31 October, 2011

ukhwah itu manis

bismillahirrahmanirrahim

Sudah usang untuk membahas tentang teori ukhuwah…
Karena hampir semua orang sudah
tahu apa itu rukun ukhuwah :
Taaruf…
Tafahum…

Takaful…

Level terendahnya berlapang dada dan
puncaknya adalah itsar

namun, itu semua hanya retorik..
Teori hanyalah teori
Sebagus apapun teorinya,
tanpa implementasi…

teori hanya menjadi kata-kata kosong tanpa makna…

Saat hati sudah tak lagi bersatu dengan ikatan iman,
lenyaplah ukhuwah yang terbina bertahun lamanya.
Masa-masa bersama dalam
keletihan menjalani perjuangan di jalan da’wah…

Masa-masa bersama dalam tangis, tawa, kebingungan, keceriaan…

Saat kita membina diri kita dalam kesulitan-kesulitan yang kita hadapi…
Seperti berlalu begitu saja dihempas ambisi pribadi
Aku tak menyalahkan siapa pun…
Saat ku ditanya tentang kabar seorang
saudariku yang kian hari kian berubah,
aku hanya bisa terdiam
Aku sadar aku berinvestasi dalam kasus ini
Untuk kesekian kalinya aku telah menanam
benih
kesalahan yang berkepanjangan
Ya ALLAH…

Semoga Kau mengampuni ku

Sudah berapa lama aku tak mendoakan saudari-saudariku?

Sudah berapa rabithah yang aku lewati tanpa kuingat wajah-wajah saudariku?

Sudah berapa bulon kupendam kesempitan dada akan saudari-saudariku?

Ah… sesungguhnya aku tak pantas disebut orang shalih!
apalagi disebut orang beriman!

Betapa inginnya aku kembali membuka
perbincangan
yang hangat dengan saudariku seperti dulu…
Aku berharap aku bisa menjadi seseorang yang berharga di matanya…
karena aku menunjukkannya jalan yang lurus (kembali)

Seperti yang pernah kita jalani dulu…
Kita memang tak pernah mengikat janji untuk suatu apapun.
Tapi kau saudariku yang harus kuajak untuk
kembali mereguk
manisnya iman diantara peluh dan darah yang kita korbankan untuk Tuhan kita.
Aku sangat terkesan dengan nasyid ini…
Nasyid yang kita lantunkan saat kita sama-sama masih lucu…
baru berjilbab dan mulai mencari kebenaran.
Dan kita temukan kebenaran itu di sebuah komunitas da’wah.



28 October, 2011

ngeteh dining hari

bismillahirrahmanirrahim

Petang tadi, seorang sahabat mngajak aku untuk makan malam, aku melihat kelibat adik-adik yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam universiti dilamun ujian percintaan.Alhamdulillah, ujian seperti ini tidak aku terima, moga-moga dijauhkan.Sememangnya perasaan cinta itu adalah fikrah.Namun, bagaimana kita mengurusnya, agar peraaasn ini disalurkan pada tempat dan waktu yang sepatutnya.Mungkin ketegasan seorang bapa pada bab-bab couple ini, membuatkan aku tidak tergolong dalam hal sebegini.Walaupun ada sekali dua aku ingin mencubanya.Perkara ini sudah lama berlalu, pada tahap pemikiran sekolah menengah.Aku bersyukur, sehingga kini aku dikelilingi dengan teman-teman yang sentiasa memberi peringatan akan hal yang sepatutnya di utamakan.

Naqib aku pernah berkata, kita yang bernama student, akan dilontarkan dua ujian. Pertamanya adalah masalah akademik dan yang keduanya adalah wanita.Jika kedua-dua ini kita tidak dapat kuasai maka musnahlah masa muda kita.Kenapa, bila ditanya.
Kedua-dua perkara ini berkaitan rapat kepada student.
Mari kita renungi, kedua-dua perkara ini,tengok sekeliling sahabat kita yang dibuai lamunan percintaan, kata mereka, dalam belajar ini, perlu ade penyokong ataupun penguat semangat, jadi jika seseorang itu ade peneman, masalah dapat diluahkan, hati merasa lega.
Ini adalah satu kesilapan, mengapa kita tidak mengadu pada yang sepatutnya.Allah s.w.t tempat yang paling sesuai untuk kita mengadu, tempat kita meluahkan perasaan, tempat untuk kita meminta penguat semangat.

Ada satu lagu dulu-dulu, liriknya berkaitan tentang masa muda, katanya masa muda, adalah masa berapi-api.Memang betul, masa inilah, pantang ditegur, terus dibalasnya.

Ingatlah adik-adikku, disini kita hanya sementara sahaja, 4 tahun, pejam celik-pejam celik, sudah pun habis.Manfaatkanlah masa yang ada sebaiknya.Tepuk dada tanyalah IMAN.


Urusan belum selesai

bismillahirrahmanirrahim

Minggu ini kesibukan melanda aku.Allah menganugerahkan satu ujian untuk aku tentang kesibukan.Ada pun juga, diri ini rasa kesunyian.Entah.no komen.

Tiba-tiba aku teringat lagu dulu, yang ade di dendangkan oleh m.nasir dan juga al jawaheer berjudul perjalanan.Ade makna disebalik lagu ini.Insyaallah.

Urusanku belum selesai selagi
Belum ku temui sinarnya
Hendaknya dalam perjalanan ini
Kau bekalkan ku Al-Fatehah


Dengarlah suara memanggil
Bagai bersenandung
Sedarlah perjalanan ini hampir tamat
Sampaikan hasratku pada mereka
Yang soleh
Oh teman
Katakan ku ingin bersama mereka
memohon keredhaannya



24 October, 2011

sebarkan cintaMu

bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah hari ini aku diberi sesaat kesempatan untuk berkongsi secebis kegembiraan.Disini aku ingin kongsikan sebuah mutiara yang ditulis oleh penulios erkenal, Fatimah Syarha Mohd Noordin~sebarkan cinta-Mu.

biar pun baru satu bab aku membacanya, sudah cukup aura kesumat dari buku ini menghantui jiwaku untuk terus mebacanya.Tidak bisa untuk aku mengulas lebih lanjut perihal buku ini.Namun, buku ini merupakan lembaran baru untuk kita terus beristiqamah dalam perjuangan.Disampingan kasihnya seorang wanita yang bergelar anak, isteri dan juga ibu.
kepada sesiapa yang belum memilikinya, jom dapatkan di pasaran yang terdekat.




17 October, 2011

gambar berbicara

bismillahirrahmanirrahim



mohonlah keampunan, selagi mana nyawa dikandung badan~


14 October, 2011

baitul muslim..tahukah kita

bismillahirrahmanirrahim

hari ini aku ingin kongsikan tentang masa depan, iaitu baitumuslim.
kredit buat Umi mona, atas perkongsian ini.

Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim’?

Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya lah. Pernah dengar?

Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni.

Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yang diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yang mengajar kita cara-cara memilih pasangan dengan baik. Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dengan betul. Saya yakin, ramai yang beranggapan seperti saya.

Tapi, bila saya membesar, rupanya anggapan saya itu silap.

Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yang satu lelaki dan yang satu lagi perempuan. Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan. Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga-tangga ke arah pembinaan ummah yang diredhai ALLAH sebenarnya.

Masyarakat itu, terbentuk dari keluarga, keluarga itu terbentuk dari individu.

Sebab itu, Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yang betul. Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai ALLAH, keperluan mencari isteri@suami yang diredhai ALLAH, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan ALLAH, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat.

Dan semua itu, bukan bermula dari kita hendak mencari pasangan. Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan. Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.

Hal ini, saya sedari ketika Cikgu Azmi Bahari, seorang guru di MATRI berkongsi pandangan berkenaan hal Baitul Muslim ini.

“ Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar”

Ya. Sebab, Baitul Muslim bukannya fasal nak kahwin dengan siapa, nak kahwin macam mana. Baitul Muslim hakikatnya adalah projek hendak membina ummah. Maka, hendak membina ummah ini, perlu kita mulakan dengan diri sendiri.

Sebab itu, hal ini bukan untuk kita fikir ketika hampir kahwin. Kita perlu fikir semenjak kita remaja lagi.

Tapi ramai salah anggap. Mereka kata, mereka tidak mahu berfikir akan hal pembinaan keluarga ini kerana mereka tidak mahu masuk campur hal cintan cintun semasa belajar. Sebenarnya, anggapan bahawa Baitul Muslim adalah konsep cintan cintun adalah anggapan yang tertolak. Baitul Muslim, adalah konsep pembinaan ummah. Berfikir berkenaannya, bukanlah kita berfikir kita hendak kahwin dengan siapa, tetapi kita berfikir bagaimana kita hendak membinanya bermula dengan diri kita.

Kita perlu mulakan dengan diri kita sebenarnya. Keluarga yang diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dengan usaha suami sahaja atau isteri sahaja. Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dengan membina diri kita.

Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kepada pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kepada pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita untuk membina dan memperbaiki diri sedari hari ini.

Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak dan sebagainya, sudah perlu kita fikirkan. Adakah kita mampu membina keluarga yang diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran? Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dengan baik tanpa wang yang mencukupi? Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yang diredhai ALLAH jika cara pandangan dan cara pandangan kita tidak matang? Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?

Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina’ Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dengan mencari pasangan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dengan kita membina diri kita sendiri ke arah apa yang ALLAH redha.

Itulah maksud membina Baitul Muslim yang sebenarnya. Bermula dengan diri kita.

Barulah kita ada kekuatan untuk membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak-anak di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yang ALLAH SWT suka.

Sebab itulah, kata orang, tarbiyah(pendidikan) anak-anak itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak-anak kita.

Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep untuk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.

Maka, apa lagi yang kalian tunggu?

Bergeraklah membina diri, persiapkan diri dari hari ini, untuk melakar masa hadapan yang indahnya abadi.



dua dalam satu

bismillahirrahmanirrahim
program hujung minggu depan





jom kita sertainya...
pilihanlah yang terbaik untuk menyertainya...

ukhwah bersama

bismillahirahmanirrahim

pada masa yang bergelar pelajar inilah yang indah jika melakukan sesuatu.Antaranya memasak diasrama.Lihat sajalah gelagat kami .masak bersama, makan bersama.saat ini tidak akn berulang, sesudah bergraduasi nanti.Berbicaralah dengan gambar ini.






















antara manisnya gula, manis lagi ukhwah yang dibina berdasarkan keimanan yang utuh.insyaallah.

13 October, 2011

bukan kerna nama

bismillahirrahmanirahim




Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

~ismaryzalismail~
~13 oktober 2011~


12 October, 2011

maniskan senyummu

bismillahirrahmanirrahim






senyumlah wahai sahabat
kerna picisan senyummu itu membuatkan aku gembira
juga orang lain
kuntuman senyummu
membuatkan hatimu tenang
lebarkan senyummu
lontarkan senyummu
senyum juga sebagai pengikat hati kita
menjadi tautan jiwa
menjadi ikatan antara kita
maniskan senyummu



Daripada Abu Zar al-Ghifari RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya: "Senyuman yang diberikan kepada saudara kamu adalah sedekah; melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran adalah sedekah; memberikan pertunjuk kepada orang yang sesat adalah sedekah dan membuang batu, duri serta tulang yang menghalang perjalanan adalah sedekah".

Hadis Riwayat Bukhari

lau kaa bainana

bismillahirrahmanirrahim

saat mendengar lagu ini, sayu terasa hati yang penuh dengan titik hitam. Sedihnya rasa.Ya Allah pertemukan aku dengan NabiMu...layakkah aku...
clip video ini aku ambil dari intrnet, yang mana tengah hangat sekarang di mediamasa ceritanya..LAU KAA BAINANA~





kalaulah kekasihMu masih berada bersama kami
akan termunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan KekasihMu
berada berhampiran Baginda, jiea turut menjadi harum
dan apa yang kalian doakan kepada Allah,akan diperkenankan
cahaya Nabi Muhammadtidak akan pernah sirna
wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba
Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Keksihku
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing
berada berhampiranmu,jiwa menjadi harum
yarahmatanlilla'lamin
wahai yang diutiskan kepada seluruh alam
wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dan dipuja
dirimu memiliki kelebihan yang diakui
oleh tuhan yang turut berselawat keatasmu
wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dan dipuja
dirimu memiliki kelebihan yang diakui
oleh tuhan yang turut berselawat keatasmu


~ismaryzalismail~
~12 oktober 2011~



11 October, 2011

muslimah_lirik

bismillahirrahmanirrahim

semalam aku postkan lagu muslimah, mungkin ade yang bergerak-gerak bibirnya unutk mengikuti bait-bait kemerduan lagu tersebut.HAri ini aku ini menolong.Menolong melengkapkan persembahan melantunkan lagu ini.

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

moga bait-bait lagu ini dapat membuka hatimua untuk terus istiqamah dan kental berada diperjalanan perjuangan ini.Insyaallah.

ismaryzalismail
11-10-2011





muslimah

bismillahirrahmanirrahim

lagu ini aku persembahan untuk kaum hawa yang bernama muslimah
gayamu lembut diluar tetapi tegas bila diusik



jadilah mutiara yang sentiasa dilindungi oleh pelindungnya
jadilah seperti semalu, sentiasa dilindungi oleh durinya
jadilah seperti ikan dilaut, biarpun berada dalam keadaan masin, tetapi dirinya tidak mengikut masin


~ismaryzalismail~
~11 october 2011~


10 October, 2011

mutiara membasahi bumi

bismillahirrahmanirrahim

Sebelum ini aku ade menulis tentang belajar dengan hujan.Memang betul, kau perhatikan semasa hujan turun, ade sesuatu yang perlu kita ambil teladan yang ade disebaliknya.Aku juga ingin tahu, apakah ceritanya.
Tentang ape yang tersirat dari hujan yang membasahi bumi ini, marilah kita megambil peluang untuk berdoa.Berdoa agar kita dilimpahi rahmat sebanyak limpahan hujan yang turun.Moga-moga hujan ini membawa rezeki kepada kita.



hujan yang turun membawa seribu pengertian
hanya jauhari yang mengenal meknanya manikam
pengertian itu tiada siapa yang tahu
ku harapkan mutiara ini turun bersama dengan limpahan rezeki
Insyaallah.

~ismaryzalismail~
10-10-2011



09 October, 2011

peneman hidup

Bismillahirrahmanirrahim

aku bisa berjalan jauh
unutk mencari sesuatu dalam kehidupan
tetapi aku ingin kan peneman untuk meneman dalam perjalanan ini
bukan hanya sekadar peneman bualan tetapi dia akan sentiasa bersama aku
tiap kali kesusahan aku tempuhi
tiap kali kesenangan aku perolehi
dia senantiasa bersama aku
aku bukan untuk menyusahkannya
tetapi perjalanan ini aku dan dia dapat memperoleh sesuatu
sesuatu yang dimiliki oleh para sahabat dahulu
aku juga perlukan dia sebagai penasihat aku
aku juga memerlukan dia sebagai pemangkin





~ismaryzalismail~
~9 oktober 2011~

08 October, 2011

kenangan 3 tahun

bismillahirrahmanirrahim

Hari ini aku memulakan tugas sebagai pegawai muda di markas palapes.persiapan rapi dilakukan sebelum hari ini.gunting rambut, tangkap gambar untuk kad pengenalan tentera(bat-c 20) dan sebagainya.ketumbukan semangat begitu membara dalam dada untuk memulakan tugasan ini.hampir 20 orang akan turun bersama bagi megisi kekosongan pegawai muda yang mana sebelum ini di pegang oleh pegawai yang terdahulu.langkahan kaki menuruni anak tangga, mengingatkan saat-saat bergelar sebagai kadet.Menyanyikan lagu negaraku, ATM, UTM serta lagu palapes berjaya memecah kesunyian pagi hari.Disusuli dengan doa, ikrar dan akhirnya melaporkan kekuatan setiap peringkat.Hati aku senyum ttanpa mengeluarkan butiran di bibir mulut.Memang indah semasa bergelar sebagai kadet.Blur, menggelabah sudah menjadi sikap kadet bila mana terserempak dengan pegawai lebih-lebih lagi bila ditanya.Diam seribu bahasa.Bila digertak, baru laha ada yang ingin bersuara.sudah menjadi lumrah kadet junior.Bila sudah menjadi intermideate,perkara sebegini sudah lali.namun cabaranya bertambah besar.









Latihannya bertambah perit.jika sembang tentang senior, aku kurang boleh ceritakan kenangan semasa peringkat ini.Bukannya aku tidak datang latihan, tapi ramai antara kami mengalami latihan industri, jadi tidak dapat tidak, aktiviti pun kurang.Namun, kemanisan tetap dirasai.Bila bersembang dengan skuad aku, pasti satu persatu "hell" yang kami dapt bersam diungkit kembali.Ketawa terbahak-bahak, itu reaksi setiap dari kami.Memang menguji mental dan fizikal.Antara saat yang manis adalah setiap kali kem tahunan.Mesti ade saja agenda baru tercipta.Sukar untuk aku lupakan.Begitu juga, tiap kali kami membelek gambar-gambar yang diambil.











Kepada semua skuad aku, bilakah lagi kita akan bersama.bergembira, di"hell" bersama-sama, berguling, makan, kena marah bersama...kadang-kadang sebak juga hati ini.Mungkin itu yang dikatakan kemanisan ukhwah.Moga-moga apa yang dipelajari selama ini dapat dimaanfaatkan kelak.Yang baru sahaja bergraduasi, aku ucapkan tahniah.kepada yang dah kawen tahniah juga aku ucapkan dan kepada yang akan kahwen dan yang bakal menamatkan ijazah, selamat berjaya..koga kita terus istiqamah bersama Islam.Insyallah.





terima kasih semua,skuad, jurulatih, pegawai latih, ketua juru latih atas kerjasama semua yang tidak berbelah bahagi.


~ismaryzalismail ~
~8 october 2011
~



07 October, 2011

Hudud pembuka tirai

bismillahirrahmanirrahim

Jumaat diciptakan sebagai penghulu segala hari.seperti kebiasaan, PMI UTM akan mengadakan speaker corner.Dimedan ini mereka akan menjemput dua atupun tiga orang pemidato unutk mengulas, menyampaikan isi fikiran tentang isu-siu semasa yang masih panas berlegar di dada akhar mahupun dilaman sosial mengikut medium sebagai mahasiswa.

Kali ini, PMI membuka tirai dengan mengulas serba sedikit tentang hukum hudud.Hukum yang diciptakan oleh Allah swt.Diluar sana, isu ini hangat di perkatakan mengikut pemikiran masing-masing.Sebenarnya isu ini sudah lama dimainkan.Bukannya orang non-muslim yang memulakannya.namun, hukum hudud dimainkan oleh insan yang bernama muslim.Pada pendapat penganalisi politik, bilamana isu ini digali semua, maka pilihanraya umum sudah semakin hampir.
Biar apapun yang cuba dimainkan, tetapi janganlah memperlekehkan hukum Allah.Hukum ciptaanNYA, kita hambaNya.

Walaupun ulasan yang disampaikan tidak begitu mendalam, namun itu sudah cukup unutk intelek utm, megetahui bahawa hudud itu wajid dilaksanakan.Insyaallah.





pemidato pertama~Ibrahim Noh


pemidato pertama~Zaki haron














Insyaallah, ayuh kita tegakkan Islam.Cintailah Ulamak, namun jangan kita taksub padanya.

ismaryzalismail
7 october 2011




Niqab, sesuai ataupun tidak

bismillahirrahmanirrahim

Sejak dua menjak ini, jari jemari ini agak gatal untuk selalu memetik keyboard.Entah, aku tiada penjelasan yang khusus unutk ini.Biarkanlah ia, menari diatas huruf-huruf, moga-moga lenggokkan tarian ini dapt memberi sedikit sebanyak manfaat kepada yang melihatnya.Insyaallah.

Kali ini aku ingin berkongsi tentang niqab ataupun purdah.Sememangnya pemakaian purdah di IPTA tidak sama sekali membenarkannya.Namun, ade segelintir yang menitik beratkan hal ini, berasa tidak selesa bila mana tidak berniqab dikhalayak ramai.Timbul dalam diri rasa ganjal dan tidak selesa, lebih lagi keadaan ramai lelaki.Ada yang bertanya aku tetang hal ini.Aku diam seribu bahasa.Tidaklah aku arif dalam hal sebegini, namun tidak salahunutk aku mengetahuinya.disini aku ingin kongsikan satu entri yang ditulis oleh seorang ukhti berkaitan dengan niqab ataupun purdah.mungkin mana-mana sahabat yang mempunyai kemusykilan tentang hal ini, dapat cedok sedik manfaatdarinya.Insyaallah.Terima kasih buat ukhti Insyirah dan zaujnya, atas perkongsian ini.

selamat menghayatinya.





ismaryzalismail
7/10/2011


06 October, 2011

speaker corner 7 oct 2011..kembali untuk musim baru

bismillahirrahmanirrahim

Insyaallah semua pengunjung blog ini, esok kita dapat mendengar satu kupasan isu yang menjadi bahan bualan sekarang, iaitu tentang HUDUD.

Ayuh, mari kita semua laoangkan masa sedikit waktu, untuk mendengar isu ini.Insyaallah,moh kite semua g...



05 October, 2011

belajar dari hujan

bismillahirrahmanirrahim



saat ini aku ingin semua sahabat meneliti dan belajar dengan hujan.

Allah telah menurunkan hujan sebagai rahmat di saat diperlukan oleh seluruh makhluk. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.” (QS. Asy Syuura: 28). Yang dimaksudkan dengan rahmat di sini adalah hujan sebagaimana dikatakan oleh Maqotil.




hujan yang turun membawa seribu persoalan. Walaupun gerimis yang datang, tetapi gelombangnya begitu terasa.Terasa sehingga tulang belulang.Sejuk.Begitulah salah satu rahsia yang dikendong oleh hujan.Itu hanya secebis, namun ade juga hujan di bawa dari bayu laut.bersamayan angin taufan.sehinggakan bukan sahaja rasa sejuk, tetapi dibawanya terbang sekali rumah ataupun isi bumi yang lain.
Pelbagai tafsiran bila hujan mula membasahi bumi.Baik ataupun buruk.Semuanya tidak tercapai oleh akal kita, untuk menafsirkannya.Oleh sebab itu, kita diajar untuk berdoa bila mana hujan mula turun.

Ibnu Qudamah dalam Al Mughni[6] mengatakan, ”Dianjurkan untuk berdo’a ketika turunnya hujan, sebagaimana diriwayatkan bahwa Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, “Carilah do’a yang mustajab pada tiga keadaan : (1) Bertemunya dua pasukan, (2) Menjelang shalat dilaksanakan, dan (3) Saat hujan turun.”

marilah kita belajar dari hujan.sedikit-sedikit lama-lama memenuhi perut bumi.


ismaryzalismail
5 oktober 2011


ukhti dan akhi, dengarlah

bismillahirrahmanirrahim

entri ini aku utuskan untuk menjelaskan apa yang aku postkan sebelum ini, (disini)
pertamanya, aku berterima kasih yang menitik beratkan apa yang aku postkan.Atas teguran dia, aku rasa ade betulnya.Ada kemungkinan blog yang biasa ini ramai pembacanya, dari pelbagai kefahaman tentang apa yang aku postkan.terima kasih sekali lagi.

Kepada yang lain fahaman tentang aku tuturkan, aku sediakan satu jawaban.JAwaban ini, aku harapkan menjawab soalan dari komen dalam post tersebut.


Soalan: Salam..Ustaz nk tnya skit ni..sy de dngr ustaz2 yg mengajar kt masjid..katanya becinta itu haram hukumnya.soalan saya,betulkah haram hukumnya bercinta sebelum berkahwin walaupun batas2nya telah dijaga..dan andai kata betul patutkah seseorang itu memutuskan hubungan percintaannya dan memulakan kehidupan masing2 jika mereka telah mengetahui akan haram hukumnya bercinta sblm kahwin. Jawapan: Bercinta yang diharamkan tu ialah seperti yang berlaku dewasa ini iaitu antara si lelaki dan si perempuan saling berbual, bertemu, keluar atau makan bersama. Apakah yang dimaksudkan pula bercinta tapi menjaga2 batas2nya. Batas apa yg dijaga? Kalau yg dimaksudkan dengan batas itu ialah mengikut garis panduan agama maka tidaklah salah tetapi tidak pula dinamakan bercinta.. itu hanya disebut sebagai saling mengenali. Dalam Islam, tdak salah menegenali seorang perempuan dengan tujuan utk dijadikan isteri. Tetapi tidaklah sampai keluar bersama tanpa mahram, bercakap perkara2 yg yg disukai olih nafsu. Tetapi kalau maksud menjaga batas tu ialah tidak tidur bersama hanya berjalan atau sekali sekala makan bersama maka itu bukan menjaga batas agama bahkan inilah bercinta yg diharamkan. Bagi yg terlanjur sudah terlibat dengan bercinta ini tidaklah mesti memutuskan hubungan tetapi jika jujur menjadi keutamaan maka berkahwinlah sebagaimana anjuran Nabi saw.

Islam begitu indah, sehinggakan pelbagai perkara remeh dititik beratkan serta diambil kira. Dalam islam, kaedah pergaulan antara wanita serta lelaki juga digariskan dan perkara ini serius dibincangkan dari semua peringkat.


Islam telah menggariskan adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tujuannya adalah untuk memelihara kesucian dan maruah umatnya. Sebagai seorang Islam kita wajib mematuhi perintah-perintah Allah S.W.T. dan menjauhi laranganNya demi menjaga kesucian agama. Umat Islam samada lelaki dan perempuan hendaklah menjaga adab-adab pergaulan dan pandangan masyarakat serta jiran sekeliling agar tidak timbul fitnah dan perkara yang tidak diingini. Contohnya lelaki dan perempuan keluar bersama tanpa ditemani mahram, berpegangan tangan, berdua-duaan , berpelukan, berkesedudukan dan lain-lain sifat negatif yang mencemarkan kesucian agama Islam. Rasulullah s.a.w. pernah menyebut dalam satu hadis yang bermaksud: :"Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, maka yang ketiganya adalah syaitan". Walau bagaimanapun Islam mengaharuskan pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti menuntut ilmu dan bekerja, dengan syarat mereka menjaga adab-adab pergaulan pergaulan, menjaga aurat dan cara berpakaian, cara bercakap dan cara berjalan..



Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; "Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."

mungkin ini aku harapkan pencerahan tentang persoalan antara wanita dan lelaki diperolehi.Semua diatas aku ambil dari artikel iluvislam serta dari halaqah.net.
Marilah kita berada diwah naungan Islam yang sebenar.Usahlah kita meringan-ringankan serta memperlekeh hukum yang sedia ada.Kita semua dari golongan intelektual dan juga golongan yang berfikiran kehadapan.

Insyaallah, moga-moga entri kali ini aku harapkan dpat menjelaskan perkara yang aku telah postkan sebelum ini.terima kasih sekali lagi untuk sahabat yang memberi teguran.

belajar untuk berbicara

bismillahirrahmanirrahim



berbicaralah dengan akal kerna akal dapat menilai siapa permata siapa kaca.
berbicaralah dengan hati kerna hati dapat mengenal siapa batu siapa kapas
berbicaralah tangan kerna tangan dapat mengapai tingginya awan dalamnya lautan
berbicaralah dengan kaki kerna kaki dapt mengukur panjangnya perjalanan dekatnya perhentian

ismaryzalismail
5 oct 2011
kolej 11,utm skudai


04 October, 2011

menyintai saudaranya

bismillahirrahmanirrahim



Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada RasuluLLAH S.A.W., bersabda Nabi S.A.W. : Tiada beriman seseorang di antara kamu, sehingga ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

this is hijab

bismillahirrahmanirrahim



marilah wahai semua yang bernama wanita
betulkan pakaianmu
usah lagi mendedahkan kulit tubuhmu serta rambutmu
sempurnakanlah
ayuh semua.

"jadilah bungkusan kain yang disimpan rapi dalam almari kerna itu lebih mahal harganya, dari kain yang sentiasa dipegang oleh pembelinya sehinggakan kain itu tidak dibeli akhirnya terkubur begitu saja"

01 October, 2011

ukhwah selamanya

bismillahirrahmanirrahim

saat di bumi pulau pinang (KMPP)..detik -detik terindah adalah membina hubungan sesama kami yang disulami dengan kemanisan tidak dapat di lupakan. pelbagai dugaan dan rintangan ditempuhi hanya untuk memngukuhkan hubungan ini. Sehingga sekarang aku dapat merasakannya walaupun masing-masing berjauhan dari segi jasadnya, namun ikatan yang di ikat ini untuk memikul beban dakwahNya serta unutk MengasihiNya jarang sekali untuk bertemu mata.

Selama dua tahun aku di sana, dua generasi aku bersama.dua-dua mempunya cerita tersendiri tapi kemanisanya adalah sama.

Wahai sekalian sahabat,
bila lagi kita akan ketemu.
hati hati ini meronta-ronta untuk bersua dengan kalian,
walaupun sekejap itu cukup menghilangkan rasa rindu ini.


cenderahati sempena hari perpisahan~batch 0607

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana