07 August, 2011

Berehat

assalamualaikum wbt

Insyallah ruangan ini akan berehat buat seketika.Insyallah akan kembali setelah segalanya selesai.

Jari jemari disusun memanjat doa kepada Ilahi, moga-moga perjuangan dilandasan ini akn menjadi lebih hebat lagi selepas ini.Insyallah..

Selamat menjalani Ibadah puasa.

03 August, 2011

Juadah yang dinanti

Assalamualaikum wbt

Hari ini sudah masuk hari yang ke tiga kita di medan tarbiyah bulan ramadhan.Semakin hari semakin mencabar.dugaan demi dugaan akan menyusul dan sedang memujuk rayu pemikiran kita.bagi yang gagah mengharunginya, tahniah aku ucapkan, namun kerisauan aku pada yang kurang gagah untuk itu.Diri ini juga termasuk.Marilah kita sama-sama berdoa agar segala ranjau untuk ita memperoleh Ramadhan yang terbaik kali ini tercapai.Seterusnya kita dapat kecapi malam lailaturqadar,insyaallah.

Semakin hari semakin aku rinduankan pada kampung halaman,Ini belum dibuka lagu-lagu raya.Takut-takut ade yang menangis.Menangis meronta kasih sayang keluarga,merintih ingin melihat wajah ayahanda dan ibunda.

BErbuka puasa ini teringat pada masakkan ibu, kuih muih yg dimasak.Disini aku ingin lontarkan untuk paparan semua, antara kuih-kuih yang ade dikelantan(yg selalu dimasak oleh ibunda tercinta untk isi keluarga). Banyak lagi kuih-kuih yang ade dikelantan, bumi Serambi Mekah.Kepada semua sahabat-sahabat, jom ke kelantan, bertarawih dan berbuka di negeri pimpinan ulamak.Bukan hanya kuih muih malah dikelantan juga dihujanni lauk pauk yang tiada ditempat lain.


kerabu sare


ikan percik


ayam percik


ikan kering


telur masin


daging bakar


sambal pauh


kerabu beke


kerabu perut


sup tulang
kuih kuih yang aku beli atau pun dibuat oleh ibuku


cendol


butir nangka


muktabak


akok

disinilah aku akan tawaf mencari kuih-kuih ini



Aku ingin mengajak semua untuk penuhi ramadhan ini dengan amal ibadah, Moga-moga hajat sahabat-sahabat untuk ketemui malam lailaturqadar akan tercapai.Marilah kita merebut peluang-peluang yang diturunkan Allah.moga-moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang berebut-rebut peluang ini.Insyaallah.


02 August, 2011

Ramadhan dan anugerahNYA

Assalamualaikum wbt

Aku mulakan entri kali ini dengan Ahlan wasahlam ya Ramadhan.Sekalung tahniah aku ucapkan untuk kalian dan syukur ke hadrat Ilahi.Alhamdulillah, kali ini masih sempat lagi untuk kita merasai nikmat puasa di bulan yang penuh dengan barakah ini.

Puasa kali ini membawa makna yang berbeza bagi aku.apa tidaknya, puasa sebelum ini, aku berada dalam suasana alam campus.Namun kali, aku berada dlaam alam separuh bekerja.(praktikal).Bersahur dan berbuka puasa di rumah sewa.Memang agak terasa berbeza.Kalau dulu, aku bersiap siap berbuka bersama sahabat-sahabat, kali ini hanya tiga orang.Keriangan bersama sahabat-sahabat agak pudar sedikit.

Tahun ini kedatangan bulan ramadhan aku diuji.Diuji dengan kesihatan yang tidak stabil.Badan aku panas sejuk, batuk, sakit kepala datang tanpa diundnag.Mungkin ini adalah anugerah Allah untuk aku.anugerah supaya lebih mendekatkan diri pada Yang MahaPencipta.Kafarah dosa ini aku terima seluas-luasnya.Lawan tetap lawan.Jika aku layan sakit ini, maka rugilah aku.

"Ya Allalh, ampunkan dosa aku.Rahmati dan permudahkanlah urusan aku tidak kira kecil mahupun besar." Surah Al Insyirah (Asy Syarh) Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan

Hari untuk pulang semakin hampir.Kerinduan pada keluarga tidak dapt dinafikan lagi.Rindu untuk berbuka bersama, untuk bersahur bersama, untuk memasak dengan ibu kesayangan.
kepingan-kepingan nasihat dan dorongan masih berlegar-legar difikiran aku.Insyallah akan aku tunaikan harapan dengan petunjuk dari Ilahi, insyallah.



Sabar kunci kemenangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana