31 December, 2011

STRESS vs S.T.R.E.S.S..just do it..

bismillahirrahmanirrahim

"....Allah menguatkan dengan pertolonganNya bagi siapa yang Dia kehendaki.Sungguh, pada demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan(mata hati)"..(ali-imran:13)

aku dahulukan celoteh dan perkongsian kali ini dengan sepotong tafsir dari ayat Alquran. Ramai dari kalangan kita sedang mentelaah segala note-note yang telah diberikan semasa kuliah. Jika kepala boleh dibelah, aku yakin, begitu berserabut di setiap ruang dalam kepala.EXAM dah dekat.

kali ini aku ingin kongsikan sedikit petua untuk  menghilangkan rasa stress dengan S.T.R.E.S.S.
TERKEJUT. Bersabar dahulu. jangan cepat melatah. perkara ini sudah dikongsikan oleh seorang sahabat aku dari UM. dia memang aku hormati dan aku kagum.

tidak perlu berleter panjang lebar. Mari kita selami satipersatu huruf yang yang bernama S.T.R.E.S.S.

S merupakan huruf yang pertama dalam ejaan stress. S ini bermaksud SOLAT. Dalam seharian, kita perlu memenuhi lima tuntutan seorang muslim, iaitu solat lima waktu. ditambahkan lagi dengan solat-solat sunat yang sememangnya dianjurkan oleh Islam. Dengan solat hati kan menjadi lebih dekat dengan Pencipta.Sujud yang terakhir pada setiap kali solat, mohonlah di tenagkan hati, dimurahkan rezeki dan dimudahkan pembelajaran serta di jauhkan segala perkara maksiat dari diri kita dan sebagainya.Pintalah dengan Pencipta kita tanpa meminta orang lain doakan.Direct terus kepadaNYA.Dengan slat ini juga, kita telah berhubung terus dengan Allah swt.

”orang-orang beriman dan tenang hatinya adalah dengan mengingati Allah,ingatlah hanya mengingati Allah hati menjadi tenang”.(ar-Ra’d:28)

Huruf yang kedua adalah T. T adalah THINK POSITIVE. bersikap think positive memang digalakkan oleh Islam kepada umatnya. pemikiran memainkan peranan penting dalam kita menghadam segala macam note yang telah dibekalkan. Jika pemikiran kita berserabut, sudah tentu apa yang dibacanya tidak melekat dan tidak faham sepatah apa pun. tanamkan dalam diri kita perkara yang kita akan lakukan adalah mudah.Tetapi jangan ambil mudah sesuatu perkara itu. Akibatnya kerja yang dilakukan hanya cincai-cincai sahaja.Tiada kualiti. Ingat firman Allah dalam surah Albaqarah,

"boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak menegetahui”.(al-Baqarah:216)

Setiap malam, hingga larut malam berjaga menyiapkan assignment, due date sudah hampir.Bertungkus lumus.Jadi huruf yang ketiga bertepatan dengan perkara ini. R- REHAT. otak kita memerlukan time untuk rehat. seperti enjin kereta.enjin kerata pun meemrlukan rehat, dan perlu diisi minyak pelincir.begitu  juga otak kita. perlukan rehat.tenangkan pemikiran dengan membaca ayat-ayat Alquran, sedikit regangan dan sebagainya.jangan pula disalah fahamkan pula.merehatkan otak bukan hanya dikatakan tidur semata-mata.itu hanya sampingan

perkara keempat adalah E. sudah menjadi setiap orang memerlukan hiburan untuk mencari ilham dan merehatkan pemikiran. Jadi E adalah ENTERTAIN.berhibur tidaklah salah.tetapi bertepatanlah dengan landasan Islam.sekarang begitu banyak cara untuk menghiburkan pemikiran. antaranya adalah soduko, angry bird, PESS dan sebagainya.Selain itu, mendengar lagu-lagu yang mendamaikan. Hiburan yang aku maksudkan adalah hiburan yang boleh membawa diri ini kepada peningkatan pemikiran bukan melalaikan.berhibur mengikut masa yang telah ditetapkan.Jangan melalut.

Satu senaman yang mudah untuk kita lakukan adalah pada muka kita.S pertama adalah SENYUM. senyum merupakan ubat untuk menghilangkan perasan tidak puas hati.mengurus stress dengan senyum adalah baik. bukan sahaja baik  unutk diri bahkan unutk masyarakat sekeliling.senyum, senyum dan senyum..

S yang terakhir adalah SUPPORT.setiap kita mempunyai rakan di kelas mahupun dipersatuan.Jadi masing-masing perlu menyokong antara satu sama lain. Dlam Islam diperkenalkan dengan organisasi. Jadi sokongan dan dorongan diperlukan pada saat moral down.mengharapkan keluarga, jauh sama sekali. mereka berada jauh dikampung(yg jauh la)..jadi kita sebagi sahabat, mesti dan wajib menjadi  pendamping, lebih-lebih lagi dikala megalami keserabutan dan kesusahan.

akhir kalam, moga pengurusan stress dapat dihandle dengan sebaiknya.jangan terlalu tertekan..hingga sampai membinasakan diri.berkongsilah selagi mana tidak menyusahkan orang ramai. terima tasih buat zulamirulizwan atas prkongsian..

[road tour for final exam]
ismaryzalismail
31 disember 2011

mood menyambut ulang tahun kelahiran sahabat..
 mat hussin











29 December, 2011

masa hampir tiba

bismillahirrahmanirrahim

begitu indah bila mana berbicara tentang ukhwah, semuanya sudah tahu, baik dan buruknya.bukan buruknya ukhwah tetapi buruknya jika kita tidak menggunakan medium itu tidak digunakan sepenuhnya dan sebetulnya.

kali ini aku bukan untuk berbicara baik dan buruknya ukhwah, tetapi berketepatan dengan musim study, road to exam.
bersekang mata, berpekaj-pekaj nescafe dibeli untuk berjaga malam.semuanya itu usaha untuk mengekalkan dan menambahkan kecermelangan pada akademik. tetapi,last-last tersenggup-senggup kat meja study.
Insyaallah usaha yang berpaksikan kesungguhan akn memperoleh hasil yang terbaik. Ketika ini juga ramai yang bersengkang mata untuk menyiapkan asement yang bertimbun-timbun jika disusun.



jika diambil kira kata-kata  Bill Gates, memang sudah menjadi lumrah hampir semua student, akan melakukan kerja last minit, tetapi bukan semua. Bagi aku hanya dua keadaan sahaja akan membuatkan student ini melekat kat meja mengadap buku ataupun jurnal. situasi pertama adalah saat menghadapi final atau pun test dan yang kedua adalah menyiapkan asgnment yang akan dihantar esok hari. selain dari itu,..emm, fikir la sendiri.

Pesan seorang ustaz, sekarang ini, lebih molek jika kita lebih mendekatkan diri kita dengan sang Pencipta, Allah swt.Mohon dipermudahkan segala urusan dan di berikan kebaikan atas sesuatu yang akan dilakukan.tetapi, janganlah pula disaat kita memerlukan DIA, baru la kita mengadap, menganggat tangan memohon sesuatu. Pada keadaan lain, kita lupa. terhuyung hayang dengan benda lain.Subhanallah.

Perbanyakkan doa.Yakin atas pertolongan Dia.Insyaallah, pasti ada..masanya lambat dan cepat sahaja,dalam keadan nampak tau pun tidak.
Di bawah ini aku kempilkan sekali doa rabitah.Sebagai satu doa penguat antara hati-hati kita semua.Insyaallah.Jangan stress.





“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”


insyaallah semua.Jumpa di final nanti
[road to final exam]
ismaryzalismail
29 disember 2011
menanti tahun baru yang bakal mengunjung tiba



16 December, 2011

tambah speed yang lebih

bismillahirrahmanirrahim

sekarang sudah sampai masanya untuk bergerak lepah pantas dari biasa. Masa sangat-sanagt mencemburui kita. 27 hari bulan sudah minggu terakhir untuk proses pembelajaran. 29 hari bulan bermulalah study week.sungguh pantas.Sedar tidak sedar tinggal lagi satu sem untuk aku menghabiskan gelaran aku sebagai mahasiswa.Insyaallah.


peperiksaan kali ini merupakan satu penetuan untuk kami semua terutama aku, sama ada gelaran mahasiswa sudah boleh dilucutkan ataupun tidak.
Dalam masa dua minggu mendatang ini lah begitu tersusun test, assignment yang kena hantar ditambah lagi dengan projek sarjana muda.perhhhhh memang perit.

Itu soal markah sebelum melangkah final.Soal peperiksaan belum diambil kira lagi. Aku melihat jadual tidak la terlalu ketat. tetapi pada 4 dan 5 januari merupakan dua paper yang mengancam jiwa. bergetar seluruh tubuh bilamana melihat jadual disusun seperti ini.Dua subjek yang menjadi kegilaan senior kami.Kedua-duanya adalah killer pada sem ini.Insyaallah Allah akan mempermudahkan.
bermula minggu depan, setelah disusun,

20 dis 2011 > test DIP, test SDA(kemungkinan), submit dua report
21 dis 2011 > test meteorology, test SDA( ataupun hari ini)
22 dis 2011 > test foto
23 dis 2011> presentation GPS
27 dis 2011 > submit tiga assignment, satu report
28 dis 2011 > submit term paper
29 dis 2011> study week
4 jan 2012> SDA
5 jan 2012 > DIP
9 jan 2012 > GPS, submit first draff PSM
12 jan 2012 >presentation PSM
13 jan 2012 >meteorology
16 jan 2012 > photogrammetry
19 jan 2012 > submit final PSM

sekadar perkongsian dengan sahabat semua.Moga-moga sape yang melawat blog ni, ade timbul satu doa untuk aku, agar dipermudahkan.Insyaallah.aku yakin bukan aku sahaja yang mengalami semua ini.Kepada sahabat semua aku doakan kita semua akn dipermudahkan segala urusan yang akan datang mahupun sedang ditempuhi.Insyaallah.

ismaryzalismail
16 dis 2011


12 December, 2011

manisnya study group

bismillahirahmanirrahim

STUDY GROUP??
Sepertinya sudah lama tidak duduk study bersama. seingat aku saat yang paling manis adalah semasa di matrikulasi. Lajnah akademik surau menset upkan jadual study kami.setiap org wajib melakukan nota ringkas berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diberikan. dibahagikan kumpulan. setiap orang dikehendaki untuk membnrangkan apa yang diringkas olehnya. sungguh bermakna.




saat-saat menghadapi peperiksaan SPM juga aku tidak lupa.Masih segar lagi diingat sewaktu berada di rumah Redzuan, pakar add math kelas kami.hampir 5 hingga 6 kali juga kami bermalam dirumahnya.Unutk lukisan kejuruteraan kami bermalam dirumah Fitri.
Alhamdulilllah kedu-dua subjek tu aku dapat capai targetnya.walaupun addmath B.aku tidak kisah, aku puas.Puas teramat sangt dengan usaha yang kami curahkan.

Namun, bila saja menjejakkan kaki di alam universiti, semua ini semakin hilang ditelas kesibukan individual.Semacam kami buat hal masing-masing.Roh study group semakin kabur dihalang bayang-bayang sendiri. tetapi, kadang-kadang aku berusaha untuk mencari kesinaran cahaya.
Betullah bilamana tugasan berkumpulan dimanfaatkan dengan jalan yang betul, maka itu lah study group.walaupun lain komsepnya, tetapi, disinilah kita berkongsi ilmu.Insyaallah, dikesempatan yang ada ini, mari kita ayunkan tangan, bukakan langkan bersama-sama.satukan matlamat kita.
satu yang tidak kketinggalan, berlapang dada.Itu perkara paling penting.Jangan pula, kita diistilahkan sebagai penumpang shaja.tidak berikan apa-apa manfaat.Hanya tengok sahaja apa yang dilakukan oleh ahli kumpulannya.tetapi, kita tidaklah asyik  menunding jari kepada mereka bergelar penumpang sahaja, kita kena tengok diri kita juga. Adalah kita telah menggunakan kepakran mereka sebetulnya.adakah kita telah membahagikan tugasan seadilnya.adil disini bukanya sama banyak, adil disini adalah mengikut kemampuan. selain itu, bilamana kerja yangtelah mereka lakukan, adakah kita menghargainya.sedarlah semua, setiap dari kita mempunyai peranan masing-masing.berbincanglah.itu jalan yang terbaik.

sama-samalah kita hitungkan peranan sahabat kita.jangan biarkan mereka terseksa dengan perangai kita yang keterlaluan.semuanya nak A.bertolak ansurlah, insyaallah akan ketemui jalan yang terbaik.hargailah mereka.



 
 

Kepada semua, selamat menjalankan ibadah study.berbincanglah dengan orang lain, kerna itu adalah lebih cepat untuk menghadamkannya dan lebih cepat memahaminya.Exam semakin hampir.ayuh semua.jangan berlangah lagi.


[road to exam with PMIUTM]

ismarizalismail
12 disember 2011





10 December, 2011

itu kenangan aku

bismillahirrahmanirrahim

sudah hampir 4 tahun penglibatan aku dalam persatuan beruniform di UTM iaitu PALAPES. Begitu banyak kenangan dan pelajaran dapat aku cedok  yang di kongsikan bersama dengan skuad batch 19. Bacth yang penuh dengan suka duka bersama, gelak riang dan juga sakit  sakit. Maasih aku ingat mula-mula kami mengisi borang untuk tapisan keselamatan di dewan kulaih L 50.Staf faizal dan juga staf hashim,  begitu tegas tentang setiap ruang yang perlu diisi diambil kira. Jika ada je tersilap isi, maka borang tersebut menjadi makanan kami.Digumpalnya kertas itu, kemudian disuruhnya kami memasukakn kertas itu kedalam mulut dan kunyah.perasaan takut  meresap dalam diri. Sungguh, perasaan ingin keluar palapes pada masa itu menyinggap di hati kami. Namun, memikirkan ini semua adalah cabaran, kami menengkis semua perasaan ini.



Di ketika mengangkat sumpah, jumlah kami tidak la begitu ramai, hampir dlam 50 orang sahaja. tetapi setelah pengambilan kedua, kami bertambah sebanyak 98 orang. Latihan demi latihan, seorng demi seorang futur di medan perjuangan. Tidaklah kami menyalahkan mereka, mereka mempunyai alasan tersendiri.tidak ampu kami untuk menghalang.Sakit adalah alasan yang kukuh untuk keluar dari meneruskan perjuangan ini.



Pendedahan demi pendedahan tentang ilmu ketenteraan meresapi minda kami. hampir setiap masa, laptop  kami mendendangkan lagu-lagu patriotik.tidak ketinggalan juga, filem-filem yang berunsurkan kepahlawanan menjadi kegilaan kami.Leftenan adnan, wira angkasa, band of brother, prebet lapok, sarjan hasan, dan banyak lagi. bukan itu sahaja, barangan ketenteraan juga tidak terlepas. Bag loreng, sarung jam loreng, dompet duit loreng, klu boleh semua nak loreng.askar katakan.








 tempur tanpa senjata




 abseiling 

  
beraya kat rumah dayah
Bulan berganti bulan, sehinggalah kekuatan kami tinggal 69 orang.Masa kami tauliah pun sebanyak ini.berpanas, berhujan,sakit, gembira, duka, sedih mereka tetap skuad aku.terima kasih skuad, yang bersama kau dalam mengharungi semua ini.aku memohon maaf padamu semua, atas kesilapan aku semasa menghandle kamu semua.terima kasih juga pada jurulatih dan juga pegawai-pegawai latih.




pentauliahan dibumi UTHM


ismaryzalismail
10 disember 2011

09 December, 2011

masa mencemburi, PSM?

bismillahirrahmanirrahim

saat yang berdetik tidak akan berehat walupun seketika.berhenti waktu walaupun sebentar.terus dan terus berjalan, tidak memperdulikan apa jua rintangan ataupun mehnah jua tribulasi yang datang dari depan mahupun dari belakang adupun dari atas dan bawah. waktu terus berjalan dan berjalan.

PSM ataupun dipanggil FYP sebuah tugasan yang membelenggu pemikiran para pelajar. sebutannya hanya simple sahaja, tiga huruf sahaja, namun dari tiga huruf inilah akan datang tiga ribu persoalan tiga ribu saat hanya berdepan dan berdamping dengan PSM. PSM oh PSM, namamu seindah binaan Taj Mahal, tapi, proses uutk menyiapkan itu seperti hentaman ombak kepantai.sangat dashyat.
Aku yakin dan percaya rata-rata, bila ditanya tentang PSM, muka akan mula berubah. ada yang memaniskan muka dan ade juga masam seribu bahasa.
 sungguh aneh dan sungguh pelik hanya tiga huruf ini boleh  merubah kita yang bergelar mahasiswa dari yang tenang kepada yang tertekan, dan juga tiga huruf ini menjadi penentu kepada semua mahasiswa jalan masa depannya.
Marilahkita sama-sama berjuang untuk menyiapkan apa yang masih perlu di siapkan. masa sungguh mencemburi kita. Minggu untuk pembentangan hampir tiba.sudah kah kita bersedia??

Letaklah pergantungan pada Allah swt setelah mana kita berhempas pulas berusaha menyiapkan semua ini. tidur lewat sudah menjadi rutin semua.bangun diawal pagi.Janganlah pula, tidur lewat untuk menyiapkan ini semua, tetapi pada masa yang sama, subuh ditinggalkan.disaat kita berusaha untuk mengecapi janganlah pula kita leka dan kita alpha, tentang tanggungjawab kita sebagai hamba Allah swt.Bersamalah kita bergerak dalam mengerjakan amalan kita sambil menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa.
Jom kita mempertingkatkan amalan kita.insyaallah.

 
 
 
ismaryzalismail
9 disember 2011

08 December, 2011

Tawakal selain daripada Allah

bismillahirrahmanirrahim



Satu drp perkara yg meruntuhkan atau membatalkan syahadh ialah bertawakkal dan bergantung kpd selain drp Allah [swt], berdasarkan firman Allah [swt]: AlMaaidah:23

maksudnya: "Dan hanya kpd Allah hendaklah kamu bertawakkal, jika
kamu benar2 orang2 yg beriman.z"

Tawakkal bukanlah bererti meninggalkan kerja, malah Allah [swt] menyuruh kita dua perkara dlm hal ini, pertama memerintah kita bekerja; dan kedua jgn kita meletakkan pergantungan hidup kpd pekerjaan itu. Ia menyuruh kita beriman bahwa Dialah yg memberi rezekinya. Ia menyuruh kita berubat dgn syarat kita pastikan bahawa yang menyembuhkan ialah Dia. Ia menyuruh kita mencari segala sebab dgn syarat meletakkan tawakkal kpd-Nya.

Sesiapa yang berusaha dengan tidak bertawakkal kpd-Nya, ia telah mencacatkan salah satu syarat tadi,sebalikanya org yg bertawakkal kpd Allah [swt] tanpa daya usaha juga telah mencacatkan satu syarat.

Bergantung dgn sebab2 tapi lupa bahwa Allah [swt] lah yg mengizinkan, adalah Maksiat. Bergantung kpd sebab2 disamping mendakwa tidak ada hubungan dgn Allah [swt] adalah Syirik, yg meruntuhkan syahadah.
"dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi
Allah-lah yang melempar." AlAnfaal:17

"Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana." AlImran:126

"Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang Mempunyai
Kekuatan lagi Sangat Kukuh." AdzDzaariyaat:58

" dan apabila aku sakit.Dialah Yang menyembuhkan aku,"
AsySyu'ara:80

Mestilah kita percaya bahwa Allah [swt] telah menjadikan sebab musabab di dunia ini adlh mempunyai fungsi dan mestilah dipercayai bahwa Allah [swt] lah yg menjadikan sesuatu itu.

[batas2 Iman & Kufur ; utz Sa'id Hawa]

Tiap-tiap manusia hendaklah hidup dengan berikhtiar dan bekerja dengan sedaya-upayanya sambil bertawakkal dan berdoa. Tawakkal bererti mewakilkan nasib diri dan nasib usaha kita kepada Allah,sedang kita sendiri tidak mengabaikan usaha dan tenaga kita dalam usaha itu.

Kemudian hendaklah diyakinkan bahawa penentuan terakhir berada pada kekuasaan Allah SWT. Dialah yg Maha Kuasa, maka semangat tawakkal yg sebenar dan doa yg ikhlas mempunyai peranan yg penting, sedangkan doa yg ikhlas adalah makbul menurut janji-janjiAllah. Dalam alQur'an banyak ayat-ayat yg menganjurkan supaya manusia berdoa dan bertawakkal. Begitulah jalan dan hukum Tuhan.

[Manusia & Islam by Prof Dr Harun Din]

06 December, 2011

tarbiyah para Du'at

bismillahirrahmanirrahim

aku ingin berkongsikan satu perkara :


Tarbiyyah Para Du’at dan
Cabaran Yang Menanti Di Hadapan

Oleh :
Ustaz Nasharudin bin Mat Isa

Dengan mengambil kisah Nabi Allah Sulaiman AS sebagai contoh, dapatlah kita simpulkan bahawa sesebuah jamaah harakah yang berjaya itu mesti memiliki sifat-sifat berikut:

(i) memiliki ‘ilmu dan tarbiyyah yang sahih;
(ii) matlamat perjuangan yang jelas;
(iii) tanzim yang tersusun kemas;
(iv) manhaj perjuangan yang jelas;
(v) barisan kepemimpinan yang berkeupayaan;
(vi) pengikut yang faham, taat dan istiqamah;
(vii) Disiplin yang tegas untuk ahli di pelbagai peringkat.

Dalam pertembungannya dengan musuh-musuh Islam, jama’ah Islam harus meneliti batas keupayaannya. Harus diingat: kekalahan dalam sesuatu pertembungan boleh ditafsirkan sama ada perencanaan musuh terlalu baik ataupun penyusunan organsiasi kita yang lemah. Dan kelemahan kita dapat berlaku melalui tiga cara :

kelemahan dalaman yang sangat rumit atau ancaman luar yang terlalu hebat atau barangkali juga kedua-duanya sekali. Dalam hal ini pimpinan wajib meneliti bersungguh-sungguh segala permasalahan tanzim Jama’ah.

Pimpinan mestilah mempunyai keupayaan mengesannya dari peringkat awal lagi dan sekurang-kurangnya dapat mengawal keadaan. Berdasarkan pengalaman beberapa Jama’ah Islam, adalah didapati masalah dalaman amat rumit untuk diselesaikan begitu sahaja.

Kepemimpinan yang bercelaru menyebabkan organisasi lemah dan pengikut tidak dapat dikawal. Dalam hal ini al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna telah mengingatkan kepada seluruh anggota Al-Ikhwan apabila beliau berkata:

Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh- musuh Islam, tetapi apa yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang orang Inggeris terhadap kamu, atau orang Amerika atau Rusia atau lainnya. Yang saya takutkan ialah kamu melakukan dua perkara:

(a) Kamu mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan kamu;
(b) Kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak akan berguna lagi.
[1]

Sesungguhnya jalan da’wah itu memang berliku dan tidak pernah dihampar dengan bunga-bunga yang harum, tetapi jalan yang susah dan panjang.[2] Bukankah Allah SWT telah menegaskan sifat segala ujian dan cabaran da’wah itu sendiri :

“Alif…Lam…Mim…. Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: “Kami telah beriman” padahal mereka tidak duji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. Maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta.”

(Al-Ankabut: 1–3)

Amatlah penting bagi kita yang berada di atas jalan da’wah ini, memelihara keaslian da’wah, memelihara martabat Islam yang dibawa dan memelihara kesucian nama Jama’ah Islam yang kita anggotai ini supaya kita, Jama’ah dan Islam yang kita bawa ini tidak menjadi bahan ketawa dan fitnah orang lain.

Dalam pertemuan khas di dalam suatu mu’tamar yang menghimpunkan belia-belia Islam seluruh dunia suatu ketika dulu, al-Ustadh Mustafa Masyhur telah menggariskan beberapa bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh para du’at dan mujahid da’wah itu sendiri, di antara lainnya termasuklah:

(i) Menyeleweng dari landasan asal dan kefahaman tentang Islam dan Jama’ah;
(ii) Tidak mengutamakan aspek Tarbiyyah;
(iii) Mendedahkan Jama’ah kepada orang luar;
(iv) Mengenepikan Syura dan nasihat;
(v) Mengutamakan kulit bukan isinya - banyak bertengkar tetapi sedikit kerja;
(vi) Berjalan mengikut kaki tanpa panduan yang sahih;
(g) Cenderung kepada masalah furu’ dan mengenepikan dasar.
[3]

Tarbiyyah – Asas Kejayaan Jamaah

Oleh sebab memahami bahawa jalan da’wah itu amat berliku dan dipenuhi ranjau berduri, maka al-Imam Hasan al-Banna telah menggariskan rukun-rukun da’wahnya , peringkat-peringkatnya di mana Rukun Faham sahaja mempunyai dua puluh (20) buah huraian daripada sepuluh (10) Rukun Bay’ah
[4] sebagai asas-asas dan dasar fiqh ad-Da’wah yang wajib (dari segi hukum ‘amal jama’iyy) diikuti oleh setiap mujahid da’wah.

Sesunugguhnya, antara yang Haq dan batil, ada pertentangannya yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerus dan hasilnya terserah kepada Allah pada waktu yang akan ditentukan-Nya.[5]

Sesungguhnya tiada panduan dakwah yang lain, selain panduan yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an. Dan tiada jalan dakwah yang lebih sahih daripada jalan yang telah direntasi sendiri oleh baginda Rasulullah SAW yang diperlihatkan daripada sirahnya yang bersih lagi jernih. Di sinilah ilmu dan tarbiyyah memainkan peranan terpenting untuk membentuk insan haraki yang bakal menjadi Jundullah yang bekerja keras untuk jamaah Islam, Parti Islam.

Di dalam sebuah jamaah harakiyyah seperti PAS ini, maka Usrah dan Tamrin merupakan dua bentuk latihan tarbiyyah yang terpenting buat ahli dan kepimpinan PAS di samping majlis- majlis ilmu dan siri ceramah yang diadakan. Semua ahli PAS wajib menghadiri usrah. Di dalam unit usrahlah ahli dididik, permasalahan dirongkai dan terbinalah ukhuwwah yang terikat kuat.

Ahli usrah yang telah ditarbiyyah oleh para naqib akan bersedia menghadapi perjuangan membina benteng pertahanan Islam laksana bunyanun marsus yang disebut di dalam al-Quran. Melalui tamrinlah, latihan dan persediaan digarap sebelum bertempur di medan pilihanraya.

Usrah sebagai unit tarbiyyah terpenting berperanan mendidik ahli dan menyediakan barisan kepimpinan akan datang. Melaluinya, jamaah dapat:

(i) Mentarbiyyah ahli supaya memiliki rasa tanggungjawab di hadapan Allah SWT;
(ii) Mentarbiyyah ahli supaya sentiasa bermuqabah terhadap Allah SWT;
(iii) Mewujudkan hubungan langsung ahli kepada al-Qur’an dan sunnah Nabi SAW.

Kesemuanya ini akan membentuk perwatakan ahli ke arah beriltizam dengan akhlak al-Qur’an dan menjauhi maksiat. Maka akan berkembanglah unit-unit usrah ini dalam gabungan usrah yang lebih besar di peringkat negeri melaui program bulanan di mana keluarga usrah bertambah besar. Ukhuwwah Islamiyyah yang dipupuk menjadi semakin kukuh dan mantap.

Demikianlah, unit-unit usrah tadi akan berhimpun pula dalam program tamrin yang diadakan dari masa ke semasa untuk membentuk dan menyelaraskan fikrah ahli ke arah menuju matlamat jamaah.

Penutup

Demikianlah pemerkasaan aspek tarbiyyah yang jamaah ingin lahirkan. Jamaah Islam sebagai sebuah organisasi wajib meletakkan al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai sumber sahih rujukan dan dasar perjuangan. Amalan syura yang berkesan pula akan membantu pimpinan mengemudi organisasi dengan cekap dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Gabungan tenaga di antara barisan pimpinan yang bijak dan pengikut yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan dan bakal melahirkan Hizbu’Lah yang dinantikan. Sebarang usaha yang dilakukan di luar kaedah-kaedah tersebut harus ditolak dan tidak dapat diterima sebagai ‘amal-‘amal Islam kerana bagi Islam, “tujuan tidak menghalalkan cara”.

Hanya dengan sedemikian Rahmat Allah SWT akan bersama-sama kita dan nun jauh di sana……Janji Allah SWT menanti kita.

[1]
Diungkapkan semula oleh Dr. Yusuf al-Qardawi dalam Harakah Islamiyyah ; Suatu Tuntutan, Shah Alam: KPIITM, 1981, hal. 30-31.

[2]Lihat huraian tentang fiqh ad-Da’wah dalam siri Tariq ad-Da’wah oleh al-Ustadh Mustafa Masyhur, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 1985. Diterbitkan kembali semua siri tulisan tersebut dalam dua jilid yang berasingan dengan judul Min Fiqh ad-Da’wah Mustafa Masyhur Jld. I dan 2.

[3]Kupasan yang mendalam dan amat indah ini telah dihuraikan oleh mujahid da’wah ini dalam tulisannya yang amat penting, Jalan Da’wah: Di antara Keaslian dan Penyelewengan, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, 1986.

[4]Lihat tulisan-tulisan beliau dalam Majmu’ah al-Rasa’il al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna, Dar ad-Da’wah, 1990.

[5]Mustafa Masyhur, Jalan Da’wah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 1985, hal.

05 December, 2011

Ibrah dari Jumaat

bismillahirrahmanirrahim

walaupun hari ini buknnya hari kebesaran JUmaat, namun tidaklah salah  bagi aku untuk berkongi sesuatu tentang hari Jumaat.
mungkin perkara yang kelapan yang blh aku tambah adalah kelahiran aku. 12  FEB 1988 bersamaan 23 Jamadilakhir 14..
Moga kita semua ambil peristiwa yang tertulis dan tidak tertulis (tidaktermasuk kelahiran aku) sebagai ibrah ataupun pengajaran semau.


ismaryzalismail
9 muharam 1433

02 December, 2011

PSM, senyumkan hati ini

bismillahirrahmanirrahim


kini masa seakin mencemburui kita semua, bergerak begitu pantas. sehari bagaikan sekejap sahaja. Emm, aku pun turut merasa bahang ini. Sebagai seorang mahasiswa tahun 4, memang banyak assingment , lab work dan sebagainya untuk disiapkan, tidak seprti dulu. satu subjek hanya satu atau dua kerja sahaja yang diberikan.Namun, sekarang tidak lagi. Masa untuk bersuka ria sudah tamat. Ditambahkan lagi tahun ini aku perlu menyiapkan tugasan rutin sebagi final year, iaitu PSM-projek sarjana muda ataupun FYP-final year project ataupun lain-lain nama.

bersengkang mata, berjaga malam sudah menjadi perkara biasa sekarang ini. stay up, stay up dan stay up itu sahaja dalam pemikiran. Namun, kita perlu mempunyai satu target yang betul dan berpegang teguh dengasn target ini. satu jadual yang berkesan perlu dibina agar semua ini tidak akan menjadi susah disaat-saat terakhir. disamping itu, kekuatan dalaman diperlukan juga, disertakan dengan pengharapan dai Ilahi.moga ada keberkatan dalam apa yang kita usahakan. begitu juga doa dari kedua ibubapa yang tidak putus-putus dipohon. Ya Allah, kuatkanlah hati ini, moga apa yang aku buat ini menjadi satu ibadah kepadaMU dan juga istiqamahkanlah hati ini untuk meneruskan semua kerja-kerja ini hingga pengakhirannya.


namun begitu, aku sudah sedih, semalam aku tidak dapat untuk bersama-sama sahabat-sahabat untuk menjayakan program RTM-rukun tetangga mahasiswa, iaitu roadtuor. betullah, kadang-kadang akademik ini akan menjadi satu fitnah terhadap dakwah islamiyah amnya dan Islam khusunya. Baik akademik, baiklah pandangan dan tanggapan orang lain pada apa yang kita ingin sampaikan iaitu dakwah.Moga-moga kita semua dijauhkan dari ujian sedemikian rupa.

Kata-kata semangat dan juga dorongan perlulah dikuatkan satu sama lain, agar semua ini akan menjadi pendinding kepada sesiapa yang terasa keseorang dan dalam keadaan tekanan.

pengakhir kata untuk entri kali ini, aku menyeru semua sahabat, pandai-pandailah membahagikan masa yang ada ini, agar tidak melakukan kerja-kerja pada saat-saat terakhir."last minute' memang rutin kita semua, tapi jika boleh dielakkan, elaklah.jangan nanti nasi sudah menjadi bubur, menyesal tidak sudah. jadilah seperti semut, sentiasa bergerak untuk melakukan sebarangan kerja.tidak kenal penat dan lelah.

30 November, 2011

Amar_amani

bismillahirrahmanirrahim

video

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu

Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini

Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita

Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan

Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana