06 May, 2011

Luahan sebelum Pentauliahan.


Perasaan sedih menyelubungi pemikiran aku.Apa yang diimpikan selama ini, mungkin akan musnah .Tidak dapat dikecapi.Tiga tahun sudah berpenat lelah, hujan panas, dirempuhi.Tiada halangan.Tapi akhirnya, kesdihan, menimpa, datang menjelma.

Setelah berhujan panas di Fasa kem tahunan, aku dan rakan sekelas yang lain dikejutkan dengan peraturan baru Markas Latihan.Kami dikehendaki menjalankan ujian dari Puswatan, sebelum kami ditauliahkan, jika tidak.Kami diberi dua pilihan selain ambil ujian semasa tempoh Latihan Industri..Pertama tidak ambil ujian pada sesi kali ini, tapi kena turun peringkat.Ataupun keluar palapes.Jika di lihat kedua-dua pilihan 2, ibarat diluah mati mak, di telan mati bapak.



Kesabaran dan ketabahan serta nasihat pembakar semagat dari rakan-rakan lain tidak putus-putus di berikan.Namun, ada juga yang cakapnya seperti bergurau, tapi makan dalam.
Sekarang perkara ini, telah kami lanjutkan kepada jurulatih dan juga ketua jurulatih, agar kami dikasihani dan di beri jalan petunjuk yang lain.

Semoga hasil dari perbincangan antara mereka akan mendatangkan keputusan yang positif.Insyaallah.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana