18 February, 2010

kenangan bersama family





10/2/2010 maka sampai lah masanya aku pulang ke kampung kelahiranku, Ketereh, Kota Bharu Kelantan. aku bersama 3 orang lagi melangkah kaki meninggalkan Utm.
hampir 11 jam kami berhempas pulas melawan kesejukan aircorn bas untuk sampai ke destinsi. lebih kurang 6.15 pg maka sampai lah kami di stesen bas Langgar. (hajat di hati nk turun kat Melor tapi terlepas nk buat macam mana). mengikut plan asal aku nk round2 di KB, tapi fikir - fikir xpe la, sorang2 etek.sorang demi sorang meninggalkan aku keseorangan di stesen bas, aku ambil keputusan untuk berjalan ke Padang bas, di mana bas ke Ketereh boleh di perolehi, maka berjalan lah aku. kekiri dan kekanan aku berpandangan melihat perubahan Bandaraya Islam di bawah pemerintahan Tok Guru Nik Aziz.
lebih kurang kul 9.oo pagi maka berjaya lah aku menjejakkan kaki ke halaman rumah. salam diberi menandakan aku baru sampai. Ayahku mempersiapkan diri untuk keluar bekerja, ibuku pula menyediakan juadah pagi. adik2ku semuanya bersekolah..kecuali 2 orang yg sedang bercuti.
hari ni biasa je xde apa yang special. namun ibu ku telah merancang untuk memasak nasi kerabu keesokan hari...iaitu hari yang paling bertuah buatku dan adik kedua ku...tanggal 12/02/2010. keceriaan terserlah.
kebetulan hari sabtu, pasar ketereh mengadakan pasar tani, jadi keinginan aku untuk makan laksa tercapai. satu hari suntuk aku makan makanan kelantan tu. almaklum dah lama tak makan.
hari ahad ibuku tak masak apa2 special, biasa2 saje. sebelah petang kami bersama-sama menolong ibuku untuk membuat persiapan bagi memasak nasi dagang. kelapa di kopek, kemudian di kukur. ayam di sembelih sebanyak tiga ekor.(ayam kampung). malamnya punya ayam dan ikan di gulai mengikut resepi kebiasaan.
keesokannya ibu ku merebus nasi, aku pula menggaulkan nasi dengan santan yang telah dimasak. setelah 30 minit, aku lah antara orang pertama merasai nasi dagang. hari ni jugak ada menerima jemputan untuk hadiri kenduri. waaaa, memang kenyang la. aku ngan sahabat2 ku telah berjanji untuk pergi bersama.
pada pagi tu jugak ayahku telah g menjala...alhandulillah rezeki yang Allah bagi, ikan keli besar ayahku perolehi.
sehari demi sehari, aku di ulit keseronokan bersama keluarga, maka sampai lah masa aku berangkat ke Utm semula.
kerna tanggungjawab yang dipikul,17/2/2010 berangkatlah aku pulang ke utm seorang diri...
alhamdulillah lebih kurang kul 11.30 malam sampai la aku di bumi ilmu ini.
semoga aku konsisten dengan apa yang aku niatkan...insyaallah

nota kaki
:
harap maaf gambar bersama keluargaku x de

10 February, 2010

thank q sahabat




hari ni 9/2...rutin kehidupanku seperti biasa, cuma kerinduanku terhadap keluargaku semakin memuncak...tanggujawabku sebagai mahasiswa tidak ku abaikan...
dari pagi hingga ke petang, asyik teringat akan rancangan ku ngan rakan sekelasku untuk bbq malam ni...maklumlah malam ni malam last sebelum aku balik cuti raya cina...
dalam hitungan aku hampir 3 bulan aku tak bersua muka dengan aku punya family...

malam jua menjelma....tazkirah conner di KTC menjadi santapan rohaniku hari ni selepas maghrib. hajatnya ingin ku teruskan ke KTDI namun tugasan sebagai JKM terpaksa aku akur..
dalam tidak sedar ,ada satu perancangan yang di salah anggap oleh benak fikiranku telah diatur oleh Shahir and the geng...bulan februari 3 orang dari ahli JKM akan menyambut ulangtahun kelahirannya, termasuklah aku....fatiah, hafizuddin dan aku sendiri...bukanlah tarikhnya hari ni.

ini lah sambutan yang pertama sepanjang aku berada di UTM....sahabatku mengambil kisah tentangku dan juga sahabat lain...subhanallah manis nya nilai ukhwahmu jika bersahabat keranamu....
kepada sahabat-sahabat JKM aku bangga bersamamu semua...sebak dihati tidakku zahirkan sebagai lenangan mutiara...hanya di hatiku akan ku simpan dan bukukan memori ini, sebagai kenangan bernilai.seribu kemaafan kupohon agar salah sangkaku itu berkubur...insyaallah kelemahanku ini akanku atasi...inilah perubahan setelah aku bergelar dewasa yang perlu aku cegahi...

terima kasih sahabat JKM...semoga ukhwah kita kekal selamanya...
kemanisan ukhwah akan dapat dirasai sekiranya bersahabat kerana ALLAH...

07 February, 2010

Ikrar Keramat Mahasiswa






Bahawasanya kami
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
Berikrar dan berjanji
Menjunjung dan membela tinggi
Varsiti universiti kami.

Bahawasanya kami
Berikrar dan berjanji
Turut setia bersama-sama mahasiswa
Mempertahankan nilai integriti
Pembudayaan akhlak
Keintelektualan dan profesionalisma kami
Dalam memelihara
Pemikiran kelas pertama milik kami

Maka dengan ini
Kami mengakui
Ikrar setia kami
Dalam mempertahankan varsiti universiti
Dan hak kami
Sejajar dengan dokongan
Falsafah universiti.


04 February, 2010

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa 10'



AHLI JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA 2009/2010

semoga perlantikan ini akan dipikul seiring AL QURAN dan ASSUNNAH...




































































03 February, 2010

sesaat memori menyingkap kembali....

alhamdulillah sekian lama jari jemari ini tidak memetik huruf2 di keyboard, baru hari ini kesempatan yang ada...aku gagahkan juga semangat dlam diri ini agr coretan dapat dihasilkan dan dapat dimanfaatkan sesama kita...insyaALLAH

dari timur ke barat, selatan ke utara, dalam tempoh tiga minggu ni kita bibangkitan dengan pelbagai isu...
mungkin isu-isu yang dimainkan oleh pelbagai piahk akan mematangkna kita, diharapkan begitu...mungkin juga perkara ini akan menentukan kita kemana kita akan teruskan langkah kehidupan dan apakah paksi kita...minggu lepas kebanyakan kampus mengadakan pilihanraya...
termenung seketika mengingatkan semasa pilihanraya kat matrik dulu....poster digantung...berkempen, berpidato, namun kemeriahan dikampus lebih mencabar dan lebih bayak isu dimainkan , tidak kira dari segi kebajikan mahasiswa mahupun akademik mahasiswa.
bangganya ku melihat ramai sahabat aku yang menjadi calon, ingin juga aku sertai mereka. tapi ada perkara yang lebih aku perlu utamakan.

dulu kat sekolah rendah, aku pernah ditawarkan utuk menjadi pengawas, fikir punya fikir aku menolak tawaran itu. aku di tawrkan lagi semasa sekolah menengah, tapi ibu bapa aku suruh tumpukan pada pelajara saja. dari tahun 2002-2005 aku lah yg menjadi ketua kelas. mana taknya, time nk wat pemilihan ketua kelas nama aku mesti naik.ake reda je...

di matrikulasi, lebih banyak pendedahan tentang kepimpinan aku perolehi. aku pelajar program dua tahun. tahun pertama aku di jinakkan dengan ajk -ajk setiap program. tahun kedua, aku ditawarkan untuk menjadi calon JPP. seingat aku, pada thun tu lah yang paling berat aku pegang jawatan. mana tak nya, ketua lajnah hal ehwal surau, ketua blok, ketua prktikum, timb. setiausaha, semua kau sapu. alhamdulillah pelbagai ilmu aku pelajari. di kampus aku libatan diri dengan jawatankuasa kolej. dah dua tahun aku sertai.

moga apa yang aku laksanakan akan mendapat keredhoaan Allah. pada ku dengan join benda2 seperti ini akn menjadikan aku ledih matang dan mendapt ramai kenalan.Insyaallah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana