30 September, 2011

Bahagian enam(akhir) : Aku bertemu Ainul Mardhiah

bismillahirrahmanirrahim


Pelbagai respon yang aku dapat dari kawan-kawan laki satu kampus dan satu rumah dengan aku. Ada yang kata macam ni, ada yang kata macam tu, ada yang marah, ada yang menyampah ada yang menyokong dan sebagainya bila kisah mimpi aku itu dikongsikan bersama meraka.

Aku sedikit pun tidak kisah tentang apa yang mereka perkatakan, apa yang baik aku ambil dan apa yang tidak elok itu aku tinggalkan dan di jadikan sempadan. Tapi dalam hati kecil aku tetap berkata bahwa mimpi aku itu bukannya mainan tidur semata-mata tapi di dalam terdapat 1001 hikmah nasihat untuk diriku yang bergelar pemuda.

Kenapa nama aku muncul dalam mimpi itu sebagai Syabab b. Abdullah sedangkan ia bukan nama sebenar aku tapi aku mengiyakannya di dalam mimpi tersebut. Aku mesti berjumpa dengan murobbi aku petang nanti untuk ceritakan mimpi aku ini padanya. Mungkin murobbi aku boleh menafsirkannya kerana belaiu merupakan seorang alim yang sangat digeruni kawan dan lawan.

Oooo....begitu ke ustaz...Terima kasih ye ustaz..InsyaAllah saya akan berusaha untuk memperbaiki diri saya ini.

Setelah hampir 2 jam bertemu dan berbicara dengan murobbi aku itu aku mendapat sedikit tafsiran dan petunjuk darinya. Katany mimpi aku itu bukan hanya untuk diriku seorang sahaja tapi untuk mereka yang bergelar "Syabab yakni PEMUDA". Katanya lagi, bersihkan lah diri mu dari segala maksiat, kuatkan lah qiamullaimu, ikhlaskanlah hatimu dan taatlah pada Allah dan Rasul.

InsyaAllah Ainul Mardhiah akan datang bertemu dengan mu lagi untuk menyampaikan pesanan 'isterimu' itu.


ini sajalah perkongsian dari kawan aku yang kini sudah pun setahun bersama "ainul mardhiah"nya. dia diijap kabul pada 28 mei 2010~ 14 jamadilakhir 1432. aku doakan dia dan zaujahnya sentiasa dirahmati mawadah serta sentiasa istiqamah dengan perjuangan menegakkan agama Allah. dengan lafaz sakinah yang di tuturkan moga-moga menjadi pemangkin kepada semua menjadi sepertinya. terima kasih buat akhi zulamirul dan zaujahnya ukhti ummu atas perkongsiannya dan tunjuk ajar selama ini.




aku harapkan dapat berjumpa "ainul mardhiah" yang dicipta kepada aku sebagai pelengkap dan peneman didunia ini untuk pengabdian pada Allah.Insyaallah


Bahagian lima : Aku bertemu Ainul Mardhiah

bismillahirrahmanirrahim

Aku selut saku kocek ku dan aku keluarkan anak kunci berwarna silver lalu aku masukkan kedalam ibu mangga untuk membuka pintu rumah sewa ku itu sebaik sahaja pulang dari masjid. Lantas aku mengambil al-Quran tafsir ku untuk menyambung bacaan ku pada surah al-ahzab.

Rutin harian aku ini tidak akan aku tinggal kerana al-quran merupakan penyembuh segala penyakit dan penenang kepada semua hati yang rusing dan bergelora. Aku suka membaca ayat-ayat al-quran sambil memerhatikan makna ayat yang aku baca itu.

Kadang-kadang datang juga perasaan cemburu pada sahabat-sahabat aku yang pandai berbahasa Arab. Pasti mereka memahami makna-makna al-quran dengan senang tanpa melihat terjemahan.

Aku meneruskan bacaan surah al-ahzab. Pada ayat yang ke-36 jantung sedikit berdegup kencang memerhatikan makna ayat itu. Apakah ini juga merupakan satu petunjuk dari Allah mengenai mimpiku pagi tadi.

" Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki mukmin dan perempuan mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapakan satu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sungguh dia telah sesat, sesat yang nyata"..

Subhanallah! sungguh hebat kuasa Allah s.w.t. Hanya DIA yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Aku bersiap-siap untuk pergi ke kuliah aku di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Enjin motor RXZ biru kesayangan aku itu di hidupkan walaupun banyak asap yang keluar darinya. Aku memulakan perjalanan yang mengambil masa selama 15minit dengan memohon doa keberkatan dan selamat dari Allah s.w.t.

Di atas jalan raya dengan kelajuan 110 km/j fikiran sekali lagi terbang kembali pada mimpi aku itu. Aku benar-benar ingin mengetahui apakah pesanan 'isteriku' itu buat diri aku ini?..Motor ku terus memecut laju.

"Jangan berangan-ngan la akhi"!

"Nak cari mana muslimat macam tu, tgk la muslimat kita sekarang ni"!

"Ni mesti terpengaruh dengan filem-filem cinta"!

"Ustazah sekarang ni pun bukannya boleh percaya, pakaiannye je ok tapi perangai..macam hantu"!

"InsyaAllah, ana doakan enta agar mendapat isteri yang solehah di dunia dan akhirat"!

"ana yakin, lelaki yang baik untuk wanita yang baik..jangan risau, ana tahu enta baik ya akhi"!




29 September, 2011

Bahagian empat : Aku bertemu Ainul Mardhiah

bismillahirrahmanirrahim

Dengar dan hayati betul-betul pesanan isteri mu ini wahai Syabab...Ainul Mardhiah meneruskan kata-katanya. Suaranya yang merdu masih lagi mampu aku rasai ketenangan darinya.
Allahuakhbar Allahuakhbar!..

Ya Allah! dah azan subuh..Macam mana boleh aku tertidur di hamparan sejadah pula ni. Rasanya tadi aku tengah solat tahajjud.

Subhanallah! rupa-rupanya tadi aku bermimpi rupanya. Aku cuba ingat kembali apa yang aku mimpikan di atas tikar sejadah tadi. Subhanallah! adakah mimpi aku tadi hanya mainan syaitan untuk membuat aku berangan atau mimpi yang datangnya dari Allah dengan membawa 1001 hikmah yang tersirat.

Adakah apa yang aku lihat dalam mimpi aku itu benar-benar bidadari jelita yang bernama Ainul Mardhiah yang disediakan khas buat para syahid?..Adakah benar aku akan miliki isteri yang setia di dunia dan akhirat?..apakah pesanan yang ingin 'isteriku' sampaikan sebenarnya?..

Pelbagai persoalan timbul jauh di lubuk hati aku ini memikirkan peristiwa yang aku lalui dalam mimpi aku itu.

Aku biarkan seketika fikiran aku ini dari memikirkan mimpi aku itu. Aku bangun membawa langkah menuju ke masjid yang jaraknya 200meter dari rumah aku itu untuk solat subuh secara berjemaah.

Selepas imam membaca surah al-fatihah pada rakaat pertama, imam menyambungnya dengan surah al-Furqan. Sungguh merdu alunan bacaan ayat suci al-quran yang dibacakan oleh imam muda di masjid kawasam perumahan aku itu, mirip macam bacaan Said al-Ghamidi.

Tapi kali ini hati aku benar tersentuh apabila imam membaca ayat yang ke-74 yang
bermaksud :
" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa"

Subhanallah! semacam Allah ingin berikan aku petunjuk melalui mukjizat teragung Rasulullah s.a.w yakni al-quran.

Seperti hari-hari sebelumnya selesai sahaja solat subuh imam akan membacakan satu hadis nabi Muhammad s.a.w. Imam membuka kitab sahih muslim dan membaca hadis yang bemaksud :

" dinikahi wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai agama, ia menyenangkan kamu"

Subhanallah! sekali lagi hati aku tersentuh. Seperti jalan cerita mimpi aku tadi masih belum berakhir. Apakah yang Allah ingin tunjukkan pada aku sebenarnya?


bersambung..




26 September, 2011

labuhkan tudungmu

bismillahirrahmanirrahim

labuhkan tudungmu wahai ukhti
bukan untuk di pandang tinggi
bukan juga untuk di sukai
kerna itu tuntutan agama
ayuh
usah dipedulikan orang kata
labuhkan tudungmu

"dan katakanlah pada perempuan yang beriman, agar mereka menjagapandangnanya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat) kecuali yang biasa terlihat...."annur 30





monolog

bismillahirrahmanirrahim

sudah sampai masanya
keputusan hasrus dikeluarkan
biar pahit ataupun manis
itu pilihan
jika bukan pilihan
tiadalah rasa

insyaallah
pasakkan keputusan itu
hanya kerna Pencipta
kernaNYA keputusan diluahkan
kernaNYA keputusan dizahirkan
panjatkan pertolongan dariNYA
jangan ikutkan hati
jangan fikirkan kesedihan
itu semua sudah ditakdirkan
yang manis
yang pahit
harus ditelan
harus dirasai
harus diratapi

angin siurlan akan mengubati keputusan
bait-bait kalam Allah menjadi pengubat
bunga-bunga kalam Allah sudah diconteng lama
yang baik untuk yang baik
dan sebaliknya






cinta buat ukhti

bismillahirrahmanirrahim

"ukhti,
Asif andai pendirian ini,
Memberi tamparan hebat buat ukhti.
Di sini kalam ana berbunyi,
Setelah terlanjur kita memasuki,
Alam yang berduri,
Terhinggap pada hati,
Cinta yang dilarangi,
Di lubang duniawi.

Perjalanan ana ke sini,
Bukan untuk natijah ini.

Ketahuilah ukhti,
Diri ini bukan lemah untuk diratapi,
Tapi pejuang seolah serikandi,
Yang harus teguh berdiri.

Beritahu ana , ukhti..
Sedalam mana cinta telah bersemi,
Seolah hebat mengalahkan naluri,
Adakah sanggup ukhti temani,
Andai ana dipanggil Ilahi ?

Beritahu ana , ukhti..
Sekuat mana cinta telah berputik,
Seolah bisa melawan detik,
Adakah sanggup ukhti memetik,
Andai iman ana sudah tercarik ?

Beritahu ana , ukhti..
Setulus mana cinta kita,
Seolah takdir itu milik kita,
Padahal maksiat menang bertakhta,
Di akhirat cuma derita,
Sanggupkah ukhti pergi meminta,
Dosa ana untuk dibahagi rata ?

Aduhai indahnya ana mengenangkan,
Sebuah pertemuan,
Yang diikat atas nama Tuhan,
Sebuah perkenalan,
Ketika sama-sama di medan perjuangan.

Aduhai manisnya kenangan yang terjalin,
Seolah sekeliling kita diterangi lilin,
Namun tercemar diragut malin,
Kerana hakikat terseksa batin.

Ayuh, bangkitlah wahai mujahadahku,
Pergilah berdagang sampai laku,
Biar penuh iman di saku,
Jangan mengalah terduduk kaku.

Nafikan semua antara kita,
Yang berlaku hanyalah pusaka,
Sebuah harta untuk menusia leka,
Dari syaitan orang ketiga.

Cukuplah di sini kita berbicara,
Soal hati yang berduka lara,
Antara kita bukan sesiapa,
Melainkan cuma pertemuan biasa,
Dan dijadikan syaitan sebagai mangsa.”

puisi ini di ubah suai dari akhi ke ukhti — Puisi Cinta Buat Akhi by Kak Tuan Nadhirah (Irbid, Jordan)
terima kasih buat ukhti Quathar atas perkongsian ini






22 September, 2011

istikharah cinta


monolog hati





aku ingin berkongsi
berkongsi dengan semua orang
namun sukar untuk aku luahkan
entah kenapa..
mungkin
kekusutan melanda pemikiran
menyebabkan kesukaran memilih
yang mana lebih utama perlu aku lakukan


ismaryzalismail
~

20 September, 2011

Bahagian tiga : Aku bertemu Ainul Mardhiah

Assalamualaikum wbt~

Kali ini aku hanya diamkan diri. Hanya menanti butiran luahan dan cerita darinya mengenai isteriku.

Hidupnya penuh dengan mujahadah. Sentiasa membersihkan diri untuk mendekatkan jiwa dan hatinya pada Allah. Hidupnya adalah hidup untuk mati. Hidup untuk berjuang. Hidup untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Kamu sungguh beruntung memilikinya di dunia dan akhirat.

Perkataan darinya adalah peringatan yang mendekatkan dirinya pada Allah. Ucapanya adalah nasihat dan dakwah. Bibir dan hatinya tidak pernah henti berzikr pada Allah. Setiap tindakannya adalah ibadah. Dia menjadikan al-quran sebagai teman dan penasihatnya. Rasulullah menjadi tauladannya. Syahid menjadi cita-citanya.

Aku cemburu pada isterimu.

Dia seorang isteri yang penyanyang. Isteri yang taat dan patuh pada suami. Isteri yang penyabar. Dia memberi tidak pernah mengharapkan balasan dari sesiapa pun melainkan hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Isterimu telah menjadi 'tulang belakang' dirimu dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup sebagai seorang daie. Tubuh yang kamu miliki sudah pasti tidak mampu bergerak tanpa memiliki ' tulang belakang' yang kuat dan setia. Dia sentiasa berjuang di samping mu.

Dia menjadi penyejuk mata bagimu. Penawar hati dan penajam fikiran mu. Ketika kamu sunyi terasa ramai bila bersama dengannya.

Bersyukur lah pada Allah wahai pemuda.

Isterimu telah melahirkan zuriat yang menjadi mata rantai pada perjuangan Rasulullah s.a.w. Dia sentiasa gigih dan sabar dalam mendidik anak-anak kamu supaya menjadi pemuda al-Quran yang berjihad di jalan Allah. Dia tidak pernah sekali-kali merungut dalam mendidik anak-anaknya.

Walaupun isterimu bukanlah sehebat Saidatina Khadijah r.a tapi dia sentiasa berusaha untuk menjadi penolongmu di waktu senang dan susah. Walaupun isteri tidaklah sepintar Saidatina Aisyah r.a tapi dia berusaha untuk menyumbangkan idea bagi membantu mu berjuang. Walaupun isteri mu tidak setabah Siti Hajar tapi dia sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat suaminya yang tercinta.

Sungguh aku cemburu padanya. Dia sungguh cekal dan tabah walaupun di uji. Sekarang, dia menjadi ketua ku di syurga kerana dia mendapat syafaat Allah dan Rasul.

Aku datang bertemu dengan mu adalah permintaan darinya untuk menyampaikan pesanan kepada mu.

Pesanan kepadaku?...aku pura-pura membuat terkejut supaya dia tidak akan mengetahui bahwa aku sekarang telah jatuh cinta pada wanita yang dia ceritakan itu. Benarkah itu adalah isteriku?..Jantung aku berdegup bagaikan memberontak kerana tidak dapat lagi menahan perasaan ingin bertemu dengan wanita yang bergelar 'isteri' itu.

kejayaan di tempa

assalamualaikum wbt~




marilah kita berebut-rebut mencari cahaya kejayaan dengan bersolat diawal waktu


19 September, 2011

usah takut

Assalamualaikum wbt~

"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
al-insyirah (6)





ikatan kasih sayang

assalamualikum wbt~

Ingin aku kongsikan satu entri dari satu blog.Kisah ini mengenai keikhlasan sang hati~Aku bertemu Ainul Mardhiah aku hold sekejap..biar suspen episod seterusnya.insyaallah dua tiga hari nanti aku postkan sambungan cerita tu. Sekarang hayati dahulu entri kali ini.

Ikatan kasih sayang kita diikat dengan tali Allah, dengan akidah yang satu, berTuhankan Allah Yang Maha Esa, kalimah syahadah bersemi di hati, mengadap kiblat yang sama..:) walaupun saujana di mata namun di hati hanyalah seinci…

Saya tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk dijadikan sahabat, memadailah seorang teman yang membuatkan saya berasa sempurna apabila mengenalinya..Syukur Alhamdulillah Dia menyempurnakan dan menyerikan hari-hari yang dilalui..Moga ikatan hati kita sentiasa dibajai dengan cinta Ilahi…ameen..insyaAllah ~

"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"
(Saiyidina Umar Al Khattab)

Tiada yang lebih manis dari mengenangkan bahawa segala yang terjadi adalah peraturan dari Allah..pasti ada jalan keluarnya dalam kekusutan itu, pasti ada hikmahnya dalam apa yg tersimpul itu..cuma kesabaran dalam menantikan apa yg tidak pasti seringkali membuat kita tersungkur, tambahan terpukul dengan debu-debu dosa dunia....

Ya Allah, sambutlah tanganku ini, pimpinlah ke arah redhaMu dalam apa jua yang kulakukan, kumencari suatu rahsia dalam mendidik sebuah keikhlasan agar ianya kekal bertapak di hati ini..



Ya Allah, kurniakanlah sebuah ketenangan dan kebahagiaan kepada kami yang segenap ini mendaki langit kehidupan..terkadang tersungkur menilai kaca dan permata, membezakan keperluan dan kehendak, berilah kami hidayahMu, temanilah akal kami dalam membuat pertimbangan, pandulah hati kami dalam mencapai pengetahuan yang sebenar tentangMu..sekian lama kami mencari punca cahayaMu, dekatkanlah kami kepada cahayaMu, terangilah jalan kami dengan petunjukMu..Ya Allah, Kaulah sebaik-baik penolong maka tolonglah kami ini.

Sekian lama ku mencari dan ku jejaki,
rahsia sebuah keikhlasan,
rahsia sabar yang indah,
rahsia ketaqwaan,
rahsia menyalakan zikir,
rahsia sebuah kesyukuran,
rahsia redhanya pada takdirMu,
rahsia senyuman yang menggembirakan…
Ya Allah, tabahkanlah hati-hati ini pada jalanMu ..
moga insan-insan lain juga merasai kemanisan dan kenikmatan ini..

kredit buat penulis ini~sebutir kasih sejuta sayang

18 September, 2011

pengharapan

Assalamualaikum wbt

sudah seminggu berlalu
jawapan belum kunjung tiba
entah ya atau pun tidak
semuanya Allah Maha Mengetahui
biar apa pun yang terjadi pasrah semua atas ketentuannya
biar apa pun yang terjadi, itu semua sudah tertulis
biar apa pun yang terjadi,kuatkan hati cekalkan diri

Bukan kamu ditolak
tapi mungkin Allah inginkan yang terbaik untuk mu
berdoalah,dan terus berdoa
Biar lenangan mutiara mengalir membasahi kulit pipimu
menangis lah sekarang, mohon petunjuk dariNYA
jangan kau menangis untuk penyesalan
semua itu sudah terlambat
semua itu tidak dpat diundurkan lagi

Jika Allah ingin kita bersatu
Insyaallah, aku doakan kebahagiaan untuk kita
Dibawah kalungan mawardah serta sakinah
atas talian ikatan sah ini.
Insyaallah


(google image)

ismaryzalismail





14 September, 2011

Bahagian dua : Aku bertemu Ainul Mardhiah

Aku mula melangkah laju, tidak sabar pula ingin bertemu dengannya yang telah membuatkan hatiku terpikat dengan senyumanya walaupun dari jarak yang jauh..

Entah kenapa semakin dekat semakin aku rasakan sudah lama kita saling berkenalan antara satu sama lain. Aku pandang mukanya. Dia hanya tersenyum seperti mengerti apa yang bermain di fikiran. Hidungnya mancung, kulit putih melepak hingga nampak berbayang urat hijau halus di pipinya, mata bulat bersinar dan alisnya lentik.

Nafasku mula ditarik panjang, jantung tidak henti berdegup dengan lebih kencang. Apakah gerangannya gadis cantik ini ingin bertemu dengan aku?..Adakah aku ini saudaranya?..terlintas pelbagai persoalan di benak minda ku sambil kaki melangkah laju menuju ke tempat gadis itu berdiri.

Assalamualaikum wahai pemuda budiman!..belum sempat aku berdiri di hadapannya telah sampai ucapan salamnya mendahului ucapan aku..Belum pernah lagi aku mendengar suara semerdu suaranya, bagaikan alunan muzik mententeramkan jiwa yang mendengarnya.

Waalaikumusalam..aku menjawab salamnya dengan nada perlahan sambil ku pandang wajahnya yang sungguh indah dan tenang. Cik siapa? Kenapa ingin berjumpa dengan saya?..

Gadis cantik itu hanya tersenyum seolah-olah telah mengetahui persoalan ini akan ku tanya kepadanya.

Namaku Ainul Mardhiah. Aku bidadari dari syurga yang paling cantik dan jelita. Diriku hanya untuk lelaki yang syahid di medan jihad.

Aku kemari bertemu denganmu adalah sebagai utusan dari isterimu yang merupakan ketuaku di syurga sana..
Haa?..Isteri saya?..Cik Ainul Mardiah salah orang ni, saya belum kahwin lagi. Mana mungkin saya memiliki isteri yang tinggal di syurga. Siapa sebenarnya yang ingin awak jumpe?..Aku sangat terkejut dengan kata-kata yang terkeluar dari bibir bidadari cantik itu.

Dia hanya tersenyum indah, mengerti perasaan yang aku alami ini..Ya! saya utusan isterimu. Namamu Syabab bin Abdullah kan?..Kamu sungguh bertuah kerana dikurniakan seorang isteri sepertinya.

Ya! itu memang nama saya..Aku sungguh keliru dan hairan dengan keadaan yang aku alami ini. Perihal tentang namaku juga Ainul Mardhiah mengetahuinya. Hati kecil ini bertanya siapakah isteriku yang sebenarnya?. Ingin sahaja aku bertanyakan terus padanya. Tapi belum sempat aku bersuara..

Aku sangat cemburu dengan isterimu.."Ainul Mardhiah bersuara terlebih dahulu"..Semasa hidupnya di dunia dia telah menjual seluruh dirinya untuk Allah dan Rasul. Cintanya pada Allah dan Rasul melebihi cintanya pada diri sndiri dan orang lain.

13 September, 2011

Bahagian satu : Aku bertemu Ainul Mardhiah

Assalamualikum wbt

Allahmdulillah, kelas pun sudah pun bermula.Diawal-awal minggu ni tidak lagi mengalami kesibukan.Hari ini aku ingin berkongsi satu cerpen yang ditulis oleh kawan aku.Mula-mula aku membaca cerpen ini, aku menganggpkan ia seperti biasa sahaja.Namun, dari satu episod ke satu episod, aku mengkaguminya.Begitu bijak dia mengatur corak jalan cerita, seperti aku yang mengalaminya.Jalan cerita ini akan dialami oleh semua orang, termasuk la diri ini.Untuk pengetahuan semua, cerita yang ditulis ini, memang berlaku kepada kawan aku tersebut.Tidak usah bagi aku untuk menyebut nama penulis ini.Sekarang kita tumpukan perhatian kita kepada isi yang dilontarkan oelh penulis.Moga-moga dapat mengambil pengajaran.Insyaallah.
Penulis cerpen ini sidah pun berkahwin dibawah limpahan rahmat dan sakinah.

Alhamdulillah aku tersedar pukul 4pagi hari ini.Aku merindui untuk melaksanakan solat Tahhajud yang sudah tiga hari aku tidak laksanakannya.Aku sangat malu pada Maha Pencipta yang menjadikan diri ini kuat dan sihat tapi sangat kurang aku mengabdikan diri dan sujud kepadaNya.Sementara menunggu masuknya waktu subuh aku basahi diri ini dengan wudhuk dan kemudian aku menghamparkan sejadah untuk berqiamullai sujud merendah diri pada Allah s.w.t.

Assalamualaikum ya akhi! tiba-tiba seorang Pak Cik tua memberi salam dari sebelah kiri aku. Entah bila dan dari mana dia datang aku pun tidak menyedarinya.

Waalaikumusalam..."jawab aku sambil menghadiahkan sebutir senyuman"..

Aku pandang mukanya. Pak cik itu hanya tersenyum memandang wajahku kembali..Jom ikut Pak Cik nak..Pak Cik nak tunjukkan anak dengan keluarga Pak Cik yang menanti di sana..

Dalam keadaan kebingungan aku menuruti Pak Cik yang belum lagi aku mengetahui namanya tanpa banyak bicara.Sambil berjalan menuju ke tempat yang dituju aku kehairanan memandang kiri dan kanan betapa cantik dan indahnya pemandangan disekeliling.Belum pernah lagi aku melihat suasana secantik ini dalam hidupku.

Terdetik dalam hati aku ingin bertanya siapakah Pak Cik ini dan ke manakah ingin dia bawa diriku pergi.Tapi aku simpan dahulu niatku itu sehingga sampai ke tempat d tuju baru aku ingin bertanyakan soalan ini kepadanya.

Aku bertambah hairan, bila aku memandang kehadapan aku seolah-olah mengenali tempat itu walaupun belum pernah aku tiba di sana.Kami masih meneruskan langkah, pemandangan di hadapan semakin jelas dan jantung semakin berdegup kencang seakan tidak percaya apa yang dilihat.

Ya Allah! Betul ke ni Pak Cik kita berada di sini? Macam mana boleh kita sampai di sini dengan hanya berjalan kaki?...Aku sangat terkejut dan tidak percaya yang sekarang ini kaki ku berpijak di bumi yang berkat berhadapan dengan Kaabah..

Ya nak!..Ini adalah Makkah dan di hadapan kita ini Kabaah..Pak Cik hanya utusan dari seorang gadis yang ingin bertemu dengan anak..Dia sedang menantimu di hujung sana,pergilah nak..

Mana Pak Cik?..siapa dia?..kenapa ingin berjumpa dengan saya?...aku bertanya dalam keadaan aku masih lagi kebingungan dan tidak percaya apa yang sedang aku lalui ini..Pak Cik tadi hanya diam tidak berkata-kata.

Tanpa banyak bicara aku meneruskan langkah mencari gadis yang ingin bertemu dengan aku..Dari jauh aku memandang seorang gadis yang tersenyum indah.Senyumannya cukup memikat.Tidak pernah aku menikmati senyuman semanis itu.Belum pernah aku melihat wanita secantik itu seumur hidup.

09 September, 2011

Time minggu transformasi mahasiswa

Assalamualiakum wbt

Kepenatan yang terukir di setiap petugas kepaa mahasiswa baru atau dipanggil EJEN, semenagnya tidak dapat dinafikan lagi.Begitu juga ukiran kepenatan juga mencorak di wajah semua yang terlibat dalam promosi kelab dan persatuan masang-masing kepada mahasiswa baru.

Kesungguhan dan pengharapan yang tinggi kepada Allah, boleh melupakan segala kepenatan tadi.Mungkin juga kegembiraan menyambut kedatangan adk-adik ini menghilangkan rasa penat dan letih.


booth palapes


presiden PMIUTM menjawab soalan yang diajukan oleh adik-adik


booth PMI


bersama abang-abang asker




cerita raya aidilfitri

Assalamualaikum wbt

sebelum cerita ini menjadi basi, dek perederan hari mengakhiri bulan syawal, aku ingin kongsikan sedikit cerita, yang berlaku pada diri aku.Raya lepas, alhamdulillah aku sempat berjumpe dengan kesemua "saim-saim" aku di sekolah menengah dulu.walaupu cuti semester tempoh hari begitu panjang, tapi aku sudah di berikan satu contrak untuk mengecat rumah.contark ni seminggu sebelum raya lagi sudah di pertanggungjawabkan.Tidak dapat tidak kena la aku perturutkan.

Bukan aku seorang sahaja yang berhempas pulas menyiapkan semua sudut, tetapi aku memerlukan satu pasukan bantuan untuk mengecat, siap sebelum raya.Allahmdulillah,bahagian luar dan dalam kami siapkan.Namun, ade sedikit sahaja lagi yang belum sempah, tetapi dinding tu lain masa pun boleh dibuat.

Tahun ni kami beraya dengan rumah dicat baru.Begitu tampak perbezaan.Pandangan mata pun sudah menjadi lain.Bertambah keceriaan.Senyuman lebar terukir diwajah kedua ibubapa kami.

Dalam rumah kami perkenakan warna hijau lemon.Kat luar rumah pula warna kuning dan dibingkai-bingkai jendela warna maroon dan putih dijadikan sebagai boder kepada warna maroon.


gambar kami sekeluarga


adik-adik ku


ayahanda dan bonda

07 September, 2011

kembali berceloteh

Assalamualikum wbt

Alhamdulillah,begitu lama aku merehatkan jari jemari ini, kini aku kembali untuk berceloteh.Begitu banyak cerita yang ingin aku kongsikan kepada semua, insyaallah di kesempatan yang ada akan aku curahkan sedikit demi sedikit.

Dikesempatan ini aku mengucapkan salam lebaran, walupun sudah seminggu kita beraya.Syukur juga limpahkan, hari ini aku sudah sampai ke bumi UTM.

Insyallah di keluaran akan datang aku akan ceritakan sepanjang cuti aku dirumah tercinta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana