09 July, 2012

musafir kasih II

bismillahirrahmanirrahim

sudah lama tidak aku conteng lembaran ini. sejak kebelakangan ini agak tidak mempunyai rasa untuk mengupdate di lembaran ini. sungguh, masa yang ada tidak dapat aku kuasi sepenuhnya.

hampir sebulan tiada apa-apa contengandi lembaran ini. bukan untuk aku membiarkan lembaran ini dipenuhi sawang tanpa kunjungan. tetapi, percayalah, akau agak lemah untuk menulis disamping iguan budak semester akhir dengan projek sarjana muda dan juga assignment mulai bertambah-tambah. Oh bukan ini yang aku ingin lanjutkan dalam coretan kali ini. hujung minggu lepas, aku berkesempatan menemui teman-teman dari matrikulasi semparna kenduri sekampung Alumni KMPP 2012. saat pertama aku menjejakkan kaki setelah 4 tahun tidak mengunjunginya, aku terasa seperti satu gelombang meresap dalam jiwa. sayu, gembira. itulah menjadi tanda tanya dihati ku.

view KMPP dari atas

Dari UTM, aku bertolak sekitar pukul 11.00 malam, aku keseorangan. keseorangan menongkah arus lebuhraya dan kesejukan aircorn bas. dalam perjalanan, mesej dihantar kepada ibuku untuk memberi tahu, aku sudah pun bertolak. itu sudah menjadi kebiasaan, sekadar makluman buat bonda dan ayahanda tercinta, agar mereka tidaklah kerisauan di kampung.lampu-lampu menghiasi dada-dada bumi, sungguh indah.mata mulai layu. setelah aku sedar dari tidur, aku sudah pun sampai di Penang,  stesen bas Butterworth. Oh, stesen bas sudah berubah. seingat aku, dahulu, keadaan stesen bas disinilah paling teruk aku pernah tengok.namun selepas 2008, hampir semua mulai berubah, terima kasih buat kerajaan pulau pinang atas keprihatinan kamu semua.

tidak disangka, aku terserempak dengan teman lama, Lokman yang juga bertujuan ke KMPP. Kami dijemput oleh saiful rahman, teman dan alumni paling aktif.

meeting sebelum gotong royong dilakukan

sampainya kami di KMPP, kami disambut oleh naqib dan juga cikgu yang paling berpengaruh dari dulu hingga sekarang, En Mahfuz najhan. bersalam dan berpelukan, untuk lepaskan kerinduan. sungguh, dia banyak membantu aku dan juga teman-teman yang lain berkenanan tujuan kita di bumi Allah.

gotong royong sudah pun bermula sebelum aku sampai lagi. chef jemputan di import untuk menjadikan kenduri ini satu kelainan. Mak nor mazuan aka mamu menjadi chef pilihan kami. semua bersungguh-sungguh bagi menjayakan kenduri kali ini setelah dua kali terpaksa menangguhnya. presiden alumni, KA turut juga dalam perbikinan majlis ini.

keceriaan sewaktu gotong royong mengimbaskan aku sewaktu kami masih bergelar pelajar KMPP dahulu. sungguh cepat masa berlalu, dimanakah yang lain.bilakah kita semua akan berkumpul semula. pada kenduri kali ini, kebanyakan dari batch yang baru. seorang pun tidak aku mengenali. hanya senyuman yang hanya aku mampu luahkan. aku mengambil masa untuk mengenali mereka semua. sorang demi sorang. alhamdulillah, hampir semua ajk pelaksana aku sempat berkenalan.

golongan pelaksana perempuan

geng lelaki perkasa
 
setiap sudut bumi KMPP mempunyai cerita yang berbeza buat aku. tidak kira la dimana pun. Dua tahun aku disini, begitu banyak aku belajar mematangkan pemikiran dan juga diri.

walaupun aku sekejap aku bersama meraka, bagaikan sudah lama aku mengenali mereka. insyaallah, lain kali kita akan berjumpa lagi. terima kasih buat semua yang menjadi pelaksana bagi kenduru sekampung kali ini.
antara yang hadir

mungkin itu sahaja yang dapat kaungsikan dengan teman pembaca sekalian.contengan ini, sekadar pengasah penulisan aku, jika ada tatabahasa tidak sesuai ataupun struktur ayat yang tidak menepati, aku mengalu-alukan peneguran dilakukan. akhir sekali terima kasih buat teman-teman, KA, saiful, naufal, mamu, ikhwan, dan semua junior-juniorku.


ismaryzalismail
9 julai 2012



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana