29 April, 2013

kempen disekat

bismillahirrahmanirrahim

Semakin dekat dengan pembuangan undi, semakin meriah bumi ini dengan hiasan bendera, poster calon dan parti. Pelbagai kretiviti ditonjolkan. sungguh kreative.

Aku ingin berbicara tentang apa yang berlaku terhadap team kempen Nusajaya dan Gelang Patah petang tadi. Perjalan hari ini dimulakan dengan walk about di Pasar Awam, Pasar Tani, ziarah orang sakit, ziarah ke orang kuat Pas di Sg Melayu dan ziarah di rumah orang kuat PAS di kg Wawasan sebelum calon memulakan ceramah di waktu malamnmya.

Aku sempat bersama dengan yang lain di Kg Melayu dan si KG Wawasan. di kg Melayu tiadaapa2 masalah yang dihadapi. walaupun pada mulanya khabar mengatakan orang2 OKU akan buat sekatan untuk menghalangkami masuk kesana. Alhmdulillah kawalan dari polis, rancangan itu tidak berlaku. Setelah itu, kami bertolak ke kg Wawasan.Kg yang dikatakan antara terkuat UMNOnya. ternyata, apa yang diduga, berlaku. setelah kami park kereta di rumah jemputan, kami mulakan tugas kami untuk mengedar risalah dan barang2 cenderahati dri parti masing2, DAP dan PAS. pada masanya sama, keluarlah OKU-OKU, ada yang bawa kayu untuk bertujuan menakutkan kami.
" Jangan ambil barang mereka, cakap kat orang lain,"kami salah seorang dari mereka. Mungkin antara OKU yang berpengaruh disitu. Budak2 moto, terus ke rumah-kerumah untuk memastikan , barang kami tidak sampai ke tangan pengundi.selang beberapa rumah, kami dipanggil untuk kembali ke rumah jemputan.

perbalahn mulut berlaku. keadaan semakin tegang.
"dah la masuk kg kami tak bagi salam,"jerit OKU. "keluar la, buat apa kat sini".

Jam menunjukkan 6.45 ptg. Pihak polis hanya tengok. tiada apa tindakan. setelh di redakan oleh org2 yang berpengaruh, tuan rumah kembali untuk melayan kami. Mereka masih tunggu untuk menghalau kami. Mereka mngumpulkan bag2 barang yang kami bagi dan membakarnya.

mereka masih menunggu, jam sudah menunjukkan sudah pukul 8.00 mlm. terlintas dalam pemikiran,sudahkan mereka sembahyang. dari petang hingga magrib dan hampir habis waktu maghrib, mereka masih disitu.Pihak Polis mengawal keadaan. kami kelaur dengan tiada apa-apa kejadian yang buruk.Alhamdulillah. mereka masihtidak sedar, tanah mereka sudah bukan hak milik mereka. mengangungkan UMNOBN setinggitingginya.kesian.

dari apa yang berlaku, firasat aku mengatakan, UMNO berjaya menanamkan dapam pemikiran masyarakat dengan sikap perkauman dan juga membenci PAS, DAP dan PKR. melaungkan hidup BN dengan bangga. Bangsa yang semakin punah. agamanya entah kemana. serta menjadikan agama hanya di msjid atau surau sahaja.

Semoga mereka akan diberikan hidayah.inysaallah.


14 April, 2013

bahang pilihanraya

biamillahirrahmanirrahim

Bahang pilihanraya semakin terasa hangatnya.seperti mentari memancar tanpa lindungan awan-awan. bendera, sebagai panji di pasang setiap genap pelusok negara, menandakan tempat itu, sudah ada penyokongnya. Parti lawan juga tidak ketinggalan. satu bendera kita pasang, diaorng sepuluh bendera.



Rakyat kini mula sedari apa yang telah di gagaskan oleh Pakatan Rakyat adalah satu yang sangat teristimewa dan siapa yang tidak bersama PR akan rugi. Ini kalilah semua kerosakan negara perlu ditukar dari pengendali yang rakus. Rakus terhadap hak rakyat. Mungkin mereka tiada satu perasaan belas kasian. Apa yang peliknya ade juga golongan agamawan bersama mereka. apa lagi yang dapat dikatakan.Inilah keadaan akhir zaman. Artis yang dulu leka dipentas hiburan kini kembali ke jalan keredaan Ilahi.



Aku melihat perjalanan pilihanraya kali ini, sungguh berbeza dngn PRU sebelum ini. Kali ini berpusu-pusu mengubah haluan memilih Pakatan Rakyat sebagai kapal mereka. tidak kira, Ilmuan, artis, CEO syarikat dan lain-lain lagi. mereka sudah berani bersuara. InsyaAllah, aku yakin dengan doa para ulama' dan para ustaz, serta kerja keras yang dilakukan oleh semu parti dalam PR, kali ini adalah tahun terakhir bagi mereka. ada lagisatu gerkanyang menggelarkan mereka Arus baru. Arus baru yang akan memertabatkan islam dan bangsa melayu. aku kurang bersetuju bila mana ingin mengangkat bangsa.oh, biarlah mereka. bila dinasihat, mereka tidak ambil kisah, mengkritik orang perkara utama mereka. ini saja ulasan aku tentang mereka.moga mereka akan bertemu dengan kebenaran, insyaAllah.

semasa pelancaran manifesto Johor

Kali pertama terlibat dengan pilihanraya secara langsung, sungguh tidak aku sangka begitu banyak cabaranya. Pelbagai fitnah serta ugutan yang diterima dan di lemparkan.membuatkan aku terfikir, adakah zaman Nabi dahulu seperti ini. Hati ini berfikir, kita memerlukan suntikan demi suntikan semangat dengan kisah para nabi serta sahabat dan juga tokoh-tokoh Islam.

dalam kegairahan berkempen, jangan lupa adab kita sesama manusia. Jangan pula berlainan menyokong parti, hubungan kita sesama terputus begtu sahaja.Jaga hubungan.jaga adab dan akhlak.

ismaryzalismail.14april.2013

 


02 April, 2013

kembara walimah

bismillahirrahmanirrahim

satu jaulah balik kelantan sempena walimah sahabat-sahabt di sanamembawa kami satu perjalanan menguatkan nilai ukhwah sesama kami. biarpun berlima, satu kereta, namun, apa yang dibualkan menjadikan kami semakin rapat, terutama aku. kenapa aku. Ya, aku, yang jarang tidak bersama dengan rakan lain.serta yang lain sibuk dengan kerja masing-masing.

Entri ini aku ingin berkongsi dengan kalian, satu perjalanan yang jauh telah mengambil masa 12 jam, aku rangkumkan dalam satu tulisan ini. tidaklah setiap detik perjalanan aku muatkan dalam perkongsian ini. mungkin apa yang aku rasa itu baik untuk diongsikan, aku akan catatkan disini. teman aku ade bertanya, kapan mahu update blog. sudah berminggu tersadai tanpa apa-apa berita.  InsyaAllah, entri ini, boleh membuatkan hatinya terasa tenang selepas membaca. Alhamdulillah keadaan aku sihat-sihat sahaja.

berbalik kepada perjalan kami. kami berlima bersiap menuju ke bumi serambi mekah dengan niat meraikan sahabat kami sempena dia bergelar raja sehari. rumah yang pertama adalah, senior aku, muslimat. walimahnya di Dungun. kebetulan satu jalan ke kelantan, jadi kami megambil keputusan untuk singgah disitu terlebih dahulu. niat dihati, pagi sebelum kami ke mana-mana walimah, ingin kami bermandi mandi di pantai. hasrat meleset. pihak keselamatan tidak membenarkan mandi, dikuathiri keselamatan tidak dijamin. first time kami makan nasi kerabu terengganu. oh begini rupanya nasi kerabu. mak aku panggil, nasi kerabu darat, sebab tiada sambal tumis. mungkinitu perbezaan dengan kelantan. di rumah saliana, rumah pertama kami bertandang, kamilah orang yang pertama sampai. maklumlah kejar masa. siap makan dan bergambar, perjalanan terus ke kelantan. majlis yang serba ringkas. tiada pelamin, tiada renjis-renjis. hanya disediakan satu udut untuk bergambar sahaja. semasa perjalan merentasi di bumi terengganu, satu perkara yang kami kagum. pacakan bendera sungguh banyak. setiap dua tapak kaki, di pacak mereka. tidak cukup dengan pacak, mereka gantung dari tiang lampu ketiang lampu yang lain. bendera-bendera saiz besar juga menghiasi ruangan udara. berkibaran bendera hijau putih mengiakan, PGU akn berlaku di terengganu, insyaAllah.

second rumah, aku harus ke rumah sepupu aku. hari ini, merupakan hari berbahagia buatnya. sungguh tidak aku sangka, lebih 8 tahun lepas SPM, inilah aku berjupe dengan cikgu BI aku, yang sungguh tabah bersama kami semasa kami SPM dulu.sungguh, dia cikgu BI kami yang terbaik. teacher Sakinah namanya. sempat juga dia betnya, Isma, awak bila plak?? hanya seyuman, jawapan aku.hehe..bersalam dan bersembang dengan ibu dan adik-adik ku, untuk seketika, kerana aku harus bersam yang lain ke tempat lain pula. asalnya entah tidur di rumah atau pun kat tempat lain.bila ditnnya, IsnyaAllah, tidur dirumah, itu je jawapan aku.

perancangan asal, aku ingin ke rumah sahabat kami di tanha merah, tapi, jam menunjukkan pukul 5.30 ptg. kami patahkan niat itu, untuk pergi esok hari di rumah lelaki. mereka dibawa ke kolam air panas dan wakaf che yeh.

perjalanan kami diteruskan pada ahad pagi. siap bersalam dengan papa dan mama serta adik-adikku, terus saja kami meluncur ke kubang kerian, sebelum ke tanah merah. selepas sejam, kami ke tanah merah. siap makan dan bergmbar, kami harus meninggalkan bumi kelantan secepat mungkin. bersama kami ada yang bekerja pada hari isnin. kereta waja, di bawa terus ke Johor.
alhamdulillah, pukul 5 pagi, kami keluar semula dari kereta utk meneruskan perjalanan hidup di Johor.

di pantai kemasik, terengganu

berfoto dengan ibunda..

bergambar dngan naqib..insyaAllah akan menyusul jgk selepas ini, bila??, lambat lagi..

Tulisan ini, aku sengaja berkongsi, supaya ia menjadi sebuah diari dan kenangan buat aku kelak. maaf aku pinta, dengan bahasa yang tungganglanggang.


walimah saliana di dungun 

walimah pijoo dan kina dai kubang kerian

walimah ayoh (khairul dan wani) di tanah merah

bersama putri-putri..dua orang lagi putri tak bali dan sorang lagi putra entah kemana...


01 April, 2013

Lindungi adik-adikku

bismillahirrahmanirrahim

ade satu perkara yang menjadi kerisauan dalam dada ini adalah berkaitan dengan adik-adik perempuanku. bagaimana mereka akan berhadapan dengan dunia yang penuh fitnah ini. sungguh, aku inginkan yang terbaik untuk mereka. hendak menyekat yang diorang inginkan, perkara sia-sia. ini kerana, ini akan membentuk kerencatan dalam kehidupan mereka.

ade satu status yang di post oleh ustaz zaharuddin,

Beberapa sahabat saya yang bijak berkata "pakaian seseorang muslimah di kampus universiti tidak semestinya mencerminkan pakaiannya setelah bekerja, di universiti pakaiannya mungkin sangat bagus menutup aurat dengan tidak berlebihan berhias tapi bila ada duit sendiri yang bukan sekadar cukup makan, tengoklah nanti". Melalui pengamatan saya, ada benarnya dalam banyak keadaan namun ada yang masih mampu beterusan dengan pakaiannya di kampus atau dengan hanya sedikit sekali perubahan tidak ketara. faktor penting berubah atau tidak adalah SUAMInya dari jenis apa.



memang pedih bila membacanya. diwaktu sekarang pun, aku melihat kegiatannya di luar kawalan, bergaul mesra lelaki dan perempuan tanpa membataskan.

Ya Allah, lindungi lah mereka dari fitnah dunia ini.

kepadaMu, aku memohon, lindungi dan kawali keluarga kami dari terjerumus ke lembah kehinaan dan padanilah kami dengan pasangan yang dapat menolong kami kearah yang lebih baik.

gambar 3 tahun lepas


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana