28 February, 2012

sendirian


bismillahirrahmanirrahim



jangan kamu bersedih, Allah sentiasa berada disisi kita
biarpun dirimu ditinggalkan
menilai peribadi diri salah satu tujuan menyepikan diri dari
kesibukan duniawi, agar menghitung apa yang telah dilakukan sebelum ini dan menghitung apa yang bakal akan dilakukan, agar selaras dengan Al-Quran dan assunah, insyallah~
you not walk alone

ismaryzalismail
28 febuary 2012
 

 

23 February, 2012

cuti pengikat kasih


bismillahirrahmanirrahim

hampir seminggu semester baru dibuka.begitu berat juga untuk membiasakan diri setelah lama tidak diikat dengan tanggungjawab sebagai MAHASISWA. sebulan lebih, assignment, test, quiz dan lain-lain di tinggalkan tanpa diusik apa-apa.

kali ini sudah masuk tiga kali aku ingin menulis untuk semester baru. tetapi, emmm...semuanya separuh jalan. tidak mengapalah, insyaallah kali ini aku akan berusaha untuk post juga apa yang aku bicarakan ini sebagai satu perkongsian buat semua teman.

rasa kasih dan sayang memang tidak dapat dipisahkan.setelah aku memanjangkan langkah ke utara aku dan aku pulang ke selatan, tibalah masa untuk pulang ke ganggang, dipangkuan keluarga.bersinambungan dari entri yang lalu, musafir kasih, aku ingin kongsikan perjalanan aku sepanjang di pangguan keluarga. tiada apa yang istimewa, namun bagi aku, cukuplan untuk melepaskan rindu pada keluarga setelah sekian lama tidak pulang. ustazah aku ade pesan, salah atu perkara yang boleh mendamaikan hati dan pemikiran adalh melihat wajah ibu bapa kita secara live.

Alhamdullilah, aku selamat sampai di bumi serambi Mekah pada 2 Febuari 2012.Mungkin sudah kelewatan dari orang lain yang sudah lama berada di kampung masing-masing.tapi tidak mengapa. insyaallah akan aku berusaha melayan segala kerenah dan luahkan kasih dan sayang bersama mereka, cetus hati aku pada mula-mula sampai di hentian Melor, kelantan.

kebetulan kali ini, rumah aku akan mengadakan kenduri maulid nabi. sudah sekian lama, majlis ini tidak diadakan, kira-kira kau mungkin dalam sudah lima tahun. sebelum ini, hanya diadakan dimasjid topup dengan orang-orang lain. Kali ini, abah aku ingin buat majlis dirumah, juga disertakan solat hajat bagi adik aku yang kedua, kerna dia akan sambung belajar ke UUM. majlis akn dilakukan pada hari jumaat,10/2/12, selepas solat jumaat.

persiapan sudah dilakukan beberapa hari sebelumnya. rumah dikemaskan. barang-barang pekakas unutk memasak di basuh dan di pinjam dengan orang lain. percaturan dilakukan sebaiknya. aku dan adik-adik hanya mengikut arahan pengarah dan juga timbalan pengarah. buat itu, buat ini. makcik aku, turut menyumbang dua ekor kambing untuk majlis tersebut. tidak ketinggalan juga beberapa orang jiran aku menghulurkan bantuan, sebagai backup serta sebagai tambahan.
menu pada untuk majlis itu, asam pedas ikan patin(untuk hidangan tok iman sahaja), gulai kambing dengan buah ara, gulai kicap daging lembu, percik ayam, kerabu sarang dengan duah betik, buah limau, agar-agar. sepatutnya ketupat palas dan tapai pulut turut diserikan, tetapi ade masalah teknikal, tidak dapat disediakan.tidak mengapa, apa yang ade sudah memadai.




malam jumaat, kelapa di colek, daging kambing dimatikan awas tidak ketinggalan bawang-bawang dikupas dan ada yang dikisar. pagi jumaat, semua rakyat di rumah aku, dikerah bangun awal,dan tidak dibenarkan tidur selepas solat subuh. dari aku hinggalah yang paling kecil.aturan AJK disusun, dan dikerahkan untuk mulakan tugasan. sudah lama tidak aku melihat gotong royong seperti ini, lali terakhir aku lihat semasa pernikahan jiran aku, dua tahun lalu.riuh-rendah mengisi segenap ruang. orang ini mintak ni, orang tu mintak tu.orang yang berada didalam rumah denga kerja mereka, orang yang berada diluar ruamh degnan kerja mereka.aku mengisi kekosongan diluar rumah. menghiris daging-daging kepada saiz yang lebih kecil dan nipis.satu demi satu kerja yang dilakukan.
kira-kira 12.00 tengah hari hampir semua siap dimasak.hanya tinggal cerpisan-cerpisan sebagai nilai tambah untukmenjadi penyeri majlis ini.


majlis dimulakan dengan solat hajat, selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw, last sekali menjamu selera. Alhamdulillah semuanya selamat dijalankan.ruang tamu tidak dapat menampung kehadiran yang dijemput.ade diantara mereka perludibekalkan kerusi dihalaman rumah.tidak mengapa, perkara sebegini sudah diduga, walaupun hari dan waktu itu ada dua tiga rumah juga yang turut mengadakan majlis sebegini.walaupun begitu, aku tetap berpuas hati.
apa yang mencuitkan hati kami adalah, ade tetamu yang datang bertanyakan kami adik aku, "mana, nak tengok orang rumah(isteri)",dengan selamba dia menjawab, "ade kat dapur." ade dari kalangan tetamu yang memikirkan ini majlis bertunang.buat gelak je soalan begitu.




begitualah majlis maulid berlansung.ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menguruskan majlis ini.

selang beberapa hari, aku, harus pulang ke UTM, bagi menamatkan pengajian aku.Insyaallah, sama-kita berdoa, agar semester kali ini akan mendapat kebaikan dan dimudahkan urusan-urusannya.
 sekadar itu sahaja, perkongsian aku buat kali ini.

ismaryzalismail
23-02-2012


01 February, 2012

berehat~

bismillahirrahmanirrahim


balik kampung,
menghirup udara segar, menyucikan mata dengan hijaun dedaunan,
selamat tingal UTM bumi barakah,
kita jumpe lagi sekian waktu nanti..insyaallah.....

ismaryzalismail
1 febuary 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana