29 August, 2009

ramadhan...tarbiyahMu sungguh hebat....



Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Pejam celik- pejam celik sudah seminggu kita menjalani latihan tarbiyah di kem ramadhan, saya berharap dapat teruskan hingga kepenghujungnya. Dalam menjalani kem ini sudah banyak mehnah dan tribulasi yang sukar saya tempuhi. Minggu lepas saya menyambut kedatangan bulan yang dipenuhi kerahmatan ini dengan latihan palapes. Jika sehari tidaklah sya gusarkan tetapi dua hari berturutan...SUBHANAALLAH...keletiahn dari segi mental dan fizikal amatlah dirasai..saya kuatkan semangat dengan bantuan rakan-rakan dan sahabat-sahabat..teringat kisah baginda dulu, 2 RAMADHAN telah berlakunya peperangan BADAR, yang mana penentangan berlaku anta tentera ISLAM dengan puak arab musyrikin..kisah salahuddn alayubi juga menyelubungi dalam kepala saya juga, untuk membakar semngat untuk teruskan training palapes...

Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

“Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya“.

Selepas itu sya diuji dengan ujian saya sebagai mahasiswa...test..test..test..assignment...report..(due date minggu ni)..YA ALLAH KUATKAN DAYAKU...

..Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik...

Esok hari kelapan kita menjalani latihan di kem tarbiyah, esok jugak hari ketga saya berada dalam latihan palapes..insyaallah akanku teruskan apa saja yang dijadualkan...




28 August, 2009

BAKAT '09



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Team Fasi Lujnah Pendidikan dan Kepimpinan PMIUTM akan menganjurkan bengkel asas kemahiran fasilitator pada hari Sabtu, 29hb Ogos 2009 bertempat di Dewan Al-Ghazali, MSI. Bengkel yang akan bermula pada pukul 8pagi dan berakhir pada pukul 6 petang ini bertujuan untuk mengasah bakat serta mendedahkan ilmu-ilmu berkaitan dengan kemahiran untuk menjadi seorang fasilitator yang hebat. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran asas seorang mahasiswa seperti kemahiran berkomunikasi, pengucapan awam serta menyemai jiwa sebagai seorang pemimpin yang bakal berinteraksi dan berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat kelak.

Bengkel ini bakal menampilkan 2 orang penceramah iaitu Ust Dr. Mohd Ismail B. Mustari, penasihat PMIUTM dan Dr. Hamdan dari Pusat Kaunseling dan Kerjaya UTM. Ust. Ismail akan menyampaikan ceramah yang bertajuk “Peserta Program Bermasalah? Bagaimana Mengatasinya? “ manakala Dr. Hamdan akan mengupas tajuk berkenaan dengan Etika Fasilitator Hebat. Selain slot ceramah, bengkel ini juga bakal diisi dengan slot-slot lain seperti LDK dan juga slot brainstorming.

Untuk makluman, pihak PMIUTM banyak menerima undangan untuk menjayakan kursus-kursus motivasi di sekolah-sekolah menengah dan rendah dalam negeri Johor. Terbaru, pihak PMIUTM di bawah kendalian LPK PMIUTM dijemput untuk menjayakan Kem Motivasi & Jati Diri (KEJAR ’09) yang telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor.

Justeru, Team Fasi LPK telah bertindak untuk menganjurkan bengkel ini bagi melatih mahasiswa mahasiswi tahun 1 khususnya yang berada dalam LPK PMIUTM sebagai persediaan awal kepada mereka untuk menjadi seorang fasilitator yang mampu membawa agenda dakwah itu sendiri di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada para peserta program nanti.

Oleh itu, semua sahabat LPK PMIUTM dan mahasiswa mahasiswi UTM dijemput hadir. Yuran sebanyak RM 5 dikenakan. Untuk penyertaan dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi saudara Azmi 013-7917680 (mahasiswa) dan Ratna 013-9718077( mahasiswwi) . –Team Fasi LPK-
pmiutm.blogspot.com

24 August, 2009

INI bukan BUDAYA kita..

YA ALLAH PELIHARALAH KAMI DARIPADA FITNAH DUNIA YANG BEGITU MENCABAR INI...







21 August, 2009

nasyid rabitah



Hati ini telah bersatu berkumpul diperut bumiMU,
Hati ini telah bertemu bersatu memikul beban dakwahMU,

Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat,
Untuk mendokong syariatMU di alam maya..,
Maka Ya Allah
Eratkanlah ikatan yang ada…,
Tunjukkanlah dengan cahayaMU tiada malap terangi alamMU,
Hidup suburkanlah dengan ma’krifatMU,
Tapi jika ingin mematikannya,
Matikanlah sebagai syuhadah,
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia..,

17 August, 2009

kembali lagi


ALHAMDULILAH RAMADHAN MENJELMA LAGI....


Selamat menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan....semoga kita akan berlumba-lumba untuk menperolehinya..

Ingatlah wahai sahabat sekalian, kita takkan diberi peluang untuk kali kedua....


15 August, 2009

dengan nafasmu

dengan nafasmu...

saat ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
Kembali padaMu
Menutup waktuku
Jika ku serukan namaMu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil
Kembali padaMu


Karena ku tahu
Hanyalah pada diriMu
Tempatku mengadu
Tempatku mengeluh di dalam doa ku


Dan demi nafas
Yang telah kau hembuskan
Dalam kehidupanku
Ku berjanji
Ku akan menjadi yang terbaik
Jalankan segala perintahMu
Menjauh di segala laranganMu
Adalah sebaris doa ku untukMu
Saat ku ucap kata taubat
Sebelum kau memanggilku
Kembali padaMu
Menutup waktuku
Karena ku tahu
Hanyalah pada diriMu
Tempatku mengadu
Tempatku mengeluh di dalam doaku
Dan demi nafas
Yang telah kau hembuskan
Dalam kehidupanku
Ku berjanji
Ku akan menjadi yang terbaik
Jalankan segala perintahMu
Menjauh di segala laranganMu
Adalah sebaris doa ku untukMu

Dan demi nafas
Yang telah kau hembuskan
Dalam kehidupanku
Ku berjanji
Ku akan menjadi yang terbaik
Jalankan segala perintahMu
Menjauh di segala laranganMu
Adalah sebaris doa ku untukMu

Saat ku ucap kata taubat
Sebelum kau memanggilku


tajuk lagu : dengan nafasmu
kumpulan :ungu

11 August, 2009

KAWAN '09..

salam perjuangan...
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua penggerak bagi Karnival Wanita yang telah dianjurkan oleh majoritinya golongan Hawa.
Karnival ini telah berlangsung selama 3 hari. Ahli jawatankuasa telah bertungkus lumus dan memerah otak untuk mengisi jadual yang telah ditetapkan.
Walaupun saya tak satu pun berkesempatan untuk join sekali samada secara langsung mahupun sebalik tabir, saya berbangga karnival ni berjalan dengan jayanya.
Saya berharap golongan muslimat akan terus berani muncul dipentas massa agar tidak akan dikatakan hanya tahu angguk dan geleng.
SAya juga berharap selepas ini, maka timbulah srikandi Umar ataupun srikandi Abu Bakar di abab moden, untuk menjadi petunjuk kepada mahasiswi di bumi yang dirahmati Allah ini.INSYAALLAH...

09 August, 2009

percaturan yang MAHA bijaksana

kulalui kehidupan dengan penuh keriangan namun sesekali dilanda kemurungan...
pencaturan telah dilakukan tinggal saja kita yang tentukan...namun ia akan berubah jika usaha yang tinggi dan jitu mengatasi...aku mengharap sesuatu yang belum pasti ku dambakan....'
ya ALLAH tunjukkanlah jalan yang lurus setelah KAU menduga dan menguji iman aku...
sesungguhnya ENGKAU lah tempat aku mngadu semua perkara terlindung mahupun yang zahir dipemikiranku...

06 August, 2009

syukur kepadaMU


Alhamdulillah...satu perkataan yang mana pujian hanya untuk yang maha berkuasa....
petang isnin ari 2 kami telah menag dalan sukan tarik tali sempena SUKAm ke 17...
impian menjadi kenyataan....Alhamdulillah....
lawan kami adalah kolej KTC...pencabar terdekat kami....
diaorang mempunyai pengetahuan teknik tarik tali yang agak tinggi...jurulatih mereka player U...
kami pun sama....

emas kami perolehi setelah hampir 2 minggu kami bertungkus lumus dengan tunjuk ajar dari abg hadi..
terima kasih abg hadi...

kepada sahabat2 aku jangan disimpan dihati jika apa yang aku tegur masa latihan dan perlawan boleh menghiris emosi....tanpa kerjasama yang jitu dari korang gugusan medal emas takkan jatuh krtangan kita.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana