13 January, 2013

HKR#KL112

bismillahirrahmanirrahim

setelah 3 kali mengadakan perhimpuan menuntut pilihn raya bersih dan adil, tanggal 12,01,2013 menjadi detik sejarah baru Malaysia, bila mana satu himpunan yang menghimpunkan 1 juta rakyat malaysia di stadium merdeka.

satu sejarah yang akan dicatat di lampiran kenangan semua generasi sekarang. sejarah ini akan diulang cerita oleh siapa sahaja mengikutinya secara langsung mahu pun tidak.Insyaallah, aku yakin, tahun ini akan berlaku satu peralihan tampuk kepimpinan negara ke pada pemimpin yang lebih baik dari sekarang.

perhimpunan ini satu-satunya perhimpunan yang mendapat kerja sama yang sepenuhnya dari pihak polis. jika dulu, water canon, gas pemedih mata menjadi hidangan pada kami. bertempiran lari mencari perlindungan. provokasi demi provokasi dicetus, demi menanam himpunan yang diadakan adalah seperti 'beruk-beruk dijalanan', kata khairil Jamaluddin, YB Rembau, ketua pemuda umno.

syukur kali ini, apa yang dijanjikan oleh mereka, sudah terbukti benar. aku juga tertanya-tanya adakah betul kali ini tidak berlaku seperti dahulu.apa helah mereka. tetapi sehingga tamat majlis, satu provokasi pun tiada.syukur. 

laungan keramat bangkit rakyat, inikalilah, ubah sekarang, takbir dan sebagainya menghiasi perhimpunan ini. ia membakar semangat utk terus berjuang dan berjuang.

abg-abg polis sedang mengawal lalu lintas








sebahagian ratusan ribu yang hadir


ismaryzalismail
13-01-2013



laungan ubah sekarang, inikali lah, undur-undur, bangki rakyat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana