28 February, 2011

manisnya Ukhwah

minggu ini terasa berat sekali, dengan kelambakan asignment dan test memanjang, ditambah pula dengan taklifan yang menjadi penguat ukhwah. Alhamdulillah dorongan dan sokongan sahabat secara langsung dan tidak, membantu sedikit sebanyak menguruskan hal ini.
Begitulah manisnya ukhwah.

Ya Allah, Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu,hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat untuk mendkong syariatMu, maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada.Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak pernah kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dengan linpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu.Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifatMu,Jika Engkau mentadbirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhadah dalam perjuangan agamaMU.

semanis kurma sepahit hempedu~

27 February, 2011

penghinaan keatas ulama'

Subhanallah.Itulah ungkanpan yang pertama yang mampu aku bicarakan.terkilan atas apa yang berlaku.Nmapaknya rakyat seduh semakin berani menonjolkan perilaku yang sememangnya diluar pemikiran kita.Cuba kita renungkan.Sanggupkah kita menghina sebegini rupa ulama', dengan menjulang sepanduk sepanjang perjalanan penamaan calon kelmarin.perbuatan sperti ini tidak patut berlaku, namun jika PM sanggup menghina Ulamak dunia, inikan pula rakyatnya. Dunia semakin menghampiri kiamat.Memang benar lah, dunia semakin menghampiri kiamat.tidak bolh dinafikan lagi. Mari kita renungkan gamabr dibawah ini.

sepanduk yang dibawa semasa penamaan calon


sepanduk yang telah diedit.~tok guru nik aziz dan anwar ibrahim

beginikah negara islam yang diwar-warkan oleh PM kita.ulama' dihina sedemikian rupa. Kita kita ingat, ulama' merupakan pewaris kepada nabi. Merekalah menjadi tempat kita merujuk setiap permasalah berkaitan dengan agama. Jika dibuat perbandingan antara abib dan ulama', jika kehilangan abib tidak dirasai, namun jika kehilangna ulama', maka mata-mata dibumi ini akan menangis atas pemergiaannya.Ulamak itu permata yang sukar ditukar ganti dan dicari.




Gambar diatas merupakan gambar PM
Upacara penghormatan dengan meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk

Jika kita merujuk fatwa kebangsaan yang telah dibahaskan semasa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

sekarang, apakah tindakan kita terhadap berita yang menyedihkan ini.Adakah kita hanya sekadar mendiamkan diri. Atau hanya menunggu kelibat pimpinan bersuara.Ayuh kita bangkit menentang kezaliman. Marilah kita berdoa agar mereka-mereka ini akan dibukakan hati mereka, sebelum ajal menjelma.


16 February, 2011

PRK 2011-pahit dan manis

Kehangatan PRK atau pilihan raya kampussemakin memuncak.persiapan semua calon dan jentera di saat-saat terakhir ini semakin serius. Pelbagai strategi diautr untuk memenangkan calon masing-masing. Tidak kira lah strategi yang berbaur saraf atau pun tidak.
Aku tidak sangka, tempis tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terkena atas diri aku.Mungkin ini salah satu ujian Allah terhadap hambanya.

firman Allah dalam surah al-ankabut ayat kedua,
maksudnya : "apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ",Kami beriman dan sedangkan mereka tidak diuji".

Tempias ini aku rasakan hanya sedikit sahaja, jika hendak dibandingkan ujian yang dialami Rasulullah.Naqib aku berpesan supaya banyakkan ingat Allah dengan bacaan Alquran, solat dhuha, qiam dan sebagainya. Hal ini sebagai pendinding kita dari terjerumus di lembah kehinaan.Aku begitu beruntung kerna adanya sokongan dan dorongan dari sahabat-sahabat yang tidak pernah letih dan lelah melayan kerenah aku sewaktu diri ini berjauhan dengan keluarga tercinta.Begitulah bilamana iktan ukhwan dioletakkan kerana Allah.

Dalam para jentera merencara pergerakan , aku sudah dukali mengadap "dia". Aku pun tidak paham mengapa dan kenapa aku disekat mengikut idelogi dan kefahaman aku.Apakah yang "dia " ingin kan dari aku dan juga rakan-rakan aku yang lain.Adakah "dia" ingin kami semua mengikut telunjuk dan arahan "dia".Jalan yang terbaik kami lakukan adalah membiarkan "dia" berkokok sendirian. Bilamasa "dia" kehabisan suara, maka senyaplah "dia". Hari ini aku sekali lagi dipanggil, bukan "dia" yang memanggil, tapi orang yang aku hormati lah juga. Orang ini memerlukan penjelasan dan penerangan aku tentang PRK kampus. Aku menjelaskan dengan nada yang sepatutnya. Cara orang ini memang profesional. Kredit utk orang ini.Banyak aku belajar dari oran ini. perwatakan yang cool dan tenang menjadikan hati aku senang untuk berbicara dengan dia.

Insyaallah, minggu depan aku akan menjadi pemerhati dalm proses pembuangan undi.ini merupakan pengalaman aku yang pertama setelah tiga tahun meneguk ilmu di pasantren ini.
Aku mengharapkan kencaman dan ugutan dari sesetengah pihak tidak lagi timbul.
Marilah kita sama-sama menekankan perjalanan hidup kita dengan menggunakan GPS yang sememangnya Allah tetapkan dan di tinggalkan oleh Rasulullah kita, iaitu Al-quran dan assunnah.Dengan menggunakan GPS ini, dapatlah kita membawa MPM yang bakal tertubuhnya nanti seiring dan mengikut apa yang telah digezekkan.
Aku perpesan kepada semua yang membaca entri kali ini dan juga buat diri ini agar menyedari bahawa kita semua adalah pemimpin.Tidak kira pimpin diri sendiri keluarga ataupun masyarakat, hendaklah kita menjaga amanah dan tunaikannya sebaik mungkin. Ingatlah pesanan Allah dalan Al-quran, suruah al-anfal ayat ke 27.

"wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan juga mengkhianati amanat yang dipercayai padamu, sedangkan kamu mengetahui."

Tahniuah dan takziah buat kalian yang telah memegang tampuk MPM setelah setahun berkhidmat dalam memperjuangkan hak dan suara mahasiswa. Semoga apa yang telah dipelajari dalam kencah MPM, disalurkan ditempat yang betul.
Laungan student power bakal menggegarkan DSI.

12 February, 2011

penantian sudah berakhir

sanah helwah buat penulis..penantian sudah berakhir. hari ini meningkat lagi bilangan angka umur.
umur aku dah semakin meningkat, dulu ustazah aku ade cakap setiap hari diri kita semakin mendekat alam kubur dan menjauhi alam dunia.masa berlalu tanpa disedari.mata berkelip, jantung berdenyut seiring denan masa yang meninggalkan aku dan kita semua. umur aku sekarang sudah menghampiri senja dewasa, tapi aku tidak merasakan diri ini seperti umur aku.
seperti diri ini merasakan baru dibangku sekolah.

seperti firman ALLAH
" Aku ciptakan jin dan manusia hanya untuk beribadat kepada Ku"

memang betullah begitu,namun sejauh manakah amalan yang telah kita lakukan selama ini.Apakah masa yang telah meninggalkan kita itu bermanfaat kepada Islam.
Jauh dari sudut hati ini, mengenal sepenuhnya apa itu islam.Malangnya nasib diri kita yang digelar Islam warisan.


Sekarang umur aku semakin lanjut. Mungkin sudah sampai masanya aku memikirkan soal rumahtangga.Member kau cakap, sewaktu dialam universiti ini lah masa sesuai untuk mencari mana-mana calon yang difikirkan sesuai untuk dirisik.Tapi yang menjadi masalahnya.................????

Usah la kita berbincang permasalahan ini. mungkin lebih baik aku memikirkan diri ini yang selama ini menyibukkan diri dengan urusan duniawi.Banyak urusan rohani aku sisihkan, tidak mengambil berat dan tidak ambil kisah.Kubur sedang menyeru nama aku, rumah pula menghalau aku pergi. Insyaallah, dengan tunjuk ajar ibu bapa, cikgu-cikgu dan sahabat-sahabat, aku mengenal islam. Terima kasij buat semua.

aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan taulan dan semua keluarga kau kerna tidak jemu-jemu menyampaikan ucapan sanah helwah.
hari ini, hari aku.esok lusa siapa yang tahu.

11 February, 2011

makan percuma..jom kita rebut



makanan percuma...

jom kita makan...
jadual makan utuk kita semua....
(makanan rohani)
marilah kita berlumba - lumba kearah kebaikan.

Jadual Kuliah Tafaquh MSI

setiap hari, 5 petang, Dewan Al-Ghazali

Isnin: Kuliah Kitab Riyadhus Solihin (Ust Mahyudin)

Selasa: Kuliah Tafsir (Ust Aminudin Ruskam)

Rabu: Kuliah Fardhu A'in (Ust Sulaiman Shakib)

Khamis: Kuliah Tajwid (Ust Hafiz)

Kuliah Al-Hikam (Ust Othman) :
setiap hari 7.30 - 8.00 pagi, Dewan Al-Biruni

10 February, 2011

pandangan dalam PRK


pilihan raya kampus.PRK sudah hangt di perkatakan dan bahangnya semakin terasa apabila kenyataan dalam akhbar yang menyatakan bahawa penamaan calaon adalah 17 Feb dan tarikh buang undi adalah 21 Feb. Namun , ada segelintir pihak pentadbiran kampus yang menghalang mahasiswa dari menceburi dalam bidang kepimpinan ini. Mereka mengongkong dan mengecam mahasiswa dari masuk bertanding. Aku ada terbaca dari harakahdaily, satu berita yang agak mengecewakan, aku sebagai mahasiswa. Ada juga golongan seperti ini.


Pro-M kecam halang anggota Palapes terlibat pilihan raya
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (Pro-M UPM) mengecam tindakan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) kampus berkenaan menghalang anggotanya daripada terlibat dalam pilihan raya kampus.

Pengerusinya, Syed Syafiq Syed Hashim berkata, larangan itu sangat tidak wajar kerana setiap mahasiswa termasuk anggota Palapes berhak menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya kampus.

"Pihak kami pagi tadi dikejutkan dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM yang menghalang mahasiswa daripada menjadi calon, pencadang serta penyokong pencadang dalam pilihan raya kampus yang dijadualkan berlangsung pada 21 Februari nanti," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Syed Syafiq, larangan berkenaan merupakan satu lagi usaha pihak universiti menyekat kebebasan mahasiswa untuk terlibat dalam demokrasi kampus.

"Pihak kami mendapati, larangan ini merupakan satu usaha bagi menyekat kebebasan mahasiswa untuk terlibat dengan proses demokrasi di kampus," katanya.

Notis pengumuman pilihan raya kampus dikeluarkan pada cuti pertengahan semester yang lalu.

Ekoran itu, semua pihak daripada Pro-Mahasiswa serta Pro-Aspirasi yang ditaja Bahagian Hal Ehwal Pelajar semakin sibuk memperkemaskan jentera masing-masing.

Sementara itu, tarikh pilihan raya kampus bagi kampus lain iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) ialah pada 21 Februari, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Malaysia Pahang pada 22 Feb.


aku sebagai mahasiswa berpendapat bahawa, perkara begini tidak perlulah pihak pentabdiran kampus gatal-gatal untuk bergaul bersama dengan mahasiswa dan menghalang mahasiswa mebina kepimpinan dalam diri mereka. Pihak tersebut seharusnya membimbing mahasiswa dan menghamparkan jalan untuk mahasiswa mengasah bakat mereka.Tiru lah seperti UTMJB. Pihak PALAPESnya berbesar hati dan turut mengalu-alukan kadetnya untuk bertanding dan mencari lubuk -lubuk penting untuk meningkatkan jati diri mahasiswa.
Ayuh teman-teman, ayuh kita bangkit. mari kita tiru sang semut dan si lebah. Rajinnya semut tidak kepalang dan tidak dapat dinafikan lagi. Manakala si lebah ini , hanya mahukan yang terbaik buat dirinya.Mencari madu-madu yang high quality.

secangkir kata-kata ini aku tujukan buat diri ini yang lemah dan masih memerlukan tunjuk ajar dan juga buat teman-teman yang sudi membaca entri ini.

07 February, 2011

KCM datang lagi

KCM



insyaallah KCM ~ karnival ceria mahasiswa~ akan menemui kita semua tidak lama lagi. karnival ini terbuka kepada semua warga varsity. diharapkan tidak ketinggalan. moh kita ceria bersama dalam karnival ceria mahasiswa.

masa hampir tiba

masa hampir tiba

tinggal lima hari lagi..masa yang ditunggu akan tiba


coming soon



muhasabah cinta

muhasabah cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku


Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu



06 February, 2011

Diri Ambo - Bangkit Asal - menjadi pedoman

lagu ni aku jadikan ia sebagai pedoman untuk belajar dan belajar. Apa yang diceritakan dalam lagu ni, betul-betul menyayat hati.
Sekranag ni beliau menjadi salah seorang pensyarah di Um.

Halim Yazid
Diri Ambo - Bangkit Asal
**************************************

Ambo nok sambung kisoh diri sediri
Doh adik kakok kapung pakat nok denga lagi
Ambo hormat sanjung segalo kasih segalo budi
Susoh hok ambo tanggung adik kakok ambik perati

Oooooooooo ambo raso berbesar hati
Ooooooo terima kasih setinggi-tinggi

Maso kecik ambo beso make nasik sajo-sajo
Kalu ado sekerat ike pung keno bagi duo
Dapur cumo ado garam jaghe benar ado gulo
Baco book male-male paka minum air telago.

Bangun pagi-pagi sauk baju paka seluar
Mek ambo rebus ubi bukuh bui buat bekal
Dio pese hari2 lim ngaji lah pandai2
Kalu seksok pah tinggi oghe kato bulih jadi pegawai

Oooooooooooo ambo gi skoloh berungga-rungga
Oooooooo ambo nok ngaji wi pandai2

Ado satu ketiko cikgu mitok sepuluh rial
Dio kato skoloh kito nok gi melawat sambil belajar
Mmmm tak dok apo doh laaa cikgu sayo tok leh bayar
Oghe lain gi belako ambo soghe jah tingga

Hok ambo perit skali kena gi skoloh alik pete
Cikgu kato wajib mari rumoh kuning ado latihe
Ambo lah banyok skali keno hungga keliling pade
Kerano ambo tokleh nok beli seluar pendek dan kasut sukan

Oooooooooo malunyo wei ambo keno paje
Oooooo ni la baru ambo ghoyak ko oghe

Terima kasih la cikgu2 kerano sudi aja saya
Dari darjah satu hingga jadi manusia
Mitok halal segalo ilmu hok cikgu bui selamo maso
Ditapok kaki guru ambo sujud mitok redha.

Ambo masuk universiti tahun 80
Budok kapung nok gi ngaji tok tahu laaa dimana jatuh
Adik2 kecik lagi rasa sedap dok dale baruh
Iktikad dale hati ambo nok ngaji sungguh2

Ingat malu ko oghe waris waroh dok pakat kato
Tok soh laaa duduk kache kalu tidok bako kaya
Hantar ngaji anok jate wak ngabih ko hareto
Tidok kato nok pakat gate tulung bantu samah duo

Ooooooooooooo tak dok waris nyo diri ambo
Oooooo demo tok sir kelih walau sebelah mato

Mek denga ayoh masuk jadi peneroko baru
Dale bukit nok tane getoh di felda lebir satu
Peghe nga ghima gajoh make tok make tak dok sapo tahu
Begini lah oghe susoh nok tanggung anok ngaji di u

Kerana keadaan begitu ayoh ambik keputuse
Wahai anok2 ku kito pecoh la 3 jale
Mung halim anok no. satu dok kuala lumpur ngajilah soghe
Adik2 tingga kapung dulu pakat duduk lama oghe

Ooooooooooooooooo selamat tingga selamat jale
Ooooooo adik hok bongsu jerit sokmo male2

Al kisoh laaa ambo pulok keno dok ngaji di u malaya
Buku rujukan pun ambo tak dok paka harap nga saling nota
Beraso malu jugok masuk majlis hok besar2
Baju ambo murah telajok 12 rial jah sehelai

Hari konvokesyen hari utk ayoh bonda
Penat jerih seribu musim harap mek ayoh beraso bangga
Tahniah dari saing-saing ambo terimo banyok bungo
Ambolah oghe panggil halim anok kapung sesok hok buleh bejaya

Ooooooo akhirnyo ambo bulih sarjana
Ooooooooooooo syukur pada Allah maha kuasa


p/s : klu sape-sape xpaham blh contact aku.

05 February, 2011

Islam segalanya




KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."

Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.

"Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," kata Nik Aziz dalam tulisannya itu.

Berikut adalah tulisan Nik Aziz sepenuhnya.

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

cuti


CUTI!!CUTI!!CUTI!!

sekejapnya cuti. nak rehatkan otak pun tak sempat.Nak layan kerenah adik-adik lagi, nak bermesra ngan bonda dan ayahanda lagi, nak jumpe member-member lama lagi,nak wat asement lagi...semua nk buat dalam amasa seminggu ni.



~family aku..


Hari ni aku dan smapai UTM yang tercinta...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana