24 March, 2010

ketika itu..








ketika itu ..
masih aku ingat sewaktu kita berlari-lari,
sambil memanggil namamu,
berkaki ayam tidak bersepatu,
sekuat hati aku memanggil mu,
namun kau tetap jua meninggalkan ku,
mungkin kau tidak sedar,
aku memanggil mu dari belakang,
sedih ku keseorangan....

aku lelah pada mata tidak sama dengan kaki ku,
semakin perlahan hayunan kaki membiarkan kau pergi,
biar diri ini menjadi penentu,
aku harus bangkit melawan nafsu,
agar beroleh sesuatu,

ketika itu ,
nafsu menghantuiku,
tautan kasih aku harapkan,
menjadi semangat pembakar diri,
agar betul dilandasan diri,

mari kita selami,
detik terindah waktu bersama,
makin jauh makin sayang....
ketika itu...

16 March, 2010

dari hati..

dalam diam hati dah hampir ngan final bagi semester ke 4...rasa mcn semalam aku baru mendaftar kat UTM ni..ada 3 minggu lagi untuk semua mahasiswa menguji kefahaman mereka ttg apa yang sudah belajr selama semester ini. pelbagai ronak dan kencah pengalaman dah 2 tahun ini. timbul dalam dada aku tertanya-tanya bilakah akan aku membalas budi ibu dan ayahku...sampai bila ayahku berkerja untuk menanggung aku serta adik2 aku...walhal sekarang umur ku sudah mencecah 22 tahun...
rindunya hati ingin berjumpa mereka di kampung...rasa baru semalm aku balik menjenguk mereka...klu ikutkan hati ingin aku menelefon tiap2 waktu..

apakah yang harus aku lakukan untuk menbals jasa dan pengorbanan mereka membesarkan aku dan adik2ku. adakah hnaya dengan belajar dapt menyejukan perut ibuku yang mengandunkan kami.

tiap kali aku menelefon ibu ku, dia acap kali berpesan jangan tinggal sembahyang, belajar bersungguh-sungguh dan banyak lagi. sampaikan aku boleh menghafalnya. aku terfikir kenapa ada rakan-rakan aku yang leka berseronok dengan dunianya, tidakkah mereka lupa pesanan dan harapan ayah dan mak mereka...
aku teringat pesana seorang fasilitator...kita bukan dilahirkan dengan satu gelaran

"cek Leha baru lahirkan anak..bayi laki, comel"
namun setelah kita mati pelbagai gelaran kita dapat,

"tengok si pencuri 2 dah mati, padan muka dia"
"sedihnya, tok iman 2 dah mati, tak de sapa blh ganti tempatnya"

ayat 2 mcn ni sering kali diungkapkan..tidak kira dimediamasa ataupun mulut -mulut si pencerita atau di kedai kopi.

kitalah yang menentukan baik buruk kehidupan kita. lebih baik kita merujuk pada yang asal. insyaalah semuanya akn tenang lagi senang..

sekadar ini lah entri yg tidak seberapa dikesempatan waktu yang berceloteh dari hati...

12 March, 2010

Mahasiswa boleh kritik kerajaan

Mahasiswa boleh kritik kerajaan- Saifuddin

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi, Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang," katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

"Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

"Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

"Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri," katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum 'Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi' itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku 'Mahasiswa Menggugat'

Hazayani Zakaria

harakah daily..

10 March, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana