27 March, 2013

suka duka bersahabat

bismillahirrahmanirrahim

dikala kesunyian, hati perlukan teman bual bicara. saat kita memulakan persahabatan, kenallah dengan sebaiknya. dalami isi hatinya. banyakkan mengalah serta berbaik sangka. ini kerana serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada dan bersangka baik. jika deua-dua pihak mengawalkan ini semua, maka tiadalah salah faham dan terasa hati. akan tetapi, jika difikirkan semula, itu adalah asam garam dalam hidup. marah, suka, duka, senyum, keserabutan dan sebagainya. ini akan mengajar kita akan lebih matang dengan kehidupan.




Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku

teman yang baik adalah teman yang akan bersama ketika mana kedukaan menyapa diri. bukan yang  lari ketika itu. saat kita mengayun tangan ke depan, saat itulah ade yang sambut dengan nasihat, teguran, kata-kata semangat. bukan yang menggalakkan kita lagi ke lembah kehancuran.

Selama ini
kumencari -cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

kita diseru untuk mendoakan sahabat-sahabat yang perlukan bantuan. ulamak mengsyorkan, kita berdoa, tanpa sahabat kita ketahui isi doa kita. itu lebih afdal dan lebih baik. 

Terasa rindu bila berjauhan, rindu ingin bergerak kerja bersama-sama. nasihat dan menasihati. usah kita perkecilkan salah laku sahabt, raikan apa yang mereka lakukan. tegur kita keterlaluan. cuma, kadang-kadang, emosi ini akan terganggu, tidak dapat terima apa yang telah di lakukan. Nabi mengajar untuk DIAM. kerana itu jalan yang terbaik. jika marah, akan melarat. beristigfhar. dan berselawat. mohon dilembutkan hati, menerima apa yang dilakukan. sungguh, praktikal memang susah. ini hanya teori. namun, bila belajar sedikit demi sedikit, insyaAllah, sudah terbiasa. membalas cercaan dengan senyuman. begitu banyak  kisah yang dibentangkan dalam Alquran dan sirah-sirah nabi serta sahabat. cari dan pelajarilah.

seperti mana tangan yang menulis ini, tidak terlepas dari kesalahan yang membuatkan hati teman terjentik dengan kata-kata. maafkan aku. mungkin tidak aku sedar. kamu semualh sebagai pelengkap dalam membina sebuah masyarakat yang di rahmati Allah. insyaAllah.

27 mac 2013
ismarizalismail



05 March, 2013

ujian kehidupan~

bismillahirrahmanirrahim

ujian yang datang tanpa undangan dari kita serta tanpa kad jemputan. ujian ini dihulurkan kepada hambaNYA bukan saja-saja....tetapi, ujian ini untuk mengangakat darjat sesorang itu ke tempat yang lebih baik....jika dimbilkan contoh, ujian dalam peperiksaan, andai lulus dan mendapat keputusan yang cemerlang, maka tahap keilmuan kita adalah cemerlang.


aku memetik kata dari ustaz pahrol mohd juoi

Saya cuba memujuk hati dengan berkata, “ketika Allah menguji kita dengan apa yang kita sering dakwahkan kepada orang lain, itu petanda Allah mengingatkan kita ketika kita mengingatkan orang lain.” Agar kita tidak memperkatakan apa yang tidak amalkan…


betul...
Allah juga berfirman dalam surah assaff, ayat 3 dan 4


dikala aku menulis ini juga akan diuji, mungkin bukan sekarang, Allah akan tetapkan bila dan dimana. semoga ujian itu dapat aku tempuhi.InsyaALLAH...

ujian yang datang, akan membawa kesan terhadap diri mahupun orang disekeliling. baik ataupun sebaliknya, bersandarkan cara apa kita gunakan untuk tempis ujian itu. jika baik, alhamdulillah. namun, jika sebaliknya, bermuhasabahlah.

perasaan murung dan bersedih hati, pasti akan terbina dari setiap ujian yang datang. walaupun ujian kesenangan yang datang.

“Bila Allah beri kita kaya, belum bererti Allah memuliakan kita… Allah baru menguji kita. Begitu juga apabila Allah berikan kemiskinan buat kita… itu bukan menunjukkan Allah sedang menghina kita tetapi sebaliknya Allah sedang menguji kita. Bukan itu sahaja, apabila Allah kurniakan kuasa, menarik kuasa, rupa yang cantik, rupa yang buruk, ternama atau biasa-biasa sahaja, semuanya ujian untuk kita.”
 hidup di dunia untuk diuji. Kita akan tenang, berjaya dan bahagia selagi Allah ada di hati kita. Ingat, ‘all is well’, kerana semuanya dari Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Bila diuji, jangan katakan.” ya Allah, ujian-Mu sangat besar. Tetapi katakan, wahai ujian, aku ada Allah yang Maha besa


jangan mudah berputus asa, jika ujian datang menyapamu..bilamana rasa tidak kuat, carilah sahabat yang boleh memberi kata-kata semangat dan rangsangan kepada kita. itu lah pentingnya bersahabt kerana tidak mungkin kita hidup keseorangan. ingatlah, Allah tidak akn menguji kita diluar batasan kita. ujian yang turun hanyalah dalam lingkungan kemampuan kita.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim)
aku petik bait-bait lagu dari panji keadilan...


Bersama mengubah harapan
Ayuh menuju kejayaan
Sekuntum bunga berguguran
Tumbuh sejuta pahlawan

tiada alasan untuk kita mundurkan diri. ujian kehidupan sememangnya datang dan pergi tanpa diundang. insyaAllah, kamu sememangnya kuat untuk menghadapinya.aku yakin.  teringat aku tentang satu pesanan sesama matrikulasi dulu, "kebal asasnya yakin"..apa pun yang kita mahukan, insyaAllah yakinlah, pasti akan ade caranya dan akan sampai ke matlamatnya.



ismaryzalismail || 5 mac 2013


02 March, 2013

wanita

bismillahirahmanirahim

hari ini aku ingin berbermbang mengenai perit dan jerit wanita yang menjadi pendamping kita setiap masa dikala senang mahupun susah. ayunan dari tangan yang lembut inilah membawa kita kearah matlamat kehidupan.



Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita

Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup



Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu



Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita



Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus



Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita






ismaryzalismail
2mac2013


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana