12 May, 2012

MGR vs MAI~

bismillahirrahmanirrahim..

subhanallah, akhir aku dapat melihat dan merasa program yang telah lam tidak aku lakukan sekian waktu dahulu. semasa aku di matrikulasi, kami ahlijawatankuasa surau dan jawatan kuasa perwakilan pelajar ada  mengadakan program Minggu Aspirasi Islam. tempoh yang perjalanan program ini selama dua minggu.keadaannya lebih kurang dengan program yang sedang berlangsung sekrang di Kolej Tun Canselor(KTC) iaitu MGR~ Minggu Genegrasi Rabbani.

program ini disi dengan semuanya untuk memperkenalkan keunikan dan kehebatan Islam kepada semua.selain itu, turut mengambil bahagian adalh pengisian terhadap para remaja. antaranya adalah forum islamik, jualan, sister's night, pertadingan nasyid dan ditutup dengan persembahan nasyid jemputan.

semua ini mengimbau kenangan lalu. jika dahulu semasa di matrikulasi iaitu KMPP, tahun pertama kami menjemput kumpulan Hijjaz dan tahun kedua  Rabbani. memang meriah, dataran pelajar dipenuhi dengan semua student,beranggaran sebanyak 2000 orang.kali ini menreka menjemput kumpulan UNIC~

Tahniah buat KTC kerna berjaya melaksanakan program seperti ini, walaupun esok mala penutupnya, aku boleh bagi 4 bintang atas pelaksanaan mereka. seperti biasa, tiada program yang sempurna. moga kali ini tidak akan menjadi penamat buat kalian untuk mengadakanya lain tahun.



 



 

 ismaryzalismail
12 mei 2012



JJK-FC

bismillahirrrahmanirrahim

hari ini aku ingin kongsikan pemain-pemain futsal bagi team jejaka jiwa kacau FC ~JJK-FC
 aku mohon maah pemain-pemain lain, gambar kamu tidak dpt aku upload bersama...sory banyak2
 

s













 dua orang pemain import~





11 May, 2012

kahwin Muda~

bismillahirrahmanirahim

sejambak kesyukuran kerna masih di kekalkan dua nikmat yang besar terhadap diri ini. hari ini aku berpeluang untuk menhadiri satu lagi forum. dilembaran ini aku ingin kongsikan sedilit sebanyak. moga-moga akn menjadi satu mutiara buat semua.insyaallah.
sekalung tahniah buat jawatankuasa forum dianjung cinta. sungguh menakjubkan. mahasiswa mahasiswi membanjiri Dewan Sultan Iskandar.begitu luar biasa.

sebelum kami dihidang dengan makanan rohan, kami memenuhi tentatif program dengan beriftar perdana. pihak ajk, mngatakan lebih kurang 700 orang  mahasiswa beriftar. alhamdulillah.aku tidak mahu menghuraikan saat-saat iftar perdana, namun, aku ingin kongsikan sedikit sebanyak mutiara-mutiara yang dikongsikan oleh para panel. panel pertama merupakan doktor cinta UTM, iaitu Dr Hj Ustaz Mohd Ismail Mustari digandingkan dengan Ustazah Fatimah Syarha Nordin, seorang selebriti TV dan penulis. bagi aku kedua-dua panel itu sugguh ideal digandingkan. mengapakan tidak, aku boleh mengistilahkan kedua-kedua panelini sangat arif dalam medan percintaan.

kita tinggalkan bercerita tentang peribadi mereka. mari kita meneliti isi-isi yang telah disampaikan. sebelum aku kongsikan, aku mohon maaf, mungkin tidak semua mutiara aku tidak dapat kongsikan. apa yang aku coretkan ini apa yang aku catat.Insyaallah, jika aku dapatkan rakaman tadi, aku akan kongsikan kembali, insyaallah.

sebelum menyentuh soal kahwin, moderator ada menanyakan soal zina. bagaimana untuk mengelak dari melakukan kemaksiatan sehingga terjerumus kelembah penzinaan. begitu panjang lebar dihuraikan oleh panel pertama, setiap isinya diselami dengan situasi sebenar. dalam catatan aku tiga perkara yang patut kita kawal. antaranya adalah, kawal penglihatan, kawal dalam senyuman berlainan jantina dan juga kawal dalam memberi salam.  betullah, aku ade membaca satu tulisan, iaitu, bila mana pandangan ataupun penglihatan tidak dikawal, maka hati akan terganggu.bila hati terganggu dan terangsang tika itulah sesuatu tidak diduga akn berlaku.kawal dalam lebarkan senyuman dan salam tidak banyak dihuraikan. sifat fitrah perempuan adalah menginginkan keindahan, tidak kiralah dalam apa sahaja, termasuklah dalam berbicara. nasihat ustaz, jangan mudah tergoda dengan kata-kata manis sang lebah untuk menghisap madumu.

selain itu, dalam persiapan menghadapi saat perkahwinan, setiap dari pada kita wajib membetulkan solat kita. tiang persiapan dalam perkahwinan adalah solat. jika soalt tidak betul macam man untuk uruskan urusan lain. dengan kata lain, kayu ukurnya adalah solat. ustaz ada menceritakan, disaat dia lafazkan sakinah, dia meminta zaujahnya mengingatkannya untuk solat berjamaah. Alhamdulillah, sehingga sekarang ustaz dapat menjaga solat berjamaah.




tips yang terakhir dari pendamba cinta dibahtera sudah 20 tahun ini, berkongsi mengenai penghalang untuk kita kahwin muda. antaranya, adalah kejahilan kedua-dua pasangan. bukan kejahilan mengenai akademik tetapi ilmu gerbang perkahwinan. apa bezanya hantaran dengan mas kahwin dan sebagainya. seterusnya adalah, pelajaran, ekonomi, keluarga dan juga masyarakat. mari kita sematkan dalam hati untuk memenuhi semua penghalang ini agar disaat kita melafazkan sakinah, kita sudah betul-betul bersedia.

kemudian, aku ingin kongsikan mengenai pandangan dari ustazah fatimah syarha. sebelum melangkah kegerbang perkahwinan, kita semestinya persiapkan agama. mendalami ilmu Islam yang terbentang luas agar bukan menjadi satu penghalang untuk kita kahwin nanti. keduanya, menjaga tutur kata dan terakhir adalah menjaga alquran. ayat-ayat quran penuh dengan kecintaan terhadap Allah. oleh itu, mari kita bina hubungan antara kita dengan Allah. banyak lagi perkongsiaan yang menjadi makanan rohani kepada yag datang tadi. kemaafan aku pohon, setakat itu sahaja yang aku sempat catat.

pesanan terakhir dari ustazah fatimah buat mawar-mawar berduri agar jaga maruah, jangan mudah termakan godaan lelaki. katakan kepadanya untuk dapatkan hati aku, dapatkan dengan terhormat.
dia juga sempat berpesan, bercintalah selepas kahwin, kerana bercinta dengan yang halal akan dirahmati Allah swt.insyaallah.


ulasan penulis...

majlis ini adalah antara yang terbaik selama mana aku berada di UTM. huraian yang merangkup segenap sudut hati. aku harapkan bait-bait mutiara tadi,dapat menusuk ke hati-hati hadirin yang datang.


sekali lagi tahniah utk semua yang terlibat termasuk moderator, sahabat karibku~

ismaryzalismail
10 may 2012
moderator bersama ustazah fatimah syarha serta ajk












07 May, 2012

hebat orang puang

bismillahirrahmanirrahim

hari ni aku ingin kongsikan satu puisi yang telah aku ambil dari kawan aku. entah dari mana dia ambik aku pun tidak tahu.biarlah, unjuran terima kasih sahaja yang aku mampu lafazkan. puisi yang menggambarkan seorang perempuan merangkap seorang isteri dan seorang ibu.

ooo orang puang ...

mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ...

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...

mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...

mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...

mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...

dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...
 kepada yang tak pahang, blh oyak kat ku...


ismaryzalismail
 7 mei 2012


06 May, 2012

reunion remote sensing

bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah, semalam saya sempat untuk menghadiri satu majlis tahunan bagi kos kami, sarjana muda sains remote sensing, iaitu makan malam. setiap tahun, nam dan tema majlis berubah ubah mengikut kehendak dan cita rasa penganjur. waktu dan turn kami sudah lepas sebagai penganjur. kini, kami sebagai final year student pula diraikan. tema kali ini glow in the dark. Majlis ini bertujuan utama adalah makan dan mengeratkan hubungan antara junior dan senior. majlis ini juga diisi dengan talk super senior mengenai career selepas graduasi nanti. bagi pihak diri aku, aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. kenapa??

semuanya nampak lain dari yang lain, perasmiaan, gimiknya, montajnya, cuma selingan itu tetap sama dengan tahun-tahun lepas. nyanyian akustik. disini aku cadangkan tahun depan cuba deklamasikan sajak ke, dikir barat ke, pentomin ke..haha, mengada-ngada la pulak. tetapi apa-apa pun aku ucapakn kalungan jutaan tahniah buat second yer atas gerak kerja yang dilakukan.

terima kasih juga aku ucapkan kepada pihak ajk kerana telah memilih aku sebagai king of the night bagi dinner semalam. tidak sugguh ku sangkan. semalam aku megenakan baju melayu bercaler biru muda,deserikan dengan sampin hitam emas, dan lilitan selendang di pangkal leher. pada hemat aku, mungkin aku seorang sahaja memakai baju melayu, mungkin aku lain dari yang lain. aku terpikir, adakah akumenepati tema yang diberikan.ah biarkan sahaja. orang sudah pilih.

tidak lupa juga kepada final list yang turut tercalon. insyaallah, lain kali masih ade peluang..

disini aku kongsikan beberap keping gambar yg sempat aku rakamkan untuk disemat dimemori.



bergambar king of the night   
     
 barisan 4th year bersama lecturer

 rakan seperjuangan

 muiz, penulis, chong

 hadirin yang hadir

ini semua hanya sekadar perkongsian, tiada apa-apa niat disebaliknya. ini juga sebagai tambahn catatan didalam diari kehidupan aku. insyaallah di masa akan datang aku akn kongsikan perkara-perkara yang lebih bermaanfaat..insyaallah.

Ya Allah, selamatkanlah aku dan sahabat-sahabat aku dari lembah kehinaan didunia ini...

ismaryzalismail
6 mei 2012





03 May, 2012

reunion rakyat Malaysia 28 april 2012~

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, minggu lepas aku berpeluang untuk menghadiri satu jemputan iaitu reunion bersama rakyat malaysia. aku tidak ingin ceritakan perjalanan reunion tersebut namun aku ingin berkongsi sedikit sebanyak, what I get after I went there..(betul ke inggeris aku..haha)

terpegun aku melihatnya. almaklumlah, reunion pertama dan yang kedua aku tidak berpeluang. suasana di sana begitu riuh rendah. semua agama,bangsa,bahasa  berhimpun dengan satu matlamat. sungguh meriah. bukan hanya dari sekita KL mahupun selangor, namun, ade yang sanggup datang dari hujung utara dan selatan Malaysia. teringat aku ikrar dalam tentera. sedia berkorban demi kepentingan negara.

jumlah yang hadir tidak cukup untuk aku membilangnya dengan jari-jemari aku. jika di tambah dengan jari kaki pun tidak cukup untuk mengira semua yang hadir. pada hemat aku, yang datang umurnya dari 18- 50 tahun, akan tetapi semua itu hanya dusta. anak kecil di dukung bersama emaknya sehinggalah emak yang uzur di tolak dengan kerusi roda yang hadir reunion ini. mungkin aku patut letak 1- 90 tahun, anggaran umur rakyat malaysia yang hadir.

sebelum menjejakkan kakikesini, kita harus membetulkan niat. disini kita datang bukan untuk berhibur. kita hanya ingin menyatakan kebenaran dan hak kita sebagai ahli dalam sesebuah negara.

namun, sungguh sedih. bilamana reunion kita diperlakukan seperti kita bersalah.adakah kita bersalah, jika kita berhimpun.jika tidak mahu bersama kami, usah kacau kami. kami berhimpun dengan keadaan aman. bukannya bertujuan merusuh ataun apa sahaja yang boleh memburukkan keadaan dan nama baik malaysia. keadaan aman, bertukar menjadi kelam kabut. kami disirami dengan air dan juga gas pemedih mata.entah kenapa.ade juga diantara kami dibelasah.

Andaikata avengers berada di malaysia, aku yakin semua melakukannya akn dihapuskan..haha...

insyaallah, Allah telah menilai kita semua.siapa yang salah atau pun betul, akanmendapat pembalasan. sma ada baik ataupun buruk.moga-moga kami ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.kami doakan kamu semua, diampunkan dosa.insyaallah.
ok, aku tidak mahu berceloteh panjang-panjang. ayuh kita saksikan beberapa gambar semasa reunion kami menggu lepas~


 pasangan zauj dan zaujah

gadis-gadis dari Pahang~

 lautan manusia~ini baru secebis dari lensa aku~

 kawasan inilah antara semburan dilakukan~

adik manis didukungan emaknya





cikgu Mala sedang berucap


hanya sekadar berkongsi..

ismaryzalismail
03052012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana