30 November, 2011

Amar_amani

bismillahirrahmanirrahim


Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu

Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini

Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita

Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan

Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati


28 November, 2011

Manisnya perjuangan bila Ukhwah mantap

bismillahirrahmanirrahim

bilamana disebut tentang perjuangan, ramai dari kalangan kita akan memandang sebelah mata dan ade juga membencikannya.Namun, ada juga yang memahami erti sebenar makna perjuangan.Perjuangan bukan sahaja di medan yang menggunakan senjata namun perjuangan dilakukan oleh semua orang.Dilakukan untuk meneruskan hidup.Demi sesuap nasi, mereka sanggup melakukan apa sahaja, untuk membesarkan anak, untuk cemerlang dalam akademik, untuk memperoleh kejayaan dalam kerjaya dan macam-macam lagi.Perjuangan.

Namun begitu, tidak ramai yang sanggup berjuang untuk menegakkan Islam bagi mengembalikan syiar Islam di muka Bumi ini.Sedikit demi sedikit kefahaman ini menular dipelusuk masyarakat.Para pejuang mesti mengetahui bahawa perjuangan yang mereka dokong ini merupakan satu tuntutan dari Allah swt.Usah mereka gusar dan risau akan kehidupan mereka, berpeganglah dengan janji Allah swt.Begitu banyak kisah dan teladan yang digariskan dalam Alquran.Antaranya
dari surah Muhammad ayat , surah as-saff ayat 10 -13,surah al maidah ayat 54-56 dan bayak lagi.oleh itu, marilah kita sertai mereka yang sedang berjuang untuk agama Allah, iaitu ISLAM. Kita bukan pemula untuk perjuangan ini, tapi kita merupakan penerus perjuangan ini,kita merupakan mata rantai-mata rantai bagi medium ini.

Ayuh pemuda, ayuh pemudi.

Marilah kita berkerja keras hanya untuk Islam.Tapi kita mestilah ingat, jika perjuangan hanya dengan semangat tanpa ilmu, itu semua hanyalah tipu daya syaitan.Maka, marilah kita berjuangan disamping itu, sama-sama kita menuntut ilmu, bukan sahaja ilmu perjuangan, akan tetapi ilmu agama juga perlu digalas dengan erat.

Dalam masa yang sama, usah kita lupa akan muhasah dalam perjuangan.Ini merupakan satu elemen penting, kerana muhasabah ini akan memantapkan lagi gerakkerja kita.Kadang-kadang, kita merasa letih akan berjuang.

firman Allah dari surah An-Nisa', ayat 104

Maksudnya : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.

 dengarlah wahai sahabat,

Satu lagi elemen yang harus kita pegang adalah tidak menjadikan medan perjuangan ini meraih habuan dunia.Hal ini sungguh ditakuti oleh semua para abhanul harakah.Ujian kebendaan dan ujian kesenangan sering kali berlaku tanpa tindakan tegas untuk menghindarinya.

Wajib bagi semua abhanul harakah ikhlas dalam perjuangan mereka.Ini kerana niat yang ikhlas akan membawa erti kemenangan yang sebenar.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa al-Asy’ari bahasanya seorang arab badwi telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya:

Maksudnya : Ya Rasulullah! Ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan suapaya disebut-sebut namanya dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya”. Dan dalam riwayat lain “ Ada seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberaniannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya. Dan riwayat yang lain pula disebutkan “ Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya maka yang mana di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah?.” Rasulullah s.a.w menjawab :” Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah S.W.T (Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah


Jada saudara-saudaraku, marilah kita seiring dan selangkah menuju kehadapan dengan bersama-sama bergerak berjuang demi Islam.Marilah kita sama-sama bersyukur atas semua nikmat-nikmat yang dicurahkan pada kita.marilah kita menjadi sebahagian daripada mereka.
 Jadikan ini merupakan satu dari bahagian lain untuk bekalan akhirat nanti.


Ayuh cabarlah dirimu untuk tegakkan agama Allah ini.Perjuangan ini bukanlah akan dihampar dengan karpet-karpet yang lembut lagi gebu, namun perjuangan ini akan dilalui dengan pelbagai onak dan duri.Insyallah segala titik pelu kita akan menjadi saksi untuk kita nanti, insyaallah.Sematkan dalam hati kita, perjuangan yang kita dokong ini adalah 'manis' bilamana ukhwah antara kita dimantapkan.


ismaryzalismail
2 muharam 1433H

27 November, 2011

tuntut hak posting

 bismillahirrahmanirrahim

hari ini aku postkan satu gelombang tuntutan yang dimintak oleh semua mahasiswa bakal bergelar CIKGU.

gelombang ini menuntut hak posting dari kerajaan.Aku ade mendengar satu berita yang mana semua graduan yang baru sahaja bergraduasi tidak akn posting sehingga tahun depan.Entah kenapa mereka(kerajaan) melakukan sedemikian rupa.











25 November, 2011

salam maal hijrah

bismillahirrahmanirrahim


sudah lama tidak kedengarn lagu ni.Dulu masa kecik-kecik, selalu nyanyikan lagu ni.Lagu Maal Hijrah.Mari sama-sam kita menghayatinya.disamping doa akhir tahun dan awal thun kita penajatkan ke hadrat Ilahi.

 

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

... Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu PENGORBANAN
Hijrah Itu PERJUANGAN
Hijrah Itu PERSAUDARAAN
Hijrah Membentuk PERPADUAN

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat TEGAKKAN SYIAR ISLAM
Untuk Sepanjang Zaman..


23 November, 2011

bukan niatku

bismillahirrahmanirrahim


kali ini aku ingin kongsikan satu lirikan lagu yang dipopularkan oleh Deevotees.Lagu ini penuh bermakna jika kita menghayati bait-bait lagu yang dikarangkan.Aku yakin dan percaya, bila mana mendengar lagu ini, hati-hati semakin dekat padaNYA.Insyaallah.

marila kita berdoa agar dosa-dosa yang kita lakukan dalam keadaan sedar mahupun tidak, besar ataupun kecil, sengaja dan jugak tidak sengaja, selama ini diampunkan oleh Allah s.w.t.


Berjanji ku
Disuatu ketika
Bahwa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa
Cuba memalingku dari jalan bahgia
Ooo...

Ternyatalah perjalanan ini
Tidak semudah yang ku tafsirkan
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Mungkinkan ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku
Merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya


deevotess
 
 
ismaryzalismail
23 november 2011


21 November, 2011

lumrah cinta

bismillahirrahmanirrahim.





lumrah cinta, tidak mungkin hati akan menduakan kekasihnya.Sekiranya ada dua cinta, satu daripadanya pasti akan menjadi keutamaan dan yang lain hanyalah cabang.aruang hati terlalu sempit untuk mencintai lebih daripada seorang kekasih.
"sedutan dari buku sebarkan cintaMU"


ismaryzalismail
21 november 2011

 

muslimah wawasan


bismillahirrahmanirrahim


 

lagu ini aku tujukan khas buat semua muslimah
yang mana telah dirakankan oleh wadi L jadid
moga-moga akan menambahkan lagi semangat dalam berjuang
insyaallah.

ismaryzalismail
21 november 2011




15 November, 2011

Tekadkan matlamatmu


Bismillahirrahmanirrahim

Yakinlah wahai pemuda, itu janji Allah
Tiada apa yang perlu engkau takutkan
Tiada apa yang perlua engkau risaukan
Tiada apa yang perlu engkau ragukan
Setelah engkau maxsimumkan usaha
Setelah engkau tetapkan hatimu
Setelah engkau pasakkan tekadmu
Dengan janji –janji Allah
Itu upahnya

 Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad,7)

Jernihkan matlamatmu
Agar tidak luntur semangatmu
Agar tidak ditelan arus masa
Walaupun badai taufan melanda
Walaupun angin bayu menusuk hatimu
Tika senang dan tika susah
Tekadkan hatimu
Itu jalannya

Tegakkan negara islam dalam hatimu(dengan tarbiyah)nescaya ia akan tertegak ditanah airmu


Ayuh kawan
Ayuh teman
Ayuh kita melangkah menuju kemenangan
Ayuh kita bersama memacu kejayaan, kita menerpa kecemerlangan
Usah termenungkan lagi
Usah di gusarkan lagi
Itu jalanmu
Mari kita bersama
Bersama kita membina matlamatmu
Bersama kita mengecapi kejayaanmu

Membangun bersama ummah


Ismarizalismail
2011


13 November, 2011

ketetapan hati

bismillahirrahmanirrahim




jadilah seperti ikan, biarpun berpuluh batu mengembara di lautan kemasinan,
namun dirinya tetap tidak menyerap walau sedetik kemasinan lautan..


~ismaryzalismail~
~13 nov 2011~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana