hal ini akan menjernihkan keadaan bukan sahaja pada hari akad nikah malah masa akan datang jua. Apalah gunanya andai mas kahwin dan hantaran yang berpuluh-puluh ribu sehingga berhutang keliling pinggang? Apalah gunanya majlis perkahwinan yang besar-besaran tetapi membazir mengikut langkah syaitan?

sekali lagi aku cuba tekankan, keluarga hanya pencadang kepada peletakan mas kahwin.semuanay bergantung pada si perempuan sepenuhnya.usah berusaha untukmenjadi syaitan nampak.

jika perkara sebegini semakin berleluasa dan membudayakan sikap ini, ia akan menyulitkan perkahwinan.Jika ditakdirkan wanita tersebut mempunyai kelayakan ijazah tinggi, maka lagi tinggilah belanjanya. merana dan terus meranalah si lelaki.

pendek kata, kedua-dua bakal mempelai harus belajar sedikit sebayak mengenai mahar agar tidak berlaku kekecohan di saat meletakkan harga mahar nanti. kawan aku ade berpesan. buatlah badget sebaiknya untuk gaji kerja kita. ini kerana dengan budget itu, maka bolehlah keluarkan anggaran mahar yang akan ditetapkan.

sekadar berkongsi, walaupun diri ini belum sampai masanya untuk bercakap lebih dalam mengenai hal ini. semoga perkongsian ini menjadi satu pembuka kepada teman-teman.insyallah.

ismaryzalismail
13 november 2012





05 November, 2012

diam lebih baik

bismillahirrahmanirrahim


kadang-kadang hati bercelaru dengan pelbagai masalh yang timbul menghantui pemikiran dan juga bergelora dihati. entah mengapa, perasaan ini mula timbul sedikit demi sedikit daam diri aku. Arghhhh...serabutttt...

pemarah bukan sika ku yang sebenar. namun, ia datang sedikit demi sedikit bila sahaja sesuatu perkara yg tidak puas hati berlaku. apa yg aku perlu lakukan..adakah aku perlu diam dan diam..kata orang, Lebih baik diam daripada berkata-kata kalau berkata-kata itu lebih membawa sengsara.


Dalam sebuah hadis Rasulullah saw menjelaskan yang bermaksud....
     " Barangsiapa yang beriman pada Allah SWT dan hari akhirat maka  dia berkata-kata dengan perkataan yang baik atau pun berdiam diri."



tidak..aku perlu mengatasi perkara ini sebelum menjadi lebih parah, namun bagaimana??
Ya, aku perlu mengubah yang buruk pada diri ini, tidak menjadi serang yg pemarah, perlu menilai sebaik mungkin dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata...

kerisauan terhadap apa yang berlaku sering kali bermain diminda..risau terhadap penerimaan orang terhadap kata-kata aku yang diungkapkan..adakah itu satu penyakit yang menjadi satu platform untuk menjauhkan dan mearikan diri dari medan perjuangan. OH jika itu belaku, adakah aku berdosa....maafkan aku teman jika aku berlebihan dari mengutarakan percakapan~ semua itu untuk meningkatkan prestasi dan menguatkan perjuangan...

diluarsana, medannya lebih luas. kita tidak lansung tidak mengenali orang disekeliling. jika hanya kata-kata seperti itu pun diambil serius, bagaimana untuk begerak kerja diluar sana yang penuh dengan liku-liku tanpa diundang.

betullah, kita tidak dapat penuhi isi hati semua orang. lebih baik kita berlapang dada. itu lebih baik ISLAM anjurkan~





moga aku akan mengurangkan permasalah dari segi percakapan.diam lebih baik~

hatibercakapuntukdirisendiri..bermuhasabahkandiri

ismaryzalismail
5 nov 2012


17 October, 2012

sedikit dari senior

bismillahirahmanirrahim

berkongsi adalah salah satu element yang harus ade dalam diri masing-masing supaya kebahagiaan akan termeterai. tidak kisahlah berkongsi dengan siapa dan apa yg dikongsikan...sharing is caring...

sedetik tadi, aku di sapa seorang junior berkaitan dengan kepimpinan.KEPIMPINAN??
tidaklah aku arif dalam medan in. namun, aku cuba untuk menceritakan dengan apa yang pernah aku lalui dilandasan sebagai pimpinan.mungkin orang melihat pengalaman yang cetek ini ada sesuatu yang boleh dicedok.aku sangat hargainya.

satu persatu persoalan aku jawab, mengikut pengalaman sendiri dan juga cerita yang aku dengari. betullah, corak kehidupan kita seterusnya adalh hasil contengan dari pengalaman lepas. pengalaman akan mengajar selok belok dalam kehidupan.manis dan pahit mesti ditempuhi biar dalam keadaan keseorangan mahupun bersama barisan pimpinan.

sedikit cadangan aku yang tidak seberapa, aku merasakan setiap pimpinan harus merakyatkan dirinya dengan kalangan ahlinya dan juga bukan ahli ini. ini kerana, impak kekalahan dari pemilihan MPM sebelum ini membuatkan aku terpikir. jika si A hanya bergaul dalam kalangannya sahaja, maka tidak kemana, dan akan kalah. begitu juga dalam pendekatan dakwah, jika dakwah hanya dalam kalangan ahlinya sahaja, maka sekata itu lah dakwahnya.bagaiman pula dakwah terhadap bukan ahlinya. ayuh mari kita selami semula, sejauh mana keterlibatan kita dengan masyarakat setempat. satu persoalan, adakah kita mengenali jiran tepi depan bilik kita. mungkin aku seorang palapes, tidak pernah berada dalam kalangan yang tidak aku kenali. kami, palapes, sentiasa akan ditempatakan bersama.jadi sudah kenal satu sama lain serapatnya.

berbalik cerita aku tentang perkongsian kepimpinan, aku ade bagi tahu, dalam kepimpinan, perlu ade sensitiviti dan kebersamaan antara mereka. sebagai contoh, makan bersama, tidak kira la, makan pagi ataupun makan malam. pointnya, makan bersama. masih ternyiang -nyiang kenangan aku bersama barisan pimpinan, pernah dua atau tiga kali kami keluar makan pagi, makan roti canai..

tiada apa yang indah adalah nilai ukhwah yang digarap sedikit demi sedikit.setiap kali melihat rakaman gambar yang dibidik, sungguh, akan aku tergelak keseorangan. kenangan menembusi pemikiran aku.~

moga kalian akan terus tabah direntasi sesuatu yang meninggalkan kenangan. biar sedikit usaha kita dalam kesuntukan masa, agar itulah menjadi terningpoint dalam segala yang kalian pimpinkan~

kenangan bersama barisan kepimpinan PMIUTM~ 

ismaryzalismail
17 oct 2012

07 October, 2012

road to KONVOKESYEN~

bismillahirrahmanirrahim

road to KONVOKESYEN~

masa begitu cepat berlalu, walau berlalunya masa itu disedari namun, sesaat pun tidak dapat kita sekat mahupun menghalangnya.

sekarang sudah tibamasanya untuk aku melabuhkan tirai dan menukar status aku dari pada seorang MAHASISWA kepada status lain.seorang graduan.


aku mohon doa dari kalian yg tegar membaca entri daripada aku, agar aku dimurahkan rezeki dan di rahmati Allah...aku juga doakan kalian sebegitu..insyaallah~


first picture taken with "jubah konvo"
jurufoto :. hazim with new handset~


ismaryzalismail
6 oct 2012

21 September, 2012

tersirat dari projek final year

bismillahirahmanirahim

sudah hampir tiga bulan aku merantau mencari pengalaman dalam alam pekerjaan. biarpun kerja yang aku lakukan ini hanya secebis, namun aku merasakan sesuatu yang berharga harus aku kutip menjadi bekalan kemudian hari.

teringat aku semasa hari pembentangan final projek. jantung berdenyut kencang seperti akan berhadapan dengan bapa mertua. sungguh, tahap kerisauan aku melonjak-lonjak.perlbagai persoalan bermain dalam pemikiran aku. Pesan kawan akau, banyakan berselawat, insyaallah Allah akan permudah dan lancarkan perbentangan nanti. aku ditempatkan dalam kumpulan B bersama 9 rakan kelas yang lain. ketika giliran memanggil aku, otak makin menjadi blur, timbul dihati apa yg aku akan cakapkan. arghhhhhh...aku sudah lupa..

hati akumula berselawat ke atas Nabi. allahhumsolliala Muhammad~  perlahan-lahan aku mulakan bicara, satu slide demi aku persembahkan, hinggalah slide yang terakhir. semasa sesi soal jawab, ada satu soalanyang ditanya, betul ke nilai yang aku hasilkan iyu betul atau pun tidak. dengan yakin aku menjawab, betul. Pensyarah kehairanan,padanya nilai itu salah. "macam ni la, nnt awak jumpa supervisior awak dan check semula result tu, saya muskil ni.." dahinya berkerut sambil seorang lagi ketawa kecil..


gambar kenangan

Alhamdulillah, syukur, saat yang ditunggu telah pun tiba.Walaupun pembentangan sudah selesai, namun penulisannya masih banyak. tiap kali aku datang jumpe pensyarah penasihat, ada sahaja pembetulan yang aku kena buat. Aku mua merenung, ini baru tapisan dari manusia, bagaimana pula dengan tapisan dari Allah  pula. dosa dosa yang aku lakukan, secara sengaja ataupun tidak sengaja.

biar apa pun yg terjadi, gigihkan usaha kalin untuk siapkan tugasan ini. ini merupakan medan tarbiyah buat kalian agar kalian lebih bersabar dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam kehidupan.bermula dari mencari tajuk untuk projek ini, sehinggalah menghantarnya. setiap padanya ade kisah yang tersirat, harus kita cungkilkan menjadi sebagai panduan dan pedoman bersama.

pengurusan waktu dan mengurus dalam merencanakan setiap jurnal yang kita downloadkan semestinya dititikberatkan. hal ini akan memudahkan dah akan menyenangkan kita nanti. jika semua ini diambil sambil lewa, insyaallah, menghadapi sedikit kekalutan terhadap apa yang kita tuliskan.

Syukur kepadaMu, sekarang aku sudah tamatkan semua itu dengan rasa gembira. kenapa pulak tidak, kawan aku ambil aku punya tajuk sebagai proposal dia untuk buat master. selepas, aku bincangan dengan dia, sedikit perubahan dari tajuk aku. biar apa pun, aku turut rasa gembira.




kumpulan B
terima kasih atasa jasa baik lain yang banyak membantu aku dalam menyiapkan thesis yang menjadi tugasan kepad kita semua.

ismaryzalismail
21 sept 2012


04 September, 2012

raya 2012~

 bismillahirrahmanirrahim

hari ini aku ingin kongsikan beberapa gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang raya aidilfitri lepas. moga-moga kenangan akan kekal terpaut dilembaran ini~

semasa majlis raya mahasiswa kelantan 2012

rumah muhammad abdullah

walimah abg zaim (dua dari kiri)







raya di rumah presiden PMI~ munzir musa

sahabt-sahabat yg turut memeriahkan

semasa majlis pertunangan sepupu~




ismaryzalismail
4/9/2012

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana