30 November, 2010

Apakah itu ikhtilat?



Apakah itu ikhtilat? Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga? Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya. Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir. Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam.


Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Saya menyarankan ikhtilat adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga menghanyutkan diri. Mereka jadi tidak tenang dan gusar, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia. Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begitu juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga perasaan. Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.

Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam. Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA.


Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertemu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjuangan langsung tidak dihulurkan. Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hilang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – yakni kahwin. Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka.


29 November, 2010

Cinta..

salam imtihan...dah lama rasanya aku tidak menaip keyboard ini untuk berkongsi apa-apa cerita. hari ini aku hanya sempat copy satu cerita yang akau ambil dari iLUVislam, moga-moga dapat diambil ikhtibar...

Cinta... satu pengalaman yang dikatakan cukup indah dan kehilangan cinta dikatakan cukup pedih. Bagi saya yang tidak pernah bercinta (tetapi amat percaya pada cinta), saya tidak boleh komen lebih-lebih mengenai perasaan bercinta atau putus cinta. Tetapi, saya ada satu kisah benar yang berlaku kepada seorang kawan baik saya ketika di Amerika. Kisah ini membuktikan cinta terbaik hadir apabila kita berubah menjadi terbaik.

Kisah S

Pada tahun 1996, semasa saya melangkah kaki di Illinois State University, tiada orang Melayu Malaysia dan saya satu-satunya wanita bertudung. Selepas seminggu berada di bumi Amerika, S adalah orang pertama yang menegur dan memberi salam. Ketika itu, saya mengakui betapa perkataan semudah "assalamualaikum" menjadi common language antara 2 insan berlainan bangsa dan warganegara.

S adalah gadis Pakistan yang lahir dan dibesarkan di Amerika. Bersama-samanya ketika itu ialah M, teman lelaki yang berbangsa black American yang baru setahun memeluk Islam. Dipendekkan cerita, setelah beberapa kali berjumpa, kami sepakat apabila semester seterusnya, kami akan tinggal sebilik di asrama.

Apabila kami menjadi roomate bersama 2 gadis berbangsa white American yang lain, saya mengenali S dengan lebih rapat. Setiap malam Sabtu, dia akan keluar dengan kawan-kawannya (dia tidak pernah mengajak saya). Dia cukup rajin belajar dan antara pelajar cemerlang dalam bidang biologi.

Saya pernah ke rumah keluarganya. Adik perempuannya bermekap tebal ala ghotic dan abangnya akan menyebut 'f#%@" disetiap akhir ayat. Rumahnya sederhana dan rasa tenang sepertimana rumah berkeluarga yang lain. Saya perhati, hampir di setiap dinding rumahnya tertera "786". Apabila ditanya, katanya, "that is the number of times Bismillah is mentioned in Quran." Saya diam sahaja kerana kurang arif. Hanya sekali sahaja saya tegur dengan nada serius "S, if I saw you sleeping in one bed with M again, I sleep outside."

Saya akui, kelemahan iman menyukarkan saya menegur perkara-perkara lain tetapi percaya perubahan total perlu datang dari dalam diri. Saya menerima S seadanya.

Suatu hari S kata, dia cuba nak pakai tudung. Dia mula pakai tudung putih ke kampus dengan baju lengan pendek. Sebulan kemudian, dia pakai jubah hitam di atas baju lengan pendeknya. Dia juga mula membaca tafsir Al-Quran.

Suatu hari S, beritahu saya, "Mimi do you know, when Allah send the message for the women to wear hijab, they immediately pull the curtains and cover themselves with it. Only their eyes were shown."

Beberapa minggu kemudian, S menutup mukanya dengan kain. Hanya mata yang kelihatan. Saya berkesempatan ke rumah keluarga S lagi. Rumahnya masih sama. Tetapi, isi rumahnya sudah lain. Adik perempuannya sudah berjubah dan menutup muka, tiada lagi "786" sebaliknya diganti dengan ayat Quran, abangnya juga sudah tidak menyebut "f%#@". Adik perempuannya juga ambil keputusan berhenti sekolah menengah & hanya home school. Mereka sekeluarga juga mengambil kelas bahasa arab.

Untuk pengetahuan semua, dari saat S beritahu hendak pakai tudung sehingga saat dia menutup wajahnya (termasuk tangan), ia mengambil masa kurang dari 1 tahun.

Okay sekarang cerita cinta...

Sepanjang perubahan itu, S masih dengan M (yang juga berubah menjadi Muslim yang lebih baik). Mereka berdua sudah tidak berjumpa berdua-duan. Kalau berjumpa, mereka akan berbincang mengenai hadis atau ayat Al-Quran. Suatu hari sepupu S (juga, suatu ketika pernah melalui kehidupan bebas) masuk melamar. Sepupunya adalah antara pendakwah muda di beberapa konvesyen Muslim di Amerika.

Di bahu ini, S meluahkan dalam perasaannya...

"How can I love another man, as I love M...?"

Saya tak boleh nak jawab. S keraskan hatinya yang pilu dan menerima lamaran sepupunya. M juga terpaksa menerima dengan hati yang berat.

Tiga bulan kemudian, S bercerita pengalaman keluarganya bercuti. Malah, dia juga memberitahu bagaimana sepupunya (si tunang) terpaksa mengangkat punyalah banyak beg dan dia yang berjalan di belakang berkekeh ketawa dengan adiknya. Saya juga turut gelak kecil. S bercerita dengan nada gembira & seri di muka.

Semenjak saya pulang ke Malaysia, saya sudah hilang contact dengan S. Namun, saya bersyukur sepanjang 2 tahun setengah bersama S, Tuhan tunjukkan erti sebenar perubahan.

Bagi pembaca iluvislam.com, walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir. Saya doakan semoga kita bertemu cinta yang telah dijanjikan.

- Artikel iluvislam.com

25 November, 2010

.: Pohon hijau



aku hadiahkan lagu ni buat teman - teman aku yang bertungkus lumus dalam perjuangan sebagai seorang pencari ilmu, mahasiswa. semoga dengan lagu ini akan meningkatkan semagat dalam perjuangan, dikala berjauhan dengan keluarga yang tersayang.

Brothers
Pohon hijau
Artist: Brothers

Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan
Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
gugur di taman ini





23 November, 2010

rebut peluang keemasan ini..

aku menjadi pengedar buku...
sape-sape nk menjimatkan kos pergi dan balik kekedai, boleh la contact aku klu la korang semua berminat untuk menjadi salah sorang pembaca buku...
CEPAT!!!
NANTI KEHABISAN STOK....



hangpa semua blh la contact aku ngan YM/SKYPE/FACEBOOK
guna je alamat dalam gambar 2...
xyah guna hanset, nnt kena topup plk....
dah alang2 dok kat universiti teknologi, kita guna la teknologi....

11 November, 2010

perjuangan


Andai perjuangn itu mudah, pasti ramai akan menyertainya,
andai perjuangna ini singkat, pasti ramai yang istiqamah
andai perjuangn ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai tertarik dengannya
tapi, haikat perjuangan bukan begitu, turun naiknyasakit pedihnya, umpama kemanisanyang tidak terhingga
andai rebah bangkitlah semula.

perjuangan itu ibarat ranjau bartatahkan duri-duri yang mencengkam leluhur daging,
ditarik ia sakit
ditolak menjadi nanah
tapi bagi seorang pejuang
kesakitan itu ibarat tiupan lembut angin dari jannah dan tegukan air, penyejuk tekak di padang pasir..

derita satu perjuangan buka satu bebanantapi satu latihan
gundah perjuangan bukan satu ancaman tapi satu didikan
mehnah perjuangan bukan satu kegusaran tapi satu kekuatan
walau perit manapun perjuangan sesukar mana pun perjalanan,
kita pejuang,
tabahkan hati,
kita mujahid,
kuatkan diri,
kukuhakan tejad,
mara dalam perjuangan islam,
Ayuh kita kentalkan semangat,
maju kedan,
demi menjulang ISLAM.

10 November, 2010

buat teman

assalamualaikum
disini aku postkan entri terbaru dengan sebuah lagu. lagu ini ditujukan buat semua rakan-rakan aku yang sentiasa bersama suka dan duka, dan juga buat sahabat-sahabat yang baru sahaja berkenalan dengan aku. Insyallah, moga-moga ikatan kita akan diberkati oleh Allah.
lagu ini berkisarkan persahabatan yang begitu utuh bertunjangkan keimanan pada yang ESA...
pertemuan dan perpisahan hanya milik ALLAH..


09 November, 2010

utama yang lebih utama

Alhamdulillah semalam aku tellah menghadiri satu lagi usrah yang sememangnya dibuat setiap minggu. Semalam kami ade menyambut ahli usrah yang baru.-, ssebelum ini dia terkapai-kapai mencari pelampung untuk berpaut, namun akhirnya semlam dapat juga kami selamatkan dari hanyut kelekaan. Bukan salah sidia.
Aku bukannya hendak menceritakan permasalahan dia, tujuana akau untuk berkongsi, ape yang kami perbincangkan semalam.

Tajuk kali ini Fiqh keutamaan. task sudah di beri minggu lepas, pembentangan akan dilakukan hari ini. Kami amengambl dua buah buku yang sememangnya tersohor, bukan sahaja penulisnya bahkan setiap ayat yang ditulisnya bagaikan mutiara dilautan. stephen r.covey VS Prof Dr. yusuf abdullah al-qardhawi

mari kita selami ape yang sudah dibincangkan.
pertamanya mengenai planning. Ini diterangkan dalam buku utama yang lebih utama dari Stephen r.covey. dia menyarankan kita membina satu jadual untuk seminggu, dan menetapkan perkara-perkara yang sememnagnya dilakukan setiap minggu.sebgai contoh. meetng akan dilakukan setiap hari isnin kul 9.00 malam.tidak dapat tidak, setiap hari isnin tidak bleh diusik dan diganggu oleh orang lain.
Antara contoh lain, hari selasa diperuntukkan bersama keluarga, namun kawan kita telah membeli tiket untuk ke konsert, jadi beliau mengajarkan kita untuk satukan dua perkara tersebut, dengan membawa keluarga kita ke konsert trsebut, maka kita tidak mensia-siakan salah satunya.

antara isi lain yang dibincangkan adalah, apa yang patut dilakukan ketika keruntuhan akhlak berlaku. mengasingkan diri ataupun senantiasa bersama masyarakat.
menurut golongan sufi, kita patut mengasingkan diri dan bermuhasabah, namun jika di lihat dari pemikiran golongan ulamak, kita sememangnya dikehendaki bergaul dengan masyarakat ketika mana keruntuhan akhlak berlaku.Dimasa sekarang apa yang patut diutamakan adalah kita semestinya bergaul bersama masyarakat, agar kita ataupun sesiapa dapat membimbing rakan-rakan kita yang lain, supaya sentiasa berada dilandasan yang betul mengikut syariat Allah.

Dari dua contoh ini aku harapkan dapat diambil pengajaran dan ilmu baru, sebenarnya bayak lagi yang dibincangkan , namun ini sahaja sebagai perkongsian awal dari aku.
Dilain waktu, insyallah kita akan berkongsi lagi.

p/s : kepada sahabat2 aku selamat menempuh final dengan penuh bergaya dan bersemangat..senyum sokmo.

06 November, 2010

pengorbanan perasaan


PENGORBANAN PERASAAN




Ramai orang sering bercakap dalam perjuangan mesti ade pengorbanan. Dari segi harta, masa dan sebagainya. Jarang orang bercakap tentang pengorbanan perasaan. Hal ini dapat ungkai setelah mana kita menghadapi situasi yang berbelah bahagi, klu di telan matinya mak, di ludah matinya bapak.
Sebagai contoh antara program atau ibu bapa. Jika tidak pergi kat program kita ajknya, jika pergi program perasaan ibu bapa kita siapa nak jaga.

Antara lain jika kita dalam perjuangan, kita selalu di datangi perasaan rendah diri dalam kalangan sesama kita. Walhal bukannya baru sehari dua kita kenal, namun hati kecil kita selalu meronta-ronta, jikalah hati dapat bercakap, mungkin perasaan itu dapat di hilangkan. Selain itu kita juga selalu terasa tidak dihormati dan di hargai. Keadaan ni sering berlaku kepada pimpinan mahupun ahli dalam sesuatu organisasi. Jika dilihat dari sudut lain, penyakit-penyakit ini semua kan merosakakn lagi reputasi organisasi tersebut.

Ayuh mari kita tanyakan diri dan juga iman kita, sejauh mana kita ingin mencapai matlamat kita jika kita tidak hapuskan perasaan seperti ini. Percayalah, jika masih sayang dan berhasrat untuk menyimpan dan memendam perasaan yang menjadi racun dalam berorganisasi dan juga berukhwan, lama kelamaan, ia akan menjadi nanah dan buruk sehingga tidak dapat dirawat lagi.

sesungguhnya perasaan ini memang berkaitan dengan seketul darah dalam diri kita yang dinamakan hati. Jika seketul darah ini tidak mendapat rawatan dan tidak disiram dengan KALAMULLAH ataupun tazkirah-tazkirah, maka perjuangan kita tidak akan kekal lama. Ia akan berhenti di sepertiga, tidakpuan seperdua jalan.

Kita kena sedar dan perhalusi, semakin hari kita berjalan dimuka bumi ini, semakin jauh diri kita dengan rumah kita, dan semakin dekat dengan kubur. Marilah kita muhasabah dan kenali diri kita, dalam seharian berapa banyak kita menolong agama ALLAH, berapa banyak kita mengingtiNYA.
sedarlah wahai saudaraku, kita merupakan pejuangan agamaNYA selepas junjungan besar baginda nabi Muhammad s.a.w wafat.
Allah ada berfirman dilam kitab sucinya
"wahai orang-orang yang beriman!jika kamu menolong agamaallah,niscaya Allah akan menolongmumeneguhkan kedudukanmu."ayat 7 surah muhammad.
seiring dengan ini, kita perlu melengkapkan diri dengan perhiasan-perjiasan yang menjadi tuntutan kita sebagai mukmin, lebih-lebih lagi kita sebagai mata-mata rantai perjuanagan Rasulullah.

Mari kita mengorak langkah bersama-sama, menggembling tenaga, harta, masa, perasaan demi Agama yang tercinta ini.
Jika bukan sekarang, bila lagi,
jika bukan disini, dimana lagi,
jika bukan kita, siapa lagi.
Kenapa mesti kita harapkan orang lain?kenapa bukan kita yang memulakannya dahulu.Ayuh rakan-rakan, berganding bahu, memegang erat amanah yang telah ditinggalkan untuk kita menggalasnya, bagi memastikan Islam terus bertapak ditempat yang tinggi..

...ISLAM MENERAJUI PERUBAHAN DUNIA...

selamat berexam

selamat menjalani peperiksaan, semoga kita akan memperoleh satu kejayaan yang diharapkan dan harapan ibu bapa yang digalas untuk mngubah nasib keluarga yang tercinta.

cuma satu pesanan untuk diri ini dan juga para sahabatku yang sering tidak muak membaca tulisan aku ini, agar kita dalam menekankan pasal akademik, jangan pula kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang daie. marilah kita melangkah bersama mengharungi mehnah dan juga tribulasi yang sering saja datang tanpa undangan menguji ketabahan dan kesabaran serta keimanan kita terhadap yang Maha Mengetahui.
Ayuh mari kita bersama menuju kesana menemui matlamat yang kita pikul. Insyaallah Allah senantiasa bersama orang-orang yang menolong agamaNya.

sekali lagi aku mengucapkan selamat menempuh ujian dunia ini, semoga di gantikan dengan kejayaan atas apa yang kita lakukan untuk menegakkan agama ALLAH, INSYALLAAH.

05 November, 2010

seorang gadis itu ...

sajak ini aku ambil dari risalah simpanan aku, yang mungkin dapat menjadi pedoman sekian kita.
diharapkan pembaca blog ini akan istiqamah dalam landasan syariat Allah.
seorang gadis itu ...
 
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta, 
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya ...
 
seorang gadis itu ...
 
hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...
 
namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah, 
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...
 
begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...
 
seorang gadis itu ...
 
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...
 
seorang gadis itu ...
 
bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...
 
bijaksana ia,
menyimpan ý­lmu,
si teman bicara,
dialah ýýishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
 
seorang gadis itu ...
 
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALlah memuji ...
 
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...
 
bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .
 
seorang gadis itu ...
 
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa, 
agar ia terpelihara ...
 
dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...
 
dengan yakin Deennya,
dengan teguh ýýqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...
 
seorang gadis itu ...
 
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...
 
seorang gadis itu ...
 
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...
 
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...
 
kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
 
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ... 
anugerah istimewa kepada dunia!
 
seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai ýýbidah, 
daý­yah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...
 
kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...
 
seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
 
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!


03 November, 2010

sajak Aminah Quth Buat Bakal Suaminya

malam semalam aku dok tgk gambar dalam Fb kawan aku, dipendekan cerita aku terjumpa la sajak yang begitu berhaga bagiku dan juga mungkin pada semua sahabat2 aku, yang masih mencari pasangan hidup.Pada mereka yang mempunyai rasa ragu-ragu dan maalah hati yang ketara, aku syorkan amati dan hayati serta dalami sajak ini sedalam-dalamnya, gar mudah dibuat pilihan dan moga-moga menjadi pengubat dalam pemasalahan kehidupan berpasangan.INSYAALLAH



sajak Aminah Quth Buat Bakal Suaminya

sekiranya kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia itu cinta kepada kita
tetapi, sekiranya kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

sekiranya, kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai

tetapi, sekiranya kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehMu untukku
maka, campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMU
dan campakkanlah kedalam hatinya cintakukeranaMU

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMU untukku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrahdalam mengharungi ujian yang KAU berikan kepadaku.
juga

aminah quth


celoteh di petang rabu

satu perkongsian yang aku hendak kongsikan, moga-moga dapat dimanfaatkan.
sebelum aku teruskan bermadah, semalam aku ditelepon oleh saim aku, dia ajak untuk jadi fasilitator bagi bdk form 6. Tanpa ape-ape preperation aku mngiakan.bukannya aku pandai sangat dalam bab macam ni. Cuma mungkin blh mencuri peluang untuk bersama adik-adik form 6.

setelah diperkenalkan oleh ketua fasi, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dari 152 org. Terkejut. Itu je reaksi yang aku ungkapkan masa tu. Tidak pernah aku bayangkan untuk menghandle seramai ini. Tanpa modul dan hanya perbincangan sepintas lalu, aku memberanikan diri.Pergantungan pada ALLAH sepenuhnya.

Aku mulakan dengan memperkenalkan diri aku yang seba dhoif ni.
aku membawa tajuk matlamat, sambil cerita otak aku ligak memikirkan ape yg harus lakukan selepas ini.Ade seketika aku terputus idea. Kawan kau pesan jika terputus idea, kita tnya soalan pada peserta, biar ade sesi 2 hala.
Ahamdullilah , Allah memudahkan urusakanku.

setelah tamat sesi ldk, semua peserta diminta berkumpul dan wakilsetiap kumpulan untuk membentangkan dan berkongsi dengan kumpulan lain ape yng dibincangkan semasa sesi tadi.

Alhmdulillah begitu semangat perkongsian mereka.

Apa yang aku ingin kongsikan adalah, sahabt aku ade kongsikan dengan kami semua. antaranya dia ada mengatakan ciptaan manusia ni ade dua benda, satu kena cari dan satu lagi sudah ade. Aku kebinggungan. Apakah itu. sabagai contoh, malas dan rajin. malas sudah ade rajin kena cari. pandai dan bodoh. bodoh sudah ade dlm diri kita pandai kena cari.

Satu lagi perkongsian yang dikongsikan, adalah mengenal potensi diri.
Dia adalh menceritakan kisah sahabatnya diwaktu sekolah dulu, bagaimana seorng yang gagal dalam UPSR,PMR dan SPM mendapat anugerah pelajar paling cemerlang dalam STPM peringkat negeri. Rahsianya kenal potensi diri.

Mungkin sekadar itu sajalah celoteh aku pada petang ni, moga-moga dapat diambil manfaat jika bersesuaian. mana yang baik boleh lah diambil dan mana keruh di buang sejauh-jauhnya.

02 November, 2010

usrah

alhamdulillah semalam aku sempat lagi untuk berusrah bersama rakan-rakan yang lain.
perkara yang dibincang semalam mengenai akar umbi dalam berorganisasi.
Seperti biasa kami mulakan dengan membaca kalam ayat. Kebetulan surah ini ade berkaitan dengan tajuk kali ini.
Surah ar-Ra'd.
ayat ke 11 dalam surah ini bertepatan dengan tajuk kami..

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNy


hal ini menceritakan kita mengenai sikap dan kelakuan kita. Jika kita amati dan fahami, apa yang kita lakukan akan menyebabkan kesan di depan hari. Namun jika perkata itu blh menyebabkan sesuatu bencana ataupun kecelakaan, mari kita muhasabah diri kita semula.
Apa yang menyebabkan satu-satu organisasi itu bermasalah.??
jawapannya ada di dalm ayat di atas. kita mesti mencari peluang seberapa banyak yang ade untuk memastikan kejayaan di masa depan. kita yang semestinya mengubah nasib yang dialami dalam diri kita, bukannya orang lain atau pun sistem sesuatu organisasi. memang betul itu semua kan mempengaruhi perubahan diri kita, namun keperatusannya hanyalah sedikit. sekadar secubit garam didalam masakkan. Dalam memobilasi massa yang kian pekat dengan kemajuan, faktor pentarbiyahan dalam diri memaksa untuk diperkuatkan, agar tidak termasak dalam kancah perubahan yang sememangnya berlandakan pengaruh barat.

setelah beberapa seketika, kami membuka untuk hal-hal yang blh dikongsikan bersama ahli usrah.

Salah seorg daripada kami, membuka cerita. dengan nada yang selembut baldu, dia mengorak langkah untuk bertatih mengenai masalah yang sudah lama dipendam. Mulut tidak dapat berbicara, buknnya kerana takut atau segan, tapi kekuatan berukhwah sehingakan tidak dapat di luahkan permasalah yang terjadi. Hanya hati berdoa.
Antara kami pun mulalahm meresponya..pelbagai cara dan jalan di ceritakan untukmenegur si sahabat itu. Tapi aku tahu hakikatnya, si pencerita ini hatinya lembut,tidak sanggup melihat kawannya terseksa. Aku memang memahani sidia.

insyaallah minggu depan kita kan bincangkan tentang Fiqh awlawiyat...

01 November, 2010

GALASan di stadium Bukit Jalil


PIALA yang di GALAS buat semua rakyat kelantan


cara pemakaian penyokong kelantan di stadium Bukit Jalil











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana