24 January, 2013

kerja baru, betul ke ni??

bismillahirrahmnirrahim

bila mana aku menerima satu tawaran untuk menjadi "setiausaha" ataupun pemasaran untk Gemilang Pasti Managemnt, aku terpikir, adakah ini yang aku minta, iaitu sebagai orang pengurusan. mungkin ya, satu ketika dulu, hati ku pernah berkata untk menjadi salah seorang ahli dalam GPM, mnjadi fasilitator dlam consuntalcy serta bergerak sebagai orang pengurusan. ada juga timbul dalam benak pemikiranku unutk sambung pengajiaan dalam bidang pengurusan. aku seorang teknikal, mungkin aku sesuai dalam bidang ini. buat kerja di sebalik tabir.

InsyaAllah, moga kerja yang akan aku usahakan ini dipermudahkan serta akan menjadi satu titik tolak dalam perjalanan aku seterusnya nanti. aku harus kerja keras.

beberapa hari aku di tawarkan dengan kerja ini, "pemuda" mencari seorang s/u untuk YB Salahuddin, untuk mengurus pejabatnya di salah satu kawasan di Johor. Oh, adakah ini kebetulan. mungkin incomenya tidak lah banyak, aku mengharapkan satu keberkatan.

satu titik permulaan yang dilihat sebagai langkah pertama untuk menuju kejayaan sepertimana diimpikan akan terhasil sedikit masa lagi.
ku mohon doa dari kalian pembaca contengan ini, moga-moga apa yg dihajati akan dicapai. terima kasih buat kalian yg sudi menjadikan sekadar tintaku berwadah bacaan tetap kalian.

lagu ini aku tujukan buat kalian~


Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

liriknya membuatkan hatiku ceria,bila bersahabat kerana Allah~
mengorak langkah menuju mardhotillah~

ismaryzalismail
24jan2013

22 January, 2013

ulangtahun~

bismillahirrahmahirrahim

january 2013 genap setahun kami mengalami kemalangan dengan kereta. tahun lepas. berlakunya di lebuh raya Johor KL. kenangan itu telah aku sematkan di diariku, musafir kasih.

semalam perkara yang sama berlaku, tetapi kali ini hanya dengan motosikal. subhanallah, sungguh indah aturan Allah. Jika perkara semalam tidak berlaku, kenangan itu semakin lenyap dalam ingatan kami.



syukur padaMu.


Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang kau sayang
Yang kau rindukan
Yang kau cintai

Aku lemah tanpamu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku tolongku
Ya Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
(wali band~akucintaAllah)

mungkin itu isyarat Allah, untuk aku ingati mati. benar.

ismaryzalismail
21012013




21 January, 2013

kecelakaan kedua

bismillahirrahmanirrahim

syukur aku panjatkan setinggi-tingginya...

sebentar tadi aku mengalami satu kemalangan. aku dengan moto bertembung dengan sang kancil perempuan. pada aku, sangkancil berada di lorong yang salah untuk membelok ke kiri, aku pula berada di lorong kiri untuk terus. syukur, kerana sempat brek, tetapi, jalanyg sudah di basahi hujan, brek tak dapat mencengkam sepenuhnya. booom. aku melanggar punggung sebelah kiri  sang kancil. aku terbaring di jalan. tangan kanan ku berdarah dengan luka kecil. aku bangun, meluhat apa yg kemungkinan teruk, alhamdulillah tiada apa. hanya di lengan dan di peha terasa pedih-pedih. 

berulang kalai perempuan itu memintak maaf. "apa yg aku perlu lakukan?" Ya Allah, berikanlah aku kesabaran dan kelapangan pemikiran.

"nnt bawa kereta tu elok2, ni baru sedikit", aku bicarakan padanya.
akubiarkannya pergi.

dijalan, apa pun blh berlaku. hati-hatilh sahabat sekalian. 

ismaryzalismail
21 january 2013

18 January, 2013

first time..

bismillahirrrahmanirrahim

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (insyirah 5-6)



dup dap dup dap...
debaran didada semakin memberontak. inilah kali pertama aku pergi interview. entah bagaimanlah rasanya bila berada di depan penginterview nanti. perbagai salan mula bercambah di pemikiran ku. runsing. semakin menular ke segenap ruang badan aku. aku cuba menangkis dengan berbual sesama calon. nampaknya strategi aku hampir berjaya mematahkan serangan dari perasaan itu. 

setelah di beri taklimat oleh urusetia, perasaan aku kembali lagi. sedikit -demi sedikit dia memberi tips utk menjadi calon yang terbaik bagi dipilih bersama mereka sebagai staff. aku mengangguk, tanda faham apa yg dibicarakannya. 

satu test bertulis diberikan sebelum kami melangkah ke bilik interview. seorang demi seorang di panggil. setelah tiba giliran aku, namaku dipanggil. senyuman aku lemparkan kepada pemanggil, sebagai tanda nama itu, aku yang punya. berjalan ditengah-tengah staf mereka, aku hanya senyum, di hati aku berdoa, moga dipermudahkan. tiba-tiba "good luck, yakin boleh"...tersentak sekejap, aku memalingkan kepala, "terima kasih, insyaAllah"...langkah diteruskan.

salam diberi sebelum, aku melabuhkan badanku ke kerusi empuk. kini aku hanya bertiga. penginterview memperkenalkan diri masing-masing. satu demi satu soalan ditnya. ringkas dan bersahaja aku menjawab. entah mereka berdua faham entah tidak. bicara aku, hanya broken english. bila mana dia menanyakan apa itu ROTU(palapes). dengan semangat patriotik (hahaa) aku menjawab. biarlah broken pun broken lah, janji aku bercakap.

15 mint telah berlalu, "kami mengucapkan tahniah buat kamu dapat menghadirkan diri ke sini dan semoga kamu terpilih untuk bersama kami", kata terakhir dari mereka, aku menymbut dengan senyuman dan InsyaAllah.

senang je interview ni..kata hati ini.

insyaAllah, lain kali akan dibaiki...

ismaryzalismail
18 january2013

15 January, 2013

keje oh keje

bismillahirrahamirrahim

ALHAMDULILLAH...syukur, aku dapat interview....


  Date      :        17/01/2013 (Thursday) 
 Time     :          2.00pm – Interview session 
 Venue    :         Scope International (M) Sdn Bhd L1-E-4 Enterprise 4
                        Technology Park Malaysia  Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur

Ya Allah, permudahkanlah urusan aku~

14 January, 2013

SUAMI AKU USTAZ.

bismillahirrahmanirrahim

entah kenapa hati aku membuak-buak utk mengisi ruang kosong ini. biarpun aku fikirkan hanya sedikit sahaja yang aku berkongsi. aku baru sahaja membaca satu novel yang menjadi bualan hangat sahabat-sahabat perempuan yang aku kenali. SUAMI AKU USTAZ.
sungguh baru sedikit aku membacanya, ia menarik minat utk aku habiskannya. tulisannya yang hidup dan sarat dengan pengajaran mendidik seorang isteri menambahkan lagi untuk aku mencungkit kisah ini sehingga penamat. tidak aku sangka, novel yang setebal hampir 600 muka surat boleh melekakan aku membacanya tanpa disedari.

tidak akn aku ulas panjang-panjang tulisan ini, biar lah sekadar itu.
klu hangpa nak tau lagi, baca sendiri...

HACKS - hanya aku cinta kau seorang atau hanya Allah cinta ku selamanya
you choose what you  want.

ismarizalismail
14-01-2013

set your GOALS

bismillahirrahmanirrahim





jika ditnya tentang perancangan 5 tahun akan datang, apa yg akan aku lakukan??

dalam tempoh sejenak diberikan, aku melontarkan beberapa perkara. namun, bila mana aku memikirkannya kembali, aku perlu atur sebaik mungkin yang perlu menjadi matlamat dalam penerusan kehidupan aku. semestinya, perkara yang utama perlu difikirkan adalah kewangan yg disimpan dan utk kegunaan semasa. jika perkara itu aku tak dapat atasi, maka tarikh perkahwinan semakin lambat. namun, perkahwinan tidak menjadi keutmaan pada asa sekarang. adik-adik aku perlu di utamakan dahulu.  rasa sedih dan pilu melihat kesihatan ayahku. semakin hari semakin dimamah usia. aku perlu bantu dia dahulu. bukan pula perkahwinan itu aku tinggalkan sepenuhnya. tidak. ia akan berjalan seiring.insyaAllah.

ada baiknya jugak untuk aku serius dalam bab perkahwinan. bukan bermakna, sebelum ini aku tidak serius. lebik banyak mendalami ilmu munakahat. meneliti bacaan berkenan tentang perkahwinan dan sebagainya. ada satu novel aku baca, 'suami ku ustaz' penulis berkata, kita harus bersedia dari sekarang untuk membina baitul muslim. bukannya esok nak dirikan masjid hari ini baru kita nak belaja.Dunia ilmu Allah amat lah luas.

 meletakan matlamat dengan jelas dan menyatakan matlamat tersebut adalah perlu untuk aku bergerak kearahnya. tiada asbab untuk aku tidak mencapainya setelah aku pasakkan matlamat itu ke benak pemikiran dan hati.
namun satu sikap aku adalah, perkara yang akn berlaku usah difikirkan keterlaluan, selesaikan yang ada ditangan sebaiknya.

satu perkara yang menjadi kekacauan dalam dada ku adalah tahap keyakinan aku rendah. entah mengapa sekarang menjadi begini. seingat aku dulu, aku ni tidak pula begini.

satu cara aku cuba perbaiki sikap ini, aku mendengar kata-kata nasihat dari ustaz-ustaz serta ustazah dari internet. satu kata-kata dari prof muhaya...

Jika pencapaian orang lain menjadi kayu ukur kejayaan kita maka orang lain telah mengawal hidup dan ketenangan kita. Kejayaan sebenar ialah mendapat syurga Allah. Buat amalan mendekatkan diri pada syurga Allah maka kejayaan mendekati kita dunia akhirat in Shaa Allah

betul kata orang, banyakkan bercakp dengan diri sendiri, kenali diri dahulu barulah boleh cipta matlamat seterusnya capai ia dengan jayanya. tapi bagaimana aku ingin kenal diri???


ismaryzalismail
14012013


13 January, 2013

HKR#KL112

bismillahirrahmanirrahim

setelah 3 kali mengadakan perhimpuan menuntut pilihn raya bersih dan adil, tanggal 12,01,2013 menjadi detik sejarah baru Malaysia, bila mana satu himpunan yang menghimpunkan 1 juta rakyat malaysia di stadium merdeka.

satu sejarah yang akan dicatat di lampiran kenangan semua generasi sekarang. sejarah ini akan diulang cerita oleh siapa sahaja mengikutinya secara langsung mahu pun tidak.Insyaallah, aku yakin, tahun ini akan berlaku satu peralihan tampuk kepimpinan negara ke pada pemimpin yang lebih baik dari sekarang.

perhimpunan ini satu-satunya perhimpunan yang mendapat kerja sama yang sepenuhnya dari pihak polis. jika dulu, water canon, gas pemedih mata menjadi hidangan pada kami. bertempiran lari mencari perlindungan. provokasi demi provokasi dicetus, demi menanam himpunan yang diadakan adalah seperti 'beruk-beruk dijalanan', kata khairil Jamaluddin, YB Rembau, ketua pemuda umno.

syukur kali ini, apa yang dijanjikan oleh mereka, sudah terbukti benar. aku juga tertanya-tanya adakah betul kali ini tidak berlaku seperti dahulu.apa helah mereka. tetapi sehingga tamat majlis, satu provokasi pun tiada.syukur. 

laungan keramat bangkit rakyat, inikalilah, ubah sekarang, takbir dan sebagainya menghiasi perhimpunan ini. ia membakar semangat utk terus berjuang dan berjuang.

abg-abg polis sedang mengawal lalu lintas








sebahagian ratusan ribu yang hadir


ismaryzalismail
13-01-2013



laungan ubah sekarang, inikali lah, undur-undur, bangki rakyat

10 January, 2013

Sahaja Aku Mencintai Mu

bismillahirrahmanirrahim


karok di pagi hari~




Ku cinta padaMU lebih dari segala-gala
mampukah ku pertahankan cita ini
dalam mengabdikan diri padaMU

Andai ada kata yang lebih baik 
dari ucapan terima kasih
pastikan ku ucap setulus hati 
tanda cintaku padaMU

Lailahaillallah..Allahu Rabbi
Lailahaillallah..Allahu Akhbar

Andai ada hadiah yang lebih baik 
dari melodi syukurku
semestinya ku persembahkan padaMU
tanda cintaku padaMU..

Hasbi Rabbi Jallallah
Ma fi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah..

Setiap hela nafas 
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..
ya Allah...






ismarizalismail
10january2013



kerjaya baru~

bismillahirrahmanirrahim

bergelar wartawan sukarela memang perit sedikt berbanding dengan wartawan yang sudah di tauliahkan. tiada dalam kamus hidup ku untuk terlibat sebagai wartawan. namun, bila kekurangan kaki tangan, terpaksalah diserap masuk sebagai unit penerangan.

syok juga dalm unit ni. time ade majlis makn-makan, dengan gelaran wartawan, semuanya percuma. tetapi yang perit sedikit duit minyak kereta, kadang-kadang jika terpaksa menggunakan jalan yang ade tol, melayang la sedikit. tetapi, itulah pengorbanan yang diajar dalam kuliah-kuliah, rehlah dan sebagainya.
bagi aku, ini satu pengalaman baru untuk melangkah kedunia penerangan. sudah beberapa isu aku turut terlibat sebagai wartawan. bermandikan hujan dan peluh sudah ku redah. tetapi itu baru sedikit. terima kasih buat kalian yang menjemputku bersam kalian.
NUSAJAYA KINI, kerjaya sampingan ku~


ismarizalismail
10/01/2013



08 January, 2013

Aku Mahu Pulang

bismillahirrahmanirrahim


Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan

Berikan ku masa, mencuci dosa
Aku kan pulang, menebus usia
Di musim berlalu, sepi memburu
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu

Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan, menjadi pegangan
Menjadi buruan

Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa

Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya
Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia

Gelap malam.. Gelap malam
Pasti terang pasti terang
Sang mentari sang mentari
Pasti datang pasti datang
Kesesatan kesesatan
Perjalanan perjalanan
Rahmat tuhan rahmat Tuhan
Menentukan menentukan




ismaryzalismail
8 january2013



besarnya ujian MU

bismillahirrahmanirrahim


besarnya ujian Mu..

sudah 6 bulan pertama telah belalu setelah aku bergelar graduasi., namun setakat ini belum ade lagi satu kerja tetap yang dapat aku bagi tahu kepada kedua ibu bapaku. apa yang berlaku tidak mengikut apa yang aku rancangkan. sudah menjadi satu fitrah kehidupan kita hanya merancang, Alah jualah yg akan caturkan. Aku akur apa yang terjadi. dalam surah at taubah allah nukilkan satu ayat yang penuh bermakna buat si pejuang.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika 
1. bapa-bapa kamu dan 
2. anak-anak kamu dan 
3. saudara-saudara kamu dan 
4. isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan 
5. kaum keluarga kamu dan 
6. harta benda yang kamu usahakan dan 
7. perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan 
8. rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, 
(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." 
surah At-Taubah:24

setelah di baca ayat ini, jiwa aku semakin tenang. tetapi apa yang harus aku bicarakan kepada mereka. mungkin aku harus pulang ke kampung, dan hidup bersama mereka. Mungkin disana ade sinar yang aku carikan. ataupun aku harus pergi ke tempat lain.



dimana harus aku pergi??
ke utara?
ke timur?
atau ke barat?
ataupun ke sabah dan sarawak?

masa makin cemburukan kita.......

ismaryzalismail
 8 january 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana