29 April, 2013

kempen disekat

bismillahirrahmanirrahim

Semakin dekat dengan pembuangan undi, semakin meriah bumi ini dengan hiasan bendera, poster calon dan parti. Pelbagai kretiviti ditonjolkan. sungguh kreative.

Aku ingin berbicara tentang apa yang berlaku terhadap team kempen Nusajaya dan Gelang Patah petang tadi. Perjalan hari ini dimulakan dengan walk about di Pasar Awam, Pasar Tani, ziarah orang sakit, ziarah ke orang kuat Pas di Sg Melayu dan ziarah di rumah orang kuat PAS di kg Wawasan sebelum calon memulakan ceramah di waktu malamnmya.

Aku sempat bersama dengan yang lain di Kg Melayu dan si KG Wawasan. di kg Melayu tiadaapa2 masalah yang dihadapi. walaupun pada mulanya khabar mengatakan orang2 OKU akan buat sekatan untuk menghalangkami masuk kesana. Alhmdulillah kawalan dari polis, rancangan itu tidak berlaku. Setelah itu, kami bertolak ke kg Wawasan.Kg yang dikatakan antara terkuat UMNOnya. ternyata, apa yang diduga, berlaku. setelah kami park kereta di rumah jemputan, kami mulakan tugas kami untuk mengedar risalah dan barang2 cenderahati dri parti masing2, DAP dan PAS. pada masanya sama, keluarlah OKU-OKU, ada yang bawa kayu untuk bertujuan menakutkan kami.
" Jangan ambil barang mereka, cakap kat orang lain,"kami salah seorang dari mereka. Mungkin antara OKU yang berpengaruh disitu. Budak2 moto, terus ke rumah-kerumah untuk memastikan , barang kami tidak sampai ke tangan pengundi.selang beberapa rumah, kami dipanggil untuk kembali ke rumah jemputan.

perbalahn mulut berlaku. keadaan semakin tegang.
"dah la masuk kg kami tak bagi salam,"jerit OKU. "keluar la, buat apa kat sini".

Jam menunjukkan 6.45 ptg. Pihak polis hanya tengok. tiada apa tindakan. setelh di redakan oleh org2 yang berpengaruh, tuan rumah kembali untuk melayan kami. Mereka masih tunggu untuk menghalau kami. Mereka mngumpulkan bag2 barang yang kami bagi dan membakarnya.

mereka masih menunggu, jam sudah menunjukkan sudah pukul 8.00 mlm. terlintas dalam pemikiran,sudahkan mereka sembahyang. dari petang hingga magrib dan hampir habis waktu maghrib, mereka masih disitu.Pihak Polis mengawal keadaan. kami kelaur dengan tiada apa-apa kejadian yang buruk.Alhamdulillah. mereka masihtidak sedar, tanah mereka sudah bukan hak milik mereka. mengangungkan UMNOBN setinggitingginya.kesian.

dari apa yang berlaku, firasat aku mengatakan, UMNO berjaya menanamkan dapam pemikiran masyarakat dengan sikap perkauman dan juga membenci PAS, DAP dan PKR. melaungkan hidup BN dengan bangga. Bangsa yang semakin punah. agamanya entah kemana. serta menjadikan agama hanya di msjid atau surau sahaja.

Semoga mereka akan diberikan hidayah.inysaallah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana