31 December, 2012

pergi tak kembali, zunnur

bismillahirrahmanirrahim

di saat ini ramai masyarakat terutama anak muda mencari arah tujuan ke temapt untuk menyambut tahun baru 2013. aku baru sahaja mendapat berta bahawa, kawan se matrik aku telah kembali ke rahmatullah.

mohammad Zunnur  hassan namanya,
dirimu di jemput Ilahi 
dikala ambang 2013
semoga rohmu dirahmati 
di sana.

Setiap insan pastikan merasa 
Saat perpisahan terakhir 
Dunia yang fana akan ditinggalkan 
Hanya amalan yang akan dibawa 

Terdengar sayup surah dibaca 
Sayu alunan suara 
Cemas di dada lemah tak bermaya 
Terbuka hijap di depan mata 

Selamat tinggal pada semua 
Berpisah kita selamanya 
Kita tak sama nasib di sana 
Baiklah atau sebaliknya 

Amalan dan taqwa jadi bekalan 
Sejahtera, bahagia pulang...kesana 

Sekujur badan berselimut putih 
Rebah bersemadi sendiri 
Mengharap kasih anak dan isteri 
Apa mungkin pahala dikirim 

Terbaring sempit seluas pusara 
Soal bicara terus bermula 
Sesal dan insaf tak berguna lagi 
Hancurlah jasad dimamah bumi 

Berpisah sudah segalanya 
Yang tinggal hanyalah kanangan 
Diiringi doa dan air mata 
Yang pergi takkan kembali lagi

zunnur yg memakai jaket hijau

ismaryzalismail
31122012



29 December, 2012

tahun baru 2013

bismillahirrahmanirrahim

dua tiga hari agi, kita akn melangkah ke tahun baru masihi. padahal kita sudah hampir sebulan lebih, baru sahaja kita menikmati tahun baru hijrah yang ramai lagi tidak mengendahkannya.


ismaryzalismail 29/12/12

25 December, 2012

ashabul ukhdud~


bismillahirrahmanirrahim
hari ini aku ingin kongsikan cerita yg telah tersemat dalam kitab suci al Quran, ia itu surah al buruj. surah ini berkisahkan berkaitan dengan seorang pemuda yg mencari kebenaran dan berdakwah mengajak ke jalan Allah sehinggakan raja yang zalim pada masa itu ingin membunuhnya.
apa-apa pun saksikan ashabul ukhdud~




ismaryzalismail~
25122012

19 December, 2012

Remote sensing..medan pertama

bismillahirrahmanirrahim

setelah dua tiga kali perbualan melaui chat facebook, kawan aku meminta aku ceritakan tentang keunikan pengkhususan  yang aku pelajari selama empat tahun di bumi bertuah universiti teknologi malaysia. sekadar meemnuhi permintaan beliau, aku nukilkan satu plot perkongsian, agar kalian akan memahami apa yang akan dimaksudkan dengan pengkhususan ini.insyallah.pengkhususan yang aku maksudkan adalah, remote sensing. namanya pun sudah unik. jarang sekali mendengarkan. bukan seperti kos-kos lain. elektik ke, mekanikal ke, sivil ke. sungguh, aku sebagai pelajarnya jgk kehairanan.apa itu remote sensing. serupa ke dengan remote kontrol.

kebetulan, kos ini adalah salah satu subjek yang dipelajari oleh kawan aku itu. jadi dia ingin mengetahui serba sedikit apa yang kami pelajari. adakah ia sama dengan depa semua pelajari.
sama denga satu kos di sini, geomatik, remote sensing hanyalah satu subjek bagi depa semua, tetapi untuk kami adalah satu kos. sungguh mendalam pembelajarannya.

remote sensing.
seunik namamu
serumit pembelajrannya
aku akur,
tiada jalan mudah untuk menakluknya
tiada jalan singkat untuk mengapainya

satu pesanan dari pensyarah aku, tiada jalan mudah untuk mencapai kegemilangan kecuali usaha dan menemphinya dengan sebaiknya. tiada jalan singkat. berbalik soal isi pembelajaran remote sensing. ingatan aku samar-samar mengenai isi pembelajaran.entah mengapa, mungkin itu kelemahan aku. beberapa subjek yg masih terpahatdipemikiran aku. antaranya oceonography. ini berkaitan dengan lautan.pasang surut air, monsoon, taufan, dan sebagainya menjadi rencah melengkapkan learning outcome subjek ini.subjek ini menghampiri dengan subjek

selain itu, beberapa lagi subjek yang menjadi teras perbezaan kos ini dari pada kos lain. Digital image processing, carthography,  ukur tanah, microwave for remote sensing, satelite teknologi, atmospheric application dan beberapa lagi menjadikan sesuatu yang istimewa untuk diterokai dan berbeda dari kos-kos lain di UTM~

mungkin buat masa ini sudah cukup akau terangkan sedikit mengenai apa yang aku belajar. insyaAllah, lain masa akan ku huraikan lebih lebar mengenai skop yang aku pelajari. moga dengan sedikit lembaran ini membuka mindamu mengenai remote sensing. satu kos yang peluang peerjaan sedikit susah buat masa sekarang. Tapi aku yakin, Allah maha mencatur.~

salah satu perisian yg digunakan untuk proses imej~ ENVI

ku yakin, penerangan diatas mungkin tidak memuaskan hati kalian yang membaca.insyaAllah, lain masa aku nukilkan semula.~

ismarizalismail 19/12/2012

Kemuncak Cinta Rasulullah | TG Hj Musa

bismillahirrahmanirrahim

subhanallah~
ayuh teman-teman berselawat keatas junjungan besar nabi Muhammad~
dengarlah sedikit perkongsiaan dari tok ayoh hj Musa tentang cerita berselawat...

binnabil huda UNIC

bismillahirrahmanirrahim

lagu ni membawa ketenangan bia mendengarnya, berselawat keatas kekasih hati yang meronta-ronta untuk aku berjumpe...tetapi layakkah aku untuk ketemu dengannya. jasadku ini dipenuhi dengan dosa yang sering kali aku lakukan.
Ya Allah, permudahkanlah hamba mu ini untuk bertemu dengan kekasih Mu ini, Nabi Muhammad penghulu semua manusia~



19disember 2012
ismarizalismail

14 December, 2012

bismillahiirahmanirrahim



ku doakan diriku akan digantikan dengan yang lebih  baik dari diri yang daif ilmu ini..

08 December, 2012

jodoh itu misteri

bismillahirrahmanirrrahim



jodoh satu anugerah dari Allah namun jodoh itu misteri.
tidak diketahui, dengan siapa dan bila. oh sungguh unik ciptaan Allah.
bila saat cinta sudah diketemui, belum tentu, itu adalah jodoh. dambakanlah cinta yang telah ditemui, didahulukan  cinta kepada Allah dan Rasul. moga itu lah jodoh yang di cari.

 mekarnya cinta tanpa dipayungi syariat Allah,
hindarilah cinta itu...itu hanyalah khayalan dari syaitan.
tanam dan sematkan dihati, hakikat cinta sebenar, membawa kita ke jalan yang di redhai Allah.
cinta dan hati yang tulus mestilah seiring.

pemilik cinta setelah Allah dan Rasul, sukar untuk diketemui..
berdoalah wahai sahabat~Allah didahulukan~




“Ya Allah, andai benar dia adalah jodohku, maka permudahkanlah urusan ini.

Andai ini ujian dan dugaan yang ingin Engkau berikan kepada kami, maka perkuatkan iman kami agar tidak runtuh dan rapuh dalam meniti setiap detik mencari redhaMu…

Andai daku bukan tercipta untuknya, maka sisihlah rasa yang ada dalam hati-hati ini agar kami tidak akan jauh tersasar dari arah jalanMu…

Gantilah bidadari dunia yang jauh lebih baik dariku untuk dirinya..

Andai benar dia untukku, maka satukanlah kami dalam rahmat kasihMu Tuhan…

Ya rabbi, ku berserah diri padaMu.

Hidup dan matiku hanya untukMu.

Maka tentukanlah pasangan yang terbaik untukku bawa cintaku sampai kepadaMu…
Allahumma amin”


ismaryzalismail || 08 disember 2012

07 December, 2012

cinta Allah dan Rasul

bismillahirrahmanirrahim



dambakanlah cinta kepada Allah
cinta suci yang tiada penghujungnya
cinta yang tulus dan murni
dan kasih yang abadi
cinta  Allah dan Rasul 
akan memayungi kehidupan
doakan titisan air mata mengalir
mendambakan cinta yang suci
jangan dirintih kepada yang tidak sudi
biarkan berlalu dan tersimpan 
didasar lautan


ismaryzalismail  ||  07122012

06 December, 2012

doa buat kekasih

bismillahirrahmanirrahim


gambar walimah seorang  sahabt (sekadar hiasan)


"Ya Allahu Ya Rabbi, Kau pertemukanlah aku dgn pemilik tulang rusuk yg kupinjam ini...Yg mampu mendidikku dan membawaku supaya lebih dekat kepadaMu..Semata2 utk mencari keredhaanMu Ya Allah..Mampu menghadapi saat suka dan duka bersama2..Pemilik hatiku ini nnt dpt menutupi segala kelemahan yg ada pd diriku dan hambaMu yg lemah ini juga dapat berkhidmat dgn menutup segala kekurangan yg ada pd drnya..Panjangkanlah umurku dan umur dirinya agar kami dpt bertemu..Janganlah Engkau biarkan aku sendirian hidup di muka bumi ni mahupun di akhirat..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan aku yakin dgnMu Ya Allah..Aku yakin apa yg Engkau takdirkan adalah yg terbaik buat hamba2Mu..Ya Rabb, permudahkanlah segala urusanku..Amiin Ya Rabbal Alamin"


ismaryzalismail || 6 disembar2012

pelayaran berlalu pergi

bismillahirrahmanirrahim



masa pantas berlalu, tidak terkejar dari aku.
sekarang kembali seperti dahulu, 
biarpun masa berlalu tanpa menghiraukan,
suka mahupun duka
itu adalah hak kita untuk tentukan dan isikannya
masa tetap berlalu pergi
kisah-kisah sebelum ini menjadi lipatan sejarah
mungki tidak akn dibuka semula
atau pun sebaliknya

sekarang masa untuk terus berlayar
berlayar, biarpun tiada berteman
berlayar mengisi tempoh masa yang ada
biarkan pinggiran disana
aku dan layar aku
membawa pergi bersama dengan semangat dan kisah baru

biarkanmasa lalu pergi bersama kisahnya
biarkan kisah dan sejarah cinta 
pergi bersama angin bertiup
ayuh carilah 
semangat yang penuh inspirasi
supaya, dapat
mengejar yang abadi dan hakiki


julanglah cinta  Ilahi setingginya
maka akan datanglah cinta dari manusia
tidak diminta
tidak di cari
ia akan datang, bila Allah dan rasul serta perintahnya diutamakan
berdoa satu senjata perlu ada
berdoa untuk mendapatkan cinta yang suci
sesuci cinta Khadijah dan juga Fatimah 


ismaryzalismail || enam disember 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana