27 May, 2011

Bersangka baik, pengubat hati

Assalamulaikum wbt

Alhamdulillah dalam mengejar untuk siapkan tugasan dari mentor, banyak pula idea untuk menulis. Menulis untuk mengkoordinaikan diri kearah lebih baik disamping berkongsi dengan pembaca-pembaca setia blog ini.Insyaallah.

Hari ini aku ingin bercakap mengenai sangka baik. Sesuai sekarang ramai kebanyakan sahabat-sahabat semua menjalani latihan praktikal.Dalam bergerak kerja bersama,mesti timbul perasaan yang kurang senang dalam hati kita.Almaklumlah kita makhluk yang lemah.


“… manusia diciptakan dalam kodrat yang lemah,” (ayat 28, surah annisa')

Husnuzh Zhan ataupun sangka baik, menjadi tuntutan dalam bermasyarakat.Aku ingin mengambil dari satu sudut sahaja, di tempat kerja, seperti mana aku nyatakan diatas. Hubungan baik antara dua atau lebih insan, khususnya muslim dituntut dan harus dijalinkan hubungan nya sebaiknya.Dlam suruh alhujurat menyatakan hubungan antara muslim lain adalah bersaudara. Dan bayak lagi hadis dan juga ayat suci al-quran menggariskan tentang hubungan antara dua manusia.



Ada banyak nilai dan manafaat yang diperolehi seseorang muslim apabila memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan akan menjadi lebih baik. Berbaik sangka dalam hubungan sesama Muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Kedua, terhindar daripada penyesalan dalam hubungan dengan sesama kita kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukkan kepada orang lain, tanpa bukti yang benar. Ketiga, selalu berbahagia dan bersyukur di atas segala kemajuan yang dicapai oleh orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya.

Namun dalam keakhraban bersahabat, mesti timbul rasa tidak puas hati.sebab itu, kita diajar mengenai berfikiran positif dan juga bersangka baik.Setelah bersangka baik, semoleknya kita berfikir positif.

Andaikata kita mendengar sesuatu yang buruk mengenai sahabat kita ataupun rakan sekerja lain, seeloknya kita melakukan tabayyun(penyelidikan) terhadap berita itu, sebelum kita bertindak mahupun mempercayai perkara itu.

Allah berfirman yang maksudnya,
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak dingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujuraat, ayat 6)

Hati manusia memang sensitif. Bila disentuh, lama kan terluka.bila terluka akan terbuku.AHri bertambah hari akan membesar.Dan bila tiba masanya, akan meletup.Dan bila meletup, ikatan antara dua saudara akan dilupa.Maka timbullah rasa benci terhadap semua orng.
Penyakithati ini juga disebabkan selalu bersangka buruk terharap rakan sekerja.

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)
Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan mambawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah, seorang yang benar (jujur). Berhati-hati terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah, sebagai seorang pendusta." (Hadis Riwayat Bukhari)

Marilah sahabat semua, kita berfikir sejenak,apa yang kita lakukan sebelum ini adakah betul atau pun tidak.Ingatlah bersangka buruk dikeji oleh Allah swt, dan akan merosakkan semua jalinan yang telah terikat sekian lama.
Mari kita berdoa agar semua perkara mazmumah ini dijauhi dan dilontarkan rasa kasih sayang dalam hati-hati kita semua.Insyaallah.

25 May, 2011

cerita dari Sime Darby_3_hasil pertama


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah hari ini aku dapat menyiapkan tugasan pertama sebagai budak praktikal.Kami satu kumpulan kena menyiapkan 3 jenis peta seorang.Ini langkah pertama dilakukan sebelum membeli kawasan tersebut. Walaupun nampak senang, namun selepas bercengkam mata depan laptop ni berjam-jam, barulah keluar hasilnya.nsyaallah Hari ini akan di semak oleh mentor aku, Kak Hajar.









24 May, 2011

berehat sekejap




Assaalamualaikum wbt

Disaat kebuntuan kerja, mata dipaksikan pada laptop, mari kita berehat sekejap. Disamping memuhasabahkan diri. Istighfar pelengkap muhasabah.

23 May, 2011

Ikhtilat ditempat kerja

Assalamualikum wbt

Diam tidak diam minggu ni sudah masuk minggu ke dua aku di bumi takluk Sime darby.Pelbagai rencah kehidupan kami temui dan selongkari, dari hari kehari.Betullah jauh barjaln luas pemandangan/pengetahuan. Lagak gaya dan kehidupan orang yang berkerjaya sememangnya jauh berbeza dari kehidupan seorang student.Walaupun hanya sebelah kaki sebagai orang yang bekerjaya, aku merasakan keperitan mencari sesuap nasi memang terasa.Entah bagaimana agaknya, orang yang full time bekerja.Keluar pagi, petang bari balik.Subhanaallah, hanya Dia yang mengetahui.

Dalam kesibukan dan keghairahan berkerja, aku teringat pesanan naqib aku tentang ikhtilat ditempat kerja.Berbeza semasa di alam pengajiaan.Setelah seminggu berlalu, aku dapat melihat ikhtilat sesama rakan kerja dan juga senior-senior disini.Walaupan tidak begitu ketara, tapi masalah ikhtilat tetap ada.

Ikhtilat(pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram) acap kali dijadikan tajuk kepada tulisan dan juga menjadi fitnah diakhir-akhir ini.Tidak kira disudut mana kita berada, percampuran ataupun pergaulan antara dua genre berbeza ini diabaikan serta dipandang remeh.(what don't know).

Dalam surah an-Nuur ayat 30 dan 31 Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada lelaki dan wanita beriman supaya saling menundukkan pandangan di antara satu dengan yang lain.

“... Janganlah kamu melemah-gemalaikan suara dalam berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Surah al-Ahdzaab, 33: 32)

Apa yang dimaksudkan dalam ayat ini berkenaan melembutkan suara adalah merujuk suara yang dilemah-gemalaikan atau dimanjakan seperti sedang menggoda atau seperti suara seorang isteri ketika bersama-sama suaminya. (Rujuk Tafsir al-Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir, 6/409)

Percampuran antara du jenis jantina di tempat kerja tidak dapat dielak selagi mana setiap individu menganbil inisiatif untuk tidak terjerumus dalam kancah arena ini.Mungkin kita sebagai orang bawah hanya akan mengikut kata dari pihak atasan dan tidak dapat mengelak , namun kita masih lagi boleh dan seharusnya mencari jalan untuk mengurangkan percampuran yang tidak maanfaat ini.

Pergaulan ini akan menyebabkan masalah hati diantara mereka.Silelaki terniang-niang teringat kan si perempuan.Begitu juga si perempuan menunggu si kumbang memetik kuntumannya.

"Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim – Muttafaq ‘alaih)

Aku bersyukur kepada Allah, kerna sehingga hari ini diperlihara dari fitnah ini.Dan masih lagi ditetapkan iman.Adku berdoa agar dijauhkan fitnah duniawi ini dari keluarga aku, diriku dan sahabat2 pembaca serta umat islam.

Kepada semua sahabat-sahabat pembaca, gunakanlah akal yang diberikan Allah, fikirkan ape yang baik dan ape yang buruk untuk diri kita.Fikirlah secara matang.
Entri ini aku tujukan untuk semua rakan-rakan yang asyik dalam kancah berkerja serta yang baru berjinak-jinak mengenal erti kerjaya, sertadiri ini yang daif.

wasaalam.

20 May, 2011

cerita dari Sime Darby_2

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, sempat juga untuk aku upload gambar-gambar di SIME DARDY.Walaupun tidak seberapa, mungkin ini balh menjawab beberapa persoalan,yang bermain di fikiran pembaca.Biar gamabr berbicara.



beramah mesra dengan geng dari UPM



housemate



Geng dari UTM_firstday






sesi perkenalan dengan geng UPM & UTM


p/s : gambar diambil pada minggu pertama.

19 May, 2011

cerita dari Sime Darby_1

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah syukur seinfiniti kepada Pencipta, sehingga saat dan detik ini, di beri nafas dan dilanjutkan usia.Semua ni adalah nikmat yang tidak dapat tidak kita sangkal lagi.

Hari ini sudah masuk hari yang ke tiga aku di SIME DARBY.Tugasan di teruskan , seperti yang telah di berikan.Insyaallah, kami dijanjikan sesuatu yang istimewa selepas sahaja tamat latihan industri ini.



Masa sememangnya mencemburui kita semua.Mungkin setakat ini saja aku sempat menulis.Insyaallah entri akn datang akan aku kempilkan gambar-gambar keriangan di SIME DARBY.

14 May, 2011

selangor kalah ditempat sendiri




Tahniah kepada semua pemain the red worrior.permainan yang menarik dpersembahkan.



keadaan stadium, dikuasai oleh penyokong kelantan,sama keadaannya di atasa padang.

06 May, 2011

Luahan sebelum Pentauliahan.


Perasaan sedih menyelubungi pemikiran aku.Apa yang diimpikan selama ini, mungkin akan musnah .Tidak dapat dikecapi.Tiga tahun sudah berpenat lelah, hujan panas, dirempuhi.Tiada halangan.Tapi akhirnya, kesdihan, menimpa, datang menjelma.

Setelah berhujan panas di Fasa kem tahunan, aku dan rakan sekelas yang lain dikejutkan dengan peraturan baru Markas Latihan.Kami dikehendaki menjalankan ujian dari Puswatan, sebelum kami ditauliahkan, jika tidak.Kami diberi dua pilihan selain ambil ujian semasa tempoh Latihan Industri..Pertama tidak ambil ujian pada sesi kali ini, tapi kena turun peringkat.Ataupun keluar palapes.Jika di lihat kedua-dua pilihan 2, ibarat diluah mati mak, di telan mati bapak.



Kesabaran dan ketabahan serta nasihat pembakar semagat dari rakan-rakan lain tidak putus-putus di berikan.Namun, ada juga yang cakapnya seperti bergurau, tapi makan dalam.
Sekarang perkara ini, telah kami lanjutkan kepada jurulatih dan juga ketua jurulatih, agar kami dikasihani dan di beri jalan petunjuk yang lain.

Semoga hasil dari perbincangan antara mereka akan mendatangkan keputusan yang positif.Insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana