26 March, 2014

Ujian penghujung bujang

Bismillahirrahmanirrahim.



Sungguh, sudah lama jari jemari ini tidak menaip petakan keyboard ini. Andai sekalipun ada, ianya sekadar untuk lebaran di muka buku.

Kali ini ingin sekali aku berkongsi. Berkongsi tentang cerita teladan dan pengalaman sahabat aku. Kisah ini baru sahaja berlaku. Aku kira, tidak lama, mungkin dalam setahun atau dua tahun, tidak dapat aku ingatinya.
Suatu petang, ketika itu kami sedang merehatkan minda dari kerja-kerja sebagai mahasiswa. Sambil menghirup cendol Johor. Tidak seperti cendol dari Kelantan, namun ini sahaja yang ada, jadi terimalah, ada juga uniknya. Terhidang juga dua pinggan di atas meja, keropok dan juga pisang goreng. Ketika mula-mula aku datang Johor, suatu kepelikan aku temui adalah, pisang goreng dicicah dengan kicap. Kebiasan aku pisang goreng dimakan bersama pencicah ataupun sos cili. Sedikit demi sedikit aku pelajari budaya mereka disini, makanan mereka dan sebagainya. Jauh perjalanan luas pengetahuan.

Tiba-tiba, kawan aku si fulan, menyoal aku tentang calon isteri.

“sudah ada calon? Pendek soalannya”.




“belum, tidak terpikir lagi” jawab aku. “kenapa?” soal aku semula. Si fulan ini sudah mengikat janji dengan seorang perempuan, muslimah. Tapi aku tidak mengenalinya, hanya sekadar tahu dia sudah berpunya. Itu pun dia yang bagitahu aku secara tidak sengaja.

“oh tidak, sekadar bertanya. Aku ada soalan. Bagaimana kita mahu yakinkan calon isteri kita, bahawa kita akan kahwini dia?” lanjut soalnya.

Sememangnya kami sering bertukar pandangan, dan dia selalu meminta nasihat aku. Usia dia muda setahun dari aku.

“aku tidaklah biasa, namun beberapa pembacaan dan juga pendengaran aku mengenai mungkin aku boleh bantui mu, sahabat. Pertama sekali, kita tidak dapat tidak seharusnya kita berjumpa dengan ibu bapanya. Ini sebagai mengatakan kepada keluerga dia, bahawa anak mak cik dan pakcik, saya sudah sunting. Namun, ada beberapa kes, lelaki tidak bersedia lagi untuk berjumpa, kerana dirinya masih ‘kosong’. Kosong disini bermaksud, kerjanya.  Kedua, kita berkomunikasi dengannya seminggu sekali atau dua minggu sekali, jangan terlalu kerap, ini boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku. Sekadar bertanya khabar dan bersoal tentang beberapa perkara, yakni mengenali pasangan masing-masing.” Terang aku.
“Lelaki perlukan sesuatu untuk membuktikan bahawa dia dapat menjaga isterinya setelah berkahwin. Bagaimana? Antaranya adalah kerjayanya. Meskipun demikian, pada wanita, perkara ini tidak perlu. Apa yang perlu adalah keikhlasan  dari seorang lelaki.” Sambung aku.

” Sekali lagi aku bukanlah orang yang layak untuk menerangkan perihal ini. Sekadar berkongksi”. Jelas aku padanya

Ketika aku menyelak buku tuilisan ustaz pahrol juoi,cinta kerana Allah, ada satu tajuk yang bertajuk kekal positif. Kekal positif dalam membina hubungan. Beliau menyatakan andai kita memikirkan yang negative adalah satu penderitaan. Sangka baik itu adalah benteng yang akan menyelamatkan kita daripada penzaliman dan tipu daya orang lain. Kedua adalah konsisten dalam berdoa. Doa akan meneutralkan perasaan negative yang menyelubungi dan memancar dari pada diri kita. Pesannya lagi, jangan kita dicemari racun prasangka dan paling penting jangan lupa berdoa. Dalam menabur bibit kebaikan, jangan mengharapkan hasil yang segera.

Persiapkan diri kita sebelum kita menikah. Persiapan sebelum perkara yang penting. Perkara ini disebut oleh nasih ulwan dalam kitabnya, pendidikan awal anak-anak- dalam Islam.
Ayuh teman, teruskan berdoa dan berdoa.


ismarizalismail


03 March, 2014

Insyaallah, saya boleh.

Bismillahirrahmanirrahim

Ujian datang tanpa di duga. tidak kira dalam keadaan senang mahupun susah. Sihat atau pun sakit.Kaya ataupun miskin.tua ataupun muda.

Bukan semua ujian yang datang dapat kita sambut. adakalanya terpaksa kita tempis. namun, tempisan itu tidak mengena. maka hati kita yang gundah gelana.

serabut, runsing menyelubungi diri.



Serangkai kata pujangga Arab:

Serahkan hatimu kepada manusia, nescaya dia akan melukainya, serahkan hatimu yang luka kepada Allah, nescaya Dia akan mengubatinya.

Ujian akan dapat diselesaikan dengan bersedekah.

Abuhurairah r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda :
Tidak akan berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu aniaya kezaliman melainkan Allah menambah kemuliaanya, dan tiada seorang yang tawaddhu’ (merendah) kerana Allah melainkan Allah menaikkan darjatnya.

                                                   **********************

"Isma, mintak nasihat, rasa down sangat ni", pinta seorang teman bekas sekelas aku dulu.

"aku tidak la arif dalam hal sebegini, namun, ketika ini dia perlukan kata-kata semangat, aku tidak akan kecewaknnya" bisik hatiku.

"kenapa?" pendek balas aku. Meminta ke pastian masalah.

"Biasa la ma,(panggilan pendek dari Isma) kadang-kadang alatan yang nak buat penyelidikan ni bermasalah. dengan penasihat master dan macam-macam lagi. Andai difikirkan pendek,hendak sahaja aku berhenti dari sambung master." ulas beliau.

berfikir sejenak, mencari akal untuk menjawab masalah yang dihadapinya.

"Bersabar, insyaallah, ujian seorang penuntut ilmu begini la." Aku mula menceritakan tentang madrasah tahfiz yang aku jaga. satu demi satu, aku mengharapkan apa yang kongsikan difahami dan tidak terhijab. Risau juga, andai perkongsian yang diberikan akan terhijab dengan dosa-dosa aku.

Dia mula mengerti. 

"aku cuba ma, terima kasih banyak-banyak, doakan aku" sambungnya.

"doakan aku juga", pinta aku.

 

                                                          **********************

Antara ubat yang dapat menenangkan hati sedang lara ini adalah ayat alquran dan juga solat. Tiada siapa diantara kita tidak pernah merasai ujian. keresahan.kegembiraan.kesedihan.

Mari kita bermunajatkan pada Allah. Mungkin ujian hari ini merupakan kafarah diatas dosa kita sebelum ini samaada kita perasan atau pun tidak. Maka, bertaubatlah.Berisgtifarlah. Sesungguhnya Allah Maha pengampun.

Kalam Allah, sangatlah indah. tiada tulisan yang dapat menandingi kalam Allah ini. bunga-bunga bahasanya tidak dapat kita tiru sepertinya.Sungguh mendalam. Itulah Ubat untuk hati yang meraih siraman. Hati yang sedang menanti siraman-siraman merdu dari Kalam Allah.

Ini semua adalah lumrah hidup.

Namun, andai kita bersendirian, maka ujian yang datang pasti tidak akan dapat diselesaikan. Oleh itu, kita perlukan orang sekeliling kita. Berbaik dan binalah jaringan seluasnya. Andai jaringan sudah terbina, maka, masalah akan dapat di selesaikan dengan cepat, mudah serta hati akan menjadi tenang.

Jangan sekali-kali putus asa dengan apa yang terjadi, seringkalilah kita bersangka baik.hikmah yang tersembunyi pasti menyebelahi kita. siapa sangka.

Abul-Laits r.a. berkata :
Bersedekahlah dengan yang sedikit atau banyak, sebab sedekah itu mengandungi sepuluh kebaikan, lima di dunia dan lima di akhirat. Adapun yang didunia maka:

 1.  Membersihkan harta kekayaan, sebagaimana sabda nabi s.a.w. yang bermaksud ;  ‘Ingatlah bahawa jual beli selalu diliputi oleh lagho, sumpah dan dusta, kerana itu maka selingilah (campurilah dengan sedekah).

 2.   Membersihkan badan dari dosa-dosa sebagaimana firman Allah yang bermaksud;        ‘Ambillah dari harta mereka sebagai sedekah untuk membersihkan dan mensucikan mereka.’

 3.  Menolak bala’ dan penyakit, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud ; ‘Ubatilah orang-orang sakit dengan sedekah’.

 4.  Menyenangkan hati orang miskin, sedang sebaik-baik amal menyenangkan kepada orang mu’min.


 5.  Menjadikan berkat dalam harta, dan luas rezeki, sebagaimana firman Allah yang bermaksud ; ‘Dan semua yang kamu sedekahkan maka Allah akan menggantinya.’

************************************

Diri ini bukanlah orang yang sepatutnya. ada orang lain yang lebih layak bercakap mengenainya. Tetapi, aku juga ingin turut serta sebagai penyampai, agar kita semua dapat merasai keindahan dalam hidup ini.

Usah salahkan takdir. Takdir itu datang setelah kita membuat pilihan.Beristikarahlah. Gopoh gapah itu adalah sifat syaitan.

insan yang sedang meraih keampunan dari Ilahi.
Ismarizal ismail. Skudai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana