11 May, 2012

kahwin Muda~

bismillahirrahmanirahim

sejambak kesyukuran kerna masih di kekalkan dua nikmat yang besar terhadap diri ini. hari ini aku berpeluang untuk menhadiri satu lagi forum. dilembaran ini aku ingin kongsikan sedilit sebanyak. moga-moga akn menjadi satu mutiara buat semua.insyaallah.
sekalung tahniah buat jawatankuasa forum dianjung cinta. sungguh menakjubkan. mahasiswa mahasiswi membanjiri Dewan Sultan Iskandar.begitu luar biasa.

sebelum kami dihidang dengan makanan rohan, kami memenuhi tentatif program dengan beriftar perdana. pihak ajk, mngatakan lebih kurang 700 orang  mahasiswa beriftar. alhamdulillah.aku tidak mahu menghuraikan saat-saat iftar perdana, namun, aku ingin kongsikan sedikit sebanyak mutiara-mutiara yang dikongsikan oleh para panel. panel pertama merupakan doktor cinta UTM, iaitu Dr Hj Ustaz Mohd Ismail Mustari digandingkan dengan Ustazah Fatimah Syarha Nordin, seorang selebriti TV dan penulis. bagi aku kedua-dua panel itu sugguh ideal digandingkan. mengapakan tidak, aku boleh mengistilahkan kedua-kedua panelini sangat arif dalam medan percintaan.

kita tinggalkan bercerita tentang peribadi mereka. mari kita meneliti isi-isi yang telah disampaikan. sebelum aku kongsikan, aku mohon maaf, mungkin tidak semua mutiara aku tidak dapat kongsikan. apa yang aku coretkan ini apa yang aku catat.Insyaallah, jika aku dapatkan rakaman tadi, aku akan kongsikan kembali, insyaallah.

sebelum menyentuh soal kahwin, moderator ada menanyakan soal zina. bagaimana untuk mengelak dari melakukan kemaksiatan sehingga terjerumus kelembah penzinaan. begitu panjang lebar dihuraikan oleh panel pertama, setiap isinya diselami dengan situasi sebenar. dalam catatan aku tiga perkara yang patut kita kawal. antaranya adalah, kawal penglihatan, kawal dalam senyuman berlainan jantina dan juga kawal dalam memberi salam.  betullah, aku ade membaca satu tulisan, iaitu, bila mana pandangan ataupun penglihatan tidak dikawal, maka hati akan terganggu.bila hati terganggu dan terangsang tika itulah sesuatu tidak diduga akn berlaku.kawal dalam lebarkan senyuman dan salam tidak banyak dihuraikan. sifat fitrah perempuan adalah menginginkan keindahan, tidak kiralah dalam apa sahaja, termasuklah dalam berbicara. nasihat ustaz, jangan mudah tergoda dengan kata-kata manis sang lebah untuk menghisap madumu.

selain itu, dalam persiapan menghadapi saat perkahwinan, setiap dari pada kita wajib membetulkan solat kita. tiang persiapan dalam perkahwinan adalah solat. jika soalt tidak betul macam man untuk uruskan urusan lain. dengan kata lain, kayu ukurnya adalah solat. ustaz ada menceritakan, disaat dia lafazkan sakinah, dia meminta zaujahnya mengingatkannya untuk solat berjamaah. Alhamdulillah, sehingga sekarang ustaz dapat menjaga solat berjamaah.




tips yang terakhir dari pendamba cinta dibahtera sudah 20 tahun ini, berkongsi mengenai penghalang untuk kita kahwin muda. antaranya, adalah kejahilan kedua-dua pasangan. bukan kejahilan mengenai akademik tetapi ilmu gerbang perkahwinan. apa bezanya hantaran dengan mas kahwin dan sebagainya. seterusnya adalah, pelajaran, ekonomi, keluarga dan juga masyarakat. mari kita sematkan dalam hati untuk memenuhi semua penghalang ini agar disaat kita melafazkan sakinah, kita sudah betul-betul bersedia.

kemudian, aku ingin kongsikan mengenai pandangan dari ustazah fatimah syarha. sebelum melangkah kegerbang perkahwinan, kita semestinya persiapkan agama. mendalami ilmu Islam yang terbentang luas agar bukan menjadi satu penghalang untuk kita kahwin nanti. keduanya, menjaga tutur kata dan terakhir adalah menjaga alquran. ayat-ayat quran penuh dengan kecintaan terhadap Allah. oleh itu, mari kita bina hubungan antara kita dengan Allah. banyak lagi perkongsiaan yang menjadi makanan rohani kepada yag datang tadi. kemaafan aku pohon, setakat itu sahaja yang aku sempat catat.

pesanan terakhir dari ustazah fatimah buat mawar-mawar berduri agar jaga maruah, jangan mudah termakan godaan lelaki. katakan kepadanya untuk dapatkan hati aku, dapatkan dengan terhormat.
dia juga sempat berpesan, bercintalah selepas kahwin, kerana bercinta dengan yang halal akan dirahmati Allah swt.insyaallah.


ulasan penulis...

majlis ini adalah antara yang terbaik selama mana aku berada di UTM. huraian yang merangkup segenap sudut hati. aku harapkan bait-bait mutiara tadi,dapat menusuk ke hati-hati hadirin yang datang.


sekali lagi tahniah utk semua yang terlibat termasuk moderator, sahabat karibku~

ismaryzalismail
10 may 2012
moderator bersama ustazah fatimah syarha serta ajk












2 comments:

  1. Tu dia mahasiswa mahasiswi membanjiri... Ana kira mahasiswi membanjiri itu yang lebih tepat~ ye x? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. menang pun...sudah menjadi kebiasaan...mahasisiwi akn lebih ramai, tgk ikonnya ustazah fitimah syarha~

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana