28 July, 2011

selamat ulang tahun

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah coretan ini sudah pun berusia tiga tahun, 18 haribulan yang lepas. Sedar tidak sedar begitu banyak yang aku sampaikan dan kongsikan.



Harapan aku tidaklah se gah yang diimpikan oleh penulis-penulis novel.Namun, cukuplah sekadar tintaku berwadah.segala coretan hidup aku, aku cuba utk ukirkan disini.Moga-moga segala maanfaat dpat diambil utk digunakan jika bukan hari ini, insyaallah untuk kemudian hari.Apa yang nampak kekurangan, aku seluas-luasnya menerima teguran yang hendak dilontarkan.

Aku ucapkan terima kasih atas tidak jemu-jemu kalian menjenguk ruangan ini.Terima kasih.




panggilan utk sokongan

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah hari ini masih lagi diberi kesempatan utk berceloteh di lembaran ini.Ramadhan semakin menghampiri.mahu tidak mahu, suka tidak suka, ia akan datangg.Lari lah kemana saje, ramadhan tetap akn muncul.muncul dengan membawa seribu pengertian.Sesiapa yang bijak mencari peluang, dia kan memperoleh keberkatan bulan ramadhan.Namun, pada siapa yang wat don't know je, maka rugilah dia.Jika tempoh nyawanya tidak sampai utk ramadhan tahun depan...Inilah ramadhan yang terakhir.

Hari ini tidak perlu untuk aku mengulas lagi dalam tentang Ramadhan.tapi kali ini aku ingin mengajak semua pembaca utk sama-sama menanjatkan doa agar kejayan pasukan harimau malaya akan tercipta.


Satu berita yang agak sayup-sayup memanggil sokongan dari semua rakyat malaysia terutama yang beragama islam tentang berita dari mesir.Hari ini pihak Gamis menyeru semua anak muda serta mahasiswa dan juga semua rakyat malaysia mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mahasiswa di mesir.Pihaknya mengharapkan agar kita semua mengadakan solat hajat khusus malam ini utk persekutuan melayu republik arab mesir (PMRAM) dan mahasiswa mesir berhubung isu panas yang dimainkan baru-baru ini.



Moga-moga doa-doa yang dipanjatkan oleh rakyat malaysia utk kedua-dua perkara malam ini dimakbulkan oleh Allah.

27 July, 2011

laskar pelangi dan sang pemimpi

Assalamualaikum wbt

Hari ini aku ingin kongsikan satu perkara yang bisa membuatkan kita berhenti sejenak.berhenti untuk berfikir tentang kehidupan.Aku ingin kongsikan tentang langsar pelangi dan juga sang pemimpi.Aku bermula mengenalinya dengan buku tulisan ANDREA HIRATA.Selepas beberapa seketika, aku mengetahui tulisannya di moviekan.
jalan cerita kedua-dua cerita ini banyak menggambarkan tentang orang melayu yang hidup di belitong.Pekikan semangat yang di tonjolkan melalui jalan cerita ini memang menarik.Memang benar,cara hidup diindonesi adalah panca sila.aku kagum, sungguh.



Cerita ini mengisahkan haikal seorang yang mempunyai cita-cita tinggi, untuk memelihara keluarga.Dia tidak mah menggantikan tempat ayahnya berkerja sebagai buruh kasah. Ketabahan dan kecekalan yang disemat,cukup membuat aku terfikir tentang diri aku.Laskar pelangi mengisahakan perjalanan hidup Haikal semasa dibangku sekolah.Dia punya kawan dan guru yang selalu membakar semangatnya untuk terus dan terus mengapai mimpinya.
Dari laskar pelangi cerita ini diteruskan lagi dengan sang pemimpi.Sang pemimpi diceritakan semasa Haikal di sekolah menengah.Disitu dia menanam azam untuk ke Paris,melanjutkan pengajiannya atas tunjuk ajar dari gurunya.





Pada aku, semua teman wajib tonton cerita ini.Kisah kehidupan yang dipertontonkan begitu menusuk dan mencuit isi hati.

26 July, 2011

penantian semakin hampir

Assalamualaikum wbt

Ramadhan sudah menghampiri.Bulan yang ditunggu-tunggu.Bulan yang diumpamakan sebagai bulan tarbiyah, bulan yang penuh dengan pengajaran dan pembelajaran.Ramadhan Almubarak



Marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan doa, setelah mana Allah masih lagi memanjangkan tempoh umur kita untuk kita menikmati kemanisan bulan Ramadhan. Tanamlah dalam diri,sedalam-dalam azam untuk merebut seinfiniti peluang yang ada.Biar lah apa yang sudah berlalu, mari kita pandang kehadapan, menuju dan mengejar mardhotilah.Insyaallah.


25 July, 2011

@brogaHill

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah hujung minggu lepas, aku dan team budak kelas dapat menjejakkan kaki kami di bukit broga, semenyih.Rancangan asal kami untuk berapda di sana sebelum matahari terbit, namuan rancangan tinggal rancangan, bukannya ade yang lewat tapi bersama kami ade budak perempuan jadi tidak dapat tidak, kami tukar rancanga untuk bertolak lebih kurang pukul 6 pagi dari rumah aku.Masa diambil lebih kurang sejam lebih untuk sampi di kaki bukit broga.Terkejut tidak terkata, sampainya kami di kaki bukit, begitu banyak kereta yang sudah lama sampai dari kami.Aku percaya, mereka sudah berada di atas sana sebelum matahari terbit lagi.



Kami mengambil masa lebih kurang 45 minit, mungkin masa ini boleh di kurangkan tapi aku sebagai lastman , jadi lewat sedikit untuk sampai diatas sana.
Subhanaallah, memang menakjubkan.Kecantikan dan keindahan ciptaan Allah tidak dapat di sangkal bila mana aku melihat begitu ramai orang, tidak kira warna kulit, bangsa, agama, mereka bersatu untuk sampai kepuncak.





jalan yang paling cerun





lalang menghiasi dada bukit





empat jejaka


menikmati makanan yang dibawa


puncak bukit broga


Aku rasa tidak perlulah untuk aku mengulas terlalu panjang, moh kita g skali lagi ke bukit broga.
terima kasih utk semua yang terlibat.


20 July, 2011

Mess NITE

Assalamualaikum wbt

Alhmdulillah sudah hampir dua minggu aku bergelar pegawai muda setelah mengharungi penat dan lelah selama tiga tahu.Begitu banyak pengalaman dan dugaan semasa berjalan di landasan ini.Ada yang tidak dapat di turuti dan ada yang bisa dituruti.

Minggu lalu kami diberi penghormatan dengan Makan Malam Pegawai.turut bersama kami adalah Naib Cansoler UTM.Sepatutnya majlis ni dihadiri oleh Yang Dipertua Agong ataupun Sultan Johor, tapi tarikh yang dipilih.Tetapi, walaupun majlis ini tidak sinari dengan kehadiran mereka, alhamdulillah, majlis ini berjalan lancar mengikut ketentuan Allah.Majlis ni diadakan di Persada,JB.

Dengan memakai pakai yang "mess kit" ni, pegawai nampak penuh bergaya.


bersama geng kelas













Insyaallah segala kenangan yang terjadi semasa bergelar kadet akan aku semat dan bukukann dalam memory aku.



15 July, 2011

dari isi hati

assalamualaikum wbt

Dalam bersahabat ade saja dugaan yang mendatang.Tidak kiralah dalam keadan senang atau pun susah.Ucapan maaf sering kali di lafazkan.Ada kadangnya boleh diterima tapi peritnya bilamana lafaz maaf tidak diterima.Ya, hanya ucapan maaf bukan cukup untuk merobah segalanya.Tetap, apa lagi yang boleh dilakukan. Kerana kekhilafan yang berlaku, mungkin disebabkan oleh salah faham ataupun ade sang pencucuk dari belakang.

Kawan makan kawan.Kawan tikam belakang.Pelbagai lagi lontaran diluahkan.Apa itu semua.Aku tidak mengerti.Berlapanglah dada dengan apa yang terjadi.Memang perit dan pedih untuk ditelan.Disaat ini, usah ditelah lagi, kemam dan kemam.Sehingga cair.Tidak semua, kita harus telan terus.Ada masanya kita harus kemam dan telan.

Tiada maksud untuk aku melukakan hatimu.Aku akui, dalam akuberbicara ada sahaja aku lalai dengan apa yang aku katakan.Tidak sedari.

Bukan menggunung harapan aku untuk kau memaafkan diri ini.Cuma aku harapkan tiada perasan yang dipendam.Jika harus diluahkan, luahkanlah.aku sedia menerima apa saja tohmahan dan hukuman.

Aku minta maaf sahabat.

13 July, 2011

kafarah dosa

Assalamualaikum wbt

Bersih, batuk, panas badan,selesema secara tiba-tiba, terus datang melanda.satu pakej.
mungkin semua ini menjadi sabun untuk aku menyucikan dosa yang melekat pada diri ini.
Insyaaallah akan aku terima seadanya.




“Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahwa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya. Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.” Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan keruwetan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih)

Mungkin ini semua sebagai penghapus dosa untuk aku.Mungkin dua minggu berada di bumi UTHM membuatkan aku terlalai tentang kebesaran Allah.subhanallah.

"Ya Allah ampunkanlah dosa aku.sihatkanlah tubuh badan aku.
"

Mungkin juga sudah lama akumeninggalkan almathurat.Sepanjang aku berada di Uthm, tidak pernah aku membacanya.Kalau di beri alasan memang banyak.Aku akur segalanya.

Pentaulihan ke 30 [Gambar]


Assalamualaikum wbt

Untuk paparann umum, aku persembahkan gambar-gambar semasa pentaulihan diraja hari tu...
Gambar ni aku ambik dari satu blog..Next entri aku post gamabr yang aku ambik plk...


pemeriksaan pembarisan oleh Sultan Johor








Motosikal pengiring Sultan


12 July, 2011

kisah seorang sahabat

Assalamualaikum wbt

Pernah atau pun tidak terfikir bilamana seseorang dari sahabat kita sudah berubah, tetapi kita tidak menyedarinya.Aku bukannya berbicara perubahan dari rupa paras, namun berubah dari segi sikap atau pun perangainya.

Aku punyai kawan,pada mulanya dia ok je dengan semua tetapi, sekarang mula tidak disenangi terutama oelah rakan-rakan yang rapat dengannya.Aku mula merisik apa masalah, namun jawapan yang aku dpat, suruh ditanya tuan badan.Mungkin tuan badan mengetahui, apa yang sudah berlaku.Tapi pada aku, sesiapa yang mengetahuinya, perlulah menegur, mungkin diorang sudah berbuih menegur sidia sehinggaka sudah tidak larat untuk berbuat demikian.



Bagaiman harus aku mulakan.Adakah aku perlu menasihat si dia yang sedang berubah atau pun rakannya yang sakit melihat perubahn yang berlaku.Aku tidak pasti sidia tu melangkah untuk berubah kearah kebaikan ataupun tidak.Pada aku dia menag sudah berubah.



Kebiasaannya diri mula berubah disebabkan oleh hatinya.

Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

Pada hemat kau, mungkin hatisidia mula di risik oleh seseorang,dan dia mula menjauhi hati rakannya.Kurang berbual bersama-sama.senyap seribu bahasa.Mula la berlaku, aku..aku,mu..mu.buat hal masing-masing.Tidak lagi bertegur sapa.Mula menyibukkan diri.Mula mencari asalan untuk tidak bersama.Mungkin ini telah berlaku antara mereka.

Aku sebagai seorang rakan serpihan, mendoakan mereka akan dibukakan hati untuk menerima petunjuk dari Ilahi.




Mari kita terus berjalan kehadapan, usah menoleh kebelakang.Hulurkan sepuluh jari untuk mengikat kemaafan.
Aku tinggalkan sepotong ayat dari Surah Al Insyirah
"fainnama'al 'usriyusraa" "Inna ma'al 'usriyusraa"
-Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

Moga-moga di beri kemudahan atas segala urusan.Insyaallah




11 July, 2011

kisah di UTHM

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, setelah himpir dua minggu aku berkampung di UTHM untuk majlis istiadat pentaulihan diraja, bagi kadet palapes.Hari ini aku terus masuk kerja, walhal semalam baru je sampai.Rasa penat dan letih badan pun tidak hilang lagi.

Tarikh keramat 9 julai 2011 bagi semua rakyat Malaysia di serata dunia.BERSIH.satu perarakan untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.Namun, aku tidak berkesempatan unutk bersama -sama mereka. 9 Julai merupakan tarikh pentaulihan aku sebagai pegawai muda.Istiadat pentaulihan ini di sempurnakan oleh sultan Johor.Rancangan asal sepatutnya Yang Di pertuan Agong datang, tapi atas sebab tertentu beliau tidak bersama kami.Istiadat yang gilang gemilang ini disertai oleh 12 IPTA, jumlah kadet palapes adalah seramai 1109 orang(klu tak silap).


peluh masuk mata~sebab tu mata tutup, pedih

Apa yang membuatkan aku terkilan adalah, seawal 4 pagi sudah ada keluarga terpacak di padang kawad bagi meyaksikan pentaulihan ini.Walhal kul 8 pagi baru majlis ini bermula.
Tahniah bauat semua pegawai muda.Kesejahtaraan negara menjadi tanggung jawab kita semua.

Satu perkara aku terkilan.Pada malam selepas kami ditauliahkan, kami semua di BERSIHkan pemikiran.aku tidak pasti, mungkin ini pendapat kau sahaja.Ada seorang pegawai ni, cuba untuk memBERSIHkan pemikiran kami dengan isi-isinya berkaitrapat dengan BERSIH.Terkesan apa yang di perkatakan, dia mempertikaikan keadilan Rasullulah terhadap semua isterinya.subhanalllah.dia menggunakan point tersebut untuk menjatuhkan BERSIH.Bagi aku, usahlah kita mempolitikan keadaan.biarlah pemikiran kami bersama kami.BERSIH itu haram atau pun tidak, aku rasa biar lah kami tentukan berdasarkan apa yang kami faham.Semoga Allah memberi petunjuk kepadanya.

Insyaallah, akan aku uploadkan gamabr-gambar yang menarik sepanjang perjalanan kami di UTHM, sebelum bergelar Pegawai Muda.


bahu yang memikul tanggungjawab

~TAHNIAH BAUT SEMUA~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana