18 February, 2010

kenangan bersama family





10/2/2010 maka sampai lah masanya aku pulang ke kampung kelahiranku, Ketereh, Kota Bharu Kelantan. aku bersama 3 orang lagi melangkah kaki meninggalkan Utm.
hampir 11 jam kami berhempas pulas melawan kesejukan aircorn bas untuk sampai ke destinsi. lebih kurang 6.15 pg maka sampai lah kami di stesen bas Langgar. (hajat di hati nk turun kat Melor tapi terlepas nk buat macam mana). mengikut plan asal aku nk round2 di KB, tapi fikir - fikir xpe la, sorang2 etek.sorang demi sorang meninggalkan aku keseorangan di stesen bas, aku ambil keputusan untuk berjalan ke Padang bas, di mana bas ke Ketereh boleh di perolehi, maka berjalan lah aku. kekiri dan kekanan aku berpandangan melihat perubahan Bandaraya Islam di bawah pemerintahan Tok Guru Nik Aziz.
lebih kurang kul 9.oo pagi maka berjaya lah aku menjejakkan kaki ke halaman rumah. salam diberi menandakan aku baru sampai. Ayahku mempersiapkan diri untuk keluar bekerja, ibuku pula menyediakan juadah pagi. adik2ku semuanya bersekolah..kecuali 2 orang yg sedang bercuti.
hari ni biasa je xde apa yang special. namun ibu ku telah merancang untuk memasak nasi kerabu keesokan hari...iaitu hari yang paling bertuah buatku dan adik kedua ku...tanggal 12/02/2010. keceriaan terserlah.
kebetulan hari sabtu, pasar ketereh mengadakan pasar tani, jadi keinginan aku untuk makan laksa tercapai. satu hari suntuk aku makan makanan kelantan tu. almaklum dah lama tak makan.
hari ahad ibuku tak masak apa2 special, biasa2 saje. sebelah petang kami bersama-sama menolong ibuku untuk membuat persiapan bagi memasak nasi dagang. kelapa di kopek, kemudian di kukur. ayam di sembelih sebanyak tiga ekor.(ayam kampung). malamnya punya ayam dan ikan di gulai mengikut resepi kebiasaan.
keesokannya ibu ku merebus nasi, aku pula menggaulkan nasi dengan santan yang telah dimasak. setelah 30 minit, aku lah antara orang pertama merasai nasi dagang. hari ni jugak ada menerima jemputan untuk hadiri kenduri. waaaa, memang kenyang la. aku ngan sahabat2 ku telah berjanji untuk pergi bersama.
pada pagi tu jugak ayahku telah g menjala...alhandulillah rezeki yang Allah bagi, ikan keli besar ayahku perolehi.
sehari demi sehari, aku di ulit keseronokan bersama keluarga, maka sampai lah masa aku berangkat ke Utm semula.
kerna tanggungjawab yang dipikul,17/2/2010 berangkatlah aku pulang ke utm seorang diri...
alhamdulillah lebih kurang kul 11.30 malam sampai la aku di bumi ilmu ini.
semoga aku konsisten dengan apa yang aku niatkan...insyaallah

nota kaki
:
harap maaf gambar bersama keluargaku x de

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana