10 December, 2011

itu kenangan aku

bismillahirrahmanirrahim

sudah hampir 4 tahun penglibatan aku dalam persatuan beruniform di UTM iaitu PALAPES. Begitu banyak kenangan dan pelajaran dapat aku cedok  yang di kongsikan bersama dengan skuad batch 19. Bacth yang penuh dengan suka duka bersama, gelak riang dan juga sakit  sakit. Maasih aku ingat mula-mula kami mengisi borang untuk tapisan keselamatan di dewan kulaih L 50.Staf faizal dan juga staf hashim,  begitu tegas tentang setiap ruang yang perlu diisi diambil kira. Jika ada je tersilap isi, maka borang tersebut menjadi makanan kami.Digumpalnya kertas itu, kemudian disuruhnya kami memasukakn kertas itu kedalam mulut dan kunyah.perasaan takut  meresap dalam diri. Sungguh, perasaan ingin keluar palapes pada masa itu menyinggap di hati kami. Namun, memikirkan ini semua adalah cabaran, kami menengkis semua perasaan ini.



Di ketika mengangkat sumpah, jumlah kami tidak la begitu ramai, hampir dlam 50 orang sahaja. tetapi setelah pengambilan kedua, kami bertambah sebanyak 98 orang. Latihan demi latihan, seorng demi seorang futur di medan perjuangan. Tidaklah kami menyalahkan mereka, mereka mempunyai alasan tersendiri.tidak ampu kami untuk menghalang.Sakit adalah alasan yang kukuh untuk keluar dari meneruskan perjuangan ini.



Pendedahan demi pendedahan tentang ilmu ketenteraan meresapi minda kami. hampir setiap masa, laptop  kami mendendangkan lagu-lagu patriotik.tidak ketinggalan juga, filem-filem yang berunsurkan kepahlawanan menjadi kegilaan kami.Leftenan adnan, wira angkasa, band of brother, prebet lapok, sarjan hasan, dan banyak lagi. bukan itu sahaja, barangan ketenteraan juga tidak terlepas. Bag loreng, sarung jam loreng, dompet duit loreng, klu boleh semua nak loreng.askar katakan.








 tempur tanpa senjata




 abseiling 

  
beraya kat rumah dayah
Bulan berganti bulan, sehinggalah kekuatan kami tinggal 69 orang.Masa kami tauliah pun sebanyak ini.berpanas, berhujan,sakit, gembira, duka, sedih mereka tetap skuad aku.terima kasih skuad, yang bersama kau dalam mengharungi semua ini.aku memohon maaf padamu semua, atas kesilapan aku semasa menghandle kamu semua.terima kasih juga pada jurulatih dan juga pegawai-pegawai latih.




pentauliahan dibumi UTHM


ismaryzalismail
10 disember 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana