28 January, 2011

fesyen itu

.

yang mana satu menjadi fesyen pilihan antuna semua


.









tiada apa nak diulaskan.....

tengok, fikir...bertindak

27 January, 2011

hebatnya si dia

Itulah dia.. Wanita

Hebatnya wanita tiada tandingan. Jika dibandingkan dengan lelaki, wanitalah lemah. Namun, hebatnya wanita dapt di serlahkan semasa mengandungkan anaknya. Mari kita bayangkan 9 bulan 10 hari. Membawa ke hulu ke hilir, tanggungannya. Bukannya boleh main pass pass..pagi si ibu bawa malam pulasiayah yang membawanya. Tanggungan ini hanya untuk wanita.

Allah SWT berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"

kelembutan, kemanisan dan kemesraan kasih sayang tidak dapat ditandingan oleh sang ayah. Allah menganugerahkanya mutiara ini dan menjadi fitrah setiap mereka yang terpahat dalam dirinya. kepriabadiaan mereka seperti kebuah kebun dihisai dengan kuntuman-kuntuman bunga yang mekar dan keharumannya menyusuk kalbu.


"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikandiantara kamu rasa kasih dan sayang. sunguh, pada yang dmikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang terfikir." Ar-Ruum~21


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Engkaulah wanita istimewa

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

[DeHearty]
[Wanita]


bilamana wanita menjadi derhaka.. pasti dunia lelaki akan menjadi hu hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, Tapi binalah kekuatan atas ketaqwaan dan keimanan serta kepimpinan. Pimpinlah mereka menuju mardhatillah.
Namun, jinakkanlah dirimu dahulu, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu. jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az-Zahra, seandainya diri kita tidak sehebat saidina Ali.

26 January, 2011

kenangan bersama MAI 07


Tanggal 13 febuari 2008, merupakan perasmian Minggu Aspirasi Islam (MAI). Pelbagai strategi diatur untuk melicinkan perjalanan majlis tersebut. Aku dapat rasakan kehangatannya.Hingga sekarang masih terbawa-bawa dalam mimpi.Teringat masa itu, Muhammad Abdullah, pengarah MAI, berucap tanpa menggunakan sebarang teks. Aku kagum dengannya.Suatu anugerah yang sangat bernilai. Kami telah berjanji dan sepakat untuk mencipta sejarah pada tahun tersebut.

Kenangan demi kenangan kami kutip, dan simpan dalam bentuk gambar dan jugak video, semua ini untuk mengeratkan ukhwah antara kami.

Kepada sahabat-sahabat semua bilakah kita akan bertemu lagi.

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”




penulis bersama ajk MAI


penyunting video + pendesign baju MAI ~ adhwa



persiapan malam penutup ~ kul 3 pagi

Kumpulan Rabbani yang diketua Allahyarham ustaz Asri, membuat persembahan di malam penutup.Memang gempaq.Mantop.


persembahan kumpulan Rabbani


bersama penasihat MAI~ en mahfuz ngan ustaz ...( xingat nama gapo)


saiful rahman ~ pengerusi kerohanian kmpp



muhammad abdullah pengarah MAI




ustazah latifah



Alimie dan syed adib~ s/u dan bendahari surau

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan kita, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah kita atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


betullah ade yang mengatakan, jika kita ingin melihat sikap seseoirang itu, kita tengk dahulu siapa yang dia berkawan. Ini merupakan penentu, sejauh mana kelakuan kita terhadap masyarakat.Jika kawan kit seperti penjual wangian itu, maka baik lah untuk dirinya,Namun tetapi, kita petukang besi itu kawan kita,...fikirlah sendiri.Ade juga yang mengatakan, jika aku tidak berkawan dengan petukang besi, siapa nk berkawan dengan dia.Mana lah tahu, dia kan beerubah sedikit demi sedikit.Ya betul. Kita persipkan diri kita sebaiknya.Barulah kita dapat menghilangkan bau busuk itu.

Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”

kepada teman-teman, berdoalah kepada sahabatmu.

Mahligai Kasih - antara mimpi terindah

sinar kehidupan

Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian



Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan


Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati


Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu
Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan


Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati
Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia..
Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

~Unic
~Mahligai Kasih

Hari ini aku postkan sebuah lagu. lagu ini merupakan antara mimpi setiap insan yang akan menempuh kehidupan perkahwinan. Tidak dinafikan, begitu juga aku. Namun, sejauh mana, amalan dan usaha kita untuk mendapatkan semua ini. tepuk dada, tanyalah iman kita. Ayuh syabab, mari kita bergembeling tenaga menuju keredhaan Allah bersama teman hidup kita.


calon dihati

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah ia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah ia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan


Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah ia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah ia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan


THE ZIKR
ISTERI SOLEHAH

Penaman kita juga, kta mahukan yang terbaik. Paling sesuai bagi kita. Sesuai dari semua aspek. Tidak perlu dijelaskan lagi. Sama seperti lirik di atas.


24 January, 2011

kekasihku tidak sedarkan diri 2

Minggu lepas sudah genap 4 minggu kekasih aku koma tidak sedarkan diri. Aku gagal untuk mngubatinya. Dia dia biarkan terlantar di katil pesakit, tanpa sebarang kunjungan seorang pun.Sudah la sakit, ditambah pula moral down. Minggu lepas dia sudah jalani pembedahan. Jantungnya dikeluarkan, dibersihkan. Nmun masih tidak dapat selamatkannya.
Kenangan aku bersamanya, semuanya tersimpan baik. Jauh dfi sudut hati ini untuk mencari pengganti. Tiap hari dia mendesak aku, untuk mencari pengganti. Katanya sudah tiba masanya aku mencari penganti.

Hari ini dia sudahku ganti.Usianya lebih muda.Masih tidak mengenali apa erti kehidupan lagi. Dulu compaq sekarang acer. Aku terpaksa menggantikannya. Insyaallah aku akan merawatnya. Selagi mana boleh dirawat, aku tetap kan merawatnya.

lelaki dayus_copy

Entri hari ini aku copy kat blog kawan aku...aku tersentuh untuk berkongsi dengan kalian. Mungkin aku lelaki dan bakal suami serta sebagai ayah.

Fiest'U. Festival Keusahawanan Mahasiswa. Gerai kami berhadapan dengan gerai Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia yang menawarkan perkhidamatan urutan refleksologi. Seminggu berniaga, seminggu juga lah berhadapan dengan gerai mereka.

Kagum dengan mereka yang mengurut dari pagi hingga ke malam. 'Tak lenguh tangan ke?' Saya kurang pasti berapa yang perlu dibayar untuk setiap perkhidmatan urutan. Yang pasti, terdapat perkhidmatan refleksologi kaki sahaja dan juga urutan seluruh badan.

Cumanya ada suatu perkara yang membuatkan saya dan rakan-rakan yang menjaga gerai tidak senang duduk dan sakit mata. Orang kampung kata 'eyesore'. Menyaksikan lelaki-lelaki dayus.

Pernyataan sensitif mungkin. Dayus. Maaf jika bahasa agak kasar, tetapi bukan saya yang kata, Rasulullah yang kata.


ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي


Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )


Siapa mereka yang dayus ini? Mereka inilah lelaki-lelaki yang membenarkan isteri mereka, ibu mereka dan saudara perempuan mereka diurut oleh lelaki lain. Apa ingat orang buta itu tidak bernafsu dan berperasaan? Mereka juga berkahwin dan berumah tangga. Yang membenarkan kaki diurut itu satu perkara, lagi teruknya adalah yang membenarkan diurut seluruh badan.


ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .


Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" (Riwayat Ahmad )



BILA LELAKI MENJADI DAYUS? (dipetik dari zaharuddin.net)

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki rancangan realiti telivision dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan dan aurat kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

..dan banyak lagi.

Semoga lelaki-lelaki yang membaca entri ini menjaga wanita-wanita mahram di dalam hidup anda. Semoga wanita-wanita yang membaca entri ini menjaga diri dan tidak menyebabkan suami, abang, adik lelaki, ayah dan saudara lelaki anda menjadi dayus.

semoga entri kali ini dapat membuka mata tentang pengertian perkataan dayus kepada kita.Moga-moga kita tidak akan terjerumus kedalam gaung ini.Istiqamah dan petunjuk dari Ilahi dipohon.

o/s anda semua blh rujuk disini-http://kinaizzati.blogspot.com

23 January, 2011

ISLAM diperkotak-katikkan

Align CenterISLAM..PERLU DIJULANG

Semalam aku terbaca satu sidang blog..penulis tersebut ngantakan Islam dihina...terkejut dan teruja unutk mengetahui. Siapakah yang sanggup meletakkan Islam hingga di tahap tu. Adakah muslim ataupun non-muslim. Setelah aku membaca blog tersebut, rupa-rupanya orang islam sendiri memperkotak-katikan islam. Tidak hairan lah klu non muslim menghina ISLAM, klu penganutnya sendiri sanggup berbuat demikian. Terdetik dihati aku, mereka ni seder ataupun tidak apa yang mereka katakan itu. Ataupun, mereka sedar tapi mereka tidak tahu, bilamana berkata begitu, merupkan penghinaan.

Allah ada berfirman dalam surah Al-An'aam, ayat 32, bermaksud:

"dan tiadalah kehidupan dunia itu selain dari main-main dan gurau senda sahaja dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.Tidakkah kamu memahaminya."

Marilah kita muhasabah diri kita, apa yang kita ungkapkan tiap hari itu betul atau pun merosakakn kesucian ISLAM.Ungkapan yang terpapar di dada akhbar dan media elektronik adalah dari pimpimnan negara kita.Beginakah icon yang perlu kita julang. Tidakkah mereka takutkan azab Allah Marilah kita bernaung dibawah kepimpinan ulamak.

"sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-NYA hanyalah ulamak"
(surah Faathir:28)







21 January, 2011

berukhuwah hingga ke syurga


UKHUWAH????
Banyak orang bercakap tentang ukhuwah.Namun ape kah ertinya..



dihujungnya aku sertakan serangkai kasih
buat teman pembekal di waktu duka
kasih dan sayang di cantumkan
terbina lah ukhwah
seiringnya ada syariat Islam

"bandingan antara muslim dan muslim lain samalah seperti binaan yang tersusuan kukuh, sebagaiannya memperkuatkan yang lain".(hadis riwayat bukhari dan muslim)

Jika dilihat dalam hadis diatas, jelas menunjukkan bahawasanya, kita memerlukan muslim lain. Dengan kata lain, kita tidak boleh hidup keseorangan.

“Serendah-rendah ukhuwah ialah SALAMATUS SODR (bersangka baik), setinggi-tinggi ukhuwah adalah AL-ITSAR…”



bilamana jiwa kita bergelora, dilanda ombak masalah, maka sahabat lah tempat kita bergantung, selepas Allah. ketikamana kita berjauhan dengan family. Dialah tempat kita berkongsi duka dan lara, pahit dan juga kegembiraan kita.Bersahabat kerana Allah begitu manis.Lebih manis dari madu.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah di antara keduanya dan bertaqwalah kepada Allah moga-moga kamu beroleh rahmat”

Ukhuwah berlandaskan Iman dan taqwa, akan berkekalan hingga keakhirat dan membawa kesyurga.

“Barangsiapa yang mencintai saudaranya, hendaklah ia zahirkan dengan mengatakan ana uhibbuka fillah (saya cintakan kamu kerana Allah).”

namuam sejauhmana kita menghargai sahabat kita, yang selama ini bersama kita.berpaka kita ucapkan terima kasih padanya.berapa kali kita senyum terhadap sahabat.

berukhuwah hingga ke syurga.



p/s: gamabar ni aku copy dari blog org lain...maah xingt nak ambik link...

19 January, 2011

sedikit sahaja..

salam perjuanagan.
kepada semua pembaca setia ruangan ini, aku ucapkan semoga success selalu. Disampaing senantisa dipelihara dari segala fitnah duniawi.
Marilah kita sentiasa berdoa. Doa mrupakan senjata orang mukmin.Marilah kita memanjatkan segala nya ke ALLAH, supaya dipermudahkan urusan kita dan tidak gugur dipertengahan jalan.

Seiring dengan itu, kita seharusnya berserah kepadaNYA, setelah kita berusaha dan berdoa.bermujahadahlah selagi kita mampu.

kuatkanlah diri ini....

18 January, 2011

lelaki idaman wanita

Salam Ukhwah..sudah lama aku tidak mencorakkan sesuatu di ruangan putih ini. Mungkin juga kengkangan masa yang aku ada tidak mengizinkan aku untuk aku mencorakannya.Disini aku ingin berkongsi sedikit.Perkongsiaan ini khasnya untuk si Lelaki yang bekal bergelar sisuami.Si perempuan juga boleh juga menjadikan ini sebagai pedoman dan juga petunjuk untuk memilih si peneman hidup. Ini bukannya aku yang menulisnya.Aku terjumpa didalam hardisk aku. mungkin ini diambil dari i luv islam. terima kasih buat si penulis.

Lelaki idaman wanita adalah seorang lelaki yang beriman,
Hatinya yang disalut rasa taqwa kepada Allah,
Jiwanya penuh penghayatan kepada Allah,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga dengan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan
orang-orang yang berjuang dijalan Allah

Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang menghormati kedua ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri & anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia,
Baginya ia adalah rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idaman wanita sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Lelaki idaman wanita tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangun subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Lelaki idaman wanita sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang tidak pesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dia ingin membawa wanita bersama,
Dialah lelaki idaman setiap wanita.

kepada si lelaki yang bernama suami dan juga bakal suami, sahut la cabaran ini. Mari kita berlumba-lumba untuk menjadi lelaki idaman wanita. kepada si wanita jangan lah terlalu memilih. ingatlah lelaki yang balik untuk perempuan yang baik. Tidak salah untuk terlalu memilah. Tapi bersederhana lah.Mungkin itu lebih baik untuk kita.

13 January, 2011

ORANGE EVERYWERE


HARI OREN SEUTM...DIMANA - MANA HANYA OREN..LUASKAN PENGUASAN OREN DI BUMI UTM






















06 January, 2011

kekasih aku tidaksedarkan diri

assalamualaikum...

mungkin aku tidak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat tahun baru untuk semua. Entri kali ini mungkin agak lewat dipublishkan.mungkin sudah ada yg ternanti-nanti tulisan aku. Aku rasa tulisan ini bukan lah ape, tiada istimewanya. Mungkin aku tidak dapt melihat kemanisan tulisan ini sehingga hampir 60 orang yang follow aku. Terima kasih aku ucapkan pada mereka.

Kita tinggalkan sekejap hal ini. Aku ingin berkongsi dengan semua, suatu hal yang begitu serius, bagi aku. Hal ini sudah menjadi igauan kepada aku dan juga ad sesetengah orang lain. Hati ini menjadi gundah gelana. bak kata orang, tidur tidak lena, mandi tidak basah, makan tidak kenyang. Baru-baru ini sidia jatuh sakit, namun sehingga sekarang masih tenat. aku sudah hilang akal untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Ribuan ringgit, bagaimanakah aku akan selesaikannya, Kos ini bukannya murah, klulah Ummi aku tahu,mungkin dia akan melenting.Bukannya aku tidak sayangkannya,dialah tempat aku meluahkan segala kepedihan dan kegembiraan aku selama ini, selama aku diperantauan. Begitu mendalam aku membelainya, bila dia panas aku kipaskan, bila dia sejuk aku selimutkannya. Sehinggakan setitik air hujan pun tidak ku rela kena atasnya. Bagaimana aku mebuatnya seperti sediakala.Buntu. semua kerja aku tidak dapat diteruskan, asyik memikirkannya.

Jauh disudut hati ini untuk mencari pengganti. Aku bukannya baru kenal dia,sudah hampir dua tahun aku berkenalan dengan dia. Dia banyak mengajar aku.Semua apa yang berlaku, dia sering menjadi rujukan aku.Aku tahu, mungkin dia sudah tidak serasi dengan aku.Namun, aku berdoa, agar dia akan tetap bersama aku, sehingga selamanya. Apa yang aku tahu, dia menghadapi sakit dalaman, sehinggakan dia diperlukan mengadakan pembedahan. Itu tidak menjadi masalah, masalah sekarang dari mana aku akan dapatkan perbelanjaan. Yang menyedihkan lagi, organ dalamannya perlu ditukar.

Semoga aku diberi kekuatan untuk menjalani hidup ini, jika dia ditakdirkan meninggalkan aku. Aku pasrah dan reda, atas ketentuan Ilahi, insyallah. Mungkinini semua adalah dugaan yang disandarkan keatas aku. Semoga doa kalin akan membantu aku, walaupun sebesar zarah. Aku menghargai. terima kasih kerana sudi membaca celoteh kali ini.
Jika ada nasihat untuk aku selepas ini, boleh la terus hanter ke ruangan comment.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana